Sebenarnya Tok
Zauyah yang ingin membawa Layla membeli belah. Dia lihat baju-baju Layla
semuanya lusuh dan kebanyakkannya pun baju kurung. Selama Layla di situ Tok
Zauyah perasan asyik baju sama sahaja yang Layla pakai. Tok Zauyah kasihan pada
gadis itu. Lagipun Tok Zauyah mahu Layla lebih bergaya di hadapan Faris. Oleh
itu diapun meminta Faris membawa Layla bershopping hari itu. Namun Tok Zauyah
bagi amaran supaya Faris tidak meninggalkan Layla seperti yang dia pernah buat
dahulu.
“ Tok jangan risau, kali ni saya akan
berkepit dengan dia ke mana saja hatta ke bilik air pun.” Ujar Faris nakal sewaktu menunggu Layla bersiap.
“ Amboi! Sampai ke bilik air kamu nak
teman dia? Bukan main lagi.” Tok Zauyah
ketawa dengan kata-kata nakal cucunya itu. Faris hanya sengeh. Lagipun ada
perkara yang hendak dia lakukan bila bershopping itu nanti. Jadi, bila Tok
Zauyah membuat permintaan seperti itu dia akur sahaja.
Setelah Layla
bersiap, Faris bawa Layla membeli belah di butik-butik ekslusif di Pavilion dan
KLCC. Terlongo Layla jadinya apabila di bawa ke butik Laura Ashley, Dorothy
Perkins, DKNY dan beberapa butik lain. Layla tahu barang-barang di situ memang
mahal. Takut dia nak pilih apa-apa. Lagi satu baju-baju di situ kebanyakan baju
yang moden seperti dress, jeans, blouse, sleeveles dan skirt sedangkan selama
ini dia selesa berbaju kurung dan sekali sekala dengan jeans dan T-Shirt lengan
panjang tetapi sejak berkahwin dia memang kekalkan baju kurung sahaja.
“ Pilih apa saja yang awak berkenan di
sini. Bosan saya tengok baju kurung awak.” Ujar Faris di salah satu butik
ekslusif yang mereka masuk. Memang bosan dia tengok baju kurung Layla itu.
Kalau boleh dia mahu bakar semua baju itu dan gantikan dengan pakaian lebih
moden. Bosan? Tak habis-habis Faris nak mengutuk baju aku! Desis hati Layla pula.
Layla tidak bergerak melihatkan pakaian dan
aksesori di situ. Semua barang di situ cantik dan memang terpegun dia bila
masuk kali pertama. Namun bila dia tarik tag baju tersebut tak sanggup pula dia
melihat harganya. Tak kan lah sehelai baju boleh berharga beratus-ratus ringgit?.
Tak terpilih dia kerana harga itu. Membazir.
Masuk-masuk sahaja ke butik Laura
Ashley beberapa sales girl datang menghampiri mereka. Nampak sangat mereka
sudah kenal siapa Faris. Layla menarik Faris ke tepi dan berbisik.
“ Awak, tempat ni kan mahal. Baik awak
bawa saya pergi Jusco sahaja. Kalau tak pun kita pergi Jalan TAR. Kat sana
murah. Bolehlah jimat duit awaktu.” Faris terasa mahu tergelak. Budak kecik ni
buat kelakar pulak. Macamlah Layla tak tahu yang dia anak jutawan. Kalau
belanja seribu dua sehari memang tiada masalah. Ada banyak lagi duit dia.
Memanglah budak ini tak tahu dia kahwin dengan siapa agaknya. Kalau perempuan
lain mesti dah laju memilih. Kalau boleh berbeg-beg. Tapi yang seorang ini mahu
dia ke tempat yang lagi murah? Faris mengeleng. Gadis ini spesies dari mana
agaknya? Memang lain dari yang lain. Orang bagi peluang tak mahu pulak dia.
“Pilih sajalah. Awak ingat saya tak boleh
bayar ke? Awak jangan nak buat malu saya.” Balas Faris tegas.
“ Tapi..,”
“ Ish lembablah awak ni. Pergi pilih cepat!
Saya nak awak pakai mana-mana dress di sini dan bukannya baju kurung yang buruk ni” bisiknya sambil menunjuk pada
baju kurung Layla seolah macam hina sangat baju itu. Huh! Melampau betul!.
Faris lantas memberi isyarat kepada salesgirl di situ. “ Miss, tolong pilihkan
baju yang sesuai untuk dia ye dalam 10 pasang.” Ujarnya selamba. Layla
terkujat. 10 pasang? Membazirnya! Banyaknya 10 pasang? Satu pasang harga RM200 kalau 10 pasang dah RM2000. Huish! RM2000 tu
macam-macam boleh dibuat. Faris memang membazir.
“ Mari saya tunjukkan koleksi kami yang
baru.” Salesgirl itu pun menunjukkan koleksi pakaian mereka yang terbaru. Kebanyakannya
adalah dress dan skirt pendek. Kalau ada blouse pun yang berlengan pendek atau
tidak berlengan. Memang fabriknya cantik dan nampak berkualiti tapi Layla resah. Macamana nak pakai semua baju
itu. Macamlah Faris tidak tahu yang dia seorang yang menutup aurat. Mana boleh
pakai pakaian begitu. Lelaki itu agaknya memang saja nak kenakan dia.
“ Cik, macamana saya nak pakai semua dress
ni ye? Saya ni kan pakai tudung.” Namun, Layla suarakan juga dilemanya pada
jurual di situ. Salesgirl itu tersenyum
mengerti. Ada ramai gadis-gadis seperti Layla yang datang ke situ. Kalau pandai
suai padan boleh saja menutup aurat. Dengan syarat baju tidak ketat dan semua
aurat tertutup.
“ Saya nak panggil cik ke puan ye? “ Tanya
salesgirl itu.
“ Err…cik sajalah” ujar Layla cepat. Faris
yang mendengarkan itu terus menyampuk.
“ Panggil dia Puan! Dia tu isteri orang. Amboi,
ada hati nak jadi cik lagi!” marah Faris tiba-tiba. Layla tersentak. Serta
merta wajahnya merah kerana malu. Isyh! Dengar pulak dia. Memanglah macam
telinga Spiderman si Faris itu! Tapi dulu kata jangan mengaku isteri! Confuselah!
“ Cik, err Puan…Puan jangan risau. Kami
ada koleksi dress panjang. Puan boleh pakai jaket dari kulit atau cardigan
untuk tutup lengan. Atau mana-mana jaket di sini. Sebenarnya dress pendek pun
boleh pakai. Boleh pakai dengan jeans atau slack. Untuk tutup lengan boleh
pakai inner di dalam atau T-shirt lengan panjang. Saya tengok ramai muslimah
yang berhijab pakai macamtu. Puan cuba yang ini. Kalau tak suka nanti saya
ambilkan yang lain pula” Dia memberikan Layla sehelai dress panjang berwarna
salmon yang dikenakan dengan cardigan nipis berwarna cream. Layla ke kotak
persalinan. Dia menyarung dress yang disarankan. Dress tersebut selesa walaupun
mengikut bentuk badannya tetapi tidak pula ketat. Layla mengenakan pula
cardigan tersebut. Serta-merta penampilannya berubah. Nampak trendy. Dia keluar seketika dari kotak persalinan untuk tunjuk pada salesgirl tersebut. Tiba-tiba
Faris datang ke situ lantas memandangnya ke bawah dan ke atas. Siapani? Budak kecik yang dia
bawa tadi ke? Mengapa nampak cantik sangat pulak? Faris berdehem tidak selesa.
Aduhai kalau dia cantik sangat nanti siapa pulak yang susah? Tapi dia tak rela Layla asyik berbaju kurung sahaja.
“ Err...awak cuba yang ini semua. Bagi tahu saya
yang mana sesuai dengan awak” ujar Faris memberikan pada Layla lima pasang dress pendek. Layla membeliakkan matanya. Gila ke apa mamat ni?
Tak kan Faris nak suruh dia pakai pakaian seperti itu. Seumur hidup dia tak
pernah memakai skirt sekarang Faris meminta dia cuba dress pendek pula? . Nak suruh dia
pakai di mana?
“ Tapi saya tak pakai baju macam ni.”
“ Saya kata cuba, cuba je lah. Jangan nak
banyak soal. Saya yang bayar bukan awak. Suka hati sayalah.” Asyiklah guna
dialog itu sahaja tiap kali bila nak memaksa dia. Suka hati…suka hati. Geram
sungguh Layla dengan Faris tetapi dia cuba juga dress pendek itu. Hanya 3 pasang
sahaja yang sesuai. Seperti diminta dia maklumkan juga pada Faris.
Akhirnya beberapa pakaian dipilih
termasuklah dress pendek tiga pasang itu dan yang pelik walaupun dia yang
disuruh pilih tetapi Faris juga yang memberikan kata putus mana satu yang hendak
dibeli. Setelah beberapa jam mereka berdua keluar setelah membayar lebih dari
10 pasang pakaian terdiri dari blouse, dress, jeans dan jaket.
Selepas itu
Faris membawa dia ke butik tudung pula di situ. Faris tahu bahawa di masa sekarang
ada pelbagai fesyen tudung. Dia tahupun melalui pemerhatiannya ke atas pekerja-pekerja
perempuan di syarikatnya. Puas dia temubual mereka tentang tudung-tudung
terkini yang mereka pakai. Mereka nampak trendy sedangkan isterinya itu
asyiklah memakai tudung kain bawal. Dia mahu Layla pakai tudung dan shawl yang
berfesyen juga.
Beberapa helai tudung shawl dibeli dari beberapa butik ternama
walaupun Layla bukan minat pun memiliki tudung seperti itu. Mahal sahaja lebih
tetapi fesyennya masih juga sama dengan yang ada di kedai-kedai biasa. Masa
membeli itu terkejut dia harga tudung boleh mencecah hingga beratus-ratus
ringgit. Memanglah pengeluar tudung buat duit. Beruntunglah mereka kalau dapat
pelanggan macam Faris yang tidak berkira langsung dalam membeli tudung untuknya.
Membazir….membazir…membazir. Tapi kalau dia komplen, Faris marah pula. Ikut
sukalah labu bukan duit aku pun, desis hati Layla.
“ Ingat, jangan lagi pakai tudung bawal tu
kalau keluar dengan saya. Saya mahu awak pakai tudung lilit-lilit tu.” Ujar
Faris mengingatkan siap angkat jari telunjuk lagi. Nampaknya Layla perlu belajar
memakai shawl yang berlilit pula seperti yang ditunjukkan oleh jurujual tudung
di butik-butik ekslusif tadi. Faris pulak kalau sudah mengarah memang kalah
seorang diktator.
Selepas membeli Faris ajak makan pula.
“ Jom! Awak nak makan apa harini? Saya follow.“ Wah ajak makan pulak? Kenapa baik
sangat lelaki itu dengan dia hari itu? Follow
pulak tu. Ada udang di sebalik mee kah? Layla musykil. Sangat musykil. Mesti
ada sesuatu yang lelaki itu mahukan darinya.
“ Err, saya tak kisah. Apa-apapun
boleh.” Ujar Layla segan-segan. Dahlah berpasang-pasang baju Faris belikan
untuknya tadi termasuk tudung. Tak kanlah nak demand lagi.
“ Apa-apa tak ada jual sinilah. Ish, cepatlah
pilih, apalah yang susah sangat?. Saya dah lapar ni.” Balas Faris kurang sabar.
Layla tercangak-cangak. Kemudian dia terlihat outlet subway yang berdekatan.
Nampak sungguh menyelerakan. Dia pun tidak pernah makan di Subway. Selalu dia
dan Asha asyik ke KFC atau McDonalds sahaja.
“ Okaylah, kita makan di subway tu boleh
tak?” pinta Layla menunjuk pada restoran berdekatan. Faris memandang seketika
lalu mengangguk. Subway pun subway lah! Tadi dah kata I follow maka
terpaksalah dia. Kalau ikut hati mahu ke Tony Roma atau Madam Kwan tapi hari
itu dia memang mahu biarkan Layla yang tentukan. Nak ambik hati sebab dah
hempaskan telefon gadis itu. Layla memesan Subway Melts manakala dia Italian
BMT. Selepas membayar makanan dan minuman mereka mengambil tempat di bahagian
yang agak belakang.
Dah lama sebenarnya Faris tidak ke Subway.
Akhir sekali semasa dia di Australia dulu. Itupun sewaktu di High School. Masa
itu dia lebih suka membeli veggie delite sebab tidak tertelan pula dia daging
tidak halal meskipun dia bukanlah baik pun. Makan di Subway mengimbau kenangan
dia di sana menyebabkan dia tersenyum sendiri betapa terujanya bila dapat
keluar makan-makan di hari minggu bersama kawan sekolah atau keluar berdating
dengan makwe-makwe Aussie yang seksi.
Pada waktu itu
hidup terasa begitu indah. Dengan ketinggiannya dan wajahnya itu setiap minggu
boleh berdating dengan mana-mana gadis. Boleh dikatakan Faris adalah antara budak
lelaki yang popular di sekolahnya. Dating atau ke majlis tari menari pun
selalunya dengan gadis-gadis popular. Namun lihatlah takdirnya sekarang. Faris
tersenyum sendiri. Bayangkan bahawa dengan kekayaan dan wajahnya dia sebenarnya
boleh mendapat mana-mana sahaja wanita dalam hidupnya tetapi jodohnya dimaktubkan
dengan gadis di hadapannya itu. Dia perasan yang gadis itu sedang makan
sandwich Subway dengan leka dan comot sekali. Faris mahu tergelak bila
melihatkan sos barbeque yang terlekat di atas bibir gadis itu yang comel. Namun
dia tahan perasaan gelihatinya. Agaknya sedap sangat gadis itu makan sampai tidak
perasan bibirnya yang comot.
“ Ni apa makan comot-comot ni? “ tegur Faris
lalu dengan selambanya menyapu mulut Layla dengan napkin kertas yang diberi
bersekali dengan pesanan sandwich tadi. Layla yang sangat leka terkejut bila
dibuat begitu. Macamlah dia budak kecik. Alamak, buruk sangat ke aku makan?. Hah!
Malu! Getus hati Layla. Dahlah begitu Faris pula suka-suka sahaja menyapu
mulutnya. Memang sengaja nak malukan dia. Dia melihat sekeliling kalau-kalau
orang memerhati. Mujurlah tiada siapa yang memandang. Kalau tidak mana dia nak
menyorok. Dia sapu lagi bibirnya manalah tahu ada lagi bekas-bekas sos. Faris menahan
ketawa melihat muka Layla yang pelik lalu menjamah sandwichnya dengan nikmat.
“ Tahulah lapar, tapi janganlah nampak sangat kelaparan awaktu. Hisyh! Buat malu orang je!” sindir Faris sengaja dari celah kunyahannya
menyebabkan Layla tarik muka masam. Hilang nikmat sandwich yang dia jamah itu
bila mendengar kata-kata Faris itu. Geramnya dia dengan lelaki itu.
Selepas makan Faris
membawa dia ke outlet yang menjual telefon bimbit pula. Pada mulanya Layla menyangka
telefon itu untuk Faris tetapi rupa-rupanya Faris membelikan telefon bimbit Samsung itu untuk dia. Hah! Apa mimpi Faris membelikan dia telefon bimbit pula? .
“ Telefon tu ganti telefon awak yang dah
pecah tu. Ingat, telefon ni saya yang bayar bilnya jadi awak jangan suka-suka
telefon boyfriend awak pulak. Telefon ni untuk awak telefon keluarga awak di kampung
atau kawan perempuan awak sahaja. Kalau saya tahu awak salah guna saya akan
tarik balik telefon ni. Amacam, setuju tak? “ ujar Faris seperti tahu apa yang bermain di kotak fikiran Layla. Mendengarkan itu hati Layla
seperti disimbah air.
“ Terima kasih Faris. Saya setuju. Bolehlah
saya telefon ibu dan ayah saya lepas ni.” Ujar gadis itu tersenyum manis.
Seronok dia mendapat telefon itu. Nampaknya Faris itu bukanlah selama-lamanya raksasa.
Dia juga manusia yang kadang-kadang ‘sweet’ juga, desis hati Layla.
Faris hanya
tersenyum sedikit tapi dalam hati dia juga rasa seronok melihat gadis itu
tersenyum begitu. Senyum yang memang jarang-jarang sekali ditujukan padanya.
Dan seperkara lagi, sekurang-kurangnya dia tidaklah rasa bersalah lagi pada
gadis itu kerana merosakkan telefon gadis itu dulu.