NAMA PENA

Kenapa ‘nama pena’ penting dalam sesuatu karya?

Jawapan yang paling tepat adalah kerana nama pena yang unik mampu meningkatkan daya ingatan pembaca terhadap sesuatu karya selain mencipta identiti tersendiri terhadap penulis tersebut.

 

CERITA

Apa ‘cerita’ yang nak disampaikan dalam sesebuah karya?

Karya yang dihasilkan haruslah mempunyai elemen berikut.

1.    Ada kisah yang hendak disampaikan dan mempunyai mesej atau pengajarannya.

2.    Tidak meleret-leret penceritaannya seolah-olah sengaja memanjangkan cerita tetapi isinya longgar.

3.    Pengakhiran cerita mestilah ‘happy ending’ dan tidak tergantung.

 

TEKNIK

Apakah ‘teknik’ yang sesuai dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu?

Bagi menghasilkan karya yang bermutu, penulis haruslah bijak menggunakan teknik yang bersesuaian untuk karya yang di hasilkan. Teknik seperti dialog, imbas kembali, kata ganti nama dan sebagainya haruslah sesuai dengan plot yang ditekankan.

Kurangkan teknik flash back iaitu imbas semula supaya pembaca boleh fokus pada jalan cerita.

Selaraskan teknik penceritaan dari awal hingga tamat. Jika watak utama ‘aku’, hanya watak utama sahaja menggunakan ‘aku’ dalam naratif.

 

GARAPAN BAHASA

Apakah ‘bahasa’ yang sesuai di pilih dalam menghasilkan karya?

Dari segi pemilihan bahasa, ianya adalah bergantung kepada penulis dan target pembaca. Jika penulis yakin mampu menghasilkan karya dalam bahasa Melayu atau Inggeris, ianya haruslah diteruskan kerana lebih dekat dengan jiwa penulis. Gaya bahasa pula haruslah :

1.    Bahasa yang mudah difahami pembaca.

2.    Elakkan penggunaan bahasa rojak (BM+BI).

3.    Minimakan penggunaan bahasa Inggeris dalam karya. (bagi karya bahasa Melayu)

 

BAB/PERENGGAN

Bagaimana menentukan ‘bab atau perenggan’ dalam sesebuah karya? (jika menghasilkan novel)

Bab atau perenggan keduanya sama penting dalam sesebuah karya.Ianya digunakan bagi mengelakkan pembaca keliru dengan isi karya yang ingin diketengahkan.

Setiap ‘bab’ tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

Panjang setiap bab seelok-eloknya 5 – 10 mukasurat.

 

EJAAN

Kesilapan ejaan membuatkan pembaca tidak faham apa yang hendak disampaikan penulis.

Ejaan yang tidak betul juga mengganggu mood pembaca menghayati cerita.

Semak ejaan yang betul di Kamus Dewan atau layari laman webhttp://prpm.dbp.gov.my/.

Penggunaan Dewan Eja dapat membantu menyemak kesilapan ejaan dengan lebih berkesan.

 

TANDA BACA

Menggunakan setiap tanda baca dengan betul untuk memberi keberkesanan dalam penyampaian cerita.

Tanda koma (,) sebagai unsur pemisah.

Tanda noktah (.) sebagai unsur berhenti.

Tanda elipsis (...) sebagai pengguguran ayat sama ada di awal atau di akhir ayat. Juga untuk pengucapan yang tidak lancar. Gunakan hanya tiga tanda noktah.

Tanda soal (?) untuk ayat berunsur pertanyaan.

Tanda seru (!) sebagai unsur jeritan atau penegasan.

Tanda petik (“ ”) digunakan untuk dialog.

Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik.

 

KONFLIK

Cipta beberapa konflik agar dapat mencetuskan emosi pembaca.

Setiap konflik harus diselesaikan di pengakhiran cerita.

 

DIALOG DAN NARATIF

 

1.    Perlu seimbang kedua-duanya.

2.    Minimakan dialog di permulaan bab.

3.    Bahasa dialog tidak terlalu formal.

4.    Naratif tidak perlu terlalu panjang hingga meleret-leret.

 

 

MULA MENGARANG

Seharusnya draf dahulu karya yang ingin adik-adik hasilkan. Pemilihan watak utama dan karakter yang dibawakan haruslah kuat dan member impak kepada karya.

 

Nota : Beza novel dan novelet adalah keseluruhan novel dihasilkan oleh satu penulis sahaja manakala nevelet adalah hasil gabungan cerita dari pelbagai penulis. Contoh : Antologi Cerpen.

 

awa
Aira eddy
Adithya Aryan Arjuna
Adithya Aryan Arjuna
Adithya Aryan Arjuna
Adithya Aryan Arjuna
Sayhazs Zailie
Andayu