“ Dua minggu??!!” Faris terjerit. Tok Zauyah memang gila.Ayahnya lagi gila kerana setuju. Sangkanya
lama lagi tapi nampak gaya Tok Zauyah macam mahu cepat.Sudahlah begitu anak Pak Amir pula. Apa? Tak ada orang lainkah? Anak
pemandu? Ayahnya pula macam dah tak hirau standard. Adakah patut dia akan kawin
dengan anak pemandu? Dan entah mana satu pulak tu. Dia tahu Pak Amir ada dua
anak perempuan.Tapi yang mana satu? Yang dia tolak hari itu kah? Atau yang
sedang belajar? Tapi dua-dua pun dia tidak mahu. Sudah tentu tidak sesuai
dengannya.Gila, gila gila.
Faris mundar mandir. Dia bengang, geram semua ada. Dia mahu herdik Tok Zauyah
tapi dia sedar Tok Zauyah ada sakit jantung.Nanti
kalau dia melebih, ke hospital pulak orang tua itu.
“ Saya tak setuju ayah.
Cepat sangat bagi saya.” Faris cuba memujuk ayahnya.
“ Ayah rasa Faris kena
bincang dengan Tok. Dia yang tetapkan semua ini. Ayah pasti Tok ada sebab
tertentu. Ayah percaya dengan apa yang Tok buat ni“ Aduhai betapa lemahnya
ayahnya. Masih lagi mengikut telunjuk neneknya dalam hal sebegini. Tok Zauyah yang memang sudah sedia dominan
dalam semua hal.
“ Ayah memang tak sayang
Faris. Ayah dan Tok nak perangkap Faris dalam perkawinan macam ini. Dah sah lah
Faris tak cinta perempuan itu. Perempuan tu pun mungkin tak cinta Faris juga. Bukankah
macam menyiksa kami berdua nanti ayah? Ayah mahu kami tersiksa hanyalah untuk idealism
tok tu? Ayah kena bantah semua ini. Tok is
not being rational ayah!” Tan Sri Omar melepaskan keluhan. Dalam hal begini
serba salah juga dia. Yang seorang anak dan yang seorang lagi ibunya.
“ Faris, cinta dan kasih
sayang boleh disemai kemudian selepas berkahwin. Percayalah. Orang dulu-dulu
ramai yang macamtu. Hidup mereka bahagia aje. Bahkan ada yang bercinta sampai
bertahun-tahun tapi bila kahwin sekejap sahaja dah cerai. Kenal dan cinta
sebelum kahwin tak menjamin seeorang itu bahagia, Faris.”
“ Zaman dah berubah ayah.
Mana ada orang kawin macamni lagi. Faris
memang tak boleh terima. Ayah cubalah pujuk Tok tu”
“ Terima ajelah Faris. Lagipun masa tok sakit tu
Faris dah janji dengan dia kan.”
“ Tapi
ayah, tolonglah Faris. Pujuklah tok tu. Dia kadang-kadang dengar juga cakap ayah.”
“
Faris, terima sajalah. Nama gadis itu Layla. Ayah tengok dia tak ada kurang
apa-apapun. Lama-lama nanti Faris pun akan sukakan dia juga.”Faris mendengus.
“ Saya tak kisah apa pun
namanya ayah. Saya tak mahu sebuah perkahwinan begini. Kalau boleh saya nak
berkahwin bila saya dah jumpa gadis yang sesuai. Yang saya cintai dan akan jadi
soulmate saya. Bukan macamni. Saya tak pasti masa boleh menyebabkan saya suka
padanya. Saya bukan jenis macam tu. Saya tahu orang bagaimana yang sesuai untuk
saya jadikan isteri saya. ”
“ Yelah macam perempuan
kacukan yahudi tu? “ Faris terkejut dengan sindiran ayahnya itu.
“Faris tak sangka ayah
begitu ketinggalan zaman. Terlalu racist. Macam Tok juga!” ujar Faris geram dan
suaranya mula naik.
“ Faris! Jaga mulut kamu.
Jangan nak kurang ajar pada ayah ye.” Omar memberi amaran pada anak bujangnya
itu.
“ Sudahlah ayah!” Faris
berlalu dengan marah. Semua orang sudah gila dalam rumah itu, dengusnya. Kalau
ayahnya tidak mahu membantu dia akan selesaikan sendiri dengan caranya!