Home Novel Cinta ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
210,107
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Hari masih pagi apabila Ben duduk bersama laptopnya menyiapkan kerja yang tertangguh sejak dua tiga hari lepas. Sepatutnya semalam sewaktu ke pejabat dia mahu siapkan tetapi dia jadi terganggu apabila terperasankan Bella di dalam lif semasa dia tiba. Dia serba tidak kena bila ternampak Bella lantas menyebabkan dia berhasrat untuk pulang sahaja. Waktu itulah dia terserempak dengan Bella untuk kali kedua di dalam lif itu. Kemudian pemandunya hampir terlanggar Bella pula. Terpaksa pula dia uruskan dan bawa Bella ke hospital. Maka semua perancangannya semalam terus tidak kesampaian. Oleh itu pagi itu dia berhasrat untuk selesaikan semuanya sebelum dia melawat Bella di hospital nanti.

Bila masa sudah suntuk dia terpaksa mengadap juga memastikan pembentangan produk baru itu siap sebelum dia ke hospital hari itu. Namun, tumpuannya terganggu pula bila interkom di kondominiumnya itu berbunyi. Kay setiausaha peribadinya bingkas bangun dan menekan butan interkom untuk melihat siapa di pintu luar. Belum sempat dia berkata apa-apa,

“Morning Ben, Malika here,” satu suara kedengaran. 

“Cik Malika, selamat pagi,” ujar Kay. Wajah Malika di skrin nampak cemberut. Pasti mengharapkan wajah Ben di situ tetapi hampa.

“Selamat pagi Kay, Tuan Ben mana? Beritahu dia I depan pintu dia ni,” ujar Malika lagi serius. Mukanya memang masam.

Ben yang terdengar mendengus. Ben meraup rambut lebatnya. Rambut dengan potongan terkini. Dia seperti rimas. Serius rimas dengan wanita yang kini berada di skrin interkomnya itu. Mengapa dalam dunia ini ada seorang wanita seperti itu? Yang tidak pernah rasa malu dan sejak dulu terhegeh-hegeh padanya?

“Cik Malika nak jumpa tuan,” ujar Kay. Kay memaklumkan juga walaupun jelas Ben sudah dengar semua kata-kata Malika sejak interkom berbunyi. Ben mendengus. 

“Ah, just ignore her,” kata Ben, matanya masih di laptopnya. Mahu menyiapkan kerjanya yang mahu dibentangkan di mesyuarat ahli lembaga pengarah esok.

“Cik Malika, Tuan Ben is busy,” beritahu Kay.

“I ada hal penting. Tell him. Urgent nak jumpa,” balas Malika.

“Dia kata dia ada important matters to discuss. Urgent,” terang Kay lagi pada Ben. 

“Biar saja,” ujar Ben acuh tak acuh. Masih menatap laptopnya. Kay menghela nafas. Dia menghala pandangan ke arah lelaki berbadan tegap itu.

“Tuan, kalau Cik Malika tak berganjak dari pagar, saya risau kalau keluar cerita entah apa-apa di media sosial dan akhbar tabloid. You have a reputation to protect sir. Kita nak lancarkan produk terbaru ni. Kalau keluar cerita tak elok pelancaran produk kita akan terjejas. Tuan tahulah Cik Malika tu bagaimana.,” nasihat Kay. Ben mengangkat kedua-dua tangannya. Dia memandang tajam kepada Kay. Nampak sangat dia geram. Kay hanya berdiri tegak. Dia sudah selalu hadapi baran Ben saban hari. Dia sudah lali. Ditenung macam apa pun dia tidak kisah. Dia diupah untuk pastikan yang terbaik untuk Tuan Ben. Lagipun setakat ini walaupun jeritan Ben menggerunkan tetapi Ben tidak pernah berkasar dengannya secara fizikal. Renungan Ben bukan ada apa-apa walaupun menggerunkan hingga ke tulang belakang.

“Let her in,” jawab Ben kasar dicelah ketapan giginya. Terpujuk juga dengan logik Kay. Kay mengangguk. Pantas Kay bergerak ke pintu.

Ben menghela nafas. Kini dia bangun ke dapur. Dia mengeluarkan jus dari peti ais dan mengambil dua gelas kristal dari kabinet. Dia menuang jus ke dalam kedua-dua gelas. Satu gelas dicapai lalu dihirup separuh. Matanya mengadap pemandangan bangunan pencakar langit di ibukota itu. Sejak 10 tahun lepas pemandangan itu sudah berubah. Dulu ada bukit dan sekarang hanya penuh dengan bangunan-bangunan lain. Mungkin sudah masa untuk dia mencari tempat tinggal yang lebih tenang dari ini. Mungkin di luar bandar sedikit. Jauh dari kesibukan dan wartawan serta sesiapa yang tidak serik-serik mengganggunya seperti Malika. Ah Malika! Dia seolah tidak dapat menerima yang Ben tidak tergila-gilakannya seperti lelaki lain. Ben menghela nafas lagi. Tangan kirinya di masukkan dalam poket seluar berwarna khaki dan tangan kanannya mencapai gelas jus. Dia nampak kemas bergaya dengan kemeja berjalur biru putih yang sepadan dengan seluar khaki di pagi Sabtu itu. 

Kedengaran pintu dibuka dan tak lama kemudian bunyi beberapa tapak kaki di lantai marble kondominiumnya itu. Ben tidak terus menoleh. Malika menghampiri susuk tubuh di tingkap dapur itu. Malika merenung lelaki itu dari belakang seketika. Jiwa perempuannya terusik melihat pemandangan itu.  Dari belakang jelas terlihat badannya yang tegap dan bahunya yang bidang. Dengan ketinggian 1.8 meter dia kelihatan seperti seorang model. Ditambah dengan wajahnya yang sangat menarik di mata seorang wanita sepertinya. Kening lebat, hidung mancung dan bibir yang penuh. Aura ketampanan dan kelakiannya memikat jiwa ramai wanita. Suaranya yang garau buat wanita menjeruk rasa. Itu yang buat Malika tak jemu memburunya. Sejak berjumpa Ben di satu majlis, dia tidak dapat lupakan Ben. Ben terlalu menarik untuknya menyebabkan dia bertekad untuk menjadikan Ben miliknya.

“Ben sayang, apa dah jadi?” tegurnya. Ben menoleh. Keningnya terangkat sebelah. Sayang? Melampau! Getus hati Ben geram. Renungannya tajam. Di matanya terpamer seorang wanita bersalut dress tanpa lengan sekerat lutut. Menyerlahkan sebahagian tubuhnya dengan kulitnya yang mulus dan putih melepak. Rambut panjangnya saja dilepaskan ke bahu. Di tangan tersangkut satu beg Hermes berwarna kuning. Macam biasa bermekap tebal entah berapa lapis dengan bibir merah kusam. Memang Malika cantik dan jelita. Potongan badan sempurna. Kalau tidak dia tak akan jadi seorang selebriti berlakon dan juga mengacara. Dia juga jadi seorang internet influencer. 

Gadis-gadis ramai yang mahu jadi seperti Malika dan yang jejaka pula terpesona dengan kecantikannya. Dia antara wanita yang paling dimahukan oleh ramai lelaki. Senarai 10 teratas di Malaysia. Memang Ben akan dapat banyak kelebihan kalau dia bersama Malika. Tapi, dia tidak mahu Malika. Dia rimas dengan Malika. Malika asyik mengganggunya. Baginya seorang wanita perlu ada substance. Bukan hollow dan shallow seperti Malika. Dia teringat si manis berwajah polos. Adakah seperti Bella? Ah Bella! Desis hatinya. Lantas dia teringat senyum Bella semalam. Ben memejamkan mata. Bella yang dia baru kenal tapi banyak kali bertemu secara tak sengaja. Apakah semua itu takdir? Mengapa bila sesuatu berlaku pada gadis itu dia pasti berada di situ? Am I her knight in shining armour? Ben seperti berangan pula.

“Sayang! You know what??” panggil Malika. Lamunan Ben jatuh ke bumi.

“What?” soal Ben semula sedikit kasar. Bosan lamunannya berhenti begitu saja. Tangannya kini bermain-main dengan gelas jus yang kini tinggal separuh seketika sebelum meletakkannya di kaunter pulau. Dia mengambil gelas jus yang masih penuh lalu menyuakannya kepada Malika. Malika mencapai lantas mengucapkan terima kasih. 

“What about?”. Ben mengulang soalan.

“Skandal you dengan isteri Tan Sri,” ujar Malika. Ben tersengeh sinis. Laju sungguh berita tentangnya sampai pada Malika. 

“Bukan cerita benar,” sanggah Ben. Malika menjuihkan bibir. 

“Betul kah? Kalau tak ada apa-apa takkan orang semua bising?” soal Malika mahu penjelasan. Seolah dia wajar diberi penjelasan. Malika ingat dia siapa? Desis hati Ben geram. Dia rengsa dengan sikap posesif Malika terhadapnya.

“So what?” ujar Ben acuh tak acuh. Malika mendengus. Kini dia bercekak pinggang.

“Ben...you ada reputasi. Your company your products. Your life. Semua orang tahu yang kita berdua ada sesuatu. Kalau you didapati ada skandal dengan isteri Tan Sri tu, you akan bawa kesan pada I juga,” terang Malika. Suaranya yang bermula tinggi kini sengaja diturunkan oktafnya. Ada nada memujuk pula di hujung kata-kata. Dia tak mahu Ben makin marah pula. 

“Malika, there’s nothing between us,” jawab Ben selamba. Mata Malika sedikit terjojol tak percaya. Dia merapikan rambut ke belakang telinganya.

“How could you say that?” luahnya dengan nada kecewa. Mulutnya dimuncungkan.

“Ini realitinya. You and I. Nothing. So, just leave me alone, Malika,”

“Ben, Kita boleh hadapi perkara ni sama-sama. Us. Together,” pujuk Malika. Dia kini di sebelah Ben. Mengusap lengan sasa Ben. Ben sedikit menjauh.

“Together?” Ben ketawa buat-buat. “Impossible,”. Malika bulatkan mata. Dia mengeleng-ngeleng. Sungguh dia tidak percaya. Sebelum ini semuanya elok-elok sahaja antara dia dan Ben namun sejak Ben dilihat bersama isteri Tan Sri itu, Ben mula bersikap acuh tak acuh dengan Malika.

“Mesti sebab isteri Tan Sri tu? Apa cantiknya isteri dia? Mata you dah buta ke? Dan perempuan tu, dah ada suami pun cari jantan lain. You pulak tak takut kah kalau-kalau Tan Sri tu ambil tindakan terhadap you. Tan Sri tu boleh musnahkan perniagaan you sekelip mata. He’s a very powerful man,” marah Malika. Ben mengetap gigi. Kemarahannya yang ditahan kini melonjak semula.

“None of your business Malika!” herdik Ben. Malika terus tersentak. Sejak tadi Ben menahan sabar tapi Malika sengaja buat dia hilang sabar. 

“It is my business. I sayang you. Kalau boleh I tak mahu apa-apa yang buruk pun berlaku pada you. Mungkin ini masanya you jelaskan pada semua yang ini satu kesilapan,” pujuk Malika masih tidak putus asa. Dia merenung wajah Ben. Dia cuba mencapai tangan Ben. Ben menarik tangannya.

“Malika, mengapa susah sangat nak faham. I tak ada perasaan pada youlah !.,” ujar Ben geram.

“Ah mustahil. You malu nak mengaku kan? I tahu lelaki ego. Tak akan mengaku yang dia sayangkan seseorang perempuan itu. Tak apa. I faham. You tak cakap tapi dalam hati you sayang I. Itu pun dah cukup,” bebel Malika sendiri cuba meyakinkan dirinya. Dia cuba memegang tangan Ben. Ben menarik tangannya. 

“Nampaknya you masih tak faham,” terang Ben dengan gigi diketapkan. Malika menarik nafas perlahan-lahan cuba menenangkan dirinya. Bila dia rasa tenang senyuman paling manis terukir di bibirnya. Ben yang melihat mengeleng. Senyuman Malika nampak pelik.

“Ben, I ada cadangan untuk pastikan reputasi you terjaga. Apa kata kita kahwin? Kalau kita kahwin mesti mereka sedar yang skandal itu tak betul sebab you kahwin dengan I,” cadang Malika tiba-tiba. Ben buat muka. Kahwin?? Dengan Malika?

“No Malika. I will not marry you,” jawab Ben tegas.

“Why not?!” soal Malika dengan nada tinggi. Matanya terjojol. Sungguh dia tidak sangka Ben akan berkata begitu. Dia wanita 10 paling mahu dimiliki oleh lelaki di Malaysia dan Ben tidak mahu berkahwin dengannya? Ben pula selalu dengannya sejak 2 tahun lepas. Semua orang menjangkakan mereka akan berkahwin. Tetapi Ben tidak mahu berkahwin dengannya. Ini sangat memalukan!

“Simple. I just don’t want to marry you!” jawab Ben tegas.

“Ben, you are so cruel! Dah lama kita bersama you boleh kata you don’t want to marry me? Ini mesti pasal bini Tan Sri tu kan? You terpikat dengan dia, kan? Dia isteri orang Ben. She’s no longer available and she is so ugly,” marah Malika. Ben menarik nafas geram. Wajah Malika ditenung seperti mahu ditelan.

“You...dont understand anything. Keluar Malika. Keluar!!,” halau Ben. Malika tersentak.

“You halau I?” tanyanya seperti tidak percaya.

“Yes. I sedang halau you. Keluar! Get your damn ass out from my house!!” jerit Ben.

“Ben!” protes Malika. Dia masih tegak di situ. Degil tidak mahu mengikut kata Ben.

“You nak I heret you keluar ke?” ugut Ben. Wajahnya tampak bengis tiba-tiba.

“Apa ni Ben?” soal Malika mempertikaikan reaksi Ben itu.

“I will do just that if you still did not understand what I said. You can try me!” ujar Ben telah pun menghampiri Malika dengan mata dijegilkan. Menakutkan bila melihat Ben marah sebegitu. Seolah-olah apa pun boleh berlaku. Malika terasa terancam. Dia menghempas sedikit gelas berisi separuh air jus ke atas meja pulau.

“Baik...I keluar sendiri.” ujar Malika beralah lantas berpusing sambil menghentak kaki keluar dari kondo milik Ben itu.

“You memang kejam Ben. I will get back to you. I swear you are going to pay for this!!” ujarnya sebelum Kay menutup pintu di belakangnya. 

“Keluar you bitch. And never come back!!” herdik Ben. Gelas di tangan di hentak ke meja kaunter hingga pecah berderai. Kay yang berada di situ nampak tersentak namun dia hanya diam. Dia tahu kalau Ben sudah begitu jangan suka-suka nak bercakap atau cuba hendak tenangkan lelaki itu. Silap hari dengan dia-dia sekali kena halau. Dia hanya beredar ke stor dan keluar semula dengan penyodok dan berus kecil. Cuba membersihkan kaca yang berderai atas meja. Tadi dia perasan tangan Ben tidak cedera. Kalau tidak dia terpaksa rawat kecederaan itu dulu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.