BAB 17Cuaca petang ini
sangat baik. Lisa memanaskan badan bersama Huda di halaman rumah. Larian
setempat mula dilakukan bersama-sama.
“Ustaz, jomlah join
kami!” sapa Huda setelah melihat Ustaz Saiful keluar dari pintu rumah.
“Nak ke mana?”
“Jogging ustaz! Jomlahh… Sihatkan badan!” ajak
Huda.
“Ok, tunggu
sekejap! Saya tukar pakaian…”
“Kau tak kisahkan
Lisa?” tanya Huda. Huda tahu sangat perangai kawannya ini seorang. Kalau ada
lelaki turut serta ke dalam aktiviti mereka pasti Lisa akan berasa kurang
selesa.
“Eh, ok saja....
Lagipun aku pun dah ajak Dr.Haikal sekali. Kebetulan dia tidak oncall hari ni. Bolehlah
jogging ramai-ramai petang ni… Lagi seronok,” kata Lisa sambil meneruskan
larian setempat.
“Eh, biar betul?
Kau ajak mamat handsome tu Lisa?” Huda buat muka gatal.
“Haa… Kau jangan
nak mengada-ngada… Ustaz engkau pun ada sekali tu…”
“Wahh… Baru
seronok jogging ramai-ramai macam ni! Hah, ustaz aku dah keluar!”
Lisa memandang
jiran sebelahnya. Lisa mengangkat tangan dan menghadiahkan senyuman manis.
“Ustaz! Panaskan
badan dulu!” jerit Lisa.
“Ok!” jawab Ustaz Saiful sambil mengangkat tangan kepada Lisa
dan mula memulakan gerakan memanaskan badan.
“Hah, tu pun Dr.Haikal!”
kata Lisa sejurus terpandang susuk tubuh lelaki tersebut yang sedang berlari menuju
ke kediaman Lisa.
Lisa mula keluar
dari pintu pagar rumah diikuti oleh Huda.
“Ustaz, jomlah…
Kawan Lisa dah sampai. Bolehlah gerak sekali,” kata Huda.
Ustaz Saiful
bersalaman dengan Dr.Haikal.
“Assalamualaikum.
Saya Saiful. Jiran sebelah,” kata Ustaz Saiful sambil menunjukkan rumahnya yang
bersebelahan dengan rumah Lisa dan Huda.
Huluran tangan Ustaz
Saiful disambut pantas oleh Dr.Haikal. Seukir senyuman terukir di wajah mereka.
Jabatan tangan bertaut mesra.
“Waalaikumussalam…
Saya Haikal… Rakan sekerja Lisa dan jiran belakang rumah Lisa dan Huda.”
“Tinggal
belakang? Eh, kita jiranlah,” kata Ustaz Saiful sambil menepuk-nepuk bahu
Dr.Haikal.
“Ok… Jom kita
gerak!” sampuk Huda sambil berlari anak.
“Eh, sabarlah
Huda,” kata Lisa yang masih menadah muka melihat perkenalan antara Dr.Haikal
dan Ustaz Saiful.
“Aku dah tak
sabar nak bakar lemak ni… Tak gitu Dr.Haikal?”
“Ya... ya… Jom-jom…
Kita gerak… Hahahaha,” kata Dr.Haikal sambil membuka langkah dan diikuti oleh
Lisa dan Ustaz Saiful.
Perkenalan baru,
baru sahaja bermula. Walaupun baru bertemu, mereka kelihatan mesra sekali. Dua
teruna dan dua dara begitu menikmati angin tasik dipetang hari. Mereka berlari
mengelilingi tasik tersebut mengikut trek larian yang telah disediakan.
Sesekali terdengar gelak tawa mereka.
“Seronok juga jogging
petang-petang macam ni… Rasa hilang
stress bekerja,” kata Dr.Haikal.
“Aahh… Memang
seronok… Doktor tak pernah jogging ke petang-petang
macam ni?” tanya Lisa.
“Tak payah berdoktorlah
dengan saya Lisa. Ini bukan hospital. Boleh panggil Haikal, awak atau apa-apa
sahajalah…Tak payah formal-formal. Ok, berbalik kepada soalan awak tu
Lisa, sebenarnya terus terang saya
cakap, saya tak pernah pun jogging pada hari bekerja. Hari cuti sahaja saya jogging,
itupun kalau sempat…”
“Yalah kan... Doktor
kerja full time... Tambah-tambah lagi kalau oncall… 36 jam kerja tanpa henti...
Fuhh… Letih tu. Tapi tak apa. Gaji berbaloi....”
“Kalau macam tu
kami panggil doktor, Hai… Hai, hai… Seronok jogging?” sampuk Huda menyerikan
suasana.
“Hahahaha…Eh,
kamu ni. Kesitu pula… Panggil Haikal sudahlah... Boleh tak doktor?”tanya Ustaz
Saiful.
“Itulah
sebaiknya… Hahaha… Ada ke patut nak panggil saya Hai... Penat mak dan ayah saya
tolong daftarkan nama saya kecil-kecil dulu…”
“Kalau macam tu kita
panggil Si Huda ni Hud-hud, Haikal,” samput Ustaz Saiful.
“Haaa… Epul… Jangan nak mengada-ngada ya?”
kata Huda sambil bercekak pinggang. Mata sedikit dijegilkan.
“Amboii… Manja
nama dia!” kata Lisa.
Muka Ustaz Saiful
sudah merona kemerahan menahan gelak. Ada ke patut, nama timangan dia masa bayi dulu diutarakan.
“Ok, sebelum Lisa
terkena jom kita balik! Hari dah nak malam ni,” ajak Lisa.
“Haaaa...
Takutlah tu,” kata Huda sambil mengibas-ngibas mukanya dengan tuala kecil.
“Tak ada maknanya,
ok… Oh, ya… Sebelum terlupa! Jejaka-jejaka kita ni free tak malam ni?”
“Free!” jawab
mereka serentak.
“Kalau macam tu,
Lisa nak ajak pergi dekat Restoran Warisan dekat depan tasik ni jam 8.30 malam!
Lisa belanja… Boleh?” tanya Lisa sambil kedua-dua belah kening dinaikkan.
“Eh, mestilah
boleh kalau orang tu dah nak belanja... Takkan nak menolak kan,” kata Ustaz
Saiful.
“Hurmmm… Bagus-bagus.
8.30 malam ya.... Kita berkumpul depan rumah Lisa. Kita jalan sama-sama nanti. Dalam
8.15 datanglah Dr.Haikal. Kami dah duduk dekat-dekat. Awak nak kena pusing satu
blok baru sampai rumah saya.”
“Kalau macam tu,
saya ikut pintu belakanglah!” usik Dr.Haikal.
“Eh, ada pula
macam tu… Kalau ikut belakang rumah Ustaz Saiful boleh… Belakang rumah saya,
tak bolehlah…”
“Haa… Kalau macam
tu ikut pintu belakang rumah saya sahajalah!” pelawa Ustaz Saiful sambil
menepuk bahu Dr.Haikal.
“Good idea....” Dr.Haikal
tersenyum.
Mereka berjalan
pulang seperti itik pulang petang. Sesekali ada sahaja lawak yang dicetuskan
Huda. Terjalin kemesraan diantara mereka. Kelakuan mereka berempat menarik perhatian
Irfan dari dalam kereta. Hampir 45 minit
dia menunggu kelibat Lisa. Bukan Irfan tidak cuba untuk menalefon, tetapi
langsung tidak diangkat. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk datang
sendiri ke rumah Lisa. Kebetulan jiran Lisa memberitahu bahawa Lisa keluar berjogging.
Jadi, dia membuat keputusan untuk menunggu di dalam kereta.
“Siapa dua jejaka
tu ya? Buah hati Lisa ke?” terdetik soalan tersebut didalam fikiran Irfan. Perasaan
cemburu mula berputik didalam hati.
“Eh, kenapa
dengan aku ni? Aku dengan dia bukan ada apa pun. Musuh tetap musuh… Dia masih
belum meminta maaf tentang kejadian 3 bulan dahulu.” Selagi perkataan maaf itu
belum meniti dibibir gadis tersebut, selagi itulah tembok dendam Irfan tidak
akan diruntuhkan. Tembok dendamnya itu bukanlah tembok batu, cuma tembok
keegoan sahaja. Secalit cinta pasti akan merobohkan tembok tersebut.
Keempat-empat insan
tersebut bergerak semakin hampir. Irfan bersiap untuk keluar dari kereta. Pintu
kereta dibuka dan segera ditutup. Irfan bersandar dipintu kereta dengan
senyuman menguntum di bibir. Keempat-empat daripada mereka masih tidak
menyedari kehadiran Irfan di hadapan rumah Lisa. Mereka masih lagi belum
menghabiskan saki-baki ketawa mereka. Irfan ralit melihat kemesraan mereka.
Sepertinya mereka terlalu akrab.
“Assalamualaikum!”
sapa Irfan setelah mereka menghampiri rumah mereka.
“Waalaikumussalammm,”
jawab mereka serentak. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki dihadapan
mereka kini manakala Lisa hanya membuat muka selamba tetapi masih tersenyum.
“Saya nak jumpa dengan Lisa,” kata Irfan
sambil tangan menunjukkan jari kearah Lisa.
“Nak jumpa saya?” tanya Lisa sambil
menunjukkan dirinya.
Irfan hanya
mengangguk. Mereka yang lain mengerti lalu memohon meminta diri.
“Jangan lupa
malam ni tau!”pesan Lisa sekali lagi.
Dua jejaka
tersebut hanya tersenyum sambil mengorak langkah meninggalkan Lisa.
“Ada apa nak
jumpa saya ni?” tanya Lisa serius.
“Kenapa aku call
kau, kau tak angkat?”
“Owhh… Jadi
nombor Encik Irfanlah yang sampai 15 kali tak dijawab tu? Maaflah saya baru format
handphone saya… Jadi, semua nombor hilang dan tidak dapat diselamatkan... Cuma
beberapa orang sahaja yang saya ingat nombor telefonya…”
“Eh? 15 kali?”
entah dia pun tak perasan fikir Irfan.
“Panjang saya nak
terangkan… Lagipun dah nak Maghrib ni… Saya hanya nak pesan, sila angkat
panggilan saya.... Ermmm... Kalau tak pun kita jumpa malam ni. Boleh?” tanya
Irfan berharap.
“Malam ni? Tak
bolehlah En.Irfan… Malam ni saya janji nak keluar dengan kawan-kawan saya.”
“Kawan?” Lega
sikit hati Irfan mendengarnya. Ingatkan buah hati Lisa tadi.
“Ya kawann...
Yang tadi tulah…”
“Ooo… Kalau macam
tu, oklah… Aku call kau nanti.”
“Eh, kalau Encik
Irfan nak join sekali pun boleh… 8.30 malam nanti. Dekat Restoran Warisan dekat
tasik tu... Alaa… Yang tempat kita pertama kali jumpa tu… Yang awak pukul-pukul
kucing tu… Dekat situlah. Jomlah sekali. Ada jamuan sikit… Birthday party… Buat
kecil-kecil sahaja... Cuma berempat. Kalau Encik Irfan datang, bolehlah
meramaikan…”
“Birthday siapa?”
“Huda, kawan saya!
Oklah jumpa malam ni tau… Saya ada hal sikit ni… Datang tau!” kata Lisa sambil
melangkah kedalam pintu pagar rumah.
Irfan menganggukkan
kepala. Hatinya berbunga. Entah kenapa…
Huda melangkah
keluar dari dapur. Sepantas kilat dia berlari menerpa ke arah Lisa.
“Lisaa… Siapa tu?” tanya Huda sambil kepalanya
dijengukkan ke luar tingkap. Namun lelaki tersebut telah berlalu pergi bersama
kereta mewahnya.
“Lelaki itulah…”
“Lelaki mana?
Sejak dua menjak ni ramai pula lelaki yang melekat dekat hang...”
“Lelaki
itulahhh…”
“Ishhh dia ni… Betul-betullah
Lisa… Siapa tu?”
“Ingat tak lelaki
yang pukul Tuah tu? Yang Lisa ceritakan tu?”
“Yang cakap nak
balas dendam tu?”
Lisa mengangguk
sambil meneguk air dari gelas yang diambil dari tangan Huda.
“Hulamakkk… Cair
aku tengok… Macam putera khayalan!”
Lisa hanya
mencebik.
“Kacak kalau
garang buat apa,” kata Lisa sambil menghulurkan gelas kepada Huda dan berlalu
pergi.
“Hoi.... Kering
gelas aku kau minum Lisa!”
“Hahahaha…
Dahagalah wehh… Eh, dah nak maghrib ni... Aku naik dululah... Malam nanti nak
pergi makan… Cepat bersiap!” jerit Lisa dari tangga atas.
Huda hanya
tersenyum.
“Wahhh… Malam ni
makan free....”