Hari itu hari Jumaat. Hari yang
sepatutnya bersejarah dalam hidup Layla. Tapi sebenarnya satu hari yang Layla
anggap malang dalam hidupnya. Hari itulah Layla akan diijabkabulkan dengan
seseorang yang dia benci. Seseorang yang jelas tidak suka langsung pada Layla
dan Layla juga tidak suka. Sejak kedatangan Tok Zauyah dua minggu lepas dan
Faris kemudiannya sudah banyak kali Layla berendam air mata. Dan pada hari-hari
menjelangnya pernikahan itu Layla selalu menangis di tengah malam. Tapi hari
itu air matanya telahpun kering. Layla jadi macam orang tiada jiwa tiada
perasaan lagi. Dan ketika ibu menyuruh Layla memakai baju kebaya chiffon
berwarna putih bersulam renda Perancis hadiah Tok Zauyah, Layla turutkan
sahaja. Wajahnya kaku tanpa ada sekelumit perasaan. Menangis pun tidak ketawa
pun tidak sehingga ditegur oleh Mak Andam yang ibunya upah supaya Layla senyum
bila mereka mengusik. Layla seolah berada di dunia lain. Dan Layla berharap Layla
yang tengah disolek itu adalah orang lain. Bukan dirinya dan hidup dalam dunia
lain.
Tudung
yang bergemerlapan dari jenis kain yang sama disarung ke kepala dengan tiara
sekali. Mak Andam mencuit dagunya sehingga Layla sedikit tersentak.
“
Berseri sungguh awakni. Jelita betul anak Mak Mah ni. Patutla kena pinang
cepat” usik Mak Andam separuh usia itu. Layla dengar mereka yang dibiliknya itu
turut ketawa. Layla hanya tersenyum hambar. Tiada siapa faham perasaan Layla.
Mereka sangka Layla bertuah dipinang anak jutawan.
“
Janganlah masam sangat Layla. Kau ni macam nak kena hukum bunuh je. Senyum
sikit” bisik Asha kepada Layla. Layla cuba memaniskan muka. Tapi, dengan hati
bergejolak seperti itu bukannya mudah untuk Layla tersenyum girang.
“ Sabar dik, akak doakan semoga
ini semua berakhir dengan sesuatu yang baik” ujar Kak Nura begitu mengerti perasaannya.
Kedua beradik itu berpelukan seketika. Nura mencium pipinya. Mata Layla
bergenang air mata tapi segera diseka.
Sebelum
ke masjid di mana akad nikahnya akan berlangsung Layla bersalaman dengan ayah
dan ibu. Hampir sahaja airmata nya mengalir lagi tapi ibu mengeleng.
“
Jangan nangis nanti rosak make up Layla, tak cantik “ Ibu mengingatkan. “ Nasihat
ibu, bersangka baiklah dengan rancangan Allah ni nak. Mungkin ada hikmahnya”
nasihat ibu. Ayah mencium dahinya.
“
Jadilah isteri solehah, Layla. Ayah doakan kau kekal dengan Faris sehingga ke
akhir hayat”. Air mata Layla ingin tumpah lagi tapi segera dia tahan. Layla tak mahu memalukan ayah dan ibunya. Layla
tak mahu orang kampung tahu yang Layla sebenarnya dipaksa berkahwin dan bukanlah
atas sebab kerelaannya. Biarlah hari itu dia gembirakan hati ayah dan ibunya.
Walaupun
hatinya gundah gulana, pernikahan Faris dan Layla di masjid kampung itu berjalan lancar.
Faris Nabhan Omar yang memakai baju Melayu warna putih bersulam perak siap
bertanjak melafazkan akad nikahnya dengannya sekali lafaz. Dia tampak kacak dan
segak. Beberapa wanita melihatnya dengan rasa cemburu, berbisik-bisik. Cemburu
yang Faris Nabhan Omar memilih Layla untuk jadi suri hidupnya dan bukan mereka.
Betapa mereka sanggup buat apa saja untuk berada di tempatnya. Jadi isteri
kepada anak seorang hartawan. Orang terkenal. Sedangkan mereka tidak tahu Layla
sanggup buat apa sahaja untuk tidak berada di situ dan dinikahkan hari itu. Malahan
masjid itu meriah lebih dari biasa. Ada stesen tv yang datang merakam
perkahwinan itu terutama bila Faris melafaz akad memegang tangan ayahnya.
Betapa Layla mahu ketawa. Kalaulah mereka tahu ini adalah sandiwara terbaik dari Layla
dan Faris Nabhan Omar. Baru Layla tahu nama penuh Faris. Faris Nabhan Omar. Bunyinya
begitu asing. Bila Faris melafaz nikah dengan sekali nafas Layla lihat Tok
Zauyah gembira benar. Tan Sri Omar juga nampak gembira. Nampak bangga memandang
anaknya. Faris mendapatkan bapa Layla untuk bersalaman, kemudian Mak Mah dan Tuk
Zauyah.
Seorang gadis tanpa segan silu memeluk Faris manakala seorang pemuda menepuk-nepuk bahunya. Pemuda itu berkata sesuatu menyebabkan Faris memandang
Layla seketika. Seolah mendapatkan reaksinya. Layla segera menundukkan kepala.
Hatinya terasa begitu sedih tapi ditahan. Ada air mata yang macam mahu menitis
tapi segera dia seka. Dia tak mahu Faris dan semua di situ melihat dia menangis. Dia tidak mahu Faris nampak dia lemah.
Kemudian
Tuk Zauyah menyuakan dulang cincin kepada Faris. Faris, Tuk Zauyah dan beberapa
orang datang ke tempat Layla duduk bersimpuh. Entah siapa yang memegang tangannya
dan menghulurkannya supaya Faris dapat menyarungkan cincin. Ibu menyuruh Layla
mencium tangan Faris yang rasa hangat di jejarinya yang sejuk dan berpeluh.
Faris cepat-cepat menarik tangannya. Seolah macam terkena kejutan elektrik. Layla
terasa kecil hati. Muka Layla terasa merah. Hina benarkah dia? Layla mengangkat
muka. Seorang gadis berselendang putih memandangnya tajam dengan sedikit
senyuman puas. Siapakah dia?
Tiba-tiba mereka diminta bergambar pula oleh
satu stesen tv dan beberapa kenalan. Pada mulanya Layla agak kekok. Tapi Faris
yang tiba-tiba datang merangkul pinggangnya dan memeluk dari belakang berbisik sambil
pura-pura tersenyum.
“
Senyum sikit. Tak kan awak nak semua tahu kita ni kawin paksa. Saya perlukan
awak untuk make this work. So senyum”
paksanya menguatkan rangkulannya tiba-tiba sehingga Layla rasa seperti tidak
boleh bernafas. Nak tak nak Layla terpaksa akur untuk “berlakon” dengannya.
Bergetar juga hati wanita nya kerana semasa berlakon itu Faris seolah macam
seorang suami yang akhirnya dapat mengahwini wanita pujaannya. Selamba sahaja
dia memeluk dan mencium pipinya sewaktu berposing itu. Macam-macam shot yang
ada dan semuanya romantik seolah-olah macam betul-betul sahaja mereka pasangan
pengantin yang bahagia. Layla tak pasti Faris terpaksa atau saja mengambil
kesempatan.
Selepas
jurugambar dapat apa yang mereka hajatkan Faris kembali menjadi dirinya
semula. “ Thanks for the good show” ujarnya berbisik pada Layla agak kasar
dan tanpa perasaan. Layla sedikit terpempan. Kemudian dia melangkah ke kereta
Audinya yang dipandu oleh seorang rakannya. Layla lihat wanita tadi ada di
situ. Mereka naik kereta itu bersama meninggalkan Layla yang sedikit
tercengang.
“
Alah, tak ke mana lah pakwe awaktu. Esok dia datanglah” usik seorang makcik
yang melihat insiden itu. Macamlah apa...getus hatinya. Sebenarnya, Layla lega
apabila melihat Faris pulang petang itu dan hanya akan datang keesokkan harinya
untuk kenduri serta majlis persandingan di rumah nya esok. Jadi malam itu Layla
masih lagi boleh bersendirian dalam bilik pengantin. Tambahan pula ada majlis
berinai yang hanya dihadiri oleh orang perempuan sahaja.
Layla
sekali lagi bersalin pakaian pengantin malam itu sedangkan penat selepas nikah
belum habis lagi. Kali ini Layla disandingkan seorang diri di atas pelamin. Dan
masa itu berdesup-desup bunyi kamera digital masing-masing mengambil gambar.
Asha, Kak Nura, ibu, ayah dan saudara mara tak lepaskan peluang bergambar
dengannya. Riangnya mereka. Sedangkan Layla sedikitpun tidak rasa gembira.
Namun demi mereka Layla lontarkan senyuman yang sebenarnya langsung tidak
ikhlas dia berikan. Penat rasa otot pipinya tersenyum.
Majlis
perkahwinan memang memenatkan tapi malam itu apabila Layla baring di katil
pengantin yang dihias cantik itu Layla tidak boleh melelapkan mata. Entah
apalah masa depannya. Air mata jatuh lagi. Laylalah pengantin yang paling
malang. Bukan begini Layla bayangkan dan angankan perkahwinannya. Layla
sepatutnya bahagia. Tapi nampaknya nasibnya tidak mengizinkan untuk berkahwin
dengan orang yang dia cintai.
Dulu,
Layla selalu bayangkan perkahwinan yang romantik. Yang Layla akan berjumpa
dengan pasangan yang sesuai sewaktu belajar. Bercinta di Universiti mungkin.
Berkahwin selepas masing-masing sudahpun berjaya. Bukan itukah yang selalu
dihadapi oleh orang lain. Ini tidak, dalam usia 18 tahun Layla sudahpun menjadi
isteri orang. Belajar pun tidak. Kawin pula dengan orang yang tidak dicintai
dan dikenali. Memang malang sungguh. Masa depan nya di rasakan gelap tiba-tiba.
Terutama bila mengingatkan selepas ini dia akan berada di sisi Faris tanpa ada
apa-apa jaminan. Sedar bahawa hidupnya akan dipersia-siakan nanti kerana Faris
memang tidak sukakan Layla dan perasaan itu juga yang dia rasakan terhadap
Faris. Hanya benci untuknya.
Akhirnya
Layla terlelap jua. Esoknya sewaktu solat subuh Layla berdoa panjang. Berdoa
supaya semuanya berjalan dengan baik. Dan kalau ini jodohnya. Layla pasrah biarpun
tiada cinta antara mereka. Dan Layla berharap juga supaya satu hari nanti Faris
akan lepaskan Layla juga supaya Layla dapat mengejar cita-cita nya melanjutkan
pelajaran di menara gading seperti kakak dan abangnya.