Selepas solat Maghrib,
Faris membawa Layla ke Tony Roma pula untuk makan malam. Dia betul-betul ingin membelanja
Layla makan dengan sebaik-baiknya. Dia memesan udang cocktail sebagai appetiser, manakala hidangan utama ialah
daging rusuk kambing yang dipanggang atau lamb
ribs dan sejenis roti dipanggil flatbread
yang ditabur ricihan daging steak dan cendawan liar dan juga Ceasar Salad.
Namun, Layla tidak pernah
makan makanan barat pun kecuali ayam goreng dan burger dari restoran makanan
segera. Jadi, bila Faris pesankan dia makanan di situ dia jadi risau. Sedapkah?
Tertelan tak dia makanan di situ semua kerana kelihatan pelik di matanya apa
tah lagi rasanya. Faris pula bersungguh
mengatakan lamb rib di situ yang paling sedap. Justeru Layla akur sahaja kerana
dia tahu pasti bab makanan Western, Faris lebih arif kerana selalu berada di
luar negara. Makanan yang dipesan semua dalam hidangan yang besar pula. Layla
terfikir boleh habis semua ke tidak hidangan itu semua.?
Appetiser dari udang itu pula memang menyelerakan. Udangnya rangup di gaul
dengan sos thousand island dan bijan
hitam bersama ricihan salad butterhead
di letakkan dalam satu cawan cocktail yang besar. Faris dan Layla makan berebut
dengan menggunakan lidi yang disediakan kerana enaknya. Comot-comot mulut Layla
sehingga Faris tergelak. Tak kan dia kena sapu lagi? Kali itu dia hanya menunjuk
pada mulut gadis itu. “ Comotnya” ujar Faris merenung pada mulut gadis
itu. Layla hampir ketawa gelihati lantas
mencapai napkin dan menyapu mulutnya. Malupun ada. Dua kali makan dengan Faris,
dua kali juga comot. Memang sah dia budak comot!
“ Ada lagi tak? “ Tanya
Layla menunjuk ke mulutnya. Faris telan air liur. Comel lah pulak nampak mulut
Layla di matanya. Faris mengeleng.
“ Dah tak ada.” Ujarnya
kemudian mengalihkan pandangan. Bahaya pandang lama-lama ni, desis hatinya. Dia
menarik pinggan berisi lamb rib pula.
“ Semua ni kita share ye.” Faris mencarik
daging dari tulung rusuk kambing itu ke mulutnya. Kemudian dia mencarik sekali
lagi dan berkata,
“ Cuba awak rasa lamb
rib ni. “ Faris telahpun menghulurkan carikan daging kambing panggang itu ke
mulut Layla. Layla tersentak. Hai, main suap-suap pulak.
“ Isyh, tak payahlah
suap-suap. Letak aje di pinggan saya.” Ujar Layla. Rimas kalau Faris tiba-tiba
macam itu.
“ Ni nak kena paksa la
ni. Ha, apa janji awak? Kita di mana ni? Cepat buka mulut awak. Hai, orang nak
bagi makan pun susah.” Rungut Faris.
Layla terpaksa buka
juga mulut dia dan disuapkan oleh Faris. Bila dikunyah saja terasa begitu
lembut sekali daging itu. Daging tulung rusuk kambing yang dipanggang itu
memang sangat lembut dan penuh rasa bila dimakan. Rempahnya seolah menyerap ke
dalam daging kambing tersebut. Layla tidak pernah memakan daging kambing yang
sedap sebegitu. Layla mengakui pandai juga Faris memilih makanan. Kerana sedap,
Layla ambil juga sendiri daging tersebut bersama-sama Faris. Ada masa Faris
menyuapkannya pula. Hai kalau boleh dia nak suapkan sahaja. Biasalah Don Juan
Malaya, memanglah pandai mencipta saat-saat romantik seperti itu.
Sambil itu Layla juga merasa
flatbread yang bertatah cendawan liar dan hirisan daging steak yang sedap dicurah pula kuah barbeque. Memang
sedap bagi Layla dan yang paling bagus, semasa makan Layla tak perlu risau
untuk menggunakan pisau garpu kerana flatbread berbentuk seperti pizza. Pizza
berbentuk segiempat tepat. Jadi, dia gunakan tangan sahaja untuk makan.
Kemudian mereka
dihidangkan dengan salad Caesar yang Layla memang tak suka kerana ia
menggunakan keju masam. Lidah Melayunya memang tidak sukakan keju kecuali keju
pada pizza sahaja. Terus dia teringat
disuapkan keju oleh Faris beberapa bulan dahulu yang dia tidak dapat lupakan
rasanya yang teruk. Penyudahnya Layla hanya makan crouton sahaja iaitu
kiub-kiub kecil roti kering bersalut daun herba. Rangup bila di makan bersama
salad tetapi dia hanya makan salad yang tidak terkena dengan keju masam itu
sahaja. Air pula, Layla memilih teh ais Lemon kerana sukakan kesegarannya
begitu juga Faris.
Mereka makan seperti
sepasang suami isteri yang bahagia biarpun masing-masing sarat dengan pemikiran
ke manakah arah perhubungan mereka. Faris yang kian hari menyukai gadis itu dan
Layla yang cuba untuk mencapai cita-citanya.
Biarpun ada masalah
antara mereka tetapi sewaktu makan itu kemesraan terasa. Sambil itu mereka
berbual-bual tentang majlis harijadi Tan Sri yang akan berlangsung hujung
minggu itu.
“ Selalu ke ayah buat
majlis harijadi?”
“ Tak selalu. Tapi
tahun ni ayah mahu mengumpulkan family dan rakan-rakan untuk meraikan
harijadinya dan juga saya rasa pemergian kita berdua ke Boston.” Layla
mengangguk-angguk. Makin susahlah untuk dia ke Boston berasingan dengan Faris
kerana semua orang akan tahu yang mereka akan pergi bersama-sama. Layla menyuap
flatbread ke mulutnya lagi. Dan Faris pula sedang menghadap salad yang masih
berbaki. Nampak sangat Layla tidak berapa suka dengan salad kegemarannya itu
kerana ada keju. Dia perasan bila gadis itu menguis-nguis keju itu ke tepi
sebelum makan.
“ Faris, is that you? “ pertanyaan dari seorang wanita yang Faris
kenal sangat menyebabkan Layla dan Faris terhenti dari menyuap makanan. Seorang
wanita berambut kuning jagung dan bermata biru merenung mereka silih berganti.
Layla perasan wanita berdress pendek itulah yang dia nampak bersama dengan
Faris semasa di Carcosa Seri Negara dulu.
“ Ariel? What are you doing here?” ujar Faris seperti terkejut. Aduhai
kacau betul lah. Layla dan dia baharu saja ingin berbaik. Matanya melihat
reaksi Layla kemudian wajah Ariel silih berganti. Hati Faris resah.
Oh, namanya Ariel. Desis
hati Layla pula. Punyalah cantik macam supermodel. Seksi pulak tu, sambil Layla
melirik pada pakaian Ariel. Patutlah Faris suka bersama dengannya. Memang tak
terlawan Layla. Macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan dia. Ish!
Bila pulak aku nak lawan dengan minah salleh ni!
“ To eat of course? What about you?” ujar Ariel bersuara agak
nyaring. Geram kerana teman lelakinya itu berseronok dengan wanita lain. Rasa
tercabar melihat Faris keluar dengan wanita Melayu yang bertudung litup begitu.
Fariskan ada dia, kenapa mesti bersama dengan gadis itu. Apalah agaknya yang
Faris nampak dari gadis yang nampak sangat rendah di pandangan matanya dengan
ketinggian Ariel hampir 6 kaki itu. Supermodel lagi.
“ Having a quiet dinner with my wife.” Kata Faris penuh yakin dan
bangga. Ariel terkedu. Dia rasa ingin menjerit. Sejak bila pula Faris
beristeri. Patutlah Faris balik ke Malaysia meninggalkannya tiba-tiba! Tapi
untuk gadis seperti itu? Sangat tak ada citarasa. Tak rimaskah tutup-tutup
begitu dalam cuaca panas Malaysia ni? Tak tercapai akalnya kenapa Faris memilih
gadis itu sebagai isteri. Ariel tidak puas hati.
“ Wife? She’s your wife? For god sake I don’t believe this. No wonder you
are not returning my calls nor asking me out anymore! Because you got a wife.!”
“ Yes, she’s my wife. Let me introduce you, this is Layla. Layla this is
Ariel”
“ Really nice meeting you. Just to let you know I’m going back to States
next weekend. My modelling shows completed yesterday. I hope you have a good
life with your wife here.“ ujar Ariel menyindir. Kemudian dia memandang
Layla dengan sinis pula dan berkata,
“Such a husband you have but believe me, Layla, through my sweet
experience with him, Faris here never enough with one girl. The next thing you
know he will have mistresses!.” Perkataan mistresses itu dinyaringkan oleh Ariel. Kemudian dia
ketawa buat-buat. Wajah Layla berubah. Muka Faris juga berubah. Berubah menjadi
marah sangat-sangat. Kalau boleh dia mahu telan sahaja Ariel itu sekarang juga.
Ataupun jadi seorang ahli sihir dan tukar Ariel menjadi katak. Sungguh kurang
ajar memfitnah dia di hadapan Layla. Tak tahukah dia dalam misi merebut cinta
gadis itu? Haishh! Kacau daun sungguh!
Betulkah apa yang dia
dengar? Desis hati Layla. Satu kejutankah bila Ariel berkata begitu? Layla rasa
dia sudah jangkakan semua itu sebaik sahaja dia lihat perangai Faris selama
beberapa bulan itu. Mungkin benar mungkin tidak. Dia sebenarnya tiada hak atas
masa lampau Faris pun. Tapi hati perempuannya terusik juga. Jelas, Faris
mungkin tidak boleh dipercayai oleh itu dia akan pastikan selama mereka
bersama, dia akan kawal hatinya supaya tidak jatuh hati. Dia tahu apabila dia
jatuh hati dan Faris jelas masih berperangai lama sudah tentu dia akan terluka.
“ Ariel!” marah Faris dari celah gigi yang diketapkan.
“ Well Faris darling, goodbye. If you ever in States again and
she’s not enough for you, you know where to find me” kata Ariel sahaja
ingin menyakitkan hati Layla yang mendengar. Sambil itu dia ketawa buat-buat.
Memang sengaja mengapikan Layla lagi. Perasan wajah Layla yang sudah semacam. Ariel
mahu ketawa kerana jelas cucuhan batu apinya berjaya.
“ Not in a thousand years. You and me is over Ariel. Over!” ujar
Faris tegas ke arah Ariel. Dia sudah pun bangun menghempas kain napkin yang dipegang
ke atas meja.
“ Not till I say its over. I will keep haunting you! Enjoy your dinner!” Kata Ariel menepuk bahu Faris sebelum berlalu. Layla
memerhatikan sahaja. Faris dan Ariel bergaduh seperti sepasang kekasih di
matanya. Agaknya itulah wanita sofistikated yang disebut oleh Faris pada malam
pertama dulu. Kalau tengok ketinggian mereka berdua memanglah sesuai.
“ Layla, you jangan percaya cakap Ariel tu.
Saya bukan macam tu.” Ujar Faris selepas itu cuba memujuk Layla kalau-kalau ada
kepercayaan gadis itu masih bersisa untuknya. Dia telah pun duduk kembali.
“ Faris, saya ingat apa
awak cakap masa di malam pertama dulu. Saya sebenarnya tak kisah kalau awak
mahukan Ariel pun. Ataupun wanita-wanita lain. Mungkin Ariel untuk awak.
Entah-entah dia soul mate yang awak cari tak?. Kalau ya, awak sepatutnya
bersama dia. Bukan dengan saya.” Balas Layla dengan tenang tapi bergetar di
dada. Sebenarnya ada rasa macam hiba pula di hati. Biar betul aku ni! Getus
hati Layla. Muka Faris menyinga.
“ Awak ni manusia ke
robot? Awak suruh saya bersama Ariel? Awak tak jealous? Tak jealous langsung?”ujar
Faris geram. Entah apa yang gadis itu perkatakan. Pergi pada Ariel? Gila ke?
“ Itu kan hak awak. Awak
kan ada tiga tempat kosong.“ jawab Layla selamba. Faris rasa macam nak
tarik-tarik rambutnya kerana geram. Sah! Layla tiada perasaan padanya. Sanggup
dimadukan pula! Faris benar-benar tersinggung.
“ Hisyh! Saya tak
fahamlah awak ni. Awak nak suruh saya kahwin dengan orang lain dan madukan
awak? ” Tanya Faris tak puas hati.
“ Faris, awak tak
berdosa pun kalau nak kahwin lagi. Dalam Islam memang dibenarkan.” Kata Layla.
Memang betul pun tapi
sudah tentu ada banyak syaratnya. Tapi dalam hal Faris yang tak cukup satu
dibolehkan saja. Tapi, Nabi Muhammad SAW tidak pernah memadukan Siti Khadijah
semasa hidupnya. Lantas Layla teringat satu buku bertajuk “ Siti Khadijah, the
love of Muhammad.” Satu kisah cinta yang hebat untuk dua insan yang bercinta
dan berkasih kerana Allah SWT. Adakah dia dan Faris akan jadi begitu”?
Arggghhh….apa aku berangan ni!
“ Awak tahu tak apa
yang awak cakap? Hisyh geram betul lah saya dengan awak ni, Saya nak awak
seorang sahaja. Awak saja! Faham?!” ujar Faris menyebabkan Layla tersentak.
Hah! Betulke apa yang dia dengar? Dia tak salah dengar kan? Tapi biar betul apa
yang dia dengar itu. Layla tak terkata apa. Dia takut melihat wajah Faris yang dari
menyinga sudah ke tahap raksasa.
Mood Faris terus berubah.
Dia mengisyaratkan pada waiter untuk membawa bil ke meja mereka. Sebaik sahaja
membayar dia berjalan laju-laju sambil menarik tangan Layla ke parkir.
Membukakan pintu kereta penumpang dan menolak sedikit Layla ke dalam dan menutup
pintu. Tiada lagi layanan seperti tuan puteri.
Faris masuk pula disebelahnya dan menghidupkan enjin lantas kereta sport
itu menderu laju keluar dari pusat membeli-belah itu.
Di dalam kereta, mereka
membisu. Layla tak faham kenapa Faris mesti marah. Dia hanya mengatakan sesuatu
yang benar sahaja tetapi Faris pula yang melebih.
“ Err…Faris..”
“ Do not… say a word. Not
now!” ujar Faris marah. Tangan dihentak ke stereng. Ariel memang tak guna!
Layla di tepi terkujat. Aduhai, godzilla dia dah keluar.! Habislah aku!