Berhari-hari Layla menangis sehingga matanya bengkak. Dia
benar-benar hampa dengan tindakan Pak Amir dan Mak Mah. Layla beritahu abang Zarif.
Abang Zarif berjanji akan cuba pulang dari UK. Dia akan selesaikan masalah ini. Dia kata ayah tidak rasional
mengahwinkan Layla. Layla masih mentah. Ayah macam memperjudikan nasib Layla di
tangan mereka. Kak Nura apatah lagi. Dia juga menyokong abang Zarif. Mereka
berdua cuba berbincang dengan ayah. Tapi hampa kerana Pak Amir tetap dengan
keputusannya.
Beberapa hari selepas itu
Kak Nura balik mengejut dari USM. Dia pujuk ibu dan ayah supaya menarik semula
persetujuan mereka dengan Tok Zauyah. Tapi ayah kata dia bukan orang macam itu.
Hati berbolak-balik. Bila dia buat keputusan dia tidak akan tarik balik.
Lagipun dia kata Layla bertuah sebab keluarga Tok Zauyah keluarga kaya. Kalau Layla
tak belajar pun pasti hidup Layla akan senang. Oh, ayah. Harta tak dapat beli
kebahagiaan!. getus hati Layla.
Kak Nura peluk Layla dan
suruh supaya Layla bersabar. Tiada apa yang dapat dia lakukan yang boleh mengubah
pendirian ayahnya. Pada waktu itu geram betul Layla pada ayahnya. Ibu pula hanya
diam. Ibu sebenarnya menyesal dan rasa bersalah kerana kata-katanya dulu. Seolah-olah kata-katanya
menjadi kenyataan pula. Masin sungguh mulutnya sehingga Layla benar-benar akan kahwin selepas SPM.
Abang Zarif pula tidak
dapat pulang. Bukannya murah tiket penerbangan dari UK. Dia pula ada
peperiksaan akhir semester. Dia juga sedih tapi Layla rasa kalau dia pulangpun
ayahnya tidak akan berganjak dari keputusannya. Berkecailah harapan dan
cita-cita Layla untuk bergelar seorang mahasiswa. Seminggu dia tidak keluar
rumah. Hilang selera makan dan berendam air mata.
Layla beritahu Asha nasib
malang yang menimpa dirinya itu. Asha turut bersimpati. Jodoh Layla datang terlalu
cepat sedangkan dia tidak pernah berangan untuk kahwin cepat. Layla lebih suka mempunyai
karier yang mantap sebelum berkawin kerana ingin membantu keluarganya. Dia tidak mahu jadi sekadar suri rumah yang
menantikan duit suami. Dia punya cita-cita untuk menjadi seorang ahli kimia membuat penyelidikan
tentang bahan makanan dan minyak wangi. Dari pemerhatiannya bidang itulah orang
Malaysia masih ketinggalan. Tapi sekarang, angan-angan itu akan tinggal
angan-angan sahaja. Layla benar-benar hampa.
“ Anak Tan Sri yang mana
satu Layla? “ Tanya Asha pada Layla bila mereka sama-sama duduk di atas batas
ban berdekatan dengan taliair yang penuh dengan air hujan semalam.
“Sebenarnya aku pun tak pasti Asha. Ayah aku kata anak Tan Sri yang sulung tapi tak tahu pulak namanya”. Sebenarnya
Layla mahu menyambung bahawa Layla hanya ingat wajah biadapnya lelaki itu tapi tak
terkeluar pulak kata-kata itu dari bibirnya. Bencinya Layla bila teringat
insiden lelaki itu menolak Layla tempohari dan tambah-tambah benci lagi sekiranya
dialah bakal suaminya dan sekarang ada hati berkahwin dengan dia pula. Tak
malu!
“ Berat ni. Nak kawin
dengan sapa pun kau tak tahu. Tak pernah aku dengar macamni. Macam kena
matchmaking buta je. Apa jadi kalau bila masing-masing jumpa masing-masing tak
berkenan? Tak parah ke nanti? Hish, ngeri“ ujar Asha mengangkat bahunya.
“ Itulah aku cakap Asha. Semua ni gila. Entah apa diorang nak dari aku
ni. Kau tahulah aku ni bukannya lawa sangat. Tak ada
personality macam Kak Nura. Kalau Kak Nura okay juga. Ini, they all mahu Layla
yang masak nasi selalu hangit ni. Tak ke pelik?” balasnya. Asha sedikit ketawa.
“ Itu aku tak setuju.Sebenarnya kau lagi cantik dari Kak Nura
tau. Kak Nura tu kurus sangat. Kau tu tembam. Lagi seksi kau tahu!” Asha ketawa
mengekek. Layla menolak Asha. Apa yang Asha merepekni? Seksi? Layla memang
sedikit berisi tapi seksi memanglah jauh sekali. Layla meraup muka. Tudung yang
sedikit senget lalu dibetulkannya. Kemudian Layla memeluk lututnya.
“ Apa aku nak buat ni Asha? Aku rasa macam nak lari saja tapi tak
sanggup pulak nak hampakan dan malukan mak dan ayah aku.”. Air mata nya tumpah
lagi.
“ Yelah tak kan kau nak
buat macamtu. Jadi anak derhaka pulak. Sabar Layla. Mesti ada hikmahnya.
Mungkin kau tak nampak sekarang. Tapi manalah tahu dia tu memang jodoh kau yang
sesuai. Mana tahu dia handsome, baik dan soleh.?” Asha cuba menyedapkan hatinya
tapi Layla rasa rakannya itu pun tak pasti dengan apa yang dia katakan itu. Berkata
memanglah senang tapi yang menanggungnya hanya dia seorang. Tapi adakah
ibubapanya fikirkan tentang itu semua? Air mata Layla terasa mahu menitis
lagi!.