Tepat pukul
12.00 Asyraf datang ke McDonalds itu. Anak muda tinggi lampai berkulit putih kuning
itu nampak bergaya. Rambutnya di sikat rapi. Bau perfume menusuk hidung. Dia
nampak segar. Bajunya pun masih bau kedai lagi. Kasut pula kasut Nike jenama
terkini. Jeansnya juga tampak baru. Layla terfikir adakah ini memang Asyraf
atau hanya hari ini sahaja dia begitu kerana Layla ada di situ. Segera dia
tepis fikiran itu. Tak mahu perasan sendiri. Layla dapat menelah Asyraf macam
suka padanya tapi mungkin juga Layla yang terperasan lebih. Sebab, yelah siapalah
dia kan?.
Bak kata kakaknya Nura, bersolek pun tak pandai. Lainlah kakak. Cukup
serba-serbi. Dia beli sewaktu di USM. Kakak pakai tudung juga macam Layla tapi
kakak lebih bergaya. Yelah, banding dengan Nura, Layla agak montel sedikit.
Mukanya bujur sirih. Nura pula mukanya berbentuk hati. Layla berisi sedikit
berbanding dengan kakaknya yang lebih kurus dan tinggi lampai kelihatan. Kakak
lebih putih darinya kerana ikut sebelah ayah. Layla putih juga tapi tak
semelepak kakak. Layla tinggi juga macam kakak tapi tidak kurus. Kakak berambut
ikal tapi Layla pula berambut lurus. Jadi ada banyak beza antara kakak dan Layla.
Malahan ada yang sering bandingkan dia dengan kakak. Kata mereka kakak yang
paling cantik. Dia dan Aisyah sudah kurang cantik. Tapi Aisyah baru 4 tahun
manalah adil hendak dibandingkan dengan mereka berdua. Kata mereka semua kecantikan ibu dah turun
pada kakaknya itulah sebabnya bila tiba giliran Layla dan Aishah makin cair
kecantikan itu. Hah! Itulah teori mereka yang Layla selalu dengar. Entah betul
entahkan tidak.
Asyraf tersenyum kepadanya apabila Asha menegurnya dan mengajak dia duduk
ditempat mereka. Seolah mengharapkan
senyumannya, Layla hanya tersenyum sedikit pada Asyraf. Sekadar berbasa basi.
Supaya tidak nampak kekok. Layla bukan suka sangat pada Asyraf. Ada sesuatu
yang menyebabkan Layla tidak berapa suka dengan nya. Laylapun kurang mengerti
sedangkan Asyraf cukup segala. Ada rupa. Ada gaya. Ada kereta. Anak ketua
kampong. Pandai juga belajar dan macam-macam lagi. Cuma hati Layla saja yang tidak
melihat semua itu. Orang kata tiada
feel pada Asyraf walaupun sehebat manapun pemuda yang berada di hadapannya. Dan
apabila Asyraf terlalu mencuba hati Layla jadi lagi hambar padanya. Ah!
Berlagaknya Layla.
“ Hai Layla. Sihat? “tanya
Asyraf telahpun duduk di sebelahnya. Entah bau perfume apa menusuk ke hidungnya.
Layla serasa mahu terbatuk tapi dia tahan. Tapi gagal, lantas Layla
terbatuk-batuk kecil.
“ err..saya okay…” jawab Layla
antara batuknya.
“ Ish betulke? Ni batuk-batuk
ni…” tegurnya. Ada senyuman di bibir pemuda itu.
“ Mmmm…entahlah mungkin ada
habuk kot kat sini” ujar Layla sambil mengibas-ngibas tangan.Kemudian
mengurut dada cuba melegakan gatal tekaknya yang datang tiba-tiba. Layla lihat
Asha disebelah Asyraf macam nak tergelak-gelak. Asha faham sangat perasaan
Layla di ketika itu.
“ Kalau tak sihat saya boleh bawak pegi klinik” Asyraf menawarkan diri.
“ Tak payah Asyraf. Dia ni nanti kalau pegi KLCC sihatlah. Jom la kita
pegi. Ke kau nak makan dulu Asyraf. Kami dah selesai ni.” Ujar Asha yang sejak
tadi melihatkan saja.
“ Aku tanya je manalah tahu kalau Layla tak sihat. Aku dah makan kat
rumah tadi. Lagipun kalau lapar nanti aku belanja you all kat KL nanti ye”
ujarnya macam berhajat besar benar. Matanya tak lari dari muka Layla. Layla
terasa rimas. Tapi demi hajat dia dan Asha ke KL terpaksa Layla hadapi sahaja.
Ish! Jahatnya dia. Seolah menggunakan Asyraf pulak.
“ Kalau macamtu jom la kita pergi. Nanti kalau lambat jenuh pulak kawan
kita ni bersoal jawab dengan mak dia.” Ujar Asha.
“ Oh, Mak Mah dan Pak Amir tak tahu ke kau nak pergi Layla?” tanya Asyraf
lantas memandang Layla menantikan jawapan. Layla terkedu masih keliru apakah
yang perlu dia katakan pada Asyraf.
“ Kauni Asyraf banyak tanya pulak. Jom lah nanti lambat”. Belum sempat Layla
berkata-kata untuk jelaskan pada Asyraf, Asha dah pun menyampuk menyelamatkan
keadaan. Asha dahpun bangun menyandang beg tangannya ke bahu.
“ Orait! Jomlah kita pergi” balas Asyraf. “ Ladies first!” ujarnya ceria.
Matanya masih di wajah Layla dengan penuh hajat. Hati Layla terus rasa pelik. Alamak!