“WAH…cantik rumah Hasef ni,”
puji Datin Amna sebaik sahaja mereka masuk ke rumah itu dan bersalaman.
“Hmm
ini dah kalah rumah ayah. Besar sungguh rumah Hasef,” gurau Datuk Husein.
“Macam
English house je bang. Sofia suka.
Memang cantik rumah abang ni,” puji Sofia pula.
“Hasef
kebetulan dapat deal yang baik untuk
banglo lama ni. Pemilik asal terpaksa balik negaranya cepat jadi dia sanggup
jual rumahni below market price,”
terang Hasef.
“Hmmm…Zeti
bertuahlah. Nanti dah kawin Zeti boleh duduk sini,” kata Datin Amna sambil
mengerling pada Zeti yang hanya tersenyum. Hasef mengangguk tetapi dahinya
sedikit berpeluh. Kedatangan Zeti memang tidak disangka. Zeti tersengeh
buat-buat walaupun dari matanya dia sebenarnya tidak puas hati dengan keputusan
Hasef membeli banglo lama itu tanpa persetujuannya. Baginya sungguh hodoh banglo
itu.
Tunggulah
bila mereka bersendirian. Dia akan dapatkan penjelasan kenapa Hasef membuat
keputusan sendiri tanpa berbincang dengannya. Sudahlah begitu, selama dua bulan
Hasef menyepi dan tiba-tiba sahaja membeli rumah. Hasef ada perempuan lain ke?
“Berapa
orang gaji Hasef ni??” tanya Datin Amna bila terlihat Kak Umi dan Zahra yang
berada di dapur. Kedua-duanya keluar bersalaman dengan Datin Amna dan
mengenalkan diri.
“Err…2
orang mama,” jawab Hasef menunjuk pada Zahra dan Kak Ummi yang berdiri di situ.
“Amboi…sampai
2 orang. Sorang tukang kemas sorang tukang masak???” tanya Datin Amna.
“Lebih
kurang macam tu lah mama,” ujar Hasef sambil tersengeh. Matanya melirik pada
Zahra yang kelihatan bersahaja. Mata mereka bagaimanapun bertemu. Zahra
menundukkan kepala.
“Wow…hebat
abang sampai dua orang gaji. Mama tu pun kat rumah ada sorang je. Abang Hasef sampai
2 sekali,” sampuk Sofia. Dia tersenyum ramah pada Kak Umi dan Zahra. Zahra dia
lihat seperti sebaya sahaja dengannya. Tinggi mereka pun lebih kurang.
“Mudah
sikit nak jaga rumah besar ni,” ujar Hasef berdalih. Matanya terlekat lagi pada
Zahra yang menoleh seketika. Pandangan itu dapat dikesan oleh Zeti. Kenapa Hasef
berpandangan begitu dengan gadis bertudung yang sejak tadi berada di dapur itu?
Mereka ada apa-apakah? Tapi tak mungkin Hasef ada sesuatu dengan gadis seperti
itu. Orangnya tinggi lampai dan bertudung litup. Wajahnya separuh tertutup
dengan tudung itu. Sukar untuk Zeti nampak wajah sebenar gadis itu.Tapi secara
kasarnya nampak seperti orang kampung sahaja.
“Emm..Zahra
ni umur berapa? Nampak macam sebaya sahaja dengan saya,” ujar Sofia. Tiba-tiba
bertanya. Datin Amna mengangguk. Memang nampak gadis itu sebaya dengan Sofia.
“19
tahun,” jawab Zahra pendek.
“Memang
sebayalah. Saya Sofia. Dah lama kerja dengan abang Hasef?” soal Sofia.
“Hmmm
baru je,” jawab Zahra agak malu-malu terutama bila semua mata memandang padanya
menanti jawapan. Hasef mula rasa tidak selesa.
“Maaf
kalau saya tanya. Kenapa awak jadi orang gaji ye? Selalunya orang sebaya awak
dan saya suka bekerja di kilang, supermarket
dan sebagainya kalau mereka tidak melanjutkan pelajaran. Awak pulak pilih jadi orang
gaji. Orang gaji biasanya orang dari tanah seberang sahaja,” soal Sofia
menyebabkan hati Hasef tak keruan.
“Dah
rezeki saya kat sini cik,” jawab Zahra. Hasef yang sedang berada di situ tegak
sahaja telinganya. Memastikan Zahra tidak berkata sesuatu yang akan memecahkan
rahsia mereka berdua. Dia lega Zahra menjawab seperti itu.
“Amboi
Sofia…sempat lagi menyoal siasat orang gaji abang??? Dia ni orang susah. Ada
nenek yang buta lagi. Abang ambil dia bekerja supaya dia tak merempat dengan
nenek dan adik dia. Dahlah tu. Jom kita makan. Abang dah lapar ni,” kata Hasef cuba
mengelak Sofia dari bertanya lebih lanjut. Dia tahu Sofia agak pemerhati
orangnya dan sering bercakap ikut apa yang terlintas di fikirannya. Dia tidak
mahu Sofia menyoal siasat Zahra pula. Silap hari boleh terbongkar rahsianya.
“Baiknya
abang ni…dari dulu cepat bersimpati kat orang…cuma Sofia harap tak ada orang
yang sengaja ambil mesempatan pulak bila abang baik sangat macam tu,” kata
Sofia memandang tepat pada Zahra. Zahra menundukkan kepala. Dia sedar kata-kata
itu ditujukan khas untuknya. Geram bertakhta di hati. Mahu saja dia berkata,
siapa yang mengambil kesempatan? Akukah atau abang kau? Tapi, pasti tidak
berbaloi untuk mengucapkannya di saat itu. Biasalah, orang yang berada
memandang sangsi pada orang sepertinya. Memanglah pelik seusianya dia rela
menjadi orang gaji pula sedangkan rakan-rakan lain suka bekerja di tempat yang
lebih komersial.
Seketika
kemudian makanan malam dihidangkan. Nasi beriani ayam dengan acar beserta
papedom. Mereka anak beranak makan dengan berselera sekali.
“Mari
sini Zahra dan Umi makan sekali,” ajak Datin Amna mesra. Zahra dan Kak Umi
berpandangan seketika.
“Tak
mengapa Datin. Datin dan semua makanlah dulu. Kami berdua makan selepas ni,”
jawab Kak Umi sopan.
“Wah
sedapnya beriani ni,” puji Dato Hussein. Hasef tersengeh. Sedikit sebanyak ada
rasa bangga di hati. Memang sejak dua bulan itu masakan Zahra memang kena dengan
tekaknya. Dan hari itu keluarganya memuji pula. Hah! Bini aku memang pandai
masak, bisiknya bangga.
“Betul…memang
sedap. Siapa yang masak ni??” tanya Datin Amna. Kak Umi menyenggol Zahra
sedikit.
“Err…saya
Datin,” jawab Zahra sambil tersenyum.
“Wah
sedap nasi beriani awak ni…awak ada belajar masak di mana-mana ke? Lebih sedap
dari di kedai ni,” puji Datin Amna.
“Tak…saya
hanya belajar dengan arwah mak saya. Terima kasih Datin,” kata Zahra sopan. Datin
Amna tersengeh. Zeti di sebelah hanya tersenyum nipis. Dia memandang Zahra
tajam. Ada rasa sedikit cemburu di hati. Bakal ibu mertua memuji gadis lain di
hadapannya sedangkan dirinya masak nasi pun tak pandai. Bila dia melirik wajah Hasef
pula dia dapat lihat ada sedikit senyuman di bibir. Hasef ni kenapa??? Ada hati
pada orang gaji? Hati Zeti rasa terbakar tapi di situ dia perlu pandai jaga
kelakuannya. Malu kalau nampak cemburu dengan orang gaji. Dah tentulah orang
gaji itu tidak setaraf dengan Hasef.
Selepas
itu mereka berehat-rehat seketika sebelum menjamah pula apple pie yang disediakan oleh Zahra. Memang lazat menikmati apple pie itu bersama dengan air kopi.
“Sedapnya
apple pie ni Zahra. Awak buat ini
juga??” soal Datin Amna kagum.
“Ye
Datin. Kalau Datin suka, tambahlah lagi,” pelawa Zahra sewaktu dia menuang air
kopi kepada Datin Amna. Datin Amna menganguk-angguk. Memang bertuahlah Hasef mendapat
orang gaji seperti Zahra yang pandai memasak. Datin Amna meneguk air kopi yang
dihidangkan. Kopi pun sedap sahaja dihirup, desis hati Datin Amna.
“Dah
tentu. Tak pernah saya makan apple pie
sesedap ini,” puji Datin Amna lagi menambah lagi apple pieitu ke pinggannya.
“Nanti
bagi saya resepi apple pie ni. Saya
nak cuba buat sendiri di rumah,” pinta Datin Amna.
“Tiada
masalah Datin. Nanti saya tuliskan dan berikan pada Datin,” ujar Zahra dengan
sopan.Datin Amna tersenyum. Suka
dia pada gadis tukang masak itu. Orangnya nampak masih muda tapi sudah pandai
memasak dengan lazat sekali.
“Hmm…ambik
resepi tu tapi tak payahlah awak buat. Tu suruh anak dara awak tu. Cuti-cutini
baik awak ajar dia memasak. Tak kan lah esok harapkan orang gaji sahaja,” Tiba-tiba
bapa Hasef bersuara. Sofia menjuihkan bibir. Bapanya memang suka mengusik dia
begitu. Seumur hidupnya dia jarang ke dapur kerana sudah ada orang gaji yang
pandai segala. Justeru dia tidak nampak penting baginya untuk pandai memasak.
“Ayah…Sofia
tak diciptakan untuk memasak. Ada banyak lagi kerja lain yang lebih penting
dari masak,” Sofia pantas menjawab. Hasef mengeleng-ngeleng begitu juga Puan
Amna.
“Baguslah
tak pandai masak…esok-esok kalau suami lari baru tahu,” usik Hasef sengaja.
“Owh….carilah
suami yang moden. Tak kisah isteri pandai masak atau tak. Kak Zeti…akak kena
belajar masak. Tu abang Hasef dah bersungguh nak isteri dia pandai masak,” Zeti
yang dipanggil terpempan. Jenuh kalau Hasef suruh dia memasak. Memahami Zeti
juga seperti adiknya Hasef pantas berkata,
“Kak
Zeti tak apa…nanti abang yang masakkan untuk dia,” jawab Hasef menyebabkan hati
Zeti berbunga. Dia melirik pada Hasef yang tersenyum padanya. Pandangan mereka
bersatu dan mereka berdua ketawa. Ada kemesraan terpancar di antara Hasef dan
tunangnya itu.
“Huh!
Double standard!! Mentang-mentanglah
Kak Zeti tunang dia…cepat je dia backing!”
sela Sofia bergurau. Mereka semua ketawa. Zahra hanya tersenyum nipis. Namun
hatinya semacam bila melihat Hasef yang berpandangan dengan Zeti. Ada rasa
kurang senang melihat kemesraan yang terpancar di mata Hasef terhadap gadis
sofistikated yang bernama Zeti itu.
Tunang
dia rupanya. Memang sesuai. Agaknya kalau perempuan itu sudah tentu Hasef tidak
malu kalau jadi isterinya. Oh, aku jealous
ke? Mustahil!! Tapi kan aku isteri dia?? Sudah dua bulan menyediakan semua
keperluan dia dan kemesraan pula sedikit sebanyak wujud biarpun Hasef belum
betul-betul menerimanya sebagai isteri.
Zahra
melirik pada Hasef dan dia terkedu bila Hasef juga memandang padanya seketika.
Pandangan bertaut, sebelum panggilan Zeti di sebelah menarik perhatiannya. Dia
segera mengalih pandangan kepada Zeti. Melihat mereka berbual mesra hati Zahra
terusik juga sedikit sebanyak. Dia pun bergerak ke dapur kalau-kalau ada yang
perlu dikemas atau dibasuh. Tak sanggup dia melihat mereka berdua. Hatinya
seperti dipalu.