Seminggu kemudian seorang instructor wanita bernama Miss Sue datang
mengajar Layla berenang. Dia telah diupah untuk mengajar Layla selama sebulan. Faris
siap carikan baju renang muslimah untuk Layla seminggu sebelum instructor itu
mula mengajar. Beberapa butik pakaian sukan dilawatinya satu petang hanyalah
untuk mencari baju tersebut untuk gadis itu. Sebelum membeli dia telah merujuk
dulu pada setiausahanya yang berhijab bernama Nora.
“ En Faris kena tanya betul-betul sebab
pakaian renang muslimah tu tak dijual di semua tempat. Kalau Encik Faris tak
jumpa boleh beli online. Kawan saya ada jual” ujar setiausahanya itu
mencadangkan. Memang sukar. Satu butikpun
yang dia pergi tidak menjual baju renang muslimah. Bikinilah yang lebih banyak.
Akhirnya Faris terpaksa meminta Nora membelikan untuknya secara online sahaja.
Sejak
berkahwin dengan Layla, Nora yang sudah punya anak satu itu selalu mejadi
rujukannya untuk memahami Layla. Nora pun memang sukakan Layla yang kali
pertama dia berjumpa semasa majlis perkahwinan. Hairan juga dia pada mulanya
bagaimana Faris yang playboy boleh mendapat seorang gadis yang baik seperti
Layla. Jodoh manusia Allah yang tentukan. Walaupun mungkin nampak seperti tidak
sesuai tetapi mungkin itulah jodoh yang terbaik pada waktu itu.
Faris pula tahu pasti Layla mahukan baju renang muslimah kerana
gadis itu memang teliti tentang menutup aurat. Selalunya kalau keluar dari
bilik sahaja pun Layla akan siap bertudung litup. Mula-mula kelakar juga bila
dia lihat. Terdetik di hatinya alim sungguhlah gadis itu sampai dalam rumah pun
pakai tudung. Namun bila dia tanya Nora rupanya seorang perempuan memang tidak
boleh tunjukkan auratnya kepada ipar lelakinya. Mungkin Layla berbuat begitu
kerana Wafiq ada di rumah itu. Walaupun kolam renang tersebut sebenarnya agak
terlindung tetapi masih boleh dilihat oleh pekerja-pekerja di rumah itu yang lalu-lalang bahkan juga adiknya Wafiq.
Sebenarnya dia sendiripun
rasa hairan kenapa dia jadi islamik tiba-tiba memikirkan tentang aurat Layla
pula. Dia tidak penah kisahkan tentang aurat seorang perempuan pun. Tetapi
sejak dia duduk bersama gadis itu hampir tiga bulan dia makin memahaminya. Agaknya secara natural seorang suami akan
berasa demikian iaitu pasti tidak mahu isterinya
mendedahkan tubuh pada orang lain. Dia tahu kalau dia yang halal itupun sekali
sekala ternampak pun rasa seksa apatah lagi orang lain. Oleh itu biarlah aurat
Layla terjaga. Dan ini mungkin juga
disebabkan oleh sifatnya yang semakin possesif terhadap gadis itu agaknya.
Lebar sengeh Layla bila
diberikan baju renang muslimah itu. Pandai pulaklah lelaki itu mencari saiznya.
Mana tidaknya semasa Layla tiada di bilik, tanpa pengetahuannya Faris telah
membuka wadrobe Layla yang kemas teratur itu untuk melihat saiz bajunya.
Sebenarnya Layla baharu sahaja mahu meminta untuk keluar mencari pakaian renang
tetapi Faris sudah sediakan dahulu sebelum dia tanya lagi. Dalam hal itu thrill
juga dia rasa kerana Faris raksasa itu seolah memahaminya pula. Biasalah Faris,
kadang-kadang anginnya baik, baiklah dia tapi, kalau dah ada angin taufan dia akan
kembali jadi raksasa hodoh.
Layla memang seronok bila dia berpeluang belajar berenang minggu
depannya. Sejak berada di mahligai itu dan melihat Nabila berenang dia memang
asyik berangan sahaja. Sekali-sekala dia turun di kolam mandi menyaksikan
Nabila yang berenang dengan cantik sekali. Duduk di situ sambil membaca novel.
Kadang-kadang dia cuba menegur Nabila tapi Nabila hanya buat acuh tak acuh
sahaja padanya. Jadi, kalau dia dah pandai nanti agaknya bolehlah dia berenang
bersama Nabila. Barulah ada buah topik yang sama.
Miss Sue itu pula baik orangnya dan sangat sabar mengajar dia
berenang dalam masa sebulan itu. Mula-mula Layla diajar cara pernafasan yang
betul dahulu kemudian barulah belajar mengapung pula. Dia perlu mengumpul nafas
dari mulut dahulu kemudian melepaskan gelembung udara dari hidungnya. Banyak
kali juga dia perlu berbuat demikian untuk membiasakan bernafas melalui mulut
kemudian melepaskan melalui hidung. Selepas itu belajar mengapung pula.
Kemudian dia di ajar cara renangan katak pula. Semasa renangan katak banyak
kali juga dia tertelan air kolam itu kerana tersilap dalam mengambil nafas.
Bukan senang hendak serentakkan tangan, kaki dan gerakan semasa berenang katak.
Pada masa yang sama perlu mengambil nafas. Lagi kurang mengambil nafas lagi
kurang apungan badan kerana badan kehilangan udara. Kadang-kadang bila tersalah
gerakan banyaklah tertelan air. Memang kenyanglah meneguk air kolam itu!
Setiap hari dia belajar selama 4 jam selama sebulan itu dari tidak
pandai mengapung sehinggalah boleh menyelam mengutip syiling di tempat dalam,
berenang butterfly, backstroke dan free style. Peliknya sebelum belajar
berenang mudah betul tenggelam tapi bila sudah pandai menyelam jadi susah
kerana badan lebih mudah terapung. Sangat mencabar bila menyelam mengutip
syiling di lantai kolam mandi itu.
Waktu pagi Layla belajar tennis manakala petang dia belajar
berenang. Untuk tennis pula dia belajar dengan Miss Radha yang pernah bermain
tennis di arena antarabangsa. Teruja juga Layla mendengar. Manalah tahu boleh
jadi Serena Williams ke, desis hati Layla lucu. Bolehlah main saing dengan Rafael
Nadal yang macho itu, Layla berangan sendiri. Namun, penat juga dia menghayun
kayu tenis yang berat itu. Ada kalanya bukan bola yang melayang tapi reket
tenis yang melayang.
Dia cuba untuk belajar dengan baik tetapi tennis bukanlah
bidangnya. Penyudahnya telinganya asyik menadah jeritan dari Miss Radha yang
agak garang itu. Entah kenapa tangannya seolah keras untuk bermain tennis. Jadi
antara dua itu dia lebih minat kelas berenang. Bagi Layla dia rasa sungguh
relax bila berenang, iaitu bila badannya membelah air mengikut satu tempo yang
tersusun. Kadang-kadang tidak terasa yang dia telah berada berjam-jam di dalam
kolam itu.
Faris pula sering pulang
awal sejak Layla belajar berenang. Seronok dia melihat gadis itu berenang di kolam mandi itu. Walaupun kolam
renang itu agak tertutup tetapi dari bilik Faris dia memang dapat menyaksikan
sebahagian besar kolam mandi itu. Oleh
itu, dia sering memerhatikan Layla belajar di kolam itu setiap petang. Yelah
bila lagi dapat memerhatikan free show sebegitu. Tak berdosa pulak tu sebab
Layla adalah halal padanya!. Layla memang tidak tahu pun yang Faris sering
memerhatikannya saja dari bilik. Entah sejak bila pulalah dia kisah tentang dosa
pahala?
Faris sendiripun memang
pandai berenang sejak di Australia kerana di sana, berenang adalah subjek wajib
untuk semua pelajar sekolah di mana semua pelajar perlu melalui latihan dan
ujian berenang. Setiap tahun pelajar akan duji sehingga mencapai tahap boleh
renang yang tertentu. Oleh itu sewaktu bersekolah di sana dia telah diajar
berenang dengan baik. Malahan sekolahnya pun memang mempunyai kolam renang. Jadi,
bila Layla sudah pandai berenang selepas sebulan berlatih, dia juga teruja untuk
ikut sama berenang menunjukkan skilnya.
Kesempatan itu hadir apabila melihat Layla turun berenang di satu
pagi Ahad. Layla pula bila sudah pandai, selalu berenang di waktu pagi sebagai
cara untuk dia beriadah. Menurut Miss Sue, berenang adalah salah satu
alternatif riadah yang baik sebab semua anggota badan akan bergerak sama
seperti menari atau aerobik tetapi tidak memberi kesan haus atau tekanan pada
sendi. Ini adalah kerana tiada graviti dan badan diapung oleh air pula. Banyak
lagi kebaikan berenang sebenarnya. Salah satunya, berenang adalah baik untuk
orang yang ada masalah tulang belakang.
Melihatkan Layla yang
sudahpun turun berenang Faris mengeluarkan baju dan seluar renangnya lantas
memakainya kemudian turut turun sama ke kolam tersebut. Layla tidak sedar pun yang
Faris sudah berada di dalam kolam sehinggalah kakinya ditarik dari belakang.
Terkejut dia dan bila dia timbul dia melihat Faris yang tersengeh kepadanya
dengan rambut dan baju renangnya yang basah menyebabkan ketul-ketul di badannya
nampak begitu jelas. Tak guna! Macam model lelaki untuk iklan pakaian mandi
saja lagaknya. Rambutnya yang basah diraup ke belakang. Layla terasa segan lalu melarikan
pandangannya dari badan lelaki itu. Mata oh mata!. Lagipun hanya mereka berdua
sahaja di dalam kolam mandi ketika itu. Kemudian yang dia sangat tidak puas
hati, lelaki itu asyiklah memerhatikan dia ke atas ke bawah menyebabkan
wajahnya terasa merah dan panas kerana malu.
Walaupun pakaian renang Layla
tidak terdedah hanya nampak muka tetapi bila basah, lekuk-lekuk badannya masih
kelihatan juga. Serta merta dia menarik baju tersebut supaya tidak melekat di
badan. Hah! Bajuni pun satu! Boleh pulak dia melekat-lekat! Kalau boleh dia mahu
terbang keluar dari kolam mandi itu serta-merta jauh dari pandangan lelaki itu.
Faris jelas telah mengganggu keseronokannya berenang hari itu. Moodnya terasa
hilang tiba-tiba menyebabkan dia cuba untuk berlalu tetapi kata-kata Faris
menghentikannya.
“ Nak ke mana tu? Jom
kita lumba berenang!” ajaknya. Layla tersentak lalu menoleh pada lelaki itu.
Lumba? Biar betul! Nak berlumba? Mestilah dia kalah kerana dia baru sahaja habis belajar. Faris memang mengada-ngada!
“ Kenapa pulak?” Tanya
Layla tidak puas hati.
“Saya nak tengok berbaloi
tak saya upah orang ajar awak berenang. Atau awakni buang duit saya je..” sindir
Faris. Layla membulatkan mata bosan.
Duit berkepuk-kepuk pun nak berkira. Hish! Kedekutnya! Kutuknya dalam hati
sahaja tapi tak terkeluar kutukan itu.
Mahu tak mahu Layla akur
sahaja. Mereka berlumba tapi seperti yang dijangka Faris sampai dahulu kemudian
menunggu Layla yang berenang perlahan-lahan ke arahnya. Bila Layla sampai dia
berkata. “ Apalah lembab sangat? Penat saya tunggu awak di sini.” Ujarnya
bangga. Layla menjeling. Eleh! Berlagaknya lelaki itu!
“ Jom kita lumba ke sana
pulak. Kali ni saya nak tengok awak sampai dulu. “ arahnya pula. Layla
mengangguk. Sedaya upaya air ditujah ke belakang supaya dia sampai dahulu.
Entah bagaimana lelaki itu menarik kakinya pula menyebabkan Layla sedikit
tenggelam tetapi dia segera mengapungkan diri semula dan berenang ke hadapan.
Faris bagaimanapun telah pun berada di hadapan. Dia menunjuk ibu jari tangan ke
bawah memberi isyarat ‘loser’ kepada Layla. Geramnya Layla bila Faris main tipu
macam itu.
“ Awak kalah lagi. Memang
rugi upah orang ajar awak berenang. Tak pandai-pandai. Berenang tak ada energy
macam tak makan seminggu tahu tak? Ish memang tak berbaloilah duit saya!” ditambah
pula dengan kata-kata itu. Layla tidak mengendahkan. Malas betul dia hendak
layan kata-kata Faris tu. Sabar….sabar…sabar!
“ Lagi satukan, cara awak tu tak betul. Awak berenang tapi
badan keras macam kayu sebab itulah awak lambat. Lain kali lembutkan sikit
badan tu. Hish! Memang membazir. Mahal-mahal saya bayar tapi awak tak jugak
pandai berenang.” Kutuk Faris lagi sengaja.
“ Encik Faris, kalau tak
menyakitkan hati saya boleh tak? Janganlah tambahkan benci saya pada awak lagi.
Benci saya sudah maksimum awak tahu?” Tahap meluat paling tinggi dalam carta ! “
ujar Layla bersungguh. Faris merenung tepat dan tajam. Amboi! Mengutuk bukan
main! Paling tinggi dalam carta konon! Faris tersenyum nakal tiba-tiba,
merenung Layla yang telah angin. Angin satu badan!
“ Benci tapi sayangkan?”.
Ujarnya seperti berbisik. Wajahnya yang persis pelakon model iklan kolam mandi
itu tersengeh macam perasan handsome. Ya Allah perasannya mamat ni! Getus hati
Layla. Rasa macam dia nak cucuk sahaja mata lelaki perasan itu waktu itu.
“ Erggh…tolonglah Faris. Janganlah
perasan sangat ye!” ujar Layla geram. Faris sengeh lagi.
“ Eleh, nak cakap saya seksilah
tu kan dan awak tu sukakan saya?” ujar Faris menduga. Layla menjuihkan bibirnya.
Tak kuasa dia! Dia mahu berlalu meninggalkan
Faris tetapi tanpa diduga dia segera di rangkul oleh Faris. Layla kaget dengan
tindakan lelaki itu. Ish! Apa mamat ni? Dahlah basah-basah begitu main
peluk-peluk orang pula. Layla sedikit meronta untuk melepaskan diri tidak rela.
Faris memegang pinggangnya kemas-kemas supaya dia tidak dapat meronta. Hishy!
Dah gila ke apa lelaki itu? Dan apabila
Faris merenung wajahnya dan kemudian matanya, Layla berdebar
hebat. Ya Allah, tolong aku! Apa dia nak buat pulak ni? Dah gila ke?
“ Awak tahu tak? Awak ni
comel lah!” ujar Faris padanya. Layla
terasa mahu pengsan hidup balik bila Faris berkata begitu. Faris kemudiannya sebelum
melepaskan Layla telah mencuit hidung gadis itu dan tindakan itu menyebabkan
Layla dua kali terkujat. Bila Faris melepaskan dia dari pegangan, Layla terasa
mahu jatuh ke dalam kolam saja. Mujur dia dapat mengimbangkan diri. Kalau tidak
buat malu saja! Baru kena peluk sudah tidak betul! Layla cepat-cepat beredar
meninggalkan Faris di situ yang berpeluk tubuh memerhatikannya.
Faris memerhatikan sahaja
gadis itu berlalu dengan senyuman di bibir. Seronok dia mengenakan gadis itu. Seronok
melihat reaksi suka tidak suka dari gadis itu. Hah! Benci konon! Tapi yang muka
merah nak jatuh kolam itu kenapa? Serta-merta
dia terbayang wajah gadis itu tadi yang memandang cemas padanya. Arggghh…comelnya
Layla!
“ Amboi abang, bukan main
lagi main peluk-peluk dalam air” teguran adiknya Nabila membawa dia ke bumi.
Faris menoleh kepada Nabila yang jelas mahu menggunakan kolam mandi itu juga.
Dari tadi lagi Nabila melihat perlakuan abang dan kakak iparnya itu dengan hati
sedikit cemburu. Melebihlah mereka itu!
“ Hah apa salahnya.
Itulah cara nak wujudkan kemesraan suami isteri. You apa tahu.” balas Faris. Nabila tersengeh bosan. Konon!
“ Get a room lah bang
kalau nak peluk-peluk pun.” Tegur Nabila.
“ I think Nabila, you are jealous. May I suggest you something? I think
you and Kurt should get married then you know!” balas Faris geram pada Nabila yang busy body. Nabila menjuihkan bibirnya.
Dia terfikir tentang Kurt teman lelakinya yang kian memberikan banyak masalah
padanya. Kalaulah Kurt melayannya dengan baik macam abangnya itu. Huh! Meluat
dia pada Layla!