“ Layla, kalau Layla bosan
pergilah shopping”. Kata Tan Sri
tiba-tiba di satu petang. Petang itu Tan Sri dan Tok Zauyah mengajak Layla
minum petang di taman bersama-sama. Tan Sri pula memang suka minum petang
bersama Layla kerana gadis itu seorang peneman dan pendengar yang baik. Bila
bersama Layla, Tan Sri rasa ada orang
yang ambil berat tentangnya. Layla sebenarnya simpati pada Tan Sri yang sering
keseorangan bila minum petang. Anak-anaknya selalu tiada tapi kalau adapun
mereka seolah menjauhkan diri dari Tan Sri pula kerana sibuk dengan hal
masing-masing. Layla mengganggap Tan Sri seperti bapanya dan dia sering
terhibur mendengar cerita Tan Sri itu. Kadang-kadang tentang kenangan-kenangan
manis dulu-dulu semasa Faris masih kecil dan juga tentang syarikatnya. Tok
Zauyah pun turut bersama-sama- petang itu duduk berbual sambil merasakan
keenakan kuih-kuih melayu yang dibuat oleh Mak Neng itu.
Entah kenapa petang itu juga Tok
Zauyah saja bercerita padanya tentang Faris semasa kecil dengan menunjukkan
album-album lama. Layla bukan berminat sangat tapi bila melihat Tok Zauyah yang
bersungguh tak sampai hati pula dia untuk melahirkan perasaan tidak sukanya
untuk mengetahui tentang lelaki itu dengan lebih lanjut.
Kisah semalam masih
terbayang di ingatan. Perasaan menyampah dan geram masih terasa. Walaubagaimanapun
dia hadap juga gambar-gambar Faris dari kecil sehinggalah remaja. Faris memang
dianugerahkan dengan wajahnya yang comel semasa kecil. Namun dia hairan
bagaimana seorang budak yang comel itu boleh berubah menjadi seorang raksasa
yang bengis seperti yang dia kenal sekarang. Agaknya semasa membesar Faris
terkena bahan radioaktif lantas menjadi mutant agaknya. Fikir Layla nakal.
Ada
juga wajah Faris berambut kembang persis seperti hero kartun dragon ball. Rasa
mahu tergelak pun ada melihat wajah kelakar Faris di dalam gambar lama itu. Ada
juga gambar Faris di sekolah menengah di Australia dan menjalani kehidupan
sebagai mahasiswa di Harvard University. Gambar-gambarnya dalam era itu selalunya
dikelilingi ramai perempuan. Setiap gambarnya pasti ada perempuan. Huh! Dasar
player! Sebab itulah agaknya jadi perasan tak tentu hala.
“Nanti ayah bagi satu kad kredit dan
bila-bila nak pergi bagi tahu saja driver kita tu. Kalau nak bawa kereta pun
boleh. Ambik saja Mini Cooper ayah tu. Kalau tak BMW X1 tu” Ujar Tan Sri
padanya. Kata-kata itu menyebabkan lamunan Layla terhenti. Layla tersenyum. Biar
betul bapa mertuanya itu percayakan dia untuk memandu kereta-kereta mahal
seperti itu untuk pergi shopping. Terharu dengan kata-kata lelaki itu yang ambil
berat tentangnya. Tapi masalahnya Layla bukan suka sangat bershopping. Nak-nak
pula menggunakan duit Tan Sri begitu. Dia tidak mahu orang kata dia mengambil
kesempatan. Tan Sri pula kasihankan Layla yang sering keseorangan di rumah
hanya bertemankan Tok Zauyah.
“
Tak apalah Ayah. Saya lebih suka duduk kat rumah sahaja. Lagipun saya bukan
pandai memandu pun.” Ujar Layla mengaku.
“
Oh ye ke? “ ujar Tan Sri Omar bagai tidak percaya. “ Kalau macam tu sementara tak ada apa ni
bolehlah Layla pergi ambil lesen memandu. Nanti ayah call kan syarikat memandu
tu. Bagus juga Layla belajar driving. Bagaimana? Setuju?” Layla terdiam. Tapi
menarik juga kalau dia ambil tawaran Tan Sri itu. Sekurang-kurangnya ada juga
perkara berfaedah yang boleh dia lakukan dan
tidaklah bosan seharian.
“
Boleh juga. Terima kasih ayah.” Balas Layla seronok. Tak sabar dia untuk
belajar memandu. Selama ini dia hanya teruja melihat Faris membawa kereta
sportnya. Mesti lain rasanya bawa kereta seperti itu. Fikir Layla ceria. Tapi
keceriaannya terbantut bila kereta Faris menjalar masuk ke perkarangan. Hah!
Raksasa itu sudah balik! Layla melihat jam di tangan. Baru 5.30 petang? Kenapa
dia balik cepat pulak? Selalunya selagi tak larut malam lelaki itu tak akan
pulang.
Melihatkan
Faris yang keluar dari keretanya Tan Sri mengajak Faris minum petang. Faris
tidak berkata apa-apa tetapi melangkah ke arah mereka. Memandang Layla sekilas
sebelum mengambil tempat di hadapan gadis itu. Serta merta selera Layla
terbantut. Kuih yang tadi sedap terasa hambar. Kalau boleh dia mahu bangun dan
pergi tapi akan nampak ketara sangat ketidakselesaanya terhadap Faris. Tok
Zauyah dan Tan Sri berpandangan sambl tersenyum. Nampaknya ada sedikit
perubahan tentang Faris. Tiba-tiba sahaja balik awal. Perkembangan yang sangat
baik, desis hati Tok Zauyah suka.
“Wah, kuih keria. Sedap ni! ujar
Faris lantas mengambil sekeping kuih keria dan mengunyahnya.
“ Ambik Faris. Banyak lagi kat
dalam tu. Layla, kuih keria memang favorite Faris tau. Bila-bila bolehlah Layla
belajar buat kuih untuk Faris ye..” kata Tok Zauyah pada Layla. Huh! Tak ingin
dia. Tapi Layla tersenyum juga pada Tok Zauyah walaupun tak ikhlas tapi
senyuman itu terhapus apabila mendapati Faris merenung padanya. Ishh! Pandang-pandang pulak! Menyampahnya
dia pada lelaki itu!.