BAB
18Lisa berpuas hati
kerana semua orang menepati masa. Ustaz Saiful dan Dr.Haikal sudah menunggu
diperkarangan rumah.
“Jom, kita gerak,”
ajak Lisa.
Mereka berjalan
beriringan melintasi jalan yang lengang menuju ke arah tasik. Cahaya lampu
jalan menerangi perjalanan mereka. Sesekali beberapa ekor anjing liar kelihatan
dihadapan mereka. Perkara tersebut telah biasa buat mereka. Mujurlah
anjing-anjing disitu tidak pernah mengganggu dan mencederakan penduduk di situ.
Mungkin selagi manusia tidak mengapa-apakan mereka, selagi itulah mereka tidak
akan menganggu manusia. Satu lagi petuanya ialah jangan lari tergesa-gesa
apabila melihat anjng. Jika berbuat demikian, bimbang akan menjadi sasaran
anjing iaitu dikejar dan digigit. Mungkin anjing akan mengesyaki sipelari
tersebut adalah pencuri. Jadi, tanpa membuang masa, masa inilah ia nak
membanteras jenayah.
“Dr.Haikal datang
melalui pintu belakang rumah Ustaz Saiful ke?”tanya Huda tersengih-sengih.
“Aahh, pintu
belakang… Hahaha,” jawab Dr.Haikal sambil memandang Ustaz Saiful.
“Eh, dia buat
betul-betul Lisa… Kan betul aku cakap…”
“Ooo... Mengumpat
pasal saya, ya?”
“Mana ada… Tak
adalah. Kan Lisa?” kata Huda sambil memeluk tangan Lisa.
“Aahh.... Tak
adalah... Lagipun mengumpat ni berdosa tau! Kan Ustaz?”
Ustaz Saiful
hanya mengangguk dan ketawa kecil.
“Lisa, tempat
macam dah penuh.... Macam mana ni?”
tanya Huda panik setelah mereka menghampiri restoren tersebut.
Lisa hanya
tersenyum.
“Jangan risau… Tempat
dah ditempah,” kata Lisa bersunguh-sungguh.
“Dah ditempah??
Bila?” tanya Huda teruja.
“Adalah… Kamu
semua tunggu dekat sini sekejap. Lisa masuk ke dalam ambil nombor tempat yang
dah ditempah tu. Tunggu sini tau....”
“Ok. Jangan
lama-lama... Kami dah lapar ni,” kata Huda.
“Iyalah budak
comot…”
Lisa berjalan
menuju ke dalam restoren sementara rakan-rakan yang lain berada diluar
restoren. Restoren ini mempunyai meja didalam dan diluar. Kebiasaannya para
pelanggan akan lebih suka memilih untuk berada diluar pada waktu malam untuk
mengambil angin malam dari tasik. Ianya lebih sejuk dan tenang. Manakala pada
waktu siang para pelanggan lebih suka berada didalam restoren dek kerana
peritnya panas mentari. Mata Lisa diliarkan ke sekeliling. Kelibat Irfan dicari.
Namun hampa.
“Hai, dik....
Akak nak ambil tempahan akak. Boleh tahu, meja mana ya?”
“Hai... Selamat
datang… Nama akak?” tanya pelayan restoren dengan ramah.
“Lisa....”
Pelayan tersebut
dengan pantas memeriksa buku tempahan.
“Untuk tempahan
akak, meja nombor 19 A iaitu di tingkat atas menghadap tasik.”
“Bercampur tak
dengan pelanggan lain?”
“Tak.... Ada privacy…
Ada dinding-dinding buluh yang memisahkan antara pelanggan dan ia boleh
dikatakan sebuah bilik cuma ia tak berdinding untuk bahagian menghadap tasik.”
“Bagus-bagus…”
“Untuk kek ni
macam mana?” tanya pelayan yang lengkap beruniform dan bertudung manis.
“Owhh kek… Yang
ni akak akan ambil sendiri dekat bawah… Nak buat kejutan!” kata Lisa teruja.
“Ok, baiklah… Ini
kad nombor meja ya. Selamat menjamu selera.”
“Terima kasih…” Lisa
mengambil huluran kad yang diberikan. Kemudian, Lisa berlalu pergi dari kaunter.
“Mana Irfan ni?”
Mata Lisa masih mencari kelibat Irfan.
“Hai...,”sapa
suara garau dari arah belakang. Lisa tanpa berlengah lagi berpusing kebelakang.
“Hai… Dah lama
sampai?” kata Lisa sambil tersenyum mesra.
“Ermm.... Tak
juga. Tapi masa kau dekat kaunter tu aku dah ada,” kata Irfan.
“Ooo… Tu apa tu?”
kata Lisa setelah melihat Irfan memegang sesuatu.
“Hadiah....”
“Ooo... Ok-ok....
Boleh tak sorokkan dulu hadiah tu… Sebab tuan punya birthday tak tahu pun nak
sambut birthday dia ni. Apa kata tinggalkan dulu dekat kaunter… Nanti kita datang
ambil sekali dengan kek… Barulah surprise! Nak buat dia menangis sebab terharu....
Hahahaha...”
“Nakal juga kau
ni yer....”
“Sekali-sekala…”
“Mana yang lain?”
tanya Irfan
“Ada dekat luar…
Oklah, awak pergi serahkan hadiah tu dekat kaunter dulu. Saya nak keluar
panggil mereka. Awak tunggu dekat kaunter tu ya... Sebab kita nak makan dekat
atas... Meja 19 A…”
“Ok, saya tunggu dekat
sini,” kata Irfan.
Tanpa berlengah
lagi, Lisa memanggil kawan-kawannya yang menunggu diluar.
“Eh, jomlah… Kita
makan dekat tingkat atas…”
“Jom-jom,” ajak Ustaz
Saiful supaya mereka cepat melangkah.
Mereka memasuki
ruangan dalaman restoren. Bau makanan yang sungguh enak menerjah ke rongga
hidung mereka. Secara tidak langsung membuatkan perut mereka terasa lapar dan minta
diisi.
Lisa memandang
Irfan masih setia menunggu di sudut kaunter disamping telefon pintarnya.
Mungkin membalas mesej. Kelihatan sungguh kacak dari jauh dengan belahan rambut
ditepi dan disisir dengan rapi. Baju t-shirt rona merah jambu bercampur hitam
membuatkan penampilan Irfan sungguh terserlah. Ditambah pula dengan kaca mata
yang entah berpower atau tidak. Mungkin sekadar gaya disebabkan Irfan kekadang
sahaja memakai kaca mata.
Mereka bertiga
menaiki tangga tanpa mempedulikan Irfan di situ. Irfan hanya memandang mereka
bertiga. Seperti pernah dilihat.
“Eh, sekejap,”
panggil Lisa.
“Kenapa?” mereka
tidak jadi melangkah.
“Perkenalkan ini
kawan Lisa... Errr… Kawan ke? Hentam sahajalah...”
Mereka bertiga
turun semula ke bawah. Ustaz Saiful dan Dr.Haikal bersalaman. Perasaan curiga
mulai menguasi fikiran Dr.Haikal.
“Boleh tahan
gayanya,” kata Dr.Haikal di dalam hati. Sepertinya mereka pernah berjumpa
sebelum ini.
“Dr.Haikal,
sebenarnya ini anak pesakit dekat wad kita tu.... Ingat tak Tuan Iskandar?
Irfan ini perkenalkan doktor yang merawat Tuan Iskandar…”
“Owhhh… Doktor
yang merawat papa saya… Kita pernah jumpa kan? Dalam lif...”
“Owh ya....
Pernah nampak kamu ni… Macam mana papa kamu? Sihat?”
“Alhamdulillah…
Dah sihat doktor.”
“Alhamdulillah...
Baguslah kalau macam tu,” kata Dr.Haikal sambil senyuman terukir diwajah.
“Jom naik atas…
Nanti tak makan kita nanti kalau lambat-lambat,” kata Lisa.
“Eh, jom-jom,” ajak
Huda yang sudah tersedar daripada meneliti wajah kacak Irfan. Nasib baiklah Ustaz
Saiful ada di sisi. Ustaz Saiful pun tidak kalah kacaknya. Hidungnya mancung...
Putih dan yang penting berwajah suci!
Mereka mengatur
langkah naik keatas. Huda memberi ruang kepada rakan yang lain terlebih dahulu
untuk naik ke atas.
“Mak kau jatuh!”
Huda melatah kerana kakinya sedikit terpelecot ketika menaiki tangga. Itulah
berangan…
“Hahahahahaha…”
mereka hanya ketawa melihat Huda yang masih berada dibelakang mereka.
“Eh, kamu semua
ni namanya doktor dan jururawat… Kawan sakit macam ni pun boleh ketawa?”
“Eh, sakit ke
Huda?” tanya Ustaz Saiful risau.
“Taklah… Hahaha...
Malu wehh... Janganlah pandang macam tu sekali....” Merona merah muka Huda
kerana lelaki-lelaki kacak dihadapnya kini telah mendengar dia melatah. Nasib
baik tak jatuh! Lain kali fokus ketika berjalan Huda…
“Ya… Dah jom
gerak... Tangga ni tinggi sangat!” komen Lisa.
“Nak kurus
mestilah rajin naik tangga....” Irfan mencelah.
“Amboi, dia ni
sindir aku ke apa?” bisik Lisa di dalam hati...
“Betul tu...”
jawab Dr.Haikal.
“Ada pula orang
yang tukang sokong!!” Lisa naik geram geram. Namun, kata-kata itu hanya terluah
di dalam hatinya sahaja. Entahlah kenapa minggu ni badannya telah naik 2 kg!
“Wahh… Cantik
tempat ni… Saya tak pernah makan bahagian atas,” puji Dr.Haikal.
Restoren ini berdindingkan buluh bewarna kuning yang
diserikan dengan lampu jingga yang secara tidak langsung mempamerkan rona emas
yang sungguh romantik. Setiap bahagian meja dipisahkan dengan dinding-dinding
buluh dan ia tertutup daripada pandangan awam dan apa yang menarik ia hanya
berdinding separuh dibahagian menghadap tasik bagi membolehkan pelanggan
menikmati bayu tasik di malam hari.
Mereka mengambil
tempat duduk masing-masing. Lisa mengambil tempat bersebelahan dengan Huda
manakala Dr.Haikal berhadapan dengan Lisa, Ustaz Saiful berhadapan dengan Huda
manakala Irfan berada diantara Lisa dan Dr.Haikal. Mereka memilih menu makanan
bersama-sama. Sementara makanana siap, Lisa ada agenda tersendiri untuk Huda. Dr.Haikal,
Ustaz Saiful dan Irfan rancak berbual. Sesi perkenalan katakan. Ramah juga
Irfan ni!
“Huda, boleh
tolong tak?” kata Lisa.
Irfan sudah
tersengih-sengih. Dr.Haikal dan Ustaz Saiful hanya buat muka biasa.
“Nakal kau Lisa!”
kata Irfan di dalam hati.
“Nak tolong apa
Lisa?”
“Dekat bawah tu
ada orang jual burger.... Boleh tak tolong belikan. Rasanya lambat lagi ni
makanan nak sampai. Sempatlah beli sekejap…”
“Alaaa… Kan dah
nak makan ni… Nak buat apa makan burger lagi... Nanti kenyanglah tu… Kata nak
diet,” kerling Huda pada Lisa.
“Malam nanti
mesti lapar lagi,” kata Lisa tidak berputus asa. Geram juga rasa hatinya Huda
kata dia diet. Dahlah depan orang lelaki… Seganlah…
“Tak naklah.” Huda menolak permintaan Lisa.
Lisa buntu idea
buat seketika. Macam mana nak buat kejutan kalau Huda tak nak turun.... Lisa
memandang Irfan. Lisa mengerutkan muka tanda meminta pertolongan.
“Huda, tak baik
buat macam tu. Kasihan Lisa nak makan
burger. Kalau dia mati, tak sempat dia nak makan burger… Kempunan,” kata Irfan
setelah dapat mengesan signal yang diberikan Lisa.
“Ya... Huda
turun… Nak berapa biji? Jenis apa?” kata Huda sambil membuat muka masam.
Lisa cuba menahan
ketawa. Sayang juga Huda dekat aku ya…
“Beli 5 biji...
Ayam special otai… Ini duitnya...”
“Ok.... Kau punya
pasal, aku pergi beli....”
“Huda, turun ikut
tangga hujung sana. Dekat sikit. Kalau tangga tengah ni dekat dengan kaunter…
Jauhhhh…” Padahal Lisa bimbang jika Huda akan nampak dia ke kaunter sebentar
nanti.
Setelah melihat
Huda berlalu pergi, Lisa memulakan bicara.
“Sebenarnya hari
ni Lisa nak sambut Hari Lahir Huda… Sebenarnya birthday dia dah dua minggu
lepas... Lisa sengaja buat-buat lupa… Lagipun sejak kebelakangan ni sibuk
memanjang. Minggu ni nasib baik ada masa. Bolehlah buat birthday surprised...”
“So, apa perancangan
kita?” tanya Ustaz Saiful.
“Sekarang ni Lisa
nak semua orang menyorok....”
“Menyorok?
Malulah.... Tak kan nak main menyorok dekat sini,” kata Dr.Haikal.
“Aaah.... Takkan
nak menyorok Lisa… Bawah meja ke? Tak muat nak masuk bawah meja ni… Kau Lisa
bolehlah masuk bawah meja… Kami?” kata Irfan tidak faham.
“Bukann… Bukannn…
Hahahahaha… You all ni.... Maksud Lisa, kita beredar dari tempat ni. Bila Huda
datang, tengok semua orang tak ada, mesti dia kalut… Lepas tu kita ambil kek
yang dah ditempah dekat bawah sana… Kemudian, kita naik dan nyanyikan lagu....
Lagipun dekat atas ni orang tak ramai. Kan ada dinding.... Taklah nampak....”
“Owhhh…
Faham-faham… Macam menarik ni… Kenakan dia… Hahahaha...,” gelak Dr.Haikal.
“Tapi, makanan
yang kita dah pesan tu macam mana? Buatnya pelayan hantar masa kita tak ada?”
tanya Ustaz Saiful.
“Owh… Yang tu,
mereka akan hantar sekali dengan kek tu. Sebabnya Lisa dah tempah untuk pakej
sambutan Hari Lahir. Menu-menu tadi tu dah dalam pakej tu…”
“Patutlah saya
rasa pelik tadi… Selama ni saya datang tak ada pula menu-menu macam tu… Rupanya
pakej sambutan Hari Lahir…”
“Nasib baik dia
tak tulis dekat menu tu, ‘Pakej Sambutan Hari Lahir,” kata Irfan.
“Nama pun surprised
kan,” kata Dr.Haikal.
Lisa dan Ustaz
Saiful turut ketawa. Tidak sabar hati mereka ingin mengenakan Huda Si Mulut
Murai.
“Sekejap… Tak kan
simple macam ni sahaja. Kita kenakanlah dia lagi,” cadang Irfan.
“Ermmm.... Nak
buat macam mana lagi?” tanya Lisa untuk kepastian.
“Ada cadangan?”
tanya Irfan.
“Kita mandikan
dia tepung!”kata Ustaz Saiful.
“Eh… Tak boleh
macam tu… Malulah dia nanti… Nanti bila balik dah jadi macam kuih tepung gomok,”
kata Lisa tidak setuju.
“Haaaa…. Kalau
macam ni… Salah seorang dari kita pergi marahkan dia. Cakaplah dia ni kenapa?
Gatal.... Perampas ke apa… Marah betul-betul… Sampai dia menangis,” cadang
Irfan.
“Haa… Bagus juga
idea tu. Sekarang siapa nak marahkan dia? Lisa?” tanya Dr.Haikal.
“Eh, tak boleh…
Lisa nak kena cakap dekat kaunter bawah tu.... Haa.... Apa kata Ustaz Saiful?”
kata Lisa sambil berpaling ke arah Ustaz Saiful.
“Saya?” kata Ustaz
Saiful sambil menunjukkan dirinya.
Mereka bertiga
mengangguk serentak. Dr.Haikal tahu Huda memang ada hati dengan Ustaz Saiful.
Lisa telah ceritakan kepadanya.
“Haa.... Apa lagi
jomlah kita pergi dari sini,” kata Irfan bimbang jika Huda sempat naik sebelum
mereka beredar.
“Eh, jom-jom…”
Tanpa berlengah
lagi, mereka turun kebawah. Sekali-sekala Lisa mengintai keluar tingkap untuk
melihat Huda. Dibawah, mereka mengatur strategi untuk mengenakan Huda. Pekerja
restoren telah menyediakan beberapa biji belon. Topi hari jadi pun diberikan
kepada mereka. Mereka telah mendapat idea yang sesuai untuk mengenakan Huda.
“Bersedia! Huda
dah naik.... Ustaz Saiful, kuatkan stamina!” Dr.Haikal memberi semangat.
“Takut la rasa...
Tukar oranglah.... Irfan?”
“Eh… No…. Kan dah
rancang.... Susahlah kalau ubah saat-saat akhir,” kata Irfan.
Tiba-tiba sahaja
telefon pintar Lisa berbunyi. Lisa memandang mereka bertiga. Semua melemparkan
senyuman teruja. Itu pasti Huda!
“Huda… Siap
sedia,” kata Lisa sebelum menjawab panggilan.
“Haa... Ada apa
Huda!” kata Lisa meninggikan suara.
Mereka bertiga
tekun mendengar. Mereka cuba menahan ketawa mereka.
“Mana kamu semua ni… Burger dah beli ni…”
“Engkau makanlah
burger tu seorang! Engkau memang tak layak jadi kawan aku! Kau pengkhianat!!!!”
“Apa ni Lisa… Tak
faham! Pengkhianat? Siapa pengkhianat?” tanya Huda cemas.
“Jangan nak
pura-pura dengan akuuuuu!!! Ustaz Saiful dah beritahu aku segalanya!!”
“Lisa… Apa ni,” kata
Huda.
“Tak payah
pura-pura dengan aku! Perempuan tak guna!”
Lisa segera
mematikan panggilan dan terus ketawa melepaskan geli dihatinya.
“Ustaz Saiful...
Naiklah,” kata Lisa.
“Ok… Cepat naik
tau… Buatnya dia lari dari situ susahlah kita nanti,” pesan Ustaz Saiful
sebelum melangkah naik.
Telefon Lisa
sekali lagi berbunyi tetapi tidak diendahkan Lisa. Ustaz Saiful melangkah naik
keatas secepat yang mungkin. Bimbang jika Huda terus beredar dari situ. Setelah
sampai ke ruang atas, Ustaz Saiful segera memasuki ruang makan mereka. Disitu
kelihatan Huda sedang duduk sambil menghadap tasik. Burger yang dibeli
diletakkan diatas meja. Ustaz Saiful melangkah perlahan-lahan ke dalam ruang
makan tersebut. Ketawanya cuba ditahan apabila Ustaz Saiful melihat Huda dengan
rakusnya memakan burger yang dibeli. Sekali-sekala terdengar esakan kecil
sepertinya sedang menangis. Ustaz Saiful cuba mengeluarkan amarahnya. Amarah
olok-olok!
“Amboi!! Sedap
makan!! Engkau memang mulut murai kan? Mulut tempayan!”
Huda segera
berpaling kebelakang. Hairan dengan suara yang tiba-tiba sahaja memarahinya. Ustaz
Saiful cuba mengalihkan pandangan dari melihat Huda. Bimbang jika dia terketawa
melihat keadaan Huda seperti itu. Mata berair menandakan dia menangis dan
mulutnya comot dengan sos burger!
“Apa??” tanya
Huda. Air mata dikesatnya.
“Engkau perempuan
tak guna! Kawan baik engkau, kau khianati!!” Ustaz Saiful memandang tepat
kemata Huda. Renungan tajam dipanah ke
dalam mata Huda.
“Saya buat apa?
Cuba jelaskan... Saya tak faham… Kenapa? Apa saya dah buat?” Air mata mula
mengalir keluar. Pantang betul dia kalau ada orang cuba merosakkan persahabatan
baik antara dia dan Lisa.
“Tak payah nak
pura-pura…”
“Alamak… Aku nak
kelentong apa ni,” bisik hati Ustaz Saiful. Itulah… Marah tak tahu sebab apa...
Macam mana ni?? Suasana diam seketika. Hanya tangisan Huda kedengaran.
“Huda, perangai
awak tu dah melampau! Kasihan Lisa, selama ini dia percayakan awak tapi awak
khianati dia!”
“Apa saya dah
buat??!!” teriak Huda geram. Persoalannya tidak dijawab.
“Kereta Lisa yang
rosak tu! Awak sengaja rosakkan kan? Sengaja? Rakaman CCTV menunjukkan awak
sengaja rosakkan! Bukan sebab kemalangan pun!”
“Aarrhh... Bantai
sahajalah apa-apa pun!” kata Ustaz Saiful cuba mengalihkan pandangan.
“Apa awak kata?”
“Awak sengaja
rosakkan kereta tu!”
“Bukann...
Bantai?” tanya Huda untuk kepastian.
“Engkau ni memang
nak kena bantai!! Baru sedar!” jari telunjuk Ustaz Saiful dihalakan ke muka
Huda.
Huda terkejut
dengan jerkahan Ustaz Saiful. Si Buah hati telah menengking dirinya! Macam
tidak percaya! Terasa seperti berderai hatinya pecah.... Dituduh tanpa usul
periksa. Huda duduk dibangku menenangkan dirinya manakala Ustaz Saiful sudah berlalu pergi meninggalkan
dirinya dengan muka bengis dan diwajahnya kelihatan betapa bencinya Ustaz
Saiful terhadap dirinya. Huda tidak bercadang untuk pulang dengan segera. Dia
tahu Lisa juga sedang marahkan dirinya. Pandangan matanya dialihkan ke arah
tasik yang dihiasi dengan lampu-lampu bewarna-warni.
“Siapa yang
membuat fitnah ni?” fikir Huda.
“Huda!!!!!!!!!!”
Jeritan tersebut mematikan lamunannya. Huda segera berpaling ke arah belakang.
“Tadaaaaaa!!”
Tunjuk Lisa ke arah luar.
“Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Huda, Allah selamatkan kamu.... ”
Siulan wisel
kedengaran. Belon-belon yang berwarna-warni dibawa masuk ke dalam ruang makan
oleh jejaka-jejaka yang kacak… Huda tergamam.
“Apa ni?” tanya
Huda keliru.
Tidak lama
kemudian Ustaz Saiful membawa masuk kek hari lahir yang telah dinyalakan lilin.
Wisel dibunyikan lagi.... Riuh-rendah suasananya.
“Tiup lilin cepat…
Nanti hangus kek tu,” usik Ustaz Saiful apabila melihat Huda masih keliru.
“Selamat Hari
Lahir yang ke 23 tahun Huda…” kata Lisa sambil mencium pipi Huda.
Huda tanpa dapat
bertahan lagi menangis tanda terharu. Badan Lisa dipeluknya. Dia menangis
semahu-mahunya. Tangisan yang membawa pergi perasaan geram, terharu dan
gembira. Geram kerana dikenakan oleh mereka dan terharu dengan kejutan
tersebut. Tidak pernah dia menyambut sambutan untuk hari lahirnya.
“Dah dah… Tiup
lilin tu Huda.... Nanti cair semua lilin,” kata Lisa sambil menyeka air mata
Huda. Ustaz Saiful, Irfan dan Dr.Haikal turut terharu dengan keakraban dua
sahabat ini. Si mulut murai dah berjaya menangis! Yeaahhh…
Huda memandang
jejaka-jejaka dihadapannya. Mahu sahaja dia membaling kasut tumit tingginya
kearah mereka bertiga… Terutamanya Ustaz Saiful!
Setelah Huda
meniup lilin, doa panjang umur dan murah rezeki dibaca oleh Ustaz Saiful.
Beberapa keping gambar diambil untuk kenang-kenangan. Mereka menjamu selera
dengan penuh keceriaan. Walaupun mereka baru sahaja kenal, tetapi kemesraan
mereka sepertinya sangat rapat. Irfan yang dilihat sebagai seorang yang agak
tegas sebelum ini namun untuk hari itu, dia kelihatan sangat peramah dan
periang.