Faris ke rumah Tunku Shafinas
membawa hati yang tersinggung. Tunku Shafinas suka sahaja Faris datang ke rumahnya.
Malam itu Faris cuba merawat hati yang sakit dengan menonton perlawanan bola
bersama Desmond dan Tunku Shahri yang juga turut berada di situ. Selepas
seketika Tunku Shahri entah kenapa tiba-tiba mengusik.
“ Hai tak kan kat sini kot
malam-malam minggu ni... tengok bola pulak tu dengan bachelors like us. Lepas tu tinggalkan isteri gorgeous you tu sorang-sorang kat rumah. Tak takut ke kena kebas?“
sindir Tunku Shahri padanya. Tunku Shahri akui. Kali pertama dia nampak wajah
Layla dia terkedu juga. Walaupun bertudung, isteri Faris memang cantik. Nak-nak
pula pada waktu majlis itu gadis itu disolek dan mengenakan pakaian pengantin
yang ekslusif. Ada macam iras-iras Norjuma Habib. Macam puteri raja mana
sahaja. Tapi dia hairan kenapa Faris asyik sibuk menghabiskan masa bersama
mereka. Kalau dia lah...dia tak akan lepaskan gadis cantik dan muda sebegitu.
Faris
menjuihkan bibir. Malas dia mahu melayan sindiran Tunku Shahri itu. Dia
teringat bisikan Tunku Shari sewaktu nikah dulu apabila melihat wajah Layla
kali pertama macam tak penah tengok perempuan. “ She is a gorgeous babe. Kalau kau tak nak bagi kat aku je la!“
Entah kenapa mahu sahaja dia bagi penampar pada kawannya itu kerana berkata
sedemikian. Tapi mengingatkan memang dia tidak sukakan wanita itu jadi dia
batalkan niat tersebut. Lagipun dia tak sepatutnya rasa marah. Pada waktu itu memang
dia kawini gadis itu tanpa ada perasaan. Tetapi sekarang, dia mula rasa geram
walaupun hanya namanya saja disebut lelaki lain. Apatah lagi dipandang oleh
lelaki lain seperti yang dia lihat petang tadi.
Tunku
Shafinas menarik muka. Tunku Shahri macam tak faham perasaan adiknya. Cakap
begitu di depannya. Dia tahu Layla kalau dibandingkan dengannya memanglah dia
kalah. Layla punya kecantikan asli tak perlu suntik Botox atau vitamin C di
muka. Semua nampak natural sahaja. Kalau boleh dia tidak mahu Faris sedar semua
itu. Kalau Faris terpikat dengan isterinya habislah dia. Dia akan kehilangan
Faris untuk selama-lamanya.
“
Memanglah Faris ni, ikan dah ada depan mata tinggal-tinggalkan. Orang lain
ambik nanti baru tahu...” ketawa Desmond pula. Faris mengeleng.
“
Adalah sorang lagi yang nak kena penumbuk I ni” balas Faris dengan gigi yang
diketapkan.
“
Wah sudah sombong bila kawin ya...mahu tumbuk kawan. I nak tanya you, how does
it feel to sleep with an innocent girl like her? Don’t tell me you never touch
her before?” ujar Desmond sambil ketawa. Tunku Shahri pun. Faris hilang
sabar. Hatinya yang sudah sedia sakit
terasa mahu meletup.
“ None of your damn business!” Penumbuknya singgah di tulang pipi
Desmond. Desmond terjatuh ke sofa. Tunku Shahri bangun cuba meredakan.
“
Faris you dah gila ke apa? Desmond is
just joking. Like we always do, kau
dah lupa ke! “ Faris terkedu. Main-main? Desmond telah lebih dari sepatutnya!
Arghh! Apa dah jadi padanya? Desmond meraba-raba tulang pipi. Tunku Shafinas
tercengang. Tunku Shahri pun. Kenapa teruk sangat Faris sekarang? Selalu mereka
bergurau begitu mengenai wanita-wanita lain dan selalunya mereka semua akan
ketawa selepas itu tetapi sekarang bila topik Layla dimulakan, Faris jadi
terlebih sensitif.
“ Lu gila la Faris!” ujar Desmond marah masih meraba pipinya yang
kian membenjol. Faris juga hairan sendiri. Tak sangka dia boleh ringan tangan
menumbuk Desmond tadi. Tanpa berkata apa-apa dia bingkas bangun dan keluar dari
rumah Tunku Shahri. Hatinya tak keruan. Apakah perasaan possesif ini? Dia pun
tidak mengerti. Tapi yang dia pasti dia perlu berpisah dengan gadis itu secepat
mungkin sebelum dia hilang akal dan buat sesuatu yang pelik seperti itu lagi. Dia
makin tidak kenal dengan dirinya sendiri.
Sebaik dia pulang ke rumah, jam
sudah pun menunjukkan angka 2 pagi. Masuk-masuk bilik sahaja dia melihat Layla
yang sudah lena merengkuk di atas sofa berselimut tetapi selimutnya hanya
setakat pinggang sahaja. Jelas gadis itu kesejukan.
Dia meneliti suhu di alat
penghawa dingin. 15? Patutlah sejuk semacam. Dah tahu sejuk pasang alat
penghawa dingin pada tahap begitu. Nak beku ke apa budak ni? Ngomel Faris
sendiri. Faris menutup alat tersebut. Kemudian menyelimutkan gadis itu hingga
ke leher. Semasa itu dia mengamati wajah gadis itu. Makin dipandang makin comel
pula. Macam snow white dalam fairy tale dengan wajah yang putih kemerahan,
rambut hitam pekat dan bibir kemerahan.
Dia teringat senja tadi dimana dia
telah mencium pipi lembut gadis itu. Merah wajah gadis itu. Masih segar di
matanya reaksi gadis itu. Reaksi yang menggetarkan jiwanya. Faris tersengeh
sendiri. Ingin dia rasa perasaan itu
sekali lagi lalu Faris merapatkan wajahnya pada gadis itu, terdengar nafas
halus gadis itu yang jelas memang tidur mati.
Dia baru sahaja ingin meneruskan
niatnya apabila tiba-tiba gadis itu terbatuk-batuk kecil. Faris terkejut dan
terus ke katilnya. Terbang semangatnya.
Faris! kau memang nak tempah nahas
kalau kau cium budak kecik itu sekali lagi, desis hati kecilnya memarahi
dirinya sendiri.
Faris meraup muka dan terus ke bilik air. Kemudian ke bilik persalinan pula menukar
kepada singlet dan seluar tidur separuh lutut. Selepas itu dia menghempaskan
dirinya ke atas katil yang kian dia rasai terlalu besar dan sepi. Sesungguhnya
sofa di depannya di mana sekujur tubuh sedang tidur lena sejak akhir-akhir itu
nampak lebih menarik!