SINOPSIS Pertemuan mereka tidak di jangka..
Saat hiba menyelubungi hati Si Hawa,
Saat itulah berlakunya kekejaman terhadap Si Comel di hadapan matanya .
Ia merobek hati
Si Hawa yang sedang merintih.
Tanpa berfikir panjang, satu tindakan yang kurang wajar
telah di lakukan oleh Si Hawa.
Sekelumit
dendam akhirnya perlahan-lahan
hadir di dalam hati Si Adam.
Namun, senyuman itu..
Menghadirkan rasa tenang di hati..
Memadamkan api dendam yang baru sahaja menyala..
Lamaran di hantar oleh Si Adam,
Si Hawa serba salah.. Dia cintakan orang lain..
Namun, Si Hawa tidak pasti orang yang dicintainya
itu sukakan dirinya atau tidak.
Lalu…
Antara Mawar dan Kaktus, menentukan pilihan Si Hawa.
Ketika pilihan sudah dibuat dan persediaan
perkahwinan sedang berlangsung,
Si Hawa nekad membatalkan perkahwinan.
Si Adam pasrah dan berserah kepada Ilahi.
Kaktus walaupun berduri,
Ia juga akan mengeluarkan bunga,
Kau walaupun sukar untuk ku hampiri,
Tetapi dalam hatiku putik cinta mula berbunga. –
Irfan
Ku kirimkan Pohon Mawar ini sebagai lambang cintaku
kepada mu. Jika Allah takdirkan pokok ini berbunga, maka dapatlah dikau membaca
surat ini dan dapatlah juga dikau mengetahui niat dan hajatku.. - Dr.Haikal
Menatap indah Mawar, kian menjerat hati nan keliru,
Menatap mekarnya Kaktus,menggamit satu ikatan yang
pasti.. – Lisa
Jom sama-sama kita habiskan episod kisah
ANTARA MAWAR DAN KAKTUS yang sudah pastinya banyak kejutan untuk anda.