Kalaulah dia ini anak durhaka
sudah lama dia lari dari rumah. Sebenarnya ringan sahaja tangannya untuk mengemas
kain bajunya masuk ke dalam beg Adidasnya dan meninggalkan rumah itu tapi dia
masih waras lagi. Dia masih sedar bahawa semarah-marah ibu, sekecil-kecil hatinya
pada ibu, dia tak sanggup melukakan hati ibu apatah lagi ayah. Ayah pasti sedih
kalau dia lari. Nanti satu keluarga malu kalau dia melarikan diri. Nanti orang
kampong tak hormatkan ibu dan ayah lagi. Mana maruah abang Zarif dan Kak Nura
pulak nanti. Oleh sebab semua itu dia masih di bilik. Termenung memandang
siling. Sedih tapi tak dapat berbuat apa-apa. Dia rasa terperangkap antara
tanggungjawab dan jiwa lara dibuat begitu oleh ibu sendiri.Kadang-kadang
dia terfikir mungkin dia membayangkan sesuatu yang tiada. Mungkin dia
melebih-lebih sedangkan ibu tidak begitu. Mungkin itu cara ibu menunjukkan rasa
ambil beratnya dan sayangnya padanya. Tapi dia tak sekuat mana menerima kasih
sayang sedemikian dari ibu kerana selalu bila ibu berkata begitu hatinya
tercarik. Dia jadi pesimis. Dia jadi kian tertekan. Apatah lagi bila hari
penentuan semakin hampir. Tidurnya makin terganggu. Dia tak lalu makan sejak beberapa
minggu lepas.
Tambahan pula ada saja kata-kata ibu yang pedih untuknya. Setiap kali
Layla buat kesalahan ibunya akan ungkit keputusan peperiksaan PMRnya. Kemudian
makin galak pula dia bercakap mengenai hasratnya ingin mengahwinkan Layla
sekiranya keputusannya tidak sehebat kakak. Layla makin risau. Ibunya pula
setiap hari ada sahaja yang mahu dileterkannya menyebabkan Layla makin kusut
fikiran dan jiwanya. Entah pada siapa dia mahu adukan. Kalau dia beritahu rakan
baiknya Asha pun paling kuat Asha hanya boleh mendengar sahaja. Layla mula
tidak lalu makan. Selalunya dia patah selera selepas beberapa suap sahaja.
“ Wei apsal nampak kurus je kauni? Diet ke apa?” tanya Asha bila mereka
keluar ke bandar satu hari ke McDonald setelah beberapa minggu tidak berjumpa.
Layla sedar jeans nya agak longgar sedikit tapi tak sangka ketara pula di mata
Asha.
“ Ye ke?” Dia ketawa. Seronok pun ada kerana nampak kurus. Selalunya dia
agak berisi juga orangnya. Jenuh untuk mengurangkan berat badan sekilo dua
walaupun di masa puasa.
“ Baguslah. Diet menjadilah ni.” Ujar Layla ketawa lagi sengaja bergurau.
“ Diet konon!” Asha menepuk bahunya. McDonald outlet itu sunyi hari itu kerana
waktu bekerja. Hanya ada beberapa sahaja pengunjung yang kelihatan. Jadi apabila
mereka ketawa sedikit sahaja sudah kedengaran agak kuat. Pengunjung lain
memandang seketika mereka yang ketawa itu tetapi kemudian tidak menghiraukan.
Masing –masing lebih suka buat hal sendiri daripada mengambil tahu hal
budak-budak sekolah seperti mereka.
“ Ini bukan diet. Ini macam
sengsara je aku tengok. Tu matatu macam cengkung je.Eh, kau tak sihat
ke?” tanya Asha lagi. Asha merenung muka
Layla macam tidak percaya. Layla segera menghirup Coke kalau boleh tidak mahu
menjawab soalan Asha itu.
“ Ha! Jatuh cinta ke?” dia
serkap jarang pula. Telunjuknya di sua ke muka Layla. Mahu sahaja Layla
merenjis Coke dihujung straw pada muka Asha. Memang jauh sekali serkap jarang
Asha.
“ Asha, tolong jangan merepek ya. Jatuh cinta tak main lah. Err geli tahu
tak”
“ Habis? Apa yang buat kau kurus macamni?” Tanya Asha hairan.
“ Aku risaukan SPM aku. Kau
tahulah aku ni macam dibayangi oleh kakak dan abang aku. Diorang tu terror tak
macam aku ni. Mak aku kata kalau dapat teruk dia nak kahwinkan aku. Kau percaya
tak?” Adunya. Asha ketawa. Harapan Layla
supaya Asha lebih memahami tapi kawannya itupun mengganggap ia sebagai lucu.
Eh, dia sahaja kah yang sedar betapa seriusnya perkara ini.
“ Hah sebab itu aje? Tak kanlah stress sampai macamni? “ Asha macam tak
percaya.
“ Mana tak stress, mak aku kata nak kawinkan aku. Takutlah beb. “ Asha
ketawa besar.
“ Biasala emak2 cakap macamtu. Mak aku pun cakap benda sama. Dengan kakak
aku pun dia cakap benda yang sama. Hei itu saja-saja je la. Kau jangan risau.
Merepekla mak kau nak kawinkan kau.” Memang sahih Asha tak percaya.
“ Aku harap macamtu lah. Tapi kau
tak tahu mak aku. Dia jarang bergurau. Selalu apa yang dia cakap tu betul “
balas Layla. Memusing-musing burger di hadapannya. Meskipun Asha yang belanja burger
kegemarannya tapi dia macam tiada selera.
“ Dahlah. Habiskan la burger tu. Lepasni, kita pergi tengok wayang di KLCC
nak? Aku pun nak widow shopping sikit. Nak tengok beg coach yang kakak aku
bersungguh nak beli.”Ujar Asha seperti faham moodnya yang hilang. Dia sangka Layla
sepertinya. Bagi Asha, shopping jadi penenang jiwanya. Bagi Layla entahlah.
Sejak akhir-akhir ini semua jadi hambar. Lagipun dia bukan ada duit sangat.
“ Mampu ke kau beli beg beribu lemon tu.....kauni, SPM pun belum tahu lagi
dah berangan nak beli handbag.” Balasnya cuba menjamah burgernya.
“ Beranganlah dulu barulah jadi kenyataan. Itu target aku..kalau aku dah
kerja aku nak beli handbag macam tu” ujar Asha tersenyum nakal.
“ KLCC tu kan kat KL? Kau nak kita naik bas 2 jam pergi KL? Lepas tu
another 2 jam untuk balik. Mana sempat. Sekarang ni dah pukul 11 tau.”
“ Jomlah.” Ajak Asha seperti merayu pula.
“ Kau gila nanti mak aku kata
apa pulak?Nanti mak aku kejar dengan kayu tau” ujar Layla keberatan.
Tadi masa keluar pun ibunya sudah berpesan supaya jangan pulang lambat. Tadi
dia hanya kata ke bandar kecil itu sahaja tapi tidaklah hingga ke Kuala Lumpur.
Kalau ibunya tahu memang dia tempah susah jawabnya.
“ Alah mak kau tu sadis betul lah. Kau jangan risau sebelum pukul 6 kita
baliklah. Aku janji kita pergi sekejap saja. Aku bosanlah dengan shopping
complex kat bandar kita ni. Tak happening langsung.”
“ Yelah, kalau ada apa-apa
berlaku kat kita di KL tu siapa yang pening nanti.”
“ Lah, macam kau tak pernah buat. Kak Nura pun pernah buat macamni jugak dulu kau tak ingat?”
“ Aku tahu tapi itu dengan Kak Nura. Ini kita berdua je. Takutlah aku.”
“ Tak adventurous langsung kauni. Okaylah, kalau macam tu kita ajak
Asyraf nak?” Asha mencadangkan.
“ Asyraf? Kau gila ke? “ Asyraf rakan sekelas mereka yang sejak dulu cuba
untuk berbaik dengan Layla lebih dari seorang kawan. Tapi Layla sahaja yang tak
berminat. Hatinya belum terbuka walaupun Asyraf anak ketua kampong dan bapanya
disegani di kampong mereka. Keluarganya memang orang baik-baik di kampong itu.
“ Habis? Siapa lagi. Dia ada
kereta. Jadi kita pergi dengan dia boleh pegi cepat sikit dan balik cepat. Dia
okay. Ha, lagipun diakan sukakan kau, mesti dia nak punya.” Ujar Asha macam
pandai saja.
“ Aku tak sedap hatilah.
Dahlah mak aku tak tahu.”Layla terasa cemas. Nak buat jahatlah katakan.
Bukan dia biasa buat perkara seperti itu tanpa pengetahuan keluarganya.
“ Tak kira. Aku nak telefon Asyraf ni. Nak pegi ke tak? Alah, ni kira ubat stress la. Alah kau baik sangat
pun mak kau bukan nampak. Asyik dok puji Kak Nura je. Aku bukan tak tahu.
Kadang-kadang kau kena tunjuk nakal sikit” Terkesan juga kata Asha itu dalam
hatinya. Layla terdiam. Dalam hati macam ada kebenarannya.
“ Macamana? Aku call Asyraf ye?” Asha menunggunya. Layla terpisat-pisat.
Apa yang patutnya dia lakukan? Tak pernah dia buat kerja gila macamni. Tapi
agaknya inilah masa untuk buat kerja gila. Baru ibu tahu Layla memberontak.
“ Hmm call lah. “ Layla mengetap bibir. Asha tersenyum puas. Entah kenapa Layla terasa seperti mahu
kenakan ibunya.Ye, ibu yang tak pernah lihat baik apa sahaja yang dia
lakukan. Apa salahnya kalau dia buat begini. Lagipun apa yang hairan sangat
kalau dia buat kerja gila macam ini. Ini kan Layla? Layla bukan Kak Nura dan Abang
Zarif. Dia Layla yang selalu kecewakan ibu. Layla, anak ibu yang tak gunakan?
Dia cuba untuk menyedapkan hatinya yang tak keruan.