Layla mengucapkan terima kasih pada kedua-dua anak beranak itu dan masuk
ke mahligai itu. Kemudian dia naik ke bilik. Suasana rumah sepi. Tok Zauyah
mungkin sudah ke masjid. Jelas Faris pun belum pulang lagi. Entah ke mana
lelaki itu pergi sehingga terlupa tentang dia. Bayangkan dia ditinggalkan
begitu sahaja. Jelas dia langsung tidak berharga pada Faris. Jauh hati juga dia
sehingga ditinggalkan begitu sahaja. Tapi apakan daya bila hati tak suka.
Layla ke bilik air untuk mandi dan seterusnya menyalin pakaian. Dia
turun ke dapur kerana lapar. Rupa-rupanya mengikut Mak Neng, Tok Zauyah ada
majlis di masjid dan tidak makan di rumah. Tan Sri pula ada majlis makan malam.
Nabila dan Wafiq juga entah ke mana. Faris apa tah lagi. Jadi dia makan seorang
sahaja malam itu. Dia juga telah menghantar mesej pada lelaki itu sedari tadi tetapi tiada jawapan. Kalau ikut
hati tak mahu dia menghantar mesej tapi Rafi yang beria menyuruh dia. Terpaksa
dia menghantar mesej kepada nombor telefon yang didiletakkan nama ‘Gergasi
Hodoh’ itu. Memang gergasi hodohpun! Desis hati Layla berbaur rasa geram dan
sedih. Namun sebaik sahaja dia habis makan Tok Zauyah balik. Hairan dia kerana
tidak nampak kereta Faris di garaj.
“ Layla, balik dengan siapa?” tanya Tok Zauyah sangsi.
“ Err…Layla balik dengan kawan, terjumpa kawan lama di Pavilion
tadi” kata Layla cuba melindungi Faris. Kalau tidak heboh pula orang tua itu.
“ Faris mana? “
“ Dia…dia…ada emergency di ofis tadi. Jadi dia ke ofis. Layla dah
jumpa kawan tu jadi dia offer untuk hantar ke rumah sebab Faris sibuk
sangat.” Tipu Layla.
“ Baiklah kalau macam
tu. Tapi Layla, kalau Faris tu buli atau buat apa-apa yang tak sepatutnya pada
Layla bagi tahu Tok. Tahulah Tok nak ajar dia tu. Faris ni pun satu. Orang
suruh bawa Layla jalan-jalan dia pergi ofis pula” Ujar Tok Zauyah macam tak
berapa puas hati. Dia rasa macam Layla cuba melindungi Faris.