Malam itu riuh sebentar mahligai Bukhari itu dengan sorakan
gembira Faris dan Nabila kerana masing-masing memenangi hadiah juga dari
tournament golf yang mereka berdua berlatih beberapa minggu sebelum itu. Biarpun
tidak memenangi hadiah utama mereka berdua tetap bangga dengan kejayaan mereka
itu. Nabila memenangi hadiah percutian menaiki cruise ke Phuket berdua manakala
Faris memenangi sebuah kereta Suzuki Swift berwarna biru. Tidak sia-sia juga
mereka berlatih. Tok Zauyah dan Tan Sri Omar pula bangga dengan kejayaan dua
beradik itu. Wafiq juga ada bersama menumpang keseronokan kejayaan adik dan
abangnya. Dia pun turut sama mengucapkan tahniah. Sewaktu makan itu riuh Faris
dan Nabila bercerita saat-saat kejayaan mereka.
“ Jom kita swap
hadiah abang. Abang ambik percutian tu bawa Layla ke Phuket naik cruise, I nak
kereta tu. Boleh?”kata Nabila. Faris mengeleng-ngeleng. Melihatkan kereta itu
sahaja dia terbayang Layla memandunya. Dia bercadang ingin memberikan sahaja
Layla kereta itu. Tapi, percutian itu menarik juga namun dalam masa yang
tinggal beberapa minggu untuk ke Boston dia tak pasti mereka berkemungkinan
untuk menaiki cruise itu.
“ Abang ada plan dengan kereta tu, tak boleh.”
“ Alah abang ni, saya bukan ada sesiapa nak bawa naik cruise tu
pun. “
“ Bawak Tok sajalah Nabila.” Layla mencadangkan. Lagipun itulah
masanya Nabila merapatkan diri dengan Tok Zauyah. Nabilah mengangguk. Betul
juga.
“ Tok pun dah lama tak makan angin.” Ujar Tok Zauyah pula
sambil tersenyum kasih pada Nabila, cucunya itu. Nabila tersenyum.
“ Sounds great Tok and I
can’t wait. Nanti Nabila uruskan ye.” Ujar Nabila seronok.
Layla juga teringat bahawa tadi bagaimana mereka semua berada
di padang golf memberikan sokongan pada Faris dan Nabila. Bersungguh-sungguh Layla,
Tok Zauyah dan Tan Sri memberikan semangat pada Nabila dan Faris. Wafiq pun
boleh tahan juga memberikan semangat. Seharian mereka berada dalam sinaran
matahari. Layla terasa wajahnya gelap disimbah matahari meskipun dari awal Faris
telah menyuruhnya memakai topi dan juga cream sunblock di muka.
“ Nanti kalau dah hitam legam siapa yang susah.”
Marahnya bila Layla
macam degil sahaja hendak menyapu krim yang melekit-lekit itu ke mukanya. Layla
buat muka tapi dia ikutkan juga arahan Faris.
“ Yelah saya sapu ni ha…puas hati? “ Faris tidak menjawab.
Nabila yang ada di situ tergelak-gelak.
“ Good luck Nabila!” ujar Layla pada Nabila sambil memeluk adik
iparnya itu.
“ Thanks Layla. Really need it. Perut I dah sakit dah ni.”
“ Mesti boleh buat insyaAllah. You dah cuba terbaik. Kalau
Allah izinkan pasti berjaya.” Balas Layla menenangkan Nabila. Nabila tersenyum.
Dalam banyak perkara seperti itu Layla pasti akan menenangkannya. Bagaimanalah
dia boleh benci sangat dengan gadis itu dulu? Nabila kesal sendiri. Semuanya
bermula dari buruk sangka dan cemburu yang dia rasakan sebelum ini. Bila dia
kenal siapa gadis itu sebenarnya baru dia tahu betapa salahnya dia.
“ Eh, pada Nabila saja good luck? Ni pada saya ni tak tak ada
apa-apa?” sindir Faris. Dari tadi dia perhatikan mereka berdua terutama Layla.
“ Yelah Encik Faris, Good luck!.” Kata Layla selamba.
“ Good luck saja? Good luck kiss?” dia menunjuk pada pipinya.
Huh! Tak kuasa Layla nak layan.
“ Amboi nak good luck kiss bagai. Menanglah dulu kalau ye pun.” Ujar Layla bergurau
namun agak perlahan. Lebih kepada mengomel sebenarnya.
Kemudian dia terfikir, kalau
menang macamana? Tapi dia harap Faris tidak dengar apa yang dia katakan kerana
selepas itu Faris dan Nabila telah dipanggil untuk ke tempat pertandingan itu.
Dan Faris seolah tidak menunjukkan apa-apa reaksi pula. Kemudian selepas itu
dia terlupa tentang kata-katanya itu.
Dan malam itu selepas makan bila hanya mereka berdua sahaja
sahaja di bilik seperti biasa, Faris berkata,
“ Saya sebenarnya nak bagi awak kereta tu.”
“ Eh, tak apa. Jangan susah-susah, Saya pun bukan nak ke mana
pun. Lagipun saya boleh pakai Mini Cooper ayah. “ balas Layla bersungguh.
“ Apa yang susah, saya dah ada kereta. Apa salahnya awak ambik
saja kereta tu…lagipun kereta tu sesuai untuk girl macam awak, cute !” ujar
Faris tiba-tiba. Wah, dia anggap aku cute? Layla terasa seronok sekejap kemudian terfikir sejenak. Eh, tak, dia sebut
kereta itu yang cutelah! Hisyh!! Perasannya aku. Desis hati Layla. Layla terasa
macam mahu menepuk dahi sendiri.
“ Betul ke ni?” ujar Layla bagai tak percaya.
“ Awak ingat saya main-main ke? Ye saya nak bagi awak. Kalau
awak naklah…”
“ Okaylah. Kalau macamtu terima kasihlah. Saya nak.” Kata
Layla. Seronok juga kalau ada kereta sendiri. Faris nak bagi pulak tu…
“ Terima kasih saja awak kata? Ish..macam tak cukup je….Saya
rasa awak dah lupa nak bagi saya sesuatulah.” Tiba-tiba Faris berkata begitu.
“ Apa dia? Bagi apa? Saya lupa apa? “ ujar Layla cuba
mengingat. Sungguh dia tak ingat.
“ Awak kata tadi kalau saya menang awak nak bagi saya satu
kiss.” Ujar Faris nakal. Layla tersentak. Dia serta-merta teringat. Aduhai dia
dengar ke? Habislah aku. Mulut ni memang suka lepas cakap. Sekarang siapa dah
susah. Marahnya sendiri. Muka Layla berubah risau. Macamana ni?
Faris yang melihat reaksi wajah Layla itu tersengeh. Seronok
mengenakan Layla begitu. Sampai merah-merah menyala begitu. Tapi kasihanlah
pulak. Tak mengapa. Dia masih banyak masa. Dia akan bersabar.
“ Tak apalah, lain kali. Tapi ingat awak berhutang satu kiss
dengan saya! Bila-bila saya akan tanya awak lagi dan tuntut. ” ujar Faris. Layla mengurut dada lega buat sementara.
Dia harap Faris lupa selepas itu. Mereka terdiam seketika. Kemudian Layla teringat
seuatu dan memanggil Faris dengan sedikit tergagap.
“ Eh awak….saya… “
“ Kenapa, dah sedia nak bagi ke tergagap-gagap ni?”
“ Eh bukan…ini hal lain… saya nak minta izin balik kampung sebab
dah lama saya tak ke sana. Dua minggu lagi dah nak ke Boston. Boleh ye saya balik?”
Tanya Lyla. Tadi ibunya ada menelefon bertanya bila dia akan pulang kerana sebelum
berlepas ke Boston, wajarlah ibubapanya ingin menghabiskan sedikit masa bersama.
“ Okay, baliklah ke kampung awak. Saya izinkan. Sepatutnya sebagai
ganjaran awak kena upah saya ni. Dahlah tadi hutang. Sekarang tambah lagi satu hutang.
Setakat ni dua kiss ye tertunggak.” Ujar Faris mengusik lagi. Layla mencebik. Aduh,
apa kena pulak mamat itu? Dari satu dah jadi dua pula? Namun dia lega kerana Faris
memberikan izin juga padanya untuk pulang.
Jadi dalam waktu yang tinggal berbaki itulah Layla pulang ke
kampung. Faris membenarkan memandangkan Layla memang sudah lama tidak pulang ke
kampungnya setelah berkahwin. Terbit pula kasihan di hati Faris. Pada pandangan
Faris, sudah tentulah Layla perlu menghabiskan masa bersama keluarganya sebelum
berlepas ke Boston melepas rindu. Dia tahu Layla memang sayangkan keluarganya.
Bahkan kasih sayang Layla juga telah merebak ke Mahligai Bukhari. Layla telah
secara tidak langsung menyatukan mereka satu keluarga. Faris perasan
hubungannya dengan Tok Zauyah, ayahnya dan Nabila semakin baik kerana Layla.
Itulah sebabnya hatinya makin jatuh pada Layla. Cuma Layla sahaja yang masih keras
hati tidak mahu menerima Faris.
Layla juga telah meminta untuk pulang ke kampungnya selama seminggu
dan disebabkan Faris sedang sibuk menguruskan peralihan kerja kepada adiknya,
Layla terpaksa balik ke kampung tanpa Faris. Pak Hassan, pemandu baru Tan Sri
yang menghantarnya kerana Layla masih belum berani memandu jauh-jauh melebihi 1
jam untuk pulang ke kampungnya di Kuala Selangor.
Sesampainya dia di rumah, Layla bagi alasan pada mak dan
ayahnya yang Faris sibuk maka tak dapat pulang bersama. Sebenarnya pada pandangan
Layla sudah tentu Faris pasti tak sanggup mengikutnya pulang ke kampung
melihatkan reaksinya semasa mereka mula-mula kahwin lagi. Tambahan pula Layla lebih
suka bersama keluarganya tanpa ada orang luar seperti Faris yang akan
mengganggu dia bermanja dengan ibu bapa dan adik-adiknya.