Takdir telah menemukan dua
insan dari latarbelakang yang sangat berbeza dalam satu perkahwinan yang diaturkan
oleh keluarga. Faris Nabhan Omar anak sulung seorang hartawan dan Layla Amir seorang
gadis yang baharu sahaja menerima keputusan SPMnya.
Mereka membenci satu sama
lain kerana pertemuan yang tak dijangka. Justeru bila mereka terpaksa berkahwin demi mengikut permintaan keluarga masing-masing berjanji untuk berkahwin atas nama sahaja dan tidak akan
mengharapkan apa-apa dari perkahwinan tersebut. Faris dengan soul matenya dan Layla dengan cita-citanya.
Pada permulaannya
agak sukar untuk mereka menyukai satu sama lain disebabkan jurang umur,
pemikiran dan latar belakang keluarga
ditambah dengan ego masing-masing yang mencengkam diri. Namun, mereka mendapati bahawa janji itu makin lama
makin sukar untuk ditunaikan lantaran hati masing-masing yang kian tertarik di
antara satu sama lain.
Perbezaan membawa kepada tarikan yang sangat kuat untuk
mereka apabila masing-masing mula
mengenal hati budi.
Sedang mereka baru melakar cinta yang sangat manis di Kota
Boston, sesuatu berlaku menyebabkan cinta mereka terpisah. Selepas beberapa
tahun mereka bertemu kembali dalam keadaan yang tidak terduga. Masihkah ada
cinta untuk Faris dari Layla? Adakah Layla soul mate yang dicari oleh Faris? Masihkah
perlu Layla bertanya “Saya Isteri Awak Ke?” untuk meyakinkan dirinya bahawa
cinta Faris, sang suami adalah miliknya?