1. Apakah Portal Ilham?
PORTAL ILHAM
adalah sebuah portal penulisan yang menyediakan platfrom untuk penulis  berkarya dan mengembangkan bakat penulisan. Sasaran penulis adalah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Misi utama PORTAL ILHAM adalah untuk melahirkan lebih ramai penulis berbakat dan menerbitkan karya yang memenuhi kehendak pembaca.  

2. Mengapa saya harus memilih PORTAL ILHAM sebagai platform penulisan saya?
PORTAL ILHAM
menyediakan anda peluang untuk berinteraksi bersama pembaca dan penerbit melalui ruangan komen dan media sosial selain membina pengaruh tersendiri dalam bidang penulisan.

3. Adakah terdapat sebarang bayaran untuk menyertai PORTAL ILHAM?

Tidak. Platfom ini dibina khas untuk penulis membina tapak dalam bidang penulisan manakala pembaca boleh membaca karya-karya ini secara percuma. Terdapat 3 medium pembacaan bagi PORTAL ILHAM iaitu desktop/laptop, mobile version atau baca melalui Aplikasi PORTAL ILHAM.

4. Bagaimanakah saya ingin menyertai PORTAL ILHAM?
Untuk menyertai PORTAL ILHAM, anda hanya perlu mendaftar bagi membina akaun akses sebelum memuat naik karya. Ikuti langkah pendaftaran di sini.

5. Bagaimanakah PORTAL ILHAM dapat membantu untuk merealisasikan impian saya sebagai penulis?
Ya. Misi utama PORTAL ILHAM adalah untuk melahirkan lebih ramai penulis. Kami akan membantu anda dari segi promosi karya di setiap laman sosial PORTAL ILHAM dan mencadangkan kepada pihak penerbit jika ada karya yang di kesan memenuhi kehendak pasaran.

6. Adakah saya perlu mencetak manuskrip dan hantar kepada penerbit untuk penilaian?

Tidak. Setiap karya di PORTAL ILHAM akan dinilai oleh pihak editorial. Karya yang menarik dan memenuhi kehendak pasaran bagi rumah penerbitan berpotensi untuk diterbitkan.

7.  Bolehkah saya memuat naik karya yang belum siap?
Ya. Setiap karya yang dimuatnaik di PORTAL ILHAM adakah di kawal sepenuhnya oleh penulis. Namun kami menyarankan agar penulis memuat naik karya penuh.

8. Bolehkan saya menuntut sebarang bayaran untuk setiap karya yang dimuat naik di PORTAL ILHAM?
Tiada sebarang bayaran diberikan bagi setiap karya yang dimuat naik dalam PORTAL ILHAM. Bayaran / Royalti akan diberikan bagi karya yang diterbitkan dalam bentuk cetakan/digital mengikut pada perjanjian yang ditandatangani bersama rumah penerbitan yang berminat untuk menerbitkan karya anda.

9. Bagaimana saya mahu mandapat julah bacaan yang tinggi untuk karya yang dimuatnaik di PORTAL ILHAM?
Bacaan yang tinggi adalah salah satu faktor yang boleh menarik pembaca lain untuk membaca karya kita. Oleh itu, setiap penulis disarankan untuk giat mempromosikan karya anda di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Line, Blog milik peribadi atau membuat FB Ads bagi menaikkan bacaan karya anda.

Selain daripada itu, penulis boleh menyertai kumpulan penulis atau menyertai kelab penulisan novel atau kelab yang berkaitan dengan bacaan untuk meraih sokongan mereka terhadap penulisan anda.

10. Adakah saya akan hilang hak eksklusif sebagai penulis bagi karya yang telah di muat naik di PORTAL ILHAM?
Setiap karya yang dimuatnaik di PORTAL ILHAM adalah hak eksklusif penulis tersebut dan kami tidak mempunyai sebarang hak melainkan penulis telah menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak PORTAL ILHAM.


SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU KEMUSYKILAN BERKENAAN PORTAL ILHAM, SILA HUBUNGI KAMI MELALUI EMEL
[email protected]
Bab 4
Ruby Annas
Bab 23
Ruby Annas
Ruby Annas
Abil Ross
sipencintapena
Bab 28
Kay Zaaraa
Bab 67
anga wati
Bab 11
Ann Hann
Bab 28
AnnSelasih
AnnSelasih