Faris masih macam dulu. Masih
lagi menghabiskan masa selepas waktu kerja bersama-sama rakan-rakannya, Tunku
Shahri, Tunku Shafinas dan Desmond. Kadang-kadang di rumah mereka kadang-kadang
di kelab ekslusif. Kadang-kadang balik sahaja Faris terus ke gym dan selepas
itu entah ke mana tanpa berkata apa-apa. Faris sering memberikan alasan banyak
kerja di syarikat apabila dia balik lewat kepada Tok Zauyah. Kebetulan pula syarikat
sedang sibuk menyediakan tender jadi Faris guna alasan itu untuk menjauhkan
diri dari Layla. Dia jarang pulang ke rumah. Kadang-kadang pulang hanya untuk
tukar baju sahaja.
Setelah gambar perkahwinannya
terpampang di dada akhbar dan majalah dia tidak berani sangat ke kelab. Takut
nanti jadi gossip pula dan mencacatkan reputasi syarikat. Walaupun begitu, dia tidak terasa seperti telah berkahwin.
Hidupnya masih bebas seperti
orang bujang. Bukan dia tidak mahu pulang ke rumah. Faris kalau boleh tidak
mahu mengadap Layla. Dia bencikan gadis itu. Kalau ikutkan hatinya dia tidak
mahu berkongsi bilik dengan gadis itu tapi apa pula kata Tok Zauyah. Oleh
kerana itu dia telankan jua. Tapi untuk mengurangkan berjumpa Layla dia selalu
balik lewat malam. Kadang-kadang Layla
hanya tersedar bila dia bangun pagi untuk solat dan nampak Faris terbaring di katil.
Entah bila dia masuk ke dalam bilik Layla pun tidak pasti. Terusik juga hatinya
bila menyedari betapa bencinya Faris padanya sehinggakan sering balik lewat
begitu untuk mengelak darinya. Namun, Layla segera dia sedar bahawa dia tidak boleh
mengharapkan Faris menerimanya. Faris telah pun berterus terang tentang hati dan
perasaannya dan dia mesti belajar menerima hakikat itu.
Mereka selalunya berjumpa bila
makan malam sahaja. Itupun sekali-sekala dalam seminggu kerana waktu lain Faris
sibuk dengan urusannya di luar. Entah urusan kerja atau sosial, Layla tidak
pasti. Dia pun tidak mahu bertanya takut-takut mengamuk pula Faris kerana dia
telah berjanji untuk tidak mengharapkan apa-apa dan mengganggu hidup Faris.
Pada waktu makan malam sahaja Faris
berinteraksi dengannya sedikit mesra. Menarikkan kerusi untuk dia duduk dan
menyendukkan nasi dan lauk untuknya. Pada waktu itu keluarlah semua sifat
gentlemannnya sehingga Layla hampir keliru bagaimana Faris yang kasar jadi
begitu pula seolah-olah lelaki itu mempunyai dua personaliti. Kali pertama
Faris buat begitu merah mukanya bila lelaki itu tiba-tiba berkata “ Sayang,
awak nak lauk mana satu?” tanyanya selamba. Sewaktu itu Tok Zauyah, Tan Sri dan
Wafiq ada bersama. Suasana jadi senyap seketika menyebabkan Layla terasa malu
kerana seolah-olah mereka semua memerhatikannya menunggu jawapannya.
“
Err...ikan tu.”. Layla menunjuk kemudian mencapai gelas air longan lantas menghirupnya.
“
Good choice baby!” balas Faris
buat-buat senyum romantik. Hampir
tersedak Layla mendengar balasan Faris itu. Kemudian Faris menyudukan ikan ke pinggan Layla. Mujur Layla dapat kawal dirinya
cepat. Hah? Tadi sayang dan sekarang baby
pulak. Pandainya lelaki itu berlakon bila ramai yang memerhati.
Kemudian sepanjang
makan malam itu banyak pula dia bertanya Layla itu dan ini. Contohnya “ hows your
day?” “ Buat apa hari ni” dan bermacam-macam lagi. Seolah-olah mereka tiada
masalah dan berkelakuan seperti pasangan bahagia yang lain menghadapi hidangan
makan malam. Yang paling dia tak boleh terima bila kadang-kadang Faris
menyuapkan makanan ke mulutnya. “ Try this baby” ujarnya tiba-tiba menyudukan satu benda
pelik ke mulut Layla. Entah jenis keju apa yang kalau dia tak kawal boleh
tersembur semula. Rasanya sangat meloyakan lidah melayunya. Tak guna! Mahu saja
dia menendang kaki lelaki itu tetapi tidak berani. Akhirnya Layla terpaksa
telan juga kerana melihatkan wajah Tok dan Tan Sri yang tersenyum memandangnya.
Seronok agaknya tengok Faris dan Layla nampak mesra. Faris di sebelahnya hanya
memandangnya dengan pandangan sinis. Nak ketawa pun ada juga dia tengok! Hah! nantilah
mamat itu! Gilirannya akan tiba juga satu hari nanti.
Ada satu masa Layla rasa berminggu dia tidak nampak Faris.
Rupa-rupanya Faris keluar negara ke London atas urusan perniagaan. Itupun Tan
Sri Omar yang memberitahunya. Kata Tan Sri Omar dia yang hantar jadi dia minta
maaf daripada Layla kerana memisahkan mereka berdua dalam sebulan dua itu,
waktu mereka masih diambang bulan madu katanya. Merah muka Layla mendengar
kata-kata Tan Sri itu. Sebenarnya dia
rasa lega juga tidak mengadap Faris selalu malahan terasa bebas kalau Faris
tiada.
Pada waktu Faris ke London itulah
adik Faris bernama Nabila pulang ke mahligai itu untuk cuti semester. Layla
waktu itu berada di ruang tamu berbual-bual dengan Tok Zauyah bila gadis tinggi
lampai bermata hijau ala model itu sampai. Terlongo dia melihat kecantikan adik
Faris itu. Cantik sungguh!
“
Siapa ni Tok? “ tanya Nabilah menunjuk ke arah Layla. Tadi masa dia sampai dia
ingat orang gaji baru tapi Tok Zauyah melayannya begitu mesra sekali menyebabkan dia sangsi.
“ Mari Tok kenalkan. Inilah Layla, isteri
Faris.” Nabila kelihatan terkejut.
“ Hah?” Dia memandang Layla yang berbaju
kurung kain cotton atas bawah. Sejak bila pulak abangnya berubah “taste”? Layla
menyuakan tangan untuk bersalam tapi tidak disambut oleh Nabila. Dia jelas
terkejut dan hairan melihat Layla.
“
Are you sure Tok? This is hillarious
indeed. Sejak bila my brother berubah sampai nak settle down, Tok? You know
him. Dia kan player. Unbelievable!”
“
Hmm...people can changeNabila. I hope you can change too. At least
kalau balik Malaysia tu biarlah pakai sopan sikit.” Perli Tok Zauyah. Tidak
berkenan dengan skirt pendek dan baju tanpa lengan yang dipakai oleh cucunya
itu.
“
What?
Macam dia ni?” Dia mengunjuk
jarinya dengan kuku berwarna ungu ke arah Layla.
“No way Tok! Too conventional for me. Macam orang kampung. Dahlah Tok saya penat
ni. Esok-esok sajalah kita discuss. Huh! Nice to see you!” Dia mencebik pada Layla dan berlalu ke ruang
atas.
Layla
cuba juga untuk berbaik dengan Nabila selepas itu tapi setiap kali dia mencuba
penerimaan Nabila memang dingin terhadapnya. Layla sedar siapa dia. Mungkin
Nabila tak mahu berbual dengannya sebab dia tak setaraf. Kadang-kadang Layla
saja menegur tetapi Nabila hanya buat tidak tahu dengan wajah sombong. Banyak
kali pertanyaan dan sapaan Layla tidak bersambut. Disebabkan itu Layla mula
membiarkan sahaja. Tak mahu memalukan diri sendiri lagi. Adik Faris, Wafiq pun
begitu juga. Dia terserempak dengan Wafiq sewaktu majlis di hotel itu lagi.
Wafiq lebih rendah dari Faris dan pendiam.
Adik beradik Faris memang
dikurniakan kelebihan dari segi rupa. Cuma antara Faris dan Wafiq, Faris lebih
‘outstanding’. Bila Tok Zauyah perkenalkan mereka, Wafiq hanya tersenyum nipis seperti
tidak ikhlas. Di waktu lain kadang-kadang dia perasan Wafiq memerhatikannya
seolah-olah tidak sukakan dia. Sebagai seseorang yang terpaksa mengikut suami
dan tinggal dengan keluarga mentua terusik juga hatinya bila tidak berapa
diterima oleh ahli keluarga sebelah suami. Sudahlah Faris begitu. Adik
beradiknya pun sama. Mujurlah Tok Zauyah dan Tan Sri mesra dengannya. Terubat juga hatinya dengan kemesraan mereka.