Layla yang berada di sofanya memerhatikan saja tingkahlaku Faris yang
pelik dalam bilik itu. Tadi dia ternampak lelaki berbaju adidas berseluar track
tiga suku itu mengangkat tangan tiba-tiba dengan berkata “Yes..Yes…Yes ” sambil
matanya tertera di iPhonenya. Tengok bola ke apa? Ada perlawanan bola Manchester United lawan
Chelsea ke? Tapi tak dengar apa-apa pula, desis hati Layla. Pelik betul! Dia
nak tergelak pun ada. Bayangkan mamat handsome jejaka Malaya itu berkelakuan
seperti itu. Selalunya ‘maintain handsome”
sahaja, desis hati Layla. Entah apa kena la!
Dia teringat semula perbincangannya dengan Faris berkenaan Boston
tempohari. Meskipun dia memang tidak setuju untuk duduk bersama Faris di Boston
tapi apakan dayanya. Tiga lawan satu.
Tok Zauyah, Tan Sri dan Faris. Sudah tentulah dia kalah. Walaupun banyak
kali juga dia cuba bincang kembali dengan Faris supaya mereka tinggal
berasingan tetapi Faris asyik mengatakan tiada masalahnya kalau mereka duduk
bersama di apartment tersebut. Kemudian ugut pula macam-macam. Faris kata dia
nekad untuk duduk bersama dengan Layla.
Kalau Layla tak suka pun Layla memang
tiada pilihan. Ke mana gadis itu hendak pergi. Memang betul dia pun bukan
pernah ke luar negeri pun. Sudah pasti bila di sana dia memerlukan Faris untuk
membantunya. Nampaknya terpaksalah dia mengadap Faris lagi. Hai, entah apalah
nasibnya. Namun, ada sebulan lagi dan sebulan adalah satu masa yang agak
panjang. Apa-apa saja boleh berlaku.
Layla menghela nafas lalu
memerhatikan Faris lagi. Sesungguhnya dia pelik dia melihatkan telatah lelaki
itu sejak tadi yang khayal melihat skrin telefonnya itu. Sekejap dia termenung,
sekejap tersenyum sendiri. Dari tadi khayal melihat telefon bimbitnya. Entah
apa kena dengan lelaki itu.
Bila dia
memandang, lelaki itu memandang pula padanya. Pandangan mereka bersatu agak seketika
sebelum Faris tersenyum padanya dengan senyuman yang paling mencairkan jiwa. Senyuman
100 juta ringgit agaknya! Cepat-cepat Layla melarikan matanya. Bahaya ! Entah
apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu. Tempohari dia dah pun ugut untuk
tidur bersama sekarang entah apa pula.
Layla cepat-cepat alih mata ke buku
novelnya. Dari ekor matanya dia lihat lelaki itu bangun. Layla terasa risau.
Sudah! Kenapa dia bangun pula? Huh! Tu lah mata kenapa kau tengok sangat mamat
tu! Lain kali buat tak tahu saja. Kan dah datang! Desis hati Layla geram. Namun
Faris berhenti setakat wing chair itu sahaja dan kemudian menghempas punggung
di situ. Dia memerhatikan gadis itu yang pura-pura membaca.
“Layla “ panggil Faris
lembut. Layla telan air liur. Alamak !
Dia nak apa pula? Habislah aku! Faris menahan ketawa.
“Tok kata hujung minggu
ni ada majlis sempena hari jadi ayah.
Dia tanya awak ada nak perlukan apa-apa ke? Kalau ada boleh ikut Tok dan Nabila
shopping esok.” Ujar Faris tiba-tiba. Dia
gelihati melihat wajah gadis itu yang cemas dari celah bukunya itu. Sebenarnya dia
teringat pesan Tok Zauyah selepas makan malam tadi tentang majlis harijadi
ayahnya. Tok Zauyah pesan untuk dia maklumkan pada Layla. Layla terasa lega. Oh nak cakap itu rupanya. Tapi tak perlulah sampai renung dia semacam tadi. Sangat
menakutkan! kata Layla dalam hati. Mendengarkan tentang harijadi Tan Sri Omar terus wajah Layla
menyala kembali.
“ Wah, bila birthday ayah
tu? Saya tak ucapkan happy birthday pun lagi pada dia. Ayah suka apa ye? Saya
ingat nak beli hadiah. ” Ujar Layla teruja. Dia memang suka meraikan hari
lahir. Di rumahnya semua orang ada peluang untuk meraikan hari lahir meskipun
hanya ala kadar sahaja.
“Hari Rabu ni. Tapi
majlisnya hujung minggu ni. Ayah tu suka
macam-macam. Jenuh kalau saya nak senaraikan pada awak.”
“Cakaplah. Mesti ada yang
dia paling suka. Tapi…. saya tak mampu nak beli apa-apa untuk ayah. Saya bukan
ada duit pun. Duit saya tinggal berapa ringgit saja” Ujar Layla sedikit kecewa.
“Apa kata kita kongsi
hadiah. Awak dan saya? “ Faris mencadangkan
sambil jari telunjuknya menunjuk pada Layla kemudian pada dirinya. Mata Layla bersinar
gembira. Dia teruja bila Faris berkata begitu.
“ Eh, betul ke ni Faris?
Tak susahkan awak ke? Nanti saya bayar balik ye?” ujarnya risau pula.
“ Betul…Sikit pun tak
susah. Eh, awak ni merepeklah nak bayar balik. Awaktu bukan kerja pun. Makan,
minum dan pakaian awak kat rumah ni saya yang tanggung tau.” jawab Faris
bersungguh. Layla mencemik. Dah mulalah tu mengungkit!
“Tapi, saya tak kisah
semua tu. Malahan saya suka berkongsi dengan awak” Balas Faris dengan penuh
bermakna.
“ Ye ke? Terima kasih
Faris. Terima kasih. ” ucap Layla;
“Sama-sama. No worries. Saya ni sebenarnya kalau
boleh nak kongsi semua dengan awak.” ujar Faris selamba. “ Cuma awak saja yang
tak nak.” Sambungnya. Layla pandang wajah Faris dua kali. Kenapa lain macam
sahaja bunyi kata-katanya itu? Huh! Dah mulalah tu, desis hati Layla terasa
janggal. Serta-merta wajahnya berubah. Faris hanya tersenyum melihat reaksi
Layla itu. Dia tahu selepas itu Layla akan terdiam kerana kurang selesa. Tak
mengapa, misi dia baru sahaja mahu bermula. Nanti, selepas misi dia menakluki gadis melayu
muslimah terakhir itu berjaya pasti wajah itu akan tersenyum ikhlas paling sweet untuknya. Itu menguatkan lagi azam Faris untuk berubah.
“ Eh hadiah apa kita nak
beli untuk ayah ye?. Awak ada idea?” ujar Layla mengubah tajuk perbualan.
Rengsa bila masing-masing tersenyap tadi.
“ Saya dah minta Nora
belikan. Nanti di kad hadiah tu, saya akan suruh Nora tulis nama kita berdua
atas kad tu. What do you think? ” ujar
Faris seronok. Dia sudah terbayang nama dia dan Layla di kad itu. “Faris dan
Layla” ataupun letak “Faris love
Layla” ? Faris tersengeh sendiri. Layla
pelik. Apa hal pula lelaki itu tiba-tiba tersengeh seorang diri begitu? Sejak
bila pula pandai berangan?
“ Awak, kenapa awak tak
pilihkan sendiri untuk ayah awak? Awak tahu ke apa Nora belikan untuk ayah awak
tu?” kata-kata Layla itu membawa angan-angan Faris terhempas ke tanah.
“ Err…kadang-kadang tahu,
kadang tidak. Tapi, tiap-tiap tahun
memang Nora yang pilihkan. Dan ada masa saya tak tahu apa-apa pun sehingga ayah
buka hadiahnya”. jawab Faris serba-salah. Layla mengeleng-ngeleng. Susah untuk percaya apa yang Faris katakan tadi tentang pembelian
hadiah itu. Bagi Layla pemberian hadiah sepatutnya lebih personal dari sekadar
menulis nama di kad sahaja.
“Tan Sri kan ayah awak.
Sepatutnya awak sendirilah yang belikan hadiah untuk dia. Baru ada sentuhan
personal yang bermakna dari seorang anak pada ayahnya. Bermakna sebab hadiah
itu dipilih dengan hati yang tulus ikhlas untuk seseorang yang istimewa. Kalau
saya mesti saya tersinggung kalau saya tahu hanya setiausaha saja yang belikan
hadiah”. Kata Layla. Faris terkedu seketika. Betul juga kata-kata
Layla itu dan kata-kata itu menyentuh tepat ke dalam hatinya.
“ Okay, kalau macam tu saya
suruh Nora batal pembelian tu dan nanti kita berdua pergi pilih sama-sama
hadiah untuk ayah. Bagaimana? “ Faris mencadangkan.
“ Orait, saya setuju
sangat. Itulah yang terbaik.” Balas Layla sambil mengangguk dan tersenyum.
“ Jadi, esok selepas saya balik kerja bolehlah kita
pergi bersama. Kita makan malam di luar sekali. ” ujar Faris tersenyum. Gonna be fabulous evening, desis hatinya
dengan penuh mengharap. Kemudian bangun dari wing chair tersebut lantas bergerak ke katil kingnya. Dia sangap.
Terasa hari itu begitu meletihkan baginya tambahan pula tadi berjam dia
merangka misi dan strategi untuk menakluki hati Layla. Lagipun,esok dia perlu
bangun awal untuk solat subuhnya yang pertama. 5.30 pagi tu!
“ Wah mengantuknya saya.”
Keluh Faris. “Hah, awak jangan lupa pula date kita esok. Saya sampai saja, saya
nak awak dah siap. Ok sleep tight and
good night my sweet Layla.” Ucap
Faris tiba-tiba sebelum menghempaskan
diri ke katilnya. Layla tambah pelik. Date?
My sweet Layla? Huh! Sejak bila pula aku jadi sweet Layla nya? Mengada-ngadalah
tu kan? Bisik Layla dalam hati terasa rimas dengan kemesraan Faris.