Seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan abang Zarif menelefon. Mula-mula dia berbual dengan ibu. Mesra
sungguh ibu. Anak kesayangannya menelefon dari jauh pula tu. Layla dengarkan
sahaja. Mengapalah ibu tidak begitu mesra dengannya. Lebih lembut dan lebih
penyayang.Kemudian abang bercakap dengan ayah pula. Bertanya khabar dan
bercerita macam-macam. Abang memang seorang anak yang baik. Kalau dia di luar
negeri nanti dia mahu jadi seperti abang. Selalu ingat keluarga. Selalu telefon
dan hantar surat. Selalu ambil berat tentang keluarga. Mesti ibu akan bercakap
dengan dia lebih mesra macam abang. Macam kakak. Tiba-tiba ayah menyebut nama
Layla. Mesti abang bertanya tentang dia. Kemudian ayah berikan dia gagang
telefon. Dia berdebar. Nasihat apa pulak abang nak berikan pada dia.
“ Layla adik abang macamana?
Rasa-rasa SPM nanti boleh score ke?“ tanya abang setelah bertanya
khabarnya. Soalan cepu emas yang dinanti-nanti. Dia dah agak abang akan tanya.
Entah-entah emak yang suruh tanya.
“ Entahlah. Layla bimbangkan matematik dengan Fizik. Tapi Layla harap
okaylah. Layla nak pergi luar negeri macam abang.” Balasnya bersungguh.
“ Okay tu insya Allah. Abang doakan Layla berjaya. Layla nak ambik kursus
apa nanti?”
“ Layla tak minat engineering atau architecture. Layla minat nak ambik
Chemistry la bang.”
“ Tak apalah. Abang tak kisah asalkan Layla boleh ambik apa yang Layla
minat. “
“ Tapi mak suruh Layla ambik macam abang dan kakak.” Abang Zarif ketawa.
“ Hmm mak memang la macam tu. Kalau Layla score SPM okaylah emak tu.
Mesti dia tak kisah Layla ambik course apa pun.”
“ Layla haraplah macamtu. Abang bukan tak tahu mak tu macamana. Dahlah
nak kawinkan Layla kalau tak lulus.” Meninggi gelak Abang Zarif. Macam Kak
Nura, abang Zarif rasa ibu hanya main-main sahaja.
“ Alah mak tu saja je nak kenakan Layla. Jangan ambik hati sangatlah.”
Pujuk Zarif.
“ Tapi abang tak tengok muka mak. Dia serius tau. Layla risau lah. Apa
kata kalau Layla tak berjaya? Ish, Layla takutlah kena kawin nanti”. Abang
Zarif ketawa lagi.
“ Dahlah jangan risau. Kalau mak kawinkan Layla, abang akan balik tolong
Layla tau.”
“ Abang janji?”
“ Ish ye lah. Jangan risau. Mak tu saja je nak takutkan Layla.” Pujuk
Zarif lagi.
“ Abang macammana kat Ireland tu? Musim apa sekarang? “
“ Abang okay aje tapi cuma sibuk sikit. Sekarang musim dinginlah Layla.
Kat mana-mana murung saja dengan salji yang tebal. Tak tahan rasanya sejuk
saljini. Cepatlah musim bunga. Abang dah tak tahan dah.” Balas Zarif.
“ Bestlah abang main salji. Kalau Layla suka. Boleh buat snow man dan
main baling-baling snow.” Zarif ketawa gelihati mendengar kata-kata Layla.
“ Layla adik abang… kalau sesekali bestlah main salji tapi kalau dah
mengadap tiap-tiap hari naik jemu dah. Nantilah kalau Layla pergi luar negeri
nanti Layla tahulah” ujar abangnya itu. Layla tersenyum. Rasa rindunya terbit
kepada abang yang seorang itu.
“ Bila abang nak balik Malaysia? Kami semua rindu tau.”
“ Kalau Layla kawin abang baliklah!” ujar Zarif bergurau. Layla menggigit
bibir geram.
“ Ish abang ni! Layla tak mahu kawinlah! Nauzubillah.” Kedengaran ketawa
Zarif di hujung talian.
“ Layla abang nak cakap dengan ibu ye’
“ Okay abang. Nanti Layla bagi ibu. bye.” Lega hati Layla selepas
bercakap dengan abang Zarif. Abang Zarif pandai melegakan perasaannya. Dalam
hal ini abang Zarif juga memahami dia. Ah! Betapa dia rindukan abang Zarif.
Sudah tiga tahun dia pergi. Dengarnya dia akan habiskan tiga tahun lagi sebelum
dianugerahkan segulung ijazah dalam architecture dari University of Dublin. Tak
sabar rasanya menunggu abang Zarif pulang.
Sebaik telefon dia berikan pada ibu, ibu menyuruh dia ke dapur menanak
nasi. Mesti ibu tidak mahu dia dengar perbualan mereka. Dia menjuihkan bibir
sedikit cemburu lalu ke dapur menanak nasi. Sambil menanak nasi fikirannya
menerawang. Dalam minda nya terbayang-bayang keputusan SPM. Semua A. Ibu
sungguh gembira memeluk dia lalu mengucapkan tahniah. Sungguh dia tidak sabar dia
melihat senyuman bangga ibu itu.
“ Anak bertuah!” jeritan ibu mengejutkan nya. Periuk di tangannya terhempas ke dalam sink.
“ Kau basuh beras ke tuang beras dalam sink? Berangan sungguhlah! Kutip
cepat beras tu. Membazir. Membazir. Kau ingat kita orang kaya? Tak gunalah kau
ni” Bebel ibu sudahpun menjegilkan matanya padanya. Dia segera mengutip beras
yang tertumpah dalam sink yang kini mengalir bersama air yang mengalir deras
dan cuba memasukkannya dalam periuk. Ibu menolak dia ke sisi.
“ Dah pegi sana! Tak boleh harap sungguh si Layla ni tau! Ish apa la nak jadi pada kau ni??? Anak dara apa
ni?? Kenapalah kau tak macam Nura? Nura tahu apa nak buat. Kauni selalu
kecewakan aku” ngomel ibu lagi. Tak tahan sungguh Layla dengar kata-kata ibu. Dia
berlari naik ke atas lalu masuk ke biliknya dan menghempas diri di atas katil.
Air mata mengalir. Dia benar-benar kecil hati dengan ibu. Memang kecil hati!.