“ Hei! Awak ke mana tadi? Puas saya cari! Kan
saya suruh awak tunggu di MPH tu? Awak ni tak faham bahasa ke?” Sebaik sahaja balik
malam itu Faris mengamuk sakan seolah-olah macam Layla yang bersalah.
Faris
tahu dia terlambat selepas berjumpa dengan Ariel. Mereka pergi makan-makan dan
shopping di sekitar Pavilion itu. Dia ralit berbual dengan Ariel sampai dia
tidak sedar janjinya untuk mengambil Layla di MPH pada pukul 5.
Kemudian Ariel mengajak dia bershopping pula dan dia bersama Ariel bershopping
sampai terlajak hingga ke pukul 7. Bila sedar-sedar dia terasa panik. Dia terpaksa meninggalkan
Ariel dan terus ke MPH tetapi mendapati gadis itu pula tiada. Merata dia cari.
Nak gila pun ada juga dia rasa. Risau hatinya bukan main. Manalah tahu kena culik
ke atau di bawa lari.
Namun egonya menghalang untuk dia mengakuinya di hadapan
gadis itu. Itulah sebabnya balik-balik saja dia terus ke bilik mencari gadis
itu. Lega juga dia bila melihat gadis itu sudah ada di rumah. Kalau hilang apa
dia nak jawab pada Tok Zauyah?
“ Saya dah tunggu tapi
awak tu yang terlupakan saya. Saya tunggu sampai pukul 6.30 tau…tak ada pun
awak. Saya dah mesej pada awak bagi tahu ada kawan yang hantar.” Balas Layla geram.
“ Yelah tu 6.30. Saya tak dapat
mesej apa-apapun” ujarnya menipu. Ada bunyi mesej masuk tapi dia buat tidak
peduli. Kemudian terlupa tentang mesej itu sehinggalah bila Layla memberitahu.
“ Saya ada kat situ, awak
je yang tak nampak…ni awak mesti dah balik awal. Awak ni memang ada masalah
untuk dengar arahan ye? Tadi awak balik dengan siapa? Oo..dah pandai naik teksi
ye? Tak tahu ke bahaya? Nasib baik orang teksi tu tak jual awak.”
Layla mencebik geram. Konon! Mudah sahaja lelaki itu meletakkan
kesalahan padanya. Dia yang salah, Layla pula yang kena. Dia ni ada masalah
hilang ingatan kah atau wayar putus?
“ Saya belum buta dan pekak lagilah Faris. Awak tu ke mana
sampai terlupa nak ambik saya?”
“ Suka hati sayalah nak
ke mana. Lagipun awak dah pandai naik teksi.”
“ Saya tak naik teksi.
Ada orang yang saya jumpa di MPH tu yang hantar saya.”
“ Siapa? Awak ni bukan
main berani tumpang-tumpang orang. Awak tahu tak ramai orang yang tak boleh
dipercayai di dunia ini? Ada orang yang professionnya jual manusia? Terlibat
dalam sindiket memperdagangkan orang?. Kalau awak kena jual macamana?” Amboii! Layla
pula yang kena leter sedangkan sepatutnya Layla yang leterkan dia. Hati Layla
mendidih.
“ Biar saya
kena jual!. Biar! Awak pun suka kan? Tak
kan awak nak suruh saya tunggu awak sampai ke malam. Awak janji nak ambik saya tapi awak
senang-senang lupakan saya. Tadi, saya dah bagi tahu Tok awak pergi kerja. Tok
tanya kenapa awak tak balik lagi tadi bila saya dah ada di rumah. Saya dah
menipu bagi pihak awak. Tuhan saja yang tahu awak pergi mana!. Nah ambik duit
awak ni semua!” ujar Layla terus
melempar duit not 50 bergumpal ke arah Faris. Terkejut lelaki itu.
“ Saya tak pakai
sekeping pun duit awaktu tu sebab saya ada harga diri. Saya tak perlukan awak
dan duit awak jugak. Tolong keluar dari hidup saya!” Marah Layla terus
menghempaskan dirinya di sofa itu kemudian menarik selimut hingga ke kepala.
Entah kenapa hatinya terasa sangat sedih. Dia sangat terasa hati dengan Faris.
Faris
terkujat seketika dengan penuh rasa bersalah! Apa dah jadi dengan aku ni, Faris galau sendiri.