Faris tidak sanggup lagi
bersandiwara. Letih betul dia. Dia lega apabila ibubapa mertuanya memintanya
berehat sahaja di dalam bilik bersama Layla. Dia sungguh penat. Bukan saja
kerana majlis perkahwinannya itu tapi juga semua kepura-puraan itu. Yang paling
dia penat ialah bergambar dengan Layla. Memeluk isterinya seperti orang dilamun
cinta sedangkan pada hakikatnya dia dan Layla hanyalah berpura-pura. Dia juga
dapat merasa penolakan Layla terhadapnya bila tubuhnya di peluk sewaktu sessi bergambar. Keras dan dingin
sahaja. Ada masa dia juga dipeluk.
Teruja juga dia dengan pelukan wanita itu. Terasa tubuhnya yang hangat dan
lembut. Bergetar jiwa tapi mengingatkan perkawinan itu yang bukan atas dasar
cinta menyebabkan perasaan itu padam macam disimbah air dingin dari kutub
selatan.
Dia lihat Tok Zauyahlah paling
gembira. Tak putus-putus bibirnya menyebut kecantikan Layla dan kelembutan
Layla. Bahawa Faris bertuah memiliki Layla dan macam-macam lagi sejak dia
bernikah semalam. Tok Zauyah seolah cuba ‘mencuci’ otaknya supaya rela menerima
isteri yang dia pilihkan. Tapi itu semua tidak akan berlaku kerana Faris telah
berjanji pada dirinya untuk tidak jatuh cinta atau menerima Layla. Memang Layla
akan jadi isterinya tapi sekiranya dia berjumpa orang yang dia cintai nanti dia
akan berkahwin seorang lagi. Dia tahu kalau dia ceraikan Layla, Tok Zauyah dan
bapanya akan halau dia dari rumah. Sudah tentu keistimewaannya hilang. Jadi,
itulah yang dia akan lakukan nanti. Senyap-senyap kalau terpaksa. Dia pasti
Layla bukan orang yang ditakdirkan menerima cintanya. Dia menunggu wanita soul
matenya. Tapi wanita itu dia pasti bukan Layla. Bukan budak kecik itu yang
tidak tahu bergaya langsung!
Dan
bila dia di suruh ke bilik malam itu, Faris terasa rimas kerana Layla disuruh
turut berehat juga. Kalau boleh dia tidak mahu bersendirian dengan gadis itu.
Terutamanya di dalam bilik kerana gadis itu mengingatkan dia pada belenggu
perkahwinan itu. Perkahwinan yang dibencinya. Menyebabkan dia juga benci pada
gadis itu. Semuanya terasa begitu jelek sekali.
Sebenarnya
Layla tak mahu masukpun tapi sangka Mak Mah, Layla dan Faris malu-malu lagi seperti
pasangan lain yang baru berkahwin. Tambahan pula perkawinan mereka diatur
keluarga. Jadi kedua-duanya dipaksa masuk berdua. Akhirnya untuk tidak jadi isu
pula mereka berdua masuk ke dalam bilik pengantin yang dihias indah itu. Layla
terasa kekok lalu duduk dibirai katil mengadap meja solek. Dia tidak tahu apa
yang perlu dia lakukan. Ini memang dari dulu biliknya tapi pada malam itu
biliknya terasa asing benar. Kekok dalam bilik sendiri kerana lelaki itu ada di
situ. Terasa seperti privasinya telah diceroboh oleh orang asing itu.
Faris
mengibas-ngibas wajahnya. Panas sungguh dia rasakan di situ lantas menekan
punat kipas angin selaju mungkin. Kalau ikutkan hatinya malam itu juga dia mahu
pulang ke rumahnya. Tak sanggup dia bermalam di situ. Tadipun masa Tok Zauyah
dan bapanya bersalaman dengan Pak Amir dan Mak Mah untuk pulang dia ingin ikut
sama tapi Tok Zauyah bisik padanya suruh tinggal di situ sehingga kenduri
sebelahnya minggu depan. Faris bagi alasan tak bawa baju tapi rupa-rupanya Mak
Neng dah siapkan semuanya atas arahan Tok Zauyah. Liciknya orang tua itu. Jadi
dia tidak alasan apa-apa lagi terpaksa berada di rumah itu malam itu dengan
gadis itu yang entah siapa-siapa. Huh geramnya dia. Dia mengerling pada gadis
itu yang duduk sopan dan diam di birai katil. Sopan macam perempuan melayu terakhirlah
tu konon! Meluat dia melihatnya!
Faris masih berdiri tapi telahpun
membuka baju luar pakaian pengantinnya. Tak sanggup lagi dia menahan kepanasan menyebabkan
dia tidak segan silu lagi membuka bajunya. Bajunya tadi disangkut pada satu
penyangkut baju berdekatan almari. Tanjak yang dipakai sejak tadi diletakkannya
di atas meja solek. Dia mengeluarkan kemeja dari begnya. Dia membelakangkan
Layla. Membuka baju pengantinnya dan kemudian menyarung kemeja. Terdedah
separuh tubuhnya yang sasa menyebabkan Layla rasa malu. Dia membuka seluarnya
pula. Oh tidak! Layla tak sanggup lihat lagi. Cepat-cepat Layla berpaling.
Wajahnya merah. Ada senyuman sinis di bibir lelaki berbadan sasa itu yang hanya
berseluar boxer dan T-Shirt putih tidak berkolar. Malu konon! Kemudian dia
mengeluarkan sepasang seluar dan sehelai towel dari begnya dan keluar semula
untuk mandi agaknya.
Melihatkan Faris tiada, barulah Layla
menanggalkan tiara dan tudungnya. Dia juga terasa begitu panas tapi malu untuk
berbuat demikian. Kemudian dia menyalin kepada pakaian tidur jenis kain kapas. Rambutnya
yang panjang dilepaskan seketika sebelum diikat satu. Dia bercadang untuk ke bilik air selepas Faris kembali.
Letih sungguh dia hari itu dan badannya terasa sungguh melekit setelah seharian
memakai baju pengantin yang dibuat dari kain lace itu. Faris kembali dengan
tuala di sandang di bahu dan rambut yang basah. Dia telah siap memakai T-Shirt
putih tidak berkolar dan seluar tiga suku. Dia kemudian rebah di atas katil
bersetentang dengan Layla sambil mengeluh. Bosan betul dia. Tadi semasa hendak
ke bilik air beberapa orang makcik mengusik dan menyindir-nyindirnya tentang
malam pertama. Dahlah bilik air diluar, sedikit gelap dan banyak nyamuk pula. Kalau
boleh dia nak lari balik malam itu juga.
“
Awak, saya pergi mandi dulu ye. “ kata Layla seolah minta izin. Yelah, lelaki
itu sudah jadi suaminya yang sah. Sekarang sudah wajib baginya melayan lelaki
itu sebaik-baiknya walapun hatinya tidak berapa ikhlas.
“
Huh, tak tanya pun. You do whatever you
want to do, nak mandi ke nak lari ke, the hell
I care!” balas Faris dengan kasar. Tersentak Layla. Amboi, kasarnya!
Speaking pulak tu!. Huh! Buat rugi saja tanya baik-baik pada mamat itu! Layla
tarik muka masam lalu keluar dengan tuala menutup kepala. Memanglah dia tidak
boleh berbaik dengan lelaki itu.
Sekembalinya
dia dari mandi dia melihat Faris yang terbaring di katil merenung bosan ke skrin
Iphonenya, mungkin sedang membaca status facebook agaknya. Layla duduk di
bangku depan cermin menyikat rambutnya. Faris yang melihat itu merenung dengan menyampah.
Huh!
“
Tak payahlah nak sikat-sikat rambut tu buat muka menggoda. Tak tergoda pun!”
sindir Faris membuat Layla panas hati. Kurang ajar! Ya Allah, perasannya lelaki
itu. Sedikit pun dia tidak berniat untuk menggoda lelaki itu dengan menyikat
rambut.
“
Eh, apa masalah awak ni? “ tanya Layla mula kurang sabar. Terasa macam mahu
dilontarnya sahaja sikat di tangan. Biar benjol kepala lelaki itu.
“
Masalah saya? Masalah saya awak tanya? “ Faris telahpun bangun berdiri
berdekatan Layla sehinggakan dia terdongak. Layla terkedu. Kenapa emo pula
lelaki itu padanya.
“
Masalah saya tu awak! Awak jangan ingat pada malam pertama ni saya akan tergoda
dengan awak ye. Janganlah nak buat muka syahdu perempuan melayu terakhir pada
saya sebab saya meluat. Awak faham tak?” Layla terdiam. Hatinya terguris dalam.
“
Saya faham siapa saya. Saya tak layak dengan awak.” Ujar Layla jauh hati.
“
Hah, tahupun. Jadi janganlah nak cuba apa-apa sebab awak tu bukan taste saya. Kalau
tak ada Tok Zauyah tu jangan haraplah awak ada kat sebelah saya ni sekarang.” Layla
hanya diam lalu meletakkan sikat dari tangannya.
“
Saya nak tidur atas katil ni. Awak boleh
tidur bawah. Jangan nak cuba-cuba baring sebelah saya. Ingat tu” Arah Faris
selamba. Ya Allah perasannya lelaki itu. Dia ingat dia hero Malaya yang aku
hadap sangat nak tidur sebelah! Jauh panggang dari api. Desis hati Layla. Hati perempuan
Layla terusik juga sedikit sebanyak. Terasa macam tidak berharga. Layla ambil
bantal dan selimut lebih dari almarinya kemudian rebahkan diri di atas lantai
bersetentang dengan katil.
“Oh
ya, saya nak awak tahu bahawa perkahwinan ini hanya atas nama. Saya tak
cintakan awak dan awak tak cintakan saya. Terus terang saya kata saya hanya ikut
kata nenek saya. Kalau nenek saya tak paksa saya terima awak perkahwinan ini
tidak akan beraku. Jadi awak jangan harap
yang kita akan jadi suami isteri yang sebenar.”
“
Saya faham.” Jawab Layla pendek.
“
Bagus kalau begitu. Lagi satu, jangan expect apa-apa dari saya seperti seorang
suami. Janganlah nak harap saya ingat birthday awak ke, romantik dengan awak
ke, layan awak dengan baik ke atau apa-apa. Dan katakanlah kalau saya jumpa
wanita yang saya cintai saya harap awak jangan cemburu atau marah kalau saya
bercinta dengannya atau kawin satu lagi. Awak hanya isteri atas nama sahaja. Awak
tak ada hak untuk melarang saya mempunyai wanita lain. Semasa bersama keluarga
awak dan keluarga saya, awak akan
berlakon seperti isteri saya. Tapi bila kita berada sesama kita contoh seperti
dalam bilik ini awak bukan isteri saya. Ingat tu. ” ujarnya panjang lebar
dengan nada sombong sekali.
Layla hanya diam. Dia tiada air
mata untuk dititiskan lagi untuk kata-kata perit itu. Tidak berbaloipun. Air
matanya sudah banyak tumpah bermula dari saat dia tahu dia akan bernikah dengan
Faris. Dia masih ada harga diri. Tidak perlu mengalirkan air mata kecewa atas
penolakan itu. Semua dia telah jangkakan dan dia juga tidak mahu terlibat
dengan lelaki itu. Dia tahu waktu Faris jumpa dengannya dulu dia tahu lelaki itu
seperti dia juga, tersepit antara keluarga dan kehendak sendiri. Walaupun
nampak kejam kata-kata lelaki itu tapi Layla lega. Sekurang-kurangnya dia hanya
terikat atas nama sahaja. Walaupun mungkin pedih untuk seorang wanita yang baru
berkahwin seperti dia tapi dia bersyukur dia masih ada harapan untuk mengejar
cita-citanya. Layla menghela nafas seketika sambil berfikir. Dia mahu berhati-hati
dalam mengeluarkan kata-kata. Kalau Faris boleh berikan syarat seperti itu
diapun patut berikan syarat untuk dirinya pula.
“
Baiklah saya setuju dengan semua syarat awak tu. Kalau macam tu saya hanya nak
minta satu sahaja. “ ujar Layla.
“
Ha cakaplah!”
“
Saya nak lanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya rasa awakpun suka kalau saya
tiada mengadap awak nanti. Saya akan pergi belajar dan awak tak perlu kisahkan
saya. Dan kalau satu hari nanti awak mahu lepaskan saya, awak lepaskanlah sebab
macam awak kata awak tak cintakan saya dan saya pun tidak cintakan awak. Jika awak
tolong saya untuk kejar cita-cita saya, saya
tak akan kacau awak sepanjang hidup awak. Awak bebas untuk bercinta dengan
orang lain bila-bila awak mahu ataupun berkahwin dengan sesiapa sahaja. Jadi
saya rasa kita sama-sama faham apa yang kita mahukan dari perkahwinan ini.
Perkahwinan ini macam awak cakap hanya pada nama. Saya pun tak akan expect
apa-apa dari awak dan saya harap awak juga begitu. Jangan expect apa-apa dari
saya. Jangan harap apa-apa dari saya sebab macam awak kata saya bukan isteri
awak. Saya akan jadi isteri bila bersama keluarga awak dan keluarga saya. Tapi
waktu lain saya bukan isteri awak.” ujar Layla.
Faris terdiam mendengar kata-kata
gadis itu. Boleh tahan juga gadis itu memberikan syaratnya. Syarat gadis itu
mudah sahaja bagi Faris malahan menguntungkan dia. Kalau Layla pergi belajar ke
luar negara dia akan bebas buat apa sahaja seperti waktu dia bujang dahulu. Dia
tidak akan terikat untuk sentiasa bersandiwara di depan keluarganya. Mereka juga
akan tinggal berasingan untuk masa yang agak lama. Ada alasan untuk mereka
tidak berjumpa dan kemudian membuat haluan masing-masing.
“
Baiklah. Kita akan buat perjanjian antara kita. Saya akan pengaruhi ayah untuk
hantar awak belajar di luar negara nanti. Saya akan tinggal di sini dan biarkan
awak belajar ke luar negara. Kemudian saya dengan hidup saya dan awak dengan
hidup awak. Awak boleh kejar impian awak dan saya kejar impian saya. Tapi, sementara
itu sewaktu di depan mereka kita mesti berlakon supaya mereka sangka kita
pasangan bahagia. Saya tak mahu nanti apa yang kita rancangkan ini tidak
berjaya. Awak setuju?” Layla yang berada di lantai bangkit mengadap Faris. Dia
yang sedih menjadi sedikit ceria. Ceria sebab lelaki itu telah berjanji untuk
membantu dia melanjutkan pelajaran.
“
Saya setuju sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak. Awak jangan risau, saya
janji saya tak akan kacau hidup awak nanti kalau awak bantu saya belajar ke luar negara” ujar Layla tersenyum gembira. Tak
disangkanya Faris begitu sporting sekali. Dia tidak menjangka ada kebaikan juga
dia berkahwin dengan Faris itu! Dengan kegembiraan itu dia tidak perasan sinar
mata Faris yang gusar memandangnya. Ego Faris terasa sakit tiba-tiba. Inilah kali
pertama seorang perempuan benar-benar tidak mahukan dia! Malahan seronok pula.!