BAB
19 Lisa tekun menyediakan ubat mengikut senarai
ubat yang telah diarahkan oleh doktor untuk diberikan kepada pesakit.
“Selamat pagi,
Lisa!” sapa Dr.Haikal merangkap doktor di wad tersebut.
“Selamat pagi
doktor.... Natasya ok. Bukan Lisa… Ini,wad…” Jari telunjuk digerakkan
menidakkan kata-kata doktor muda tersebut.
“Oppss… Lupa…
Natasya…”
“Doktor oncall
tak hari ni?”
“Oncall… Kasihan
saya kan?”
“Buat apa nak kasihan...
Hahaha… Kasihanlah juga… Nasib baik tak kahwin lagi… Kalau tak, kasihan anak
isteri dekat rumah…”
Dr.Haikal
terkesima mendengar kata-kata Lisa. Mungkin Lisa masih tidak tahu. Oh,ya....
Mana mungkin Lisa dapat tahu sedangkan dia sendiri telah merahsiakan
perkahwinannya itu daripada pengetahuan orang lain termasuklah ibubapanya
sendiri.
“Eh, kenapa
doktor diam?” tegur Lisa sejurus melihat perubahan air muka doktor muda
dihadapannya.
“Baru saya
perasan… Cantik juga warna-warna ubat ni. Ubat Paracetamol warna pink! Selalu
jumpa warna putih… Sesuai dengan baju awak,” kata Dr.Haikal sambil
membelek-belek troli ubat.
“Mana nak perasan
doktor… Doktor tulis arahan dekat kertas dan bagi dekat jururawat... Doktor tak
tengok ubat-ubat tu… Hahaha....”
“Ada juga saya
tengok… Tapi, tak perasan… Sibukkan…”
“Faham-faham…
Oklah doktor saya nak hantarkan ubat untuk pesakit ni…”
“Ok...”
Tinggal lagi 15
minit sebelum pukul 8.30 malam. Lisa cepat-cepat memakai selendang. Mujurlah waktu
Isyak awal, jadi dia boleh segera menunaikan Solat Isyak sebelum keluar dari rumah.
Selendang biru muda dililit dengan kemas dikepala. Satu persatu pin disematkan
pada selendang supaya nampak kemas.
Saat ini hati
Lisa berdebar. Kebetulan hari ini Huda tidak dapat menemaninya dek kerana perlu
menyiapkan rekaan baju pengantin yang telah ditempah oleh pelanggan. Lisa
mencapai tas tangan bewarna putih diatas meja soleknya. Telefon pintar
dimasukkan ke dalam. Lisa mula melangkah menuruni anak tangga. Skirt hitam
labuhnya diangkat sedikit agar tidak terpijak ketika menuruni tangga. Ketika
itu juga kedengaran hon kereta dibunyikan diluar rumah.
“Lisa!! Cepatlahhh…
Dia dah sampai!” panggil Huda sambil membuka pintu rumah.
“Dah sampai??”
Lisa melihat jam tangannya. Tepat pukul 8.30 malam. Sedikit kagum dihatinya
kerana jejaka ini sangat menepati masa.
Lisa ke dapur sekejap
untuk meneguk air. Masa ini jugalah tekaknya terasa kering. Kemudian, dia
berlari anak menuju ke pintu hadapan.
“Betul tak nak
temankan ni?” tanya Lisa untuk kepastian. Kereta Audi TT-RS Roadster diluar
dilihat dengan hujung matanya.
“Maaf… Memang tak
boleh temankan....” Huda membuat muka simpati. Biarlah kali ini Lisa berdikari
tanpa dirinya.
Lisa cepat-cepat
memakai kasut tumit tinggi yang diletakkan di atas rak diluar rumah. Langkah
dipercepatkan. Hatinya semakin berdebar-debar. Entah kenapa tiba-tiba sahaja
setelah sampai dirumah siang tadi Irfan
menalefonnya mengajaknya keluar malam ini. Katanya ada sesuatu yang penting ingin dibincangkan serta ingin
belanja Lisa makan. Kalau setakat makan Lisa malas nak melayan. Tapi, perkara
penting yang ingin dibincangkan sedikit menarik perhatian Lisa untuk bertemu
Irfan pada malam ini.
Irfan keluar dari
kereta setelah melihat Lisa menapak ke arahnya. Senyuman manis dilemparkan.
Senyuman inilah yang akan membuat mana-mana hati gadis akan tergoda. Tidak sangka
Lisa tidak mengelak untuk berjumpa dengannya malam ini.
Lisa turut membalas
senyuman yang dilemparkan Irfan.
“Alahai, kacaknya…”
Lisa memuji di dalam hati.
Huda juga turut menyaksikan
senyuman tersebut dari dalam pintu pagar rumah.
“Irfan! Jangan senyum
lama-lama.... Nanti ada orang tergoda!” usik Huda. Pintu pagar rumah ditutup.
Sengaja ditutup lebih awal sebelum Lisa berlalu pergi. Huda takut untuk berada
diluar rumah seorang diri. Sejak kebelakangan ini ada beberapa kes kecurian
berhampiran dengan rumahnya. Jadi, Huda perlu lebih berhati-hati.
“Siapa yang
tergoda?” tanya Irfan.
“Kami!” jawab
Huda.
“Kami? Awak
seorang sahaja Huda yang tergoda… Lisa tak…” Lisa mengeleng-ngelengkan kepalanya.
“Apa pun, Irfan
awak nampak sangat hebat malam ini....” Huda mengangkat ibu jarinya menunjukkan
tanda bagus.
“Terima kasih…”
“Jom Lisa....”
Irfan mempelawa Lisa memasuki kereta yang telah dibuka pintunya untuk gadis
itu. Huda cuba menahan tawanya melihat reaksi Lisa yang terkial-kial melihat
kelakuan Irfan. Bertuahnya Lisa! Putera idaman membuka pintu kereta untuk
dirinya! Persis putera khayalan.... Aduh, bertuahnya!
“Kami pergi dulu,”
kata Irfan sebelum memulakan pemanduan. Lisa disebelah sibuk melambai ke arah
Huda. Cermin kereta mula dinaikkan lalu hilang kelibat insan didalamnya dari
pandangan Huda. Kereta mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan
rumah.
Tanpa berlengah
lagi, Huda segera masuk kedalam rumah. Pintu rumah dikunci sebaiknya. Huda
menaiki anak tangga menuju ketingkat atas. Segelas Milo sejuk dan beberapa
keping biskut turut dibawa bersama. Di dalam pemikiran Huda sekarang, dia hanya
memikirkan lakaran yang bakal dibuat.
Huda perlu
menyiapkan rekaan baju pengantin yang telah diminta oleh pelanggan. Kali ini
konsepnya berkonsepkan bunga-bungaan. Bunga yang menjadi pilihan adalah
bertemakan Bunga Sakura. Satu demi satu lakaran dibuat diatas kertas sebagai
draf. Lakaran yang tidak menjadi diletakkkan ditepi. Internet menjadi peneman
setia Huda ketika ini. Beberapa lakaran diinternet dijadikan sebagai sumber
rujukan.