Malam itu
bertemankan Tunku Shafinas, Faris ke kelab ekslusif. Dia tidak jadi berjumpa Desmond. Sebaliknya dia
menelefon Tunku Shafinas sahaja untuk menemannya ke kelab yang hanya dihadiri
oleh orang-orang seperti dia dan Tunku Shafinas sahaja. Dia boleh berada di
situ menghiburkan hati tanpa risau wajahnya terpampang di majalah tabloid
keesokan harinya atau ataupun bebas dari kemungkinan ditangkap oleh Jabatan
Agama.
Selepas
menari bersama Tunku Shafinas beberapa lagu, mereka duduk di bar. Faris memesan
minuman keras tetapi Tunku Shafinas hanya memesan Coke. Walaupun dia selalu ke
situ, Tunku Shafinas tidak pernah minum.Hanya Faris dan Tunku Shahri
sahaja yang selalu minum.
Tunku Shafinas menebar pandangan ke
sekeliling kelab tersebut. Kelab itu makin ramai kerana malam itu malam minggu.
Kebanyakan dari mereka memang pengunjung tetap kelab ekslusif itu. Kelab
tersebut yang hanya mampu dimasuki oleh orang-orang tertentu kerana yurannya
yang mahal berbanding dengan kelab-kelab lain.
Walaupun Faris suka ke tempat-tempat
seperti itu bersama dengan rakan-rakannya tetapi setakat ini belum pernah lagi
dia mabuk. Tapi hari itu, fikirannya memang kacau. Sudah lima gelas minuman ‘setan’
itu diteguknya. Tunku Shafinas faham benar dengan mood Faris. Cuma dia hairan
kenapa Faris begitu. Apa yang menyebabkan lelaki itu tak senang duduk malam
itu. Namun, Tunku Shafinas tidak pula mahu memulakan perbualan tentang itu. Dia tahu lambat laun dia akan tahu juga.
Seperti selalu dia akan bersabar menjadi pendengar setia. Sebagaimana dia
bersabar selama ini untuk Faris. Bersabar sehingga Faris mahu meluahkan
perasaan padanya. Dia tahu Faris bukan jenis orang yang suka dipaksa. Dia tak
seperti pemuda lain yang akan mengikut sahaja apa kata Tunku Shafinas. Itulah
sebabnya makin dia cuba elak makin suka dia pada Faris. Faris yang sukar untuk
ditundukkan dari segi hati dan perasaan.
Selama dia mengenali Faris, belum ada wanita
yang Faris jatuh cinta. Dari seorang ke seorang wanita tapi tiada yang kekal.Setakat
ini hanya Tunku Shafinas yang kekal berkawan dengan Faris. Tapi Faris hanya
menganggapnya sebagai kawan. Adik kepada rakan baikknya. Kadang-kadang Tunku
Shafinas berharap Faris akan melihat dia lebih dari itu Dia berharap mungkin
satu hari Faris akan jatuh cinta padanya macam dia jatuh cinta pada Faris.
“ Faris, cukuplah tu. You dah mabuk ni.
Jom, I hantarkan balik“ kata Tunku Shafinas menahan Faris dari minum lagi.
Faris menepis sedikit tangan Tunku Shafinas. Gadis itu mengeleng-ngeleng bila
melihat wajah pemuda itu yang tak tentu hala dan mula bercakap merepek itu.
“ Sudahlah Faris. I hantar you balik ye.?”
“ No..no…I nak minum….want to have fun…” ujar Faris tersengeh bodoh dengan mata layu.
Wajahnya yang kacak tampak tak terurus. Terbit rasa kasihan di hati gadis itu.
“ Apa jadi dengan you ni Faris? Something
bothering you? “ Tanya Tunku Shafinas ambil berat. Faris merenung mata Tunku
Shafinas seketika. Kemudian kembali meletakkan kepala di atas meja bar
tersebut.
I
hate her. Hate her. She ruined my life” ujarnya seperti tidak keruan.
“ Siapa Faris? I tak faham” Tanya Tunku Shafinas.
“ Orang tua tu… orang tua tu…” kemudian kata-katanya putus di situ. Faris
macam tertidur.Tunku Shafinas goyang tubuh sasa Faris.
“ Faris, jom balik. I hantar balik rumah.”
Faris bercakap tak tentu hala. Tunku Shafinas tarik tangan Faris. Faris macam
orang bodoh tiba-tiba bangun. Tunku Shafinas galas tangan Faris kemudian cuba
memapahnya. Beratnya tubuh lelaki itu. Kalau dia seorang tak mungkin dapat dia
papah Faris pulang. Menyedari itu Tunku Shafinas mengeluarkan telefon tangannya
dan mendail nombor abangnya Tunku Shahri supaya datang membantu. Ketika itu Tunku
Shahri yang berada di sebuah majlis korporat dengan ayahandanya terpaksa
datang. Cemas juga dia bila Tunku Shafinas kata Faris mabuk. Jarang Faris
mabuk. Kali terakhir semasa mereka di Sydney dulu pada tahun baru. Waktu lain,
Faris memang agak berhemah juga dalam meminum arak. Hanya segelas dua dalam
majlis tertentu. Tak mabuk.
Hairan juga dia. Mesti ada sesuatu yang
berlaku pada rakannya itu. Itulah sebabnya bila Tunku Shafinas beritahu dia
terus datang. Mereka bawa Faris balik tetapi tidak ke rumahnya tapi ke
apartment mereka di Bukit Bintang itu. Lebih dekat dan pasti tidak mengundang
masalah. Tunku Shahri faham benar masalah Faris dengan neneknya.
Sesampai di apartment itu Tunku Shahri
letak Faris di bilik tamu apartment tersebut kemudian keluar. Majlis korporat
belum berakhir lagi. Jadi dia tidak boleh menemankan Faris di apartment itu
sehingga dia bangun. Biar Tunku Shafinas sahaja yang menjaga kawannya itu.
Sewaktu
Tunku Shafinas bukakan kasut Faris yang sudah tidak sedar di katil bilik itu,
Faris merepek lagi. Tapi sukar untuk dia pastikan buah butir apa yang
dikatakan. Pelik betul!. Entah apa sahaja yang mengganggu fikirannya sampai dia
sanggup gunakan arak untuk lupakan semua itu. Sanggup mabuk begitu. Sungguh dia
kasihankan pemuda pujaan hatinya itu. Kalaulah Faris tahu bahawa dia sanggup
buat apa saja untuk lelaki itu untuk hilangkan semua kesedihan itu, fikir Tunku
Shafinas. Ah! Dia mengeluh. Dia merenung wajah Faris. Entah kenapa tiba-tiba
Tunku Shafinas peluk lelaki berbadan sasa itu. Kepala Faris dirangkulnya. Faris
pula dalam mamai membalas. Tunku
Shafinas relakan sahaja lalu merangkul lelaki itu lebih erat.
Esoknya sedar-sedar Faris terpisat-pisat.
Kepalanya bengal dan sakit sungguh. Badannya terasa sakit-sakit. Rasa nak muntah pun ada. Di manakah dia? Dia
melihat sekeliling. Yang pasti itu bukan bilik tidurnya. Tiba-tiba Tunku
Shafinas masuk dengan wajah ceria dan berseri. Faris hairan. Dia mahu bangun
tapi sedar bahawa dia tidak memakai baju. Hanya memakai seluar sahaja. Dia
hairan. Sejak bila pula dia membuka baju. Faris duduk. Masih kehairanan. Di
sebuah meja tulis, baju kemejanya terlipat kemas.
“
Finas, err…kenapa I di sini.”Tanyanya. Tunku Shafinas senyum malu.
Teringat peristiwa malam tadi. Mukanya macam merah.
“ You mabuk semalam. Shahri dan I bawa you
ke sini“ jelas wanita itu.
“ Thanks…err…pukul berapa ni? “ Faris meraup mukanya dan rambutnya yang kusut.
“ 10.00 pagi” jawab Tunku Shafinas ceria.
“ Hah!” Faris bingkas bangun. Macamana
boleh jadi begini? Dia teringat janjinya untuk main golf bersama Desmond pada
pukul 11.00 di sebuah kelab Golf ternama.
“ I
have to go.” Faris mencapai kemejanya dan memakainya. Shafinas perhatikan
sahaja Faris. Dia teringat malam tadi.
" Er Faris…about malam tadi. I tak
menyesal pun.” Faris memandang Shafinas hairan. Dia berhenti dari membutangkan
bajunya seketika.
“ Err…what
do you mean?” Dia merenung Tunku Shafinas. Gadis itu merasa wajahnya panas
tiba-tiba. Bayangan Faris dan dia malam tadi menambah perasaannya yang tak
keruan. Mungkin Faris bukan orang
pertama tapi Faris yang pertama dia cintai. Setelah malam tadi dia tahu
bahawa dia tidak dapat lagi berpisah dengan Faris. Dia seolah terikat.
“ Takkan you tak ingat? “ Tanya Tunku
Shafinas. Suaranya macam sedih. Malam tadi apa yang berlaku sangat bermakna
padanya. Dia melahirkan sepenuh cintanya pada Faris tapi jelas Faris tidak
ingat.
“ Finas,
please tell me. Apa yang dah jadi? “ Faris cemas. Dia tahu dia mabuk
semalam. Adakah dia? Ah! Tak mungkin. Dia meraup wajahnya. Selalunya dia boleh menahan diri dari berbuat
sesuatu yang bodoh. Tapi malam tadi
dia memang minum lebih dari biasa.
“
Err…tak ada apa.Tak ada apa Faris. “ balas Tunku Shafinas segera. Faris rasa lega mendengar kata-kata gadis
itu.
“ Kalau you nak kopi I
dah siapkan kat dapur.” Ujar Tunku Shafinas mengubah topik. Dia rasa malu sendiri. Jelas Faris tidak ingat. Hatinya rasa kecewa tapi segera
ditepis perasaan itu. Biarpun Faris tidak ingat tapi bagi Tunku Shafinas ia
kenangan terindah yang dia akan kenang sampai bila-bila. Mungkin satu
hari nanti Faris akan ingat semula.
“ Sorry
Finas. I have to go. Ada meeting pagini. See you.” Ujar Faris sedikit
tersenyum dan separuh menipu. Kemudian dia berlalu keluar dari apartment tersebut.
Tunku Shafinas hanya perhatikan sahaja dengan wajah kecewa bila lelaki itu
berlalu.
“ Where
are you? “ Tanya Desmond bila Faris tidak sampai – sampai lagi di padang
Golf. Waktu itu Faris baru sahaja keluar dari rumah semula setelah mandi dan
bersarapan sedikit. Kepalanya masih
bengal tapi lega sedikit setelah menelan juice Kiwi tadi. Mujrlah masa dia
sarapan tadi Tok Zauyah tiada. Orang tua itu pagi-pagi lagi selepas subuh sudah
sarapan. Dia memang lega banyak kalau orang tua itu tiada. Dahlah malam tadi
dia tak pulang ke rumah. Kalau Tok Zauyah tahu habislah dia bersoal jawab pula.
Kereta
Audi R8nya baharu sahaja keluar dari perkarangan rumah apabila Desmond
menelefon lagi.
“
On the way” katanya pendek melalui
hands freenya. Suaranya sedikit
kasar. Kurang sabar pula dia dengan perangai Desmond itu. Macam tak boleh
tunggu-tunggu lagi. Macamlah padang Golf itu hendak lari entah ke mana.