“ Apa ye kita nak cari untuk ayah ni?” Tanya Layla pada Faris sebaik
saja mereka berada dalam perut kereta Sport itu menuju ke pusat membeli belah
di One Utama. Mereka baru saja bertolak dari mahligai Bukhari 30 minit yang
lepas. Layla seperti yang diminta sudah siap di foyer menunggu Faris dengan dress paisley
berwarna cream yang dipadankan dengan jaket polos berwarna biru. Tudung pula dari
jenis kain crepe ber jalur warna cream biru yang dililit dan ditarik sehingga
labuh ke dada dan kemudian disemat dengan kemas menggunakan kerongsang pepatung
berwarna biru aqua.
Wajahnya disolek nipis seperti biasa. Dia menunggu seperti
yang diminta oleh Faris dengan beg Luis Vuiton
tersandang di bahu. Itulah satu-satunya beg yang dia ada. Itupun hadiah
hantaran dari Faris konon-kononnya sedangkan dia tahu Tok Zauyah yang belikan. Dia
besyukur ada juga beg yang bergaya sedikit. Kalau tidak dulu dia hanya pakai
beg Adidas sahaja kalau ke mana-mana. Bila Faris sampai sahaja tadi mereka terus bertolak.
“ Mungkin jam, briefcase, pen?” Faris memberikan
cadangan. Layla mengangguk-angguk pada lelaki yang masih berpakaian kerja
berwarna biru gelap itu yang sedang memegang stereng. Tampak handsome dan gagah
pula tiba-tiba di pandangan Layla. Agaknya warna biru memang sesuai untuk
lelaki itu, justeru ketampanannya menyerlah. Ataupun sebab pagi tadi dia
ternampak julung-julung kalinya Faris bangun solat subuh seterusnya menyebabkan
pandangannya sedikit berubah terhadap lelaki. Eh, Faris dah insaf ke? Kalau
tidak pun mungkin Layla yang demam atau sakit mata pagi tadi, nampak apa yang
tidak ada. Tapi serius bila dia bangun pada pukul 6 pagi lelaki itu telahpun
duduk tahiyat akhir dan memberi salam. Beberapa kali dia genyeh mata
kalau-kalau masih bermimpi. Tapi lelaki itu tidak menegurnya. Malahan terus ke
katilnya dan tidur semula.
“ Itu aje? Lagi?” tanya
Layla pada Faris.
“ Cerut, diary, shirt
…eh…tak kan saya sorang aje yang kena perah idea ni. Awak pulak bagi idea, barulah adil.” Ujar Faris tersenyum pada Layla. Dia melirik seketika pada gadis
itu yang tenang sahaja di sebelahnya. Sangat sesuai baju dan tudungnya hari itu.
Semuanya nampak comel pada mata Faris. Comelnya rasa macam nak berhentikan
kereta dan cium-cium pipi gadis itu. Tapi nanti dia dah macam orang gila pulak.
Mesti Layla terkejut dan lari lintang-pukang tinggalkan dia. Elok-elok dah
jinak sikit larilah pulak. Siapa yang susah, abang dia ni lah jugak, desis hati
Faris.
“Hmm apa ye? Lukisan?
Perfume, buku, desk organizer, paper weight……”
“ Okay, awak pilih satu
dari senarai yang kita sebut tadi. Kemudian kita terus ke kedai dan beli. Jadi
tak buang masa.” Cadang Faris pada Layla. Layla mengangguk. Betul juga, katanya
dalam hati. Mereka bukan ada banyak masa pun. Sekarang pun sudah pukul 5.30.
Nanti kalau sampai di sana sudah pukul 6.
“ Ha saya tahu. Saya nak pilih desk organizer. Boleh ayah guna desk organizer tu di
office.” kata Layla teruja.
“ Kalau macam tu kita
pergi ke Royal Selangor. Cari desk organizer yang sesuai. Lepas tu boleh kita
engrave nama kita berdua pada organizer tu. “From Faris and Layla with love”. How is it? Brilliant kan saya ni..” Faris tersenyum bangga.
Memanglah mamat ni tak habis-habis. Kalau ada peluang saja untuk masuk bakul
angkat sendiri memang cepat saja dia ambil.
“ Ye brilliantlah sangat Encik
Faris.” Tapi sebenarnya Layla pun memang suka dengan cadangan itu.
“ Eh awak tak suka ke?
Kalau tak suka boleh ubah. Pilihlah apa-apa lagi dari senarai tu.” Ujar Faris
tersengeh.
“ Serius saya suka.
Personal sikit.” Akur Layla.
“ Saya pun suka. Kalau
saya belikan hadiah untuk awak nanti pun saya akan pilih sesuatu yang khas
untuk awak. Macam tu juga. Eh awak nak apa? Hari ni jugak saya beli” Amboi.
Macam tu sekali? Tiba-tiba nak beli hadiah. Layla rasa tidak selesa. Kenapa
Faris nak berbaik dengannya pulak sekarang? Serius dia rimas.
“ Tak apa lah Encik
Faris, birthday saya lambat lagi. Simpan aje lah duit awak tu.”
“ Ish, orang nak belikan
hadiah pun tak nak.” Tanya Faris hairan.
“ Kalau nak belikan
tanya-tanya macam tu tak thrill. Saya suka hadiah yang surprise. Saya tak cakap
tapi orang tahu. Tapi sebenarnya bagi saya hadiah apa tak berapa penting, tapi ingatan tentang hari-hari yang bermakna
untuk seseorang itu yang penting . ”
“ Kompleks la perempuan
macam awak ni. Tanya tak boleh tapi kalau dah tersilap beli nanti tak suka
pula. ”
“ Awak kan brilliant,
banyak kawan perempuan tak kan lah tak tahu apa nak dibeli untuk seorang
perempuan.” Sindir Layla.
“ Wah menyindir nampak.
Kalau tak mahu tak payahlah lebih-lebih.” Jawab Faris sedikit angin. Gadis itu
memang suka sangat cari gaduh dengannya. Dia dah cakap baik-baik tadi kenapa
gadis itu mesti nak menyindirnya sahaja.
“ Awak jugak yang cakap
dalam perkahwinan kita ni saya jangan expect apa-apa termasuk hadiah untuk
birthday dan segala-galanya. Sekarang awak nak belikan saya hadiah pula. Saya
kelirulah dengan awak. Boleh tak kita ikut sahaja apa yang kita dah janji. Kan
senang!”
Faris terdiam. Ke situ
pulak dia. Lagi-lagi janji itu. Kenapalah degil sangat gadis itu. Susah
sangatkah untuk terima sahaja yang dia sudah berubah sikit dari Faris yang
mula-mula mengahwini gadis itu. Tak dapat petunjuk ke yang dia tak berapa mahu
lagi mengikut perjanjian itu? Tapi Faris tidak terkata apa-apa. Dia serba
salah.
“ Hmm ikutlah. Saya tak
mahu paksa orang yang tak suka.” Ujar Faris sedikit kecewa. Dia merenung
hari-hari depan yang mencabar dalam menyempurnakan misinya menakluki hati Layla
kalau Layla masih bersikap begitu. Masing-masing terus membisu melayan perasaan
masing-masing selepas itu sehinggalah ke
pusat beli-belah One Utama itu . Mereka akhirnya sampai ke destinasi yang
dituju. Mujur lalulintas ke tempat membeli-belah itu agak lancar maka kerana
mereka merentang arus di waktu orang ramai keluar dari pejabat.
Sesampai sahaja di tempat parkir, entah apa kena Faris cepat-cepat
keluar membukakan pintu kereta untuk Layla sambil terseyum. Amboi! Romantiklah
pulak. Seumur hidup Layla belum pernah ada orang buka kan pintu kereta seperti
itu. Mamat handsome pulak tu. Terleka Layla seketika. Mujur tidak keluar
ayat-ayat seperti “wahai tuan puteri ku ke, oh sayang ku ke? “ kalau tidak
terus Layla terpotong stim sebab terlalu klise baginya.
Faris menyua tangannnya membantu Layla keluar macam tuan puteri.
Aduhai apa kena pulak Faris itu. Tadi dah gaduh. Boleh pulak jadi macam ni? So unpredictable! Tangan lelaki itu
terasa hangat di tangannya. Entah kenapa selepas menutup pintu pun Faris masih
lagi tidak melepaskan tangannya. Layla cuba merentap tangannya. Faris
menguatkan pegangan.
“ Eh, lepaslah.” Marah
Layla. Apa hal nak pegang-pegang tangan pula?
“ Tak ingat syarat ke?
Dalam janji kita tu kita kena berlakon jadi pasangan bahagia pada pandangan
orang lain. Salah satu caranya nak tunjuk bahagia ialah pegang tangan. Ha tadi
awak juga yang suruh saya ikut syarat. Sekarang jangan tak mahu ikut pulak.
Pegang tangan saya!” arah Faris. Layla tersentak. Amboi, dah keluar dah kembar
dia si raksasa itu. Kalau dah keluar takut pula Layla. Terpaksalah dia
mengikut. Muka Layla sedikit merah. Sebenarnya dia malu berpegang tangan begitu
di khalayak ramai. Namun yang peliknya bila Faris genggam jari-jarinya dia rasa
selamat. Perasaan halus mula terasa singgah di hati. Kenapa dia rasa begitu? Tak mahu tapi mahu? Ish,
mengadakan aku ni? Mahu tapi malu! Memanglah tak malu! Tapi, bukan dosa pun.
Dia kan suami aku! Dia mengingatkan diri sendiri. Faris pula tersenyum suka. Wah, sedikit
kemajuan ni Faris. Yes, caiyok!
Sepanjang perjalanan ke Royal Selangor yang terletak di tingkat
bawah pusat beli belah itu mereka terus berjalan beriringan sambil berpegangan
tangan. Layla terasa janggal meskipun
Faris tersenyum lebar sentiasa. Seronok berjalan di sebelah gadis itu. Rasa
bangga pun ada. Lebih dari yang penah dia rasa bila berjalan dengan Ariel. Ada
masa tangannnya menyauk pinggang gadis itu seketika terutama bila ada ramai
pengunjung-pengunjung lain melalui koridor yang sama dan koridor itu jadi
sempit. Oleh itu dia terpaksa menarik gadis itu ke sisinya supaya dapat
berjalan dengan cepat. Layla hampir terjerit tapi malu pula di hadapan orang
ramai berbuat begitu. Jadi jeritannya tidak keluar.
“ Eh, awak jangan
lebih-lebih. Tadi kata pegang tangan sahaja.” Bisik Layla marah. Faris
tersengeh.
“ Peluk pun termasuk juga tau.” Bisik Faris. Layla mendengus geram. Kalau
waktu nak paksa dia begitu boleh pula ikut perjanjian!
Mereka akhirnya tiba di Royal
Selangor itu disambut oleh seorang jurujual di situ. Faris meminta untuk
melihat desk organizer yang sesuai. Jurujual di situ lantas mengeluarkan beberapa
design desk organizer yang dibuat dari pewter. Semuanya nampak cantik dan
ekslusif. Layla terpegun melihat
kekemasan buatan barang-barang dari Pewter itu.
Akhirnya mereka memilih satu
design desk organizer bermotifkan hiasan wau. Desk organizer itu mempunyai ruang untuk meletak alat tulis,
paper weight dan juga pemegang kad dan surat. Di depannya boleh pula di ukir
dengan laser untuk ungkapan personal. Faris memilih untuk meletakkan ungkapan“
The Best Dad in the World” dan di belakangnya
pula diukir dengan saiz tulisan yang
agak kecil untuk nama pemberi pula. Faris minta untuk ditulis “ from Faris and Layla
with love”. Layla main setuju sahaja kerana dia pun suka hadiah seperti itu. Bila
siap, Faris meminta jurujual itu untuk membalutnya dengan kertas hadiah dan
dimasukkan dalam beg kertas dari Royal Selangor juga.
Selesai sudah bab mereka
mencari hadiah untuk Tan Sri Omar. Lega rasa mereka berdua. Masa untuk mereka
ke agenda seterusnya. Mungkin untuk makan tapi jam di tangan telah menunjukkan
hampir 7.45 malam. Layla melirik jamnya lalu mendongak pada Faris.
“ Err…awak , saya nak
cari surau sekejap. Dah masuk Maghrib ni.”
“ Okay, kalau macam tu jom
kita cari sama-sama. Kita pergi ke Information Centre. Dekat situ kan ada
senarai kedai dan kemudahan dalam bangunan ni. Mesti dia akan tulis surau di
mana.” Cadang Faris.
Layla mengangguk. Mereka berdua pun ke Information Centre seperti
yang dicadangkan. Akhirnya jumpa juga surau di bangunan itu walaupun lama juga
berpusing-pusing dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Layla pula tidak pernah
ke One Utama jadi dia tidak arif tentang selok-belok bangunan itu dan di mana
suraunya. Selalunya di mana-mana pusat membeli belah yang besar memang ada
surau. Jadi memang mudah untuk solat sambil bershopping sebenarnya hanya perlu
rajin mencari dan bertanya.
“ Nanti kita jumpa balik
di sini ye dalam 15 minit.” Ujar Faris sewaktu mereka menghampiri lorong untuk
ke surau.
“ Okay” jawab Layla lalu
bergerak ke surau. “ Eh, awak tak ikut sekali?
Tempat solat lelaki ada di sebelah tempat solat perempuan tau“ ujar
Layla.
“ Eh ye ke? Baiklah I follow you la madam .” sambutnya. Mana
dia pernah solat di shopping complex seumur hidupnya. Waktu solat pun tak ingat
apa tah lagi tempat solat. Sekurang-kurangnya bila dengan Layla solatnya
terjaga. Macamana agaknya rupa surau di shopping complex. Bersihkah?
“ Ha, follow jangan tak
follow. Tapi sampai depan pintu surau wanita aje ye. Surau lelaki kat sana.
Nanti semua orang dalam ni menjerit tengok awak masuk!” kata Layla. Faris ketawa sendiri gelihati.
Perasan yang dia telah mengikut Layla membuka kasut di depan surau wanita. Punyalah dia mengikut gadis itu sampai tak perasan dia sudah di hadapan surau wanita.Ye tak
ye jugak. Tak kan nak follow sampai surau wanita pulak!
Layla tersenyum. Hatinya seronok juga
bila melihat Faris nak ke surau. Agaknya tidak sia-sia dia mendoakan Faris
dilembutkan hati untuk menunaikan solat. Pagi tadi waktu subuh
dan sekarang Maghrib pula. Alhamdulillah. Layla mengucap syukur sangat-sangat dalam
hati. Satu permulaan yang baik untuk Faris mungkin!