Pukul 5 bayang Faris tidak kelihatan. Di tangan Layla sudah ada plastic
MPH berisi buku-buku novel. Dia siap-siap membeli dan terus bayar supaya tidak
lambat, takut-takut Faris mengamuk pula
kalau dia lambat sangat. Tercangak-cangak dia menanti Faris. Naik pening
melihat semua wajah yang lalu di situ kalau-kalau Faris yang muncul. Tapi
sebenarnya dengan ketinggian hampir 6 kaki bukan susah sangat untuk perasan
kedatangan lelaki itu. Dahlah tadi lelaki itu sudah bagi amaran supaya dia
tidak ke mana-mana. Jadi dia terpaksa duduk saja di situ menurut arahan
suaminya itu. Dari berdiri dia sekarang sudah duduk di salah sebuah bangku di
hadapan MPH tersebut. Dia menunggu bosan hanya memerhatikan orang-orang yang
lalu lalang. Layla melihat jam di tangan. Sedar-sedar sudah 15 minit dia
menunggu. Hish! Mana mamat ni? Hidup lagi ke tidak?
“ Anak, sekarang dah pukul
berapa?“ seorang wanita tua berwajah iras orang Cina menegurnya. Layla
memandang kiri dan kanan. Melihat hanya dia di situ. Makcik itu tanya aku kah?
Desisnya dalam hati. Layla melihat pergelangan tangan wanita itu yang kosong.
“Makcik tanya saya ke?
“ Tanya Layla kembali dengan sopan.
“ Ye, makcik tertinggal
jam di rumah dan handphone makcik mati pula. Makcik sepatutnya jumpa anak makcik
di sini pukul 5.30 tapi makcik tak tahu pukul berapa sekarang. Itu yang makcik
tanya anaktu.” Katanya. Layla
mengangguk.
“ Ok. Dah 5.15 petang makcik.” Jawab Layla
pendek.
“ Terima kasih nak.”
“ Sama-sama.” Jawab Layla
pendek.
“ Err anak tunggu siapa? Sorry kalau makcik busy body pulak” tanyanya.
“ Ye saya
tunggu…errr...abang..abang saya.” Ujar Layla hampir menyebut suami tapi
mengubah fikiran. Rasa malu pula dalam usia begitu sebut suami pula. Mesti
wanita itu tidak percaya. Wanita itu pun duduk di sebelahnya dan mula
berbual-bual dengannya. Namanya Mak Misah seorang jururawat pencen. Suaminya
telah lama meninggal. Dia tinggal dengan anaknya yang kini sedang dalam tahun
akhir di UIA. Lama juga dia berbual dengan Mak Misah yang ramah.
Sekurang-kurangnya tidaklah bosan dia menunggu Faris yang tak kunjung
tiba. Seketika kemudian datang anaknya
yang juga iras wanita itu. Apabila dia sampai di situ Mak Misah memperkenalkan
anaknya yang bernama Rafi kepada Layla. Orangnya tidak berapa tinggi berkulit
agak cerah dan wajahnya seperti ibunya mempunyai iras orang Cina. Kalau tidak
melihat ibunya yang bertudung itu sudah tentu orang akan menyangka dia orang
cina. Rafi hanya berkata hai dan kemudian berkata pada ibunya,
“Maaf ibu, saya lambat
sikit.” Layla melihat jam di tangan sudahpun hampir pukul 6. Mana Faris ni?.
Mujurlah dia cuti solat hari itu kalau tidak kelam kabut dia ke surau untuk
sembahyang asar. Dia mula risau.
“ Tak apa Rafi, ibu tak rasa lamapun sebab Layla ada temankan ibu.”
Balas Mak Misah. Rafi tersenyum pada Layla. Layla hanya membalas dengan senyuman
nipis. Hatinya risau memikirkan bagaimana mahu balik. Adakah Faris sengaja
meninggalkan dia di situ? Mungkin Faris benci sangat hingga meninggalkan dia di
situ? Kalau ye kenapa kejam sangat?
“ Terima kasih sebab temankan mak saya” kata-kata Rafi membawa dia
keluar dari lamunan.
“ Oh tak mengapa. Saya pun tengah menunggu.”
“ Tunggu siapa?” tanya Rafi. Matanya tak lekang dari wajah Layla
yang licin tanpa sebutir jerawat itu. Comelnya, desis hati lelaki Rafi.
“ Err…abang…abang saya. Dia janji nak ambik kat sini tapi dah sejam
tak sampai lagi.” Ujar Layla sedikit tergagap.
“ Awak duduk mana? Biar kami hantarkan saja.” Ujar Rafi.
“ Ish, tak apa. Mungkin dia ada hal agaknya. Kejap lagi dia
datanglah” Layla menolak. Nanti kalau Faris sampai dia tak ada mengamuk pula.
Tapi mana tahu Faris saja mengenakan dia pula.
“ Layla, biar kami hantarkan saja. Lagipun dah petang ni. Bukan
senang nak dapat teksi petang-petang ni. Layla dah temankan makcik jadi biar
makcik tolong Layla pulak.”
“ Betul kata ibu tu. Jomlah kami hantarkan” Rafi beria-ria. Pemuda
itu sengeh lagi.
“ Saya takut abang saya marah.”
“ Mesejlah padanya yang awak balik dengan kawan. Tentu dia tak
kisah.” Ujar Rafi. Layla serba salah. Abangnya yang seorang itu bukan boleh
main-main mesej. Nanti kalau mengamuk terus tak boleh tidur dia satu malam.
Bebelnya mengalahkan seorang perempuan. Tapi apa boleh dia buat. Nak balik naik teksi seorang dia bukan berani. Nanti kalau dia kena jual bagaimana? Agaknya
inilah taktik kotor Faris. Hendak supaya dia dijual orang atau hilang begitu
sahaja. Baru agaknya selesai masalah Faris tidak perlu mengadap dia selalu.
Jam sudah pun menghampiri 6.30 petang. Desakan dari Rafi dan ibunya
telah menyebabkan Layla menurutkan sahaja mereka menghantar dia hingga ke
mahligai itu. Mujur dia ada alamat rumah tersebut. Dapatlah Rafi mencari
mahligai itu. Dalam perjalanan banyak juga pertanyaan mereka pada Layla. Rimas
juga dia takut terkata sesuatu yang tidak sepatutnya.
Bila sampai ke mahligai itu, Layla hanya mengangkat tangan pada
guard tersebut yang sudah pun kenal dirinya siapa sebelum membuka pintu pagar
automatic itu.
“Ini rumah Layla ke?”
tanya Mak Misah kagum.
“ Bukan. Saya menumpang
aje di rumah ni makcik.” Balas Layla risau. Rafi hanya terdiam. Gadis itu anak
tuan rumah ini kah? Dia baru saja rasa tertarik pada gadis itu. Tapi kalau
gadis itu anak orang kaya memang dia tiada harapan. Siapalah yang mahu anak
orang miskin macam dia.