BAB 39Dr.Haikal berjalan kaki seorang diri
menyusuri sebuah taman bunga di pinggir Kota London. Sudah 11 bulan dia berada
di Kota London bagi melaksanakan tugasan penyelidikan yang di amanahkan untuk
dirinya dan juga beberapa sahabat yang lain. Pejam celik, pejam celik sekarang
sudah pun musim bunga. Ketika dia menjejakkan kaki di bulan Jun yang lalu, London
sedang mengalami musim panas. Ah, cepatnya masa berlalu!
Dr.Haikal duduk disebuah bangku yang
kosong sambil melihat keceriaan orang ramai menikmati keindahan bunga yang
sedang berkembang mekar. Indah sekali. Dr.Haikal meneliti jarum jam tangan yang
dipakai. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Pelaksanaan Daylight Savingmenyebabkan Dr.Haikal perlu lebih peka disebabkan
waktu dipercepatkan 1 jam lebih awal manakala
Daylight Savingpada musim
luruh diperlambatkan 1 jam. Memang penting untuk Dr.Haikal mengingati waktu
untuk mempercepatkan atau memperlambatkan jam sejam.
Richmond
park yang dipenuhi dengan bunga-bunga hidup yang berkembang mekar menggamit
satu memori yang telah lama tersimpan jauh di dalam diri Dr.Haikal. Perlahan-lahan
memori itu cuba dibuka kembali daripada memori yang sudah terkubur lama.
Pada malam itu, rumah sewanya di Kota
London tegang dengan permintaan luar jangkaan isterinya.
“Fatin, kenapa macam ni? Kenapa kita perlu
bercerai? Selama ini sayang yang beria-ria nak kita berkahwin kan? Fatin,
jangan buat abang macam ni… Tolonglah Fatin,” tanya Dr.Haikal sedikit merayu.
“Abang, maafkan Fatin...”
“Fatin tak bahagia ke selama hidup dengan
abang?”
“Bahagia sangat-sangat.” Fatin menundukkan
muka. Air matanya gugur. Keputusan ini terpaksa dibuat.
“Habis tu, kenapa kita perlu berpisah? Tell me...” Dr.Haikal memegang kedua
belah bahu isterinya.
“Sebab, perkahwinan kita ini adalah satu
kesilapan! Kesilapan terbesar yang Fatin pernah buat dalam hidup Fatin!” Mata
Fatin dipenuhi air mata yang berlinangan.
“Astagfirullahalazimmmm…
Fatin, awak sedar tak apa awak cakap ni...”
“Saya sedar… Saya waras! Kita perlu
berpisah!” Fatin memalingkan muka daripada menatap mata suaminya.
“Kenapa??” Dr.Haikal terduduk di kerusi.
“Sebab, pelajaran Fatin dah semakin
merosot... Merosot sangat-sangat! Kalau berterusan Fatin akan dibuang dari
universiti... Apa yang Fatin nak beritahu mama dan papa Fatin? Kita kahwin pun
mereka tak tahu… Dahlah semua kos pembelajaran di sini papa yang tanggung… Awak
lainlah… Bulan depan awak dah nak graduate...”
“Jadi awak salahkan perkahwinan kita?” Dr.Haikal
begitu pilu dengan kenyataan Fatin.
Fatin hanya mendiamkan diri.
“Fatin, saya baru sahaja nak perkenalkan
awak kepada emak dan ayah saya nanti... Bila mereka datang untuk majlis
konvokesyen nanti saya akan perkenalkan awak sebagai isteri saya yang sah...”
“Awak tak fikir ke apa perasaan mereka
apabila anak mereka yang mereka sayangi dan kagumi sudah berkahwin tanpa
pengetahuan mereka? Awak fikir tak apa perasaan mereka? Awak rasa mereka boleh
terima ke? Saya rasa tak boleh...” Fatin mengeleng-ngelengkan kepalanya
menyesali kesilapan mereka berkahwin rahsia tanpa pengetahuan keluarga. Bukan
niat mereka untuk merahsiakan perkahwinan ini. Mereka fikir jika mereka
berterus terang memberitahu keluarga tentang niat mereka, mereka pasti keluarga
mereka akan menentang habis-habisan. Sebelum berangkat ke London, pesanan
tentang amaran berkahwin ketika waktu belajar telah berapa kali dikeluarkan
daripada mulut kedua orang tua mereka. Dek kerana cinta yang membara, mereka
melanggar amaran yang dikeluarkan oleh kedua orang tua mereka.
“Abang, kita berpisah cara baik ya...”
Dr.Haikal melihat wajah isteri yang
dikasihinya. Hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Fatin yang mengatakan
perkawinan mereka adalah satu kesilapan terbesar. Sedangkah perkahwinan ini
dicadangkan sendiri dari mulut Fatin. Pertemuan ketika Majlis Sambutan Hari
Raya di Kedutaan Malaysia telah menumbuhkan bibit-bibit cinta antara mereka. Semekar
bunga ditaman. Walaupun berlainan kos pengajian, mereka masih tetap serasi dan
saling memahami. Atas dasar itu, mereka mengikat janji untuk terus setia dan
hidup bersama hingga akhir hayat.
“Abang, kalau kita berpisah waktu ini
sudah tentu tidak akan ada apa-apa masalah disebabkan kita masih tidak
dikurniakan anak untuk perkahwinan kita ni... Sesudah kita bercerai, kita buat
hal masing-masing... Kita anggap kita tak pernah kenal antara satu sama lain...
Kalau abang nak berkahwin, abang kahwinlah...”
“Macam mana kalau awak yang nak berkahwin?
Apa yang awak nak cakap kepada suami baru awak nanti Fatin? Saya lainlah, orang
tak akan tahu saya dah pernah kahwin melainkan ada orang bocorkan rahsia kita…
Awak tu perempuan, suami awak akan tahu pada malam perkahwinan awak tu nanti…
Masa tu apa yang awak nak jawab? Nak menipu? Nak jalankan pembedahan?”
“Itu pandai-pandailah saya fikirkan nanti...
Masalah itu belum lagi timbul... Kita selesaikan dulu masalah sekarang...”
“Kita kena berfikiran jauh Fatin…” Dr.Haikal
memeluk isterinya dari belakang.
“Sudahlah abang… Saya dah buat keputusan… Itu
pilihan saya… Kalau kita tak berpisah, pasti akan datang masalah yang lebih
besar...” Fatin melepaskan diri dari dakapan suaminya. Fatin tetap berkeras
dengan keputusannya. Sudah beberapa kali dia meminta Dr.Haikal ceraikan
dirinya. Namun, Dr.Haikal masih tidak mahu meleraikan ikatan suci ini.
“Saya merayu pada abang... Kalau abang
sayangkan saya, lepaskanlah saya...”
“Kalau macam tu, awak berhentilah daripada
belajar... Saya mampu untuk tanggung awak nanti setelah kita pulang ke Malaysia...”
Dr.Haikal masih berharap.
“Awak tahukan cita-cita saya? Pada mula
saya menjejakkan kaki ke sini saya berazam untuk berjaya dalam bidang yang saya
ceburi... Saya tidak akan sesekali memusnahkan cita-cita yang saya bina sejak
dari bangku sekolah…” Fatin bertegas.
Dr.Haikal diam membisu. Adakah ini
balasannya kerana mengingkari dan membelakangkan orang tuanya dalam percaturan
hidupnya? Dr.Haikal menyeka air mata yang mengalir. Perpisahan yang diminta
isterinya sungguh berat dirasakan. Hati lelakinya merasakan suatu kesedihan
yang teramat sangat.
“Kalau macam itu, saya ceraikan awak
dengan talak 1...” Gugur air mata Dr.Haikal ketika melafazkan talak.
Fatin terkesima mendengar ayat yang keluar
dari mulut Dr.Haikal. Akhirnya, dia diceraikan.
“Abang, maafkan saya... Halalkan makan dan
minum saya... Dan terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk saya...”
Fatin menyeka air matanya yang keluar.
“Apa pun awak jangan sia-siakan penceraian
kita... Awak capailah cita-cita awak tu sampai betul-betul berjaya... Saya akan
tetap mendoakan kejayaan awak...”
“Ya
Allah, jika ini kesudahannya, engkau berikanlah yang terbaik untuk kami...” Doa
Dr.Haikal.
“ Saya
yang akan keluar dari rumah ini malam ini… Abang tinggallah sehingga hari
konvokesyen nanti... Saya akan menumpang di rumah kawan saya sementara abang
disini,” kata Fatin lembut dari muka pintu bilik. Setelah itu Fatin masuk ke
dalam bilik lalu mencapai beg beroda yang sudah disimpan pakaiannya awal-awal
lagi.
“Nampaknya dia sudah bersedia awal-awal
lagi,” bisik hati Dr.Haikal sebaik sahaja melihat beg pakaian Fatin.
“Fatin, saya konvo nanti awak datanglah…
Selepas saya konvo, saya akan terus pulang ke Malaysia. Saya akan bekerja di
sana dan saya akan membuat pembatalan untuk bekerja di sini...” Ada sedikit
getar dalam nada suara Dr.Haikal.
“Bagaimana tentang penyelesaian kes cerai
kita ni?”
“Esok, kita uruskan!!” Dr.Haikal meninggikan
suara lalu memalingkan muka dari terus menatap wajah wanita dihadapannya. Pedih
rasanya hati apabila wanita yang disayanginya seperti begitu mementingkan
penceraian mereka daripada menjaga hatinya yang telah parah terguris. Sudah
banyak kali Fatin meminta diceraikan dan hari itu terlafaz juga talak untuk
Fatin.
Kali
ini air matanya gugur. Gugur mengingati memori itu. Kicauan burung di
taman mengembalikan Dr.Haikal daripada memori perit yang lalu. Dr.Haikal
tersenyum kelat apabila ada mata yang memandangnya.
“Uncle,
why you are crying? You don’t liked a flower?” tanya seorang budak lelaki
yang mungkin berumur antara 6 atau 7 tahun ketika melalui hadapan Dr.Haikal.
“No…
The flower is so beautiful and uncle loved it...” Dr.Haikal tersenyum
memandang kanak-kanak di hadapannya.
“So,
why you are crying?” Kanak-kanak itu menepuk bahu Dr.Haikal perlahan-lahan.
“Because
uncle remember auntie at home...” Dr.Haikal sedikit terkejut dengan
pertanyaan itu. Ramah budak ini bertanya.
“Oh,
I see…” Budak lelaki itu menggangguk faham.
“Honey,
let’s go...” panggil seorang wanita Inggeris yang baru tiba dihadapan Dr.Haikal.
“Auntie,
we have a chocolate bar?”
“I
haved!”jawab seorang budak perempuan yang jalan beriringan dengan wanita
Inggeris tadi.
“Can
you give that chocolate?”
“Sure...”
budak perempuan berambut hitam pekat yang mungkin sebaya dengan budak lelaki
tadi menghulurkan coklat yang diminta. Wajah kanak-kanak ini sepertinya
berwajah Asia.
“Uncle,
this is for you... Smile... Don’t be sad…”
Dr.Haikal hanya tersenyum melihat kepetahan
budak ini berbicara. Wanita Inggeris yang mengiringi kanak-kanak ini turut
tersenyum.
“Thank
you for this chocolate...”
“Welcome...
I’m go first...”budak lelaki tadi meminta izin untuk berlalu.
“Ok,
have a nice day..,” kata Dr.Haikal.
Dr.Haikal memandang kelibat mereka kini
berjalan jauh meninggalkan dirinya.Dr.Haikal
memandang coklat yang dipegangnya. Perlahan-lahan pembalut coklat dibuka dan Dr.Haikal
terus merasai kenikmatan coklat tersebut. Terubat juga hatinya.