“ Layla, you tak mahu
pukul bola ke? “ tanya Nabila pada Layla satu pagi di driving range. Mereka ke
sana untuk latihan sebelum tournament keesokan harinya.
“ Eh tak apa, you start dulu Nabila. Besok kan tournament. Saya
ni pak pacak saja.”
“ Apa you cakap? Pak pacak? What
is that? Sounds funny!” balas Nabila ketawa geli hati. Layla turut ketawa.
Jelas Nabila jarang berbahasa Malaysia. Istilah itu pun bunyi kelakar baginya.
“ Orang yang berdiri tengok sahaja tak buat apa-apa. Itulah pak
pacak.” Jelas Layla. Nabilah ketawa.
Beberapa bulan dulu jangan haraplah dia boleh duduk sama
berbual mesra, ketawa bagai seperti itu dengan Nabila. Selalunya sambutan terhadapnya
dingin sahaja. Sudah tiga hujung minggu mereka sekeluarga keluar berlatih
bermain golf. Pada Layla dia hanya mampu pukul bola di driving range sahaja
sedangkan tournament itu memerlukan seseorang yang mantap dari segi skil dan
stamina. Oleh itu, yang akan mewakili
pertandingan itu ialah Faris, Tan Sri dan adiknya Nabilah. Wafiq pula memang
tidak berminat dengan golf. Sepanjang 3 minggu itu dapatlah Layla mengenali
Nabila dengan lebih baik. Walaupun nampak sombong tapi Layla buat kesimpulan
Nabila hanyalah mahukan perhatian yang tak kunjung tiba dari nenek dan bapanya
yang sibuk. Malahan dari abangnya Faris yang jarang dapat berbual dengan baik.
Selalunya mereka tidak sefahaman.
Oleh itu kalau boleh Layla akan cuba masukkan Nabila dalam
perbualannya bersama Tok Zauyah dan Tan Sri. Layla juga selalu cuba mendekati
gadis itu yang tua beberapa tahun darinya itu. Semasa di driving range bila waktu berehat dia akan bawakan minuman untuk
Nabila. Dia akan bertanya itu dan ini pada Nabila mengikut mood gadis itu. Ada masa dia akan dapat layanan dingin tapi
ada masa elok pula Nabila bercerita dengannya.
Sebenarnya semua itu berubah bila dia telah
terserempak dengan Nabila yang menangis seorang diri di tepi tembok kolam renang
sempena majlis harijadi Tan Sri Omar yang lepas. Mula-mula Nabila tidak mahu
memberitahu tetapi setelah Layla pujuk-pujuk barulah terhambur semua masalah di
dadanya. Rupa-rupanya teman lelakinya Kurt telah tinggalkan dia.
“ Dia kata dia nak kahwin dengan I tapi dia boleh tinggalkan I?” Can you believe that? ujar Nabilah
dari sedu-sedannya. Layla mengusap belakang Nabilah untuk melegakan gadis itu.
Layla bukanlah arif sebab dia pun belum pernah ada kekasih. Yang dia ada hanya
suami itupun suami yang dia belum kenal hati budi pula. Apa yang Layla boleh
nasihatkan ialah mungkin Kurt bukan yang terbaik untuk Nabilah.
Mungkin di luar sana ada orang yang lebih baik. Lama juga
Nabilah meluahkan perasaannya pada Layla sehinggakan Faris hairan ke mana
isterinya Layla tidak naik-naik ke bilik walaupun jam sudah hampir ke 1 pagi.
Dia turun mencari dan ternampak Layla memujuk Nabila di tepi tembok kolam
renang.
Melihatkan itu dia tersenyum lalu naik semula ke bilik. Dia
tidak mahu mengganggu. Mungkin itulah masanya Layla dan Nabila berbaik antara
satu sama lain. Dia juga tersentuh dengan kerelaan Layla menenangkan Nabilah
meskipun Nabilah sebelum ini jelas tidak sukakan dia. Hati Faris tersentuh
melihat keprihatinan Layla itu.
Disebabkan oleh sikap Layla itu, Nabilah sudah boleh menerima Layla dan mereka
menjadi rakan yang baik dalam rumah itu walaupun pada asalnya Nabilah memang
tidak sukakan Layla. Banyak juga aktiviti yang mereka lakukan bersama selepas
berbaik termasuklah bermain tennis dan swimming. Layla juga mula mengajak
Nabilah bersolat di bilik solat bersama Tok Zauyah untuk sesetengah waktu solat
bila ada kesempatan.
“ Nice shot Nabilah!” puji Layla kepada pukulan bola golf
Nabilah pagi itu. Nabilah tersenyum. Kalau elok pukulannya bolehlah dia pergi
bermain 18 holes sekejap lagi, satu latihan untuk tournament esok.
“ Oh ye ke? Perlukan lebih lagi dari itu Nabilah. No energy.”
tiba-tiba Faris datang ke tempat mereka dan berkata dengan kritis sekali. Layla
menjuihkan bibir memandang Nabilah. Nabilah ketawa. Bila dah berkawan itu ada
saja isyarat kelakar mereka berdua bila melibatkan Faris. Faris memang suka
mengomen. Selalu yang kena Layla. Kali ini giliran Nabilah pula.
“ Ha apahal ketawa pulak Nabilah? Pukul lembik macam tu jangan
haraplah nak birdie, apatah lagi hole in one! Esok kalau abang dapat hadiah
jangan jealous ye” tegur Faris lagi pada adiknya itu. Nabilah menjuihkan bibir.
“ Alah macamlah abang tu boleh dapat hole in one?. Birdie pun
belum tentu. Paling best pun bogey je lah. Nak kutuk-kutuk orang pulak.” Sela
Nabilah sambil mengejek. Dia ketawa lagi. Layla di situ juga turut ketawa. Tiba-tiba
Faris memandang tepat padanya menyebabkan ketawanya tak jadi. Oopss!
“ Awak ni jadi apa kat sini? Tukang gelak sahaja? Cheerleaders
ye? Mentang-mentanglah dia tak perlu main esok. Bukan main suka lagi.” Tegur
Faris saja menyakat isterinya itu. Layla buat muka bosan. Hah, dia pula yang
kena.
“ Ish, abang Faris ni suka buli kakak kita. Layla kalau dia
buli you, bagi tahu I tau…biar I ajar abang I ni.” Kata Nabilah. Dia telah pun
meletakkan clubnya ke dalam beg. Layla mengangguk.
“ Eleh, geng lah tu konon. Nabilah, jom kita main satu flight 18
holes. Tengok siapa boleh cecah birdie. Ajak Tok dengan ayah sekali. Siapa
kalah dia belanja”
“ Okay, it’s a bet. Kalau I menang, abang kena belanja kami semua
makan tengahari.”
“ Set. Cepat bagi tahu Tok dan ayah.” Katanya menunjuk pada Tok
Zauyah dan Tan Sri yang sedang berbual di barisan hadapan selang tiga baris
dari mereka. Mereka juga berada di situ untuk latihan memukul bola.
“ Habis saya macamana? “ Tanya Layla. Apa dia nak buat
sementara mereka bermain beberapa jam itu?
“ Siapa suruh tak pandai main. Penat je saya ajar tapi tak
pandai-pandai. Awak ni seronok kena peluk sampai tak boleh pukul bola dengan
betul agaknya ye?” Layla menggigit bibir geram. Ada-ada saja Faris. Mukanya
merah dan malu bila Faris berkata begitu di hadapan Nabilah. Kalau ye pun
tapi-tapislah sikit.
“ Macamana nak pandai asyik kena marah saja dengan awak. Saya
stress tau, terus tak betul nak pegang
club tu. Setiap kali ada awak je, pukulan saya berterabur” Jawab Layla membela
dirinya.
“ Face the fact Layla,
awak tak diciptakan untuk main golf. Hanya diciptakan untuk jaga saya je.” Ujar
Faris tiba-tiba lantas tersengeh nakal. Layla mencebik. Dah mula lah tu.
“ Dah Layla jangan layan abang saya weird ni. Layla boleh pergi ke café sana minum-minum air dulu atau makan
kek ke dulu. Awak ada bawa novel tak? Kalau tak pun boleh lepak kat swimming
pool di bawah tu.” cadang Nabilah. Kelab Golf di Holiday Inn Glenmarie itu
memang banyak kemudahan. Layla mengangguk. Betul juga. Mujur dia ada bawa novel
untuk hilangkan kebosanan.
“ Weird you say ? Nabila I am not!” ujar Faris tak puas hati.
“ Yes, you are… a weirdo. Faris is a wierdo!” ejek Nabila pada abangnya itu. Faris
geram lalu menarik topi adiknya menyebabkan Nabila mengejar abangnya itu. Layla ketawa kecil melihat kemesraan dua
beradik itu. Sesuatu yang dia jarang lihat semasa mula-mula datang dulu.