BAB 40Irfan bersandar lenguh di sofa empuk.
Kakinya ditumbuk perlahan-lahan bagi meringankan rasa lenguh di kaki. Bagasi
yang dibawa pulang masih tersadai di muka pintu. Irfan memandangnya dengan
perasaan malas. Kalau boleh dia mahu melelapkan matanya sekarang. Penatnya
masih terasa disebabkan perjalanan jauh dari Amerika Syarikat ke Malaysia.
Irfan tidak menolak peluang keemasan yang diberikan oleh firma guaman pak
ciknya untuk menghantar peguam yang berkaliber ke Amerika Syarikat bagi
menambahkan ilmu berkaitan bidang keguaman.
“Laa… Kenapa beg masih ada dekat sini ni,”
tegur Puan Elinna sebaik sahaja menjenguk ke luar.
“Assalamualaikum ma...” Irfan bangun
bersalaman dengan Puan Elinna.
“Waalaikumussalam… 9 bulan tak jumpa, mama
tengok anak mama ni dah bertambah kurus...”
“Tak cukup makan ma…”
“Amboi, tak kan tak cukup makan… Kalau
macam tu, jomlah makan dulu... Mama dah siapkan makan tengaharinya…”
“Ok, Irfan angkat beg ni dulu...”
“Eh, papa kamu mana Irfan... Tak
masuk-masuk lagi ni?”
“Tadi papa kata dia nak jumpa pekerja ladang...
Katanya ada hal… Kalau nak makan, papa suruh kita makan dulu... Mungkin dia
balik lambat...”
“Oh, ya ke... Ini mesti pasal baja yang
dibeli tak sampai-sampai lagi ni... Oklah, mama hidangkan lauk dulu… Jangan
tertidur pula dekat atas tu...”
“Kalau tertidur mama kejutkan… Penat
sangat ni ma... Jet Lag...”
“Ah, tak ada… Turun makan dulu baru tidur… Nanti hilanglah Jet Lag tu,” pesan Puan Elinna.
“Baiklah... Irfan mengalah…”
Sebaik sahaja Irfan turun ke dapur,
susunan balang biskut yang diletakkan di atas meja kecil menarik perhatiannya.
Satu balang dicapai lalu dibuka.
“Ma,
sedapnya biskut ni... Sejak bila mama buat ni? Setahu Irfan, mama tak pernah
buat biskut kan?
“Bukan mama yang buat...”
“Habis tu, tak kan Iffa kut… Potong bawang
pun tak pernah…” Irfan terus mengunyah biskut yang diambil dari balang.
“Calon isteri kamulah...” kata Puan Elinna
sambil membawa lauk ke meja makan.
“Lisa?”
“Ialah… Siapa lagi….”
“Ma, pinangan kita diterima tak
ma?!” Irfan teruja bertanya. Lenguh badannya serta-merta hilang. Sudah berkali-kali soalan ini ditanya semasa
berada di Amerika tetapi Puan Elinna hanya akan memberitahu Irfan sebaik sahaja
Irfan pulang ke Malaysia. Papa dan mamanya berangkat kerumah Lisa setelah dia
berlepas ke Amerika. Lisa pun Irfan tidak sempat berjumpa sebelum kesana. Nasib
baiklah cincin untuk merisik sempat dibeli. Cuma cincin yang dipinjam masih
belum dipulangkan.
Lisa
menatap wajahnya yang dihias indah di dalam cermin. Hasil solekan Huda
menampakkan keayuan diwajah Lisa. Lisa tidak sangka, dia akan sampai ke detik
ini.
“Lisa, welcome
to my club! Lepas jadi tunangan orang nanti, kau tak boleh nakal-nakal dah,”
pesan Huda dari arah belakang Lisa. Tangan diletakkan lembut diatas bahu Lisa.
Dari dalam cermin, Huda nampak senyuman bahagia sahabatnya.
“Oklah Lisa... Aku keluar dulu... Aku bagi
masa untuk engkau bertenang dan melepaskan rasa gugup kau tu... Aku faham macam
mana perasaan kau masa ni…”
“Huda nak ke mana?”
“Nak minum air... Nanti aku datang balik…
Senyum ok,” pesan Huda apabila melihat wajah sahabatnya yang kelihatan sedikit
gelisah.
“Ok, huhhh… Aku nervouslah…”
“Biasalah tu... Relax ok... Aku keluar dulu...”
Terkontang-kanting Lisa di dalam bilik
seorang diri. Hatinya hebat berdegup kencang.
“Lisa, tarik nafas dalam-dalam… Hembusss…”
Lisa lakukan ini bagi menenangkan
hatinya yang gementar.
“Tarik lagiiii… Hembusss…”
Lisa rasa sedikit tenang.
“Tak sangka aku akan bertunang dengan dia,”
kata Lisa perlahan sambil bibir bewarna merah jambunya menguntum senyuman
manis.
Detik-detik
keputusan ini dibuat secara spontan.
Di suatu petang Lisa dan Huda duduk
berbincang tentang lamaran yang baru diketahuinya di taman mini milik mereka.
“Huda macam mana ni... Aku peninglah… Emak
dan ayah aku pandai-pandai sahaja terima lamaran tu... Bukan mereka nak tanya
aku sepatah dua…”
“Mungkin mereka rasa dia sesuai dengan kau...”
“Tapi, kalau ya pun tanyalah aku dulukan...
Bila aku tanya kenapa terus terima?”
“Mak aku kata, sengaja nak rapatkan
silaturrahim yang terputus... Aku peliklah... Apa yang terputus? Emak aku tak
beritahu pula bila ditanya… Dia ketawa sahaja… Aku kena balik kampung ni…”
“Terima sahajalah Lisa,” pujuk Huda
tersengih-sengih. Bukannya nak bersimpati dengan sahabatnya ni. Geram hati Lisa
melihatnya.
“Engkau tahukan aku sukakan Dr.Haikal...
Irfan pun satu! Dah dia nak pinang aku, sepatah kata pun dia tak beritahu…
Tup,tup dah seminggu ada di Amerika... Apa ni? Dia ingat aku ni budak-budak ke...”
“Ok, macam inilah… Kau sukakan Dr.Haikal
kan?”
“Sudah semestinya! Kaukan dah tahu kan,”jawab
Lisa bersungguh.
“Kalau macam tu, ada tak Dr.Haikal
meluahkan perasaannya selama ni? Ada tak dia cakap dia sukakan kau?”
Lisa mengeleng laju.
“Ada tak dia melamar kau?”
Lisa mengeleng lagi. Lisa berfikir
sejenak.
“Irfan ada tak dia cakap dia sukakan kau
dan pinang kau untuk dijadikan isteri?” Huda menongkah dagunya sambil matanya
terus menatap mata Lisa yang sudah berair.
“Mestilah ada... Kan kita tengah
bincangkan hal ni...”
“Kalau macam tu terimalah Irfan… Dia jujur...
Terus pergi jumpa mak dengan ayah kau... Ini baru namanya bersungguh-sungguh
nakkan kau...”
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi!”
“Ok, macam ni. Ermm…” Lisa berfikir.
“Apa lagi…”
“Dr.Haikal ada hadiahkan aku sepohon Pokok
Mawar... Manakala Irfan hadiahkan aku sebakul Kaktus... Aku akan tunggu,
mana-mana pokok yang berbunga dahulu aku akan pilih dia...” Lisa rasa ini
adalah cadangan yang terbaik. Sudah pasti Pokok Mawar yang akan berbunga dahulu
berbanding Kaktus.
“Hahahahaha…. Aku tengok dah setahun lebih
kau jaga Pokok Mawar ni… Putik bunga pun tak muncul-muncul… Bilalah kau nak
berbunga Mawar…” Huda membelai Pokok Mawar yang mulai segar berdaun. Namun
putik bunganya masih tidak muncul-muncul.
“Eh, Lisa... Betul ke kau nak tunggu
mana-mana pokok yang berbunga dahulu kau akan pilih dia?”
“Ya... Aku janji dan aku pasti!” Lisa
mengangkat tangan tanda bersumpah.
“Hahahaha... Nampaknya kaktus dah
berbunga!” kata Huda gembira.
“Apa? Kaktus berbunga?!” Lisa terperanjat.
Cepat-cepat kakinya melangkah ke arah susunan kaktus yang tersusun rapi di atas
bangku kecil.
“Ya Allah… Kaktus dah berbunga… Macam mana
ni??” Lisa menatap bunga kecil yang bewarna merah jambu dan juga jingga yang
menghiasi pokok kecil yang berduri halus.
“Macam mana apa? Kau terima sahajalah
lamaran tu… Itu yang kau janji dan pastikan?” Huda cuba menahan tawanya.
“ Hudaaaa!! Mati akuu…”Air mata Lisa
mengalir laju.
Tikk tikk...
Lisa tersedar dari ingatan lalu. Telefon yang
diletakkan diatas meja soleknya dicapai.
Satu mesej diterima.
“Lisa, terima kasih kerana sudi menerima
pinangan aku… Selepas 3 bulan insya-Allah kau akanku jadikan isteriku yang sah...
Salam Sayang, Irfan...
Lisa hanya tersenyum menatap mesej itu.
Rasa rindu mula bertamu dihatinya. Sudah 9 bulan lebih dia tidak menemui jejaka
ini. Majlis pertunangan hari ini bakal menemukan mereka berdua.
“Lisa, rombongan dah sampai!” jerit Huda
sebaik sahaja menerjah kedalam bilik Lisa. Puan Raudah juga turut menerpa
kedalam bilik untuk melihat persediaan anak gadisnya.
“Wah, cantiknya anak mak...” Puan Raudah
mencium dahi Lisa.
“Terima kasih…”
“Mak keluar dulu… Mereka dah sampai tu...”
“Ok, mak...”
Huda menutup kain langsir bilik agar
kononnya Lisa dapat bersembunyi dengan baik didalam bilik sebelum keluar untuk
disarungkan cincin.
“Mereka dah berucap tu Lisa...”
“Ya… Aishh… Takut pula aku…” Lisa mengosok
kedua belah tangannya yang mulai terasa sejuk.
“Lisa… Jom ikut mak...” Puan Raudah masuk
kembali ke dalam bilik untuk membawa Lisa keluar.
“Takutnya…”
“Haishh… Takut pula dia… Dah-dah... Jom
keluar...” Puan Raudah memimpin tangan Lisa diikuti Huda dari belakang.
Lisa duduk bersimpuh ayu di atas pelamin
kecil yang dihias indah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang berbisik-bisik
sesama mereka. Lisa gementar seorang diri. Didalam keadaan gementar begitu,
senyuman manis masih lagi menghiasi wajah Lisa yang sudah sedia cantik.
Perlahan-lahan Puan Elinna menghampiri
Lisa dengan senyuman mesra. Upacara menyarungkan cincin mula dilakukan. Setelah
cincin bertatahkan batu berlian disarungkan dijari, tangan hangat Puan Elinna
dicium Lisa. Kini, sah sudah Lisa menjadi tunangan Irfan.
Puan Elinna tidak sangka, cincin bertunang
yang dipilih Irfan bersama cincin merisik yang lalu begitu muat dengan jari
Lisa. Pandai Irfan pilih.
Puan Elinna juga bersyukur kerana
ditemukan semula rakan karibnya suatu ketika dahulu. Mereka sama-sama susah
dalam meniti ranjau kehidupan yang serba kekurangan. Alhamdulillah, insya-Allah
tidak lama lagi mereka akan berbesan. Patutlah Irfan beria-ria mengatakan
pinangan mereka akan diterima. Bila ditanya apakah yang membuatkan Irfan begitu
yakin? Irfan hanya berkata, nanti mama dan papa akan tahu. Rupanya inilah
rahsia yang Irfan cuba sampaikan. Gambar yang diberi Irfan suatu ketika dahulu
rupanya ada persamaan dengan gambar yang disimpan oleh Puan Raudah dan Encik Hamid.
Cuma, ketika hari merisik tempoh lalu, Puan Elinna dan Tuan Iskandar agak
terkejut. Terkejut dek kerana Puan Raudah mengatakan Lisa dan adiknya hanya
anak angkat mereka berdua. Selama ini Puan Elinna menyangka Lisa memang betul
anak mereka kerana berbintikan nama yang sama dengan Abdul Hamid. Tapi, itu
tidak mematahkan semangat Puan Elinna untuk bermenantukan Lisa. Hubungan mereka
sekeluarga pasti akan seerat masa lampau.
Pertemuan dua sahabat lama ini masih
dirahsiakan daripada Lisa. Suatu hari nanti Irfan sendiri akan memberitahu Lisa
tentang hal ini. Buat masa sekarang biarlah ia menjadi rahsia.
Detik pertemuan antara keluarga Puan
Elinna dan Puan Raudah berlaku apabila kedua-dua belah keluarga ini dipanggil
guru besar sekolah untuk menyelesaikan masalah anak mereka. Masalah antara
Irfan dan Lisa. Mereka disekolah selalu sahaja bertengkar. Irfan selaku senior
selalu sahaja mengacau Lisa yang ketika itu berada di tahun 1. Disebabkan Irfan
suka mengacau Lisa, Lisa telahpun memukul Irfan hingga luka-luka. Atas sebab
inilah keluarga mereka bertemu. Hikmah disebalik pergaduhan yang dilakukan oleh
anak-anak mereka, kedua-dua belah keluarga saling mengenal dan semakin lama
bertambah akrab sehinggalah Puan Raudah dan Encik Hamid pulang ke Terengganu.
“Tahniah, sayang...” Puan Elinna mengucup
lembut dahi Lisa.
“Terima kasih, ma...” ucap Lisa lembut.
Agak kekok untuk memanggil Puan Elinna mama seperti mana yang disuruh oleh Puan
Elinna.
“Sama-sama...” Puan Elinna memeluk erat
badan Lisa.
Gambar kenangan diambil sebanyak yang
mungkin ketika majlis pertunangan berlangsung. Irfan yang pada mulanya
malu-malu untuk bergambar turut bergambar kenangan setelah dipaksa ramai
kenalan. Majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana itu dirasakan cukup
bermakna buat Irfan dan Lisa. Terikatnya tali pertunangan ini bermakna mereka
akan bakal bergerak satu langkah lagi untuk menuju ke gerbang perkahwinan yang
diimpikan oleh semua dara dan teruna. Harapan mereka cuma satu iaitu semoga
pertunangan ini berakhir ke jinjang pelamin.
Irfan
mengerling jari manis Lisa yang cantik dihiasi cincin pertunangan mereka.
Sesuai sekali dengan jari putih Lisa. Irfan tersenyum bahagia. Tiupan angin
petang disekitar Tasik Perdana seakan meraikan cerianya hati Irfan petang itu. Irfan
bersandar di kerusi. Dirasakan hatinya berbunga kembang setaman. Senyumannya
melebar tanpa disedari telah diperhatikan Lisa.
“Kenapa awak senyum?” tanya Lisa hairan.
“Tak ada apa...” Irfan masih tersenyum.
“Tak ada apa kenapa senyum?” Lisa masih
tidak puas hati pertanyaannya masih belum dijawab.
“Kau ingat tak sebelum aku ke Amerika kita
ada sambut kejayaan kau jadi modelkan?”
“Ingat... Apa kaitannya?” Lisa menjungkitkan
keningnya.
“Ehermm...” Irfan membetulkan suaranya. Badannya
yang bersandar dikerusi tadi ditegakkan. Tangan diseluk kedalam saku seluarnya.
“Tadah tangan,” kata Irfan sambil
menggenggam sesuatu di dalam tangannya.
“Tak naklah saya… Mesti ada sesuatu dalam
tu...” Lisa menunjukkan muka geli.
“Eh, kenapa buat muka macam tu pula...
Cepatlah... Nak ke tak nak ni…” Irfan tersengih menunjukkan barisan giginya
yang putih bersih.
“Awak jangan kenakan saya... Ini mesti
cicak atau apa-apa yang menggelikan ni...” Lisa menduga.
“Tak ada...”
“Betul ni? Bukan katak macam yang awak
hadiahkan hari tu?”
Irfan tergelak besar apabila Lisa
mengungkitkan peristiwa lalu. Tak sangka Lisa masih fobia dengan hadiah
tersebut.
“Bukan... Cepatlah... Kalau awak tak nak
saya buang dalam tasik ni...” Irfan cuba membuat gaya membaling.
“Ok-ok... Apa dia?” Lisa menadah tangan.
“Haa... Macam itulah...”
Pelahan-lahan Irfan meletakkan seutas
rantai ke atas tapak tangan Lisa.
“Rantai? Untuk saya?”
Irfan mengangguk gembira.
“Nampak tak loket tu?”
“Eh, ini cincin saya!” Lisa mengusap
lembut cincin yang dijadikan loket oleh Irfan.
“Janji nak pulangkan… 9 bulan lebih baru
awak kembalikan kepada saya...”
“Maaflah... Lepas kita berjumpa hari tu,
aku terus ke Amerika... Nasib baik sempat aku belikan cincin untuk kau...”
“Tak faham...”
“Ok, macam ni... Sebenarnya tujuan aku
pinjam cincin kau ni adalah untuk… untuk...” Irfan cuba mengatur ayat.
“Untuk apa?”
“Untuk belikan cincin merisik dan
bertunang kau...”
“Ooo... Jadi, awak tipu sayalah...”
“Lebih kurang macam itulah... Hehe...”
“Nasib baik kita dah bertunang tau...
Kalau tak, saya tolak awak dalam tasik ni...”
“Eh, jangan…”
“Hahaha... Tahu takut... Awak pinjam
cincin sahajakan? Kenapa pulangkan dengan rantai?”
“Ini sebagai tanda maaf disebabkan aku
lewat pulangkan cincin kau dan tanda terima kasih kerana sudi menerima pinangan
aku...”
Lisa tersenyum. Dia sendiri pun tidak
sangka akan menerima pinangan Irfan.
“Kenapa awak pinang saya?” Lisa bertanya
lembut.
“Sebab, pertama kali kita jumpa, aku
nampak kelainan dalam diri kau... Tak macam gadis-gadis lain yang
tergedik-gedik mendekati aku. Tapi kau, bila aku semakin mendekati kau, semakin
kau menjauhi... Bukan setakat menjauhi, malah menyakiti... Hahahaha...”
“Menyakiti?” Lisa bertanya separuh
terkejut.
“Ialah... Perut lebam… Kaki lebam…”
Lisa ketawa terkekek-kekek apabila Irfan
memperkatakan hal tersebut.
“Pandai kau gelakkan aku...” Irfan turut
ketawa bersama.
“Kau? Apa sebab kau menerima pinangan
aku?”
Pertanyaan tersebut mematikan ketawa Lisa.
“Errr…”
“Tak sangka kau pun sukakan aku... Aku
ingatkan kau sukakan Dr.Haikal...”
Lisa hanya tersenyum kelat. Hati Lisa juga
mengakui dia juga sukakan Irfan namun sukanya pada Irfan tidaklah setanding
dengan sukanya dirinya pada Dr.Haikal.
“Kenapa kau terima pinangan aku?”
pertanyaan itu diulang setelah ia masih belum dijawab Lisa.
“Sebab, kaktus dah berbunga!” Jawab Lisa
spontan.
“Kaktus berbunga?” Irfan hairan.
“Ermm... Sebabnya, bila seseorang
perempuan dah dipinang oleh lelaki yang baik, dia harus menerima pinangan
tersebut,” jawab Lisa ringkas malas bersoal jawab dengan peguam yang sudah
pastinya banyak persoalan yang bakal diungkitkan. Pada hakikanya disebabkan
kaktus telah berbunga.
“Oh, macam tu... Dr.Haikal tak marah?”
Irfan sengaja menduga.
“Dr.Haikal tidak tahu pun kita dah
bertunang... Dia kan ada di London...”
“Oh, aku lupa...”
Lisa hanya mendiamkan diri. Bagaimana
agaknya kalau Dr.Haikal tahu dia dah bertunang dengan Irfan? Ah, pedulikan Dr.Haikal...
Dia tidak pernah pun mengungkapkan kata-kata cinta pada diri kau Lisa...
“Lisa, maaf kalau aku tanya...
Memandangkan kita akan kahwin tak berapa lama lagi, boleh aku tahu tentang
keluarga kau... Aku dapat tahu Pak Cik Hamid yang aku jumpa tu bukan ayah kandung
kau...” Irfan menuturkan ayat dengan penuh hati-hati agar tidak mengguris hati
Lisa.
Lisa berpaling ke arah Irfan. Tiba-tiba
hatinya terasa bergetar. Sudah lama tiada orang bertanya tentang kedua ibu bapa
kandungnya. Memori yang disimpan jauh di dalam lubuk ingatannya terpaksa
diselongkar kembali.
“Boleh...” Lisa tidak akan berahsia dengan
Irfan memandangkan mereka akan hidup bersama tidak lama lagi.
“Ya, memang ayah Lisa yang awak jumpa tu
bukan ayah kandung saya. Dia adalah bapa angkat saya...”
“Tapi, macam mana boleh berbintikan nama
yang sama?”
“Kalau awak nak tahu, ayah saya pun
bernama Abdul Hamid... Abdul Hamid bin Abdul Jabar... Manakala ayah angkat saya
bernama Abdul Hamid bin Mohammad...”
“Ibu kau?...”
“Ibu saya bernama Rohayu binti Razak Ali...”
Lisa tersenyum kelat.
“Sekarang ibu dan ayah awak dimana...”
Lisa tertawa kecil. Dirasakan begitu
kelakar dengan soalan Irfan. Mereka namanya sahaja telah pun bertunang, tetapi
latar belakang pasangan masih tidak diketahui dan seakan-akan baru bermula sesi
perkenalan.
“Awak tak rasa kelakar ke?”
“Kelakar apanya?” Irfan hairan.
“Kitakan dah bertunang... Tapi, awak masih
tak tahu latar belakang saya... Awak tak takut ke, kalau saya datang dari
keluarga yang bukan baik-baik...”
“Itulah, kelakar juga rasanya... Selama ni
kita sibuk bergaduh sahajakan... Jadi, tak ada masa pula nak bertanyakan
perihal latar belakang masing-masing...”
“Awak tak takut ke kalau saya ni bukan
orang baik...”
“Takut apanya… Aku akan terima kau
seadanya,” jawab Irfan ikhlas.
Hati Lisa terharu dengan ungkapan Irfan.
Tuluskah cinta dia pada aku?
“Ermm... Mana mereka sekarang?”
“Ibu saya dah lama meninggal... Selepas
melahirkan Adam... Meninggal dalam kebakaran...” Lisa menunduk sayu. Matanya
mula berair.
“Kebakaran?” Irfan sedikit terkejut.
“Rumah saya terbakar semasa saya baru
sahaja masuk darjah satu...”
Irfan memutarkan ingatannya sekitar usianya
di bangku sekolah rendah. Selaku ketua pelajar ketika itu, Irfan
bertanggungjawab untuk memperkenalkan peraturan-peraturan yang ada disekolah
ketika itu kepada pelajar yang baru berpindah kesitu. Ya, ketika itu Lisa
sangat sedih dan suka menyendiri dan tidak banyak bercakap. Perkara ini
berlarutan hampir tiga bulan sehinggalah Lisa naik berang apabila Irfan selalu
mengusiknya agar mengukir senyuman sehingga menyebabkan kedua ibu bapa
mereka dipanggil ke sekolah.
“Maknanya semasa darjah satu kau dah
kehilangan ibu kau?”
Lisa mengangguk perlahan. Air matanya
diseka dengan jari agar tidak gugur membasahi pipinya.
“Selepas ibu saya meninggal, saya tinggal
bersama ibu dan ayah angkat saya sekarang... Kami berhijrah ke Selangor setelah
peristiwa tersebut berlaku.
“Maaf aku dah mengungkit kisah sedih kau...”
Hati Irfan tidak senang apabila melihat gadis dihadapannya ini mula mengalirkan
air mata.
“Nak sapu tangan?” Irfan menyeluk saku
seluar.
“Maaf, saya tak guna sapu tangan orang
lain... Bekas awak lap peluk awak, awak nak bagi saya?” Lisa agak terkejut
dengan huluran sapu tangan yang diberikan Irfan.
“Hello… Aku tak guna lagi tau!”
“Tak nak... Yarkk... Kotor,” kata Lisa
jijik.
“Tak nak sudah... Jangan meleleh hingus tu
sampai ke baju sudah...” Irfan memasukkan kembali sapu tangan ke dalam poket.
“Berlagak betul Minah ni... Hingus dah nak
meleleh, disedup lagi... Pengotor betullah...” Irfan bebisik perlahan.
Lisa tidak menghiraukan kata-kata Irfan.
Biarlah, dia rela menyedup hingusnya sendiri daripada menggunakan sapu tangan
orang lain yang entah apa bekas dikesatnya.
“Habis tu, ayah kau?” Irfan menyambung
kembali perbualan tersebut.
“Ayah? Entahlah... Katanya dah tak ada...”
Lisa bangun dari duduknya. Kakinya mula mengatur langkah menuju ke tepi tasik.
Irfan menuruti langkah Lisa.
“Entahlah?” Irfan hairan.
“Saya pun tak pernah melawat kuburnya...”
Lisa mula mengutip batu-batu kecil di tepi tasik.
“Maksud kau?” Irfan berdiri disisi Lisa.
“Semasa saya dapat tahu abah dah tak ada,
saya masih kecil dan ibu masa itu sedang sarat mengandungkan Adam. Itu pun kami
dapat tahu daripada surat yang dikirimkan seseorang... Kami teringin sangat
hendak melawat kuburnya... Disebabkan keadaan ibu yang bila-bila masa sahaja
akan bersalin, kami tidak dapat meneruskan niat tersebut...” Lisa mula
melontarkan batu-batu kecil ke dalam tasik. Riak permukaan tasik yang tenang
sebentar tadi mula berubah dan beralun.
“Seseorang? Kau tahu siapa?”
“Tak tahu... Ibu sepertinya berahsia
daripada pengetahuan saya. Mungkin disebabkan saya masih kecil dan tidak mahu
saya tersalah anggap pada abah.”
“Kenapa perlu hantar surat untuk
memberitahu perihal ayah kau?”
“Abah bekerja di Selangor... Sementara
pula, saya dan ibu berada di Terengganu... Tiap-tiap bulan ayah akan kirimkan
wang kepada kami dan setiap bulan jugalah ibu akan mengutuskan surat buat ayah.
Nak ditalefon, abah ketika itu tidak memakai telefon dan ibu sendiri pun tidak
mempunyai telefon. Namun, surat yang dikirimkan ibu tidak berbalas sehinggalah
saat kematian ibu. Ibu berharap abah akan pulang setelah memberitahu dia telah
hamil. Setelah berusaha mengutuskan surat berkali-kali, abah tetap juga tidak
pulang. Abah hanya mengirimkan wang semata-mata di dalam sampul surat. Sepatah
kata pun tidak dikirimkan hinggalah hari dikhabarkan abah telah meninggal dunia
akibat kemalangan... Sejak abah dikhabarkan telah meninggal dunia, tiada lagi
kiriman wang daripadanya... Sebelum kematian ibu, ibu agak terkilan kerana
tidak dapat menunjukkan zuriat lelaki mereka yang diinginkan sangat oleh abah…”
Lisa semakin rancak melemparkan anak batu ke tasik. Hiba di dadanya terasa
begitu berat sekali. Rindu pada ibu dan abah tercinta sungguh menusuk kalbu.
Kali ini air matanya gugur semahu-mahunya dihadapan tunangnya.
Irfan panik.
“Err... Lisa, kau ok?”Irfan mula gelabah.
Apa yang harus dilakukan?
“Entahlah awak... Saya sedih sangat...”
Lisa memberhentikan kata-katanya. Sebak di dada dirasakan begitu menyesakkan.
“Kalau macam tu, aku tak akan tanya lagi
perihal keluarga kau... Tengok kau menangis macam ni buat aku rasa bersalah...”
“Ibubapa saya pergi dalam keadaan yang
tragis... Ibu saya mati rentung didalam api kebakaran bersama adik kembar Adam...
Nasib baiklah sewaktu kejadian Adam dibawa ibu angkat saya ke klinik… Kalau
tak, mesti saya tinggal sebatang kara. Wajah ibu saya pun saya tak dapat lihat
awak tahu tak... Hati mana yang tidak sedih kalau ibu yang dikasihi meninggal
didalam keaadaan yang begitu memeritkan... Saya baru sahaja kehilangan abah...
Tiga minggu kemudian ibu saya pula pergi bersama adik yang baru lahir...”
“Kalau kau rasa berat untuk bercerita,
kita tamatkan dekat sini sahaja... Okay? Aku faham perasaan kau... Hanya orang
yang terpilih sahaja yang akan mampu menghadapi ujian seberat ini sewaktu kecil...”
“Tak apa... Awak patut tahu semua ini...
Walau berat macam mana pun dugaan yang diberikan, saya percaya pasti ada hikmah
disebalik ini... Pasti akan ada sinar kebahagian dipenghujungnya. Dengan adanya
dugaan ini, ia dapat mengajar hati saya agar terus tabah dalam menghadapi
setiap dugaan dan rintangan dalam hidup saya...”
Irfan mengangguk perlahan. Senyuman nipis
diukirkan di bibir merahnya. Rasa kagum tentang gadis ini semakin menyelubungi
hati lelakinya. Disebalik senyuman ceria diwajah Lisa rupanya ada luka dalam
yang telah mencederakan hatinya sejak kecil. Hari ini lukanya berdarah kembali.
Irfan mula rasa bersalah kerana tidak memahami Lisa sejak dari kecil. Kalaulah
Irfan tahu Lisa sedang merawat hatinya ketika itu, pasti Irfan tidak akan
menganggu dan mengacau Lisa.
“Lisa, maafkan aku... Maafkan aku kerana
aku tidak menjadi teman yang baik ketika kau menderita. Kalaulah aku tahu
awak-awal, pasti aku tidak akan terus membuat lukamu berdarah…” bisik hati
Irfan sambil merenung wajah Lisa dari sisi. Lisa tersenyum kelat. Air matanya
telah berhenti mengalir.
“Lisa, sejak dari mula aku mengacau kau
sejak hari itulah juga hati aku mula menyukaimu. Walaupun ketika itu kau marah,
aku suka melihatnya... Sebab itulah aku gatal sahaja mengacau kau... Tapi, aku
anggap itu hanyalah cinta monyet... Dan aku tidak mahu membuang masa memikirkan
hal itu...” kata-kata itu hanya diungkapkan di dalam hatinya sahaja. Irfan
tidak berniat untuk memberitahu Lisa tentang hubungan mereka ketika kecil.
“Haaa… Dekat sini pun kamu berdua!” sergah
Huda dari belakang. Peluh didahinya dilap dengan tuala. Lisa dan Irfan
berpaling ke belakang.
“Kau rupanya Huda... Ustaz Saiful mana?”
tanya Irfan.
“Tuuu…” Huda menunjukkan jari telunjuknya
ke arah orang menjual aiskrim.
“Bukan main seronok kamu berjoggingdengan encik tunang yer?” usik
Lisa.
“Eh, mestilah... Engkau apa kurangnya...
Berdating dengan encik tunang…” Huda
mencubit manja lengan Lisa.
Lisa dan Irfan hanya tersenyum sambil
memandang antara satu sama lain.
“Hai... Aduh, penatnya jogging,” kata Ustaz Saiful menghampiri
mereka semua sambil membawa satu beg plastik aiskrim.
“Eh, nak sihat kan,” kata Lisa.
“Fikir nak sihatlah ni Lisa... Kalau tak,
tak kuasa nak joggingni...”
“Nah, ambillah seorang satu… Semuanya sama
jenis sahaja... Nanti kalau lain-lain ada pula yang dengki nanti...” Ustaz
Saiful menghulurkan aiskrim seorang satu.
“Terima kasih,” ucap Irfan sambil menerima
huluran Ustaz Saiful.
“Sama-sama... Jemputlah makan... Hahaha…”
Petang
itu mereka menikmati aiskrim bersama-sama. Dirasakan persahabatan ini sungguh
bermakna sekali. Apa yang pasti, persahabatan ini akan diakhiri dengan ikatan
perkahwinan tidak lama lagi. Lisa dan Irfan bakal menamatkan zaman bujangnya
terlebih dahulu dan selepas itu Ustaz Saiful dan Huda akan menjejaki langkah
mereka memasuki gerbang perkahwinan.