BAB
24Puan Elinna dan Tuan
Iskandar menunggu kedatangan Irfan di balkoni rumah. Mereka tidak sabar ingin
mengetahui siapakah bakal model butik mereka merangkap calon menantu untuk
keluarga. Angin malam begitu mendamaikan jiwa. Sesekali mereka menghirup
secawan susu panas sambil berbual kosong.
“Haa.... Irfan!
Cepatlah beritahu siapa model butik kita.... Ada gambar tak?” tanya Puan Elinna
tidak sabar.
“Kalau ya pun
awak ni… Bagilah budak ni duduk dulu.” Tuan Iskandar bersuara.
Irfan mula menarik
kerusi mengambil tempat.
“Itu kerusi
Iffa!!”jerit Iffa sambil berlari menuju kearah mereka.
Rambut Iffa
ditarik Irfan sekadar mengusik adiknya sebaik sahaja Iffa datang berlari secara
mengejut dan cuba untuk merebut kerusi yang Irfan ingin duduki.
“Aduhh!” satu
tamparan hinggap dibahu tegap Irfan.
“Heyyy… Tumpah
air mama ni nanti…”
Mereka berdua berhenti
mengusik sebaik sahaja permaisuri rumah sudah bersuara.
Irfan terpaksa
mengalah.
“Macam mana
dengan model kita Irfan?”
“Settle....”
“Settle? Kontrak
dah dipersetujui ke?”
Irfan mengangguk
perlahan sementara senyuman bersulamkan lesung pipit terukir di wajah.
“Siapa?!!” mereka
bertiga serentak bersuara. Tidak sabar untuk mengetahui siapakah gerangan gadis
tersebut.
Irfan mengangkat
keningnya. Telefon pintarnya dikeluarkan. Gambar yang ditangkap bersama Lisa di
restoren tempoh hari ditunjukkan kepada mereka bertiga.
“Jururawat tu
ke?” bulat mata Puan Elinna bertanyakan soalan. Hatinya berbunga.
Irfan mengangguk
lagi. Dia tahu mamanya berkenan dengan model baru tersebut.
“Wah… Sedondon
Angah dengan jururawat tu. Tengoklah lesung pipit mereka berdua ni… Sepadan
betul! Mesti gambar kahwin cantik nanti…” Iffa teruja menatap foto tersebut.
“Gambar kahwin?”
Irfan mengerutkan dahi.
“Aah... Kan mama ada cakap, carikan model untuk butik
merangkap calon menantu untuk keluarga jugakan?” kata Puan Elinna.
“Maaa... Apa ni…”
Irfan memandang mamanya yang turut serta melihat foto mereka berdua. Tuan
Iskandar tidak membantah jika itu pilihan anak terunanya memandangkan Tuan
Iskandar senang dengan sikap jururawat berkenaan.
“Hari tu kan mama
dah pesan,”kata Puan Elinna.
“Tapi tak
janjikan…” Irfan resah.
Tuan Iskandar dan
Puan Elinna ketawa besar. Anak terunanya sudah takut.
“Oklah.... Tapi
mama dan papa suka tau jururawat ni. Kalau Irfan nak minta pinangkan, esok mama
dan papa akan terus pergi melamar!”
“Boleh ke maa…
Terengganu tu jauh…” sekadar mematahkan kata-kata mamanya yang sudah tidak
sabar menerima menantu.
“Apa susahnya....
Tempah tiket flight… Setengah jam dah sampai… Hahahaha…”
Mereka bertiga
ketawa besar. Hanya Irfan mendiamkan diri memerhatikan gelagat mereka bertiga.
Irfan menatap fotonya bersama Lisa. Senyuman mereka nampak begitu ceria dan
sangat bahagia.
“Adakah memang
dia pasangan aku?” Irfan berteka-teki.
Dr.Haikal
memerhati gerak-geri Lisa di dalam wad. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir sambil
membawa dulang berisi ubat suntikan. Dr.Haikal cuba mencari waktu yang sesuai
untuk berbicara dengan Lisa namun keadaan wad yang begitu sibuk menghalang
mereka berdua untuk bersua.
Sementara
menunggu waktu yang sesuai, Dr.Haikal memberikan sepenuh perhatian terhadap
pesakit yang memerlukan rawatan dan pemantauan yang rapi. Menjadi seorang doktor
haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pesakit. Ramai pesakit yang
perlu dirawat dan semakin hari semakin ramai pesakit yang bertandang ke
hospital.
Tugas ini bukanlah
dipikul oleh seorang yang bergelar doktor sahaja tetapi jururawat juga turut
memikul tanggungjawab ini malah jururawatlah yang sentiasa bersama pesakit dan
menguruskan semua keperluan pesakit. Tidak dinafikan ramai masyarakat yang
memandang rendah dengan kerjaya jururawat. Tanpa jururawat, doktor tidak akan mampu menguruskan kesemua
pesakit di dalam satu-satu masa. Tanpa doktor, jururawat juga tidak boleh
melakukan perawatan. Begitulah pentingnya peranan kedua-dua jawatan ini di
hospital. Pesakit pula bermacam-macam ragam. Cuma hati yang cekal dan tabah
sahaja dapat menangani masalah ini.
Suasana wad
sedikit kecoh dengan suara jeritan amarah seorang wanita. Dr.Haikal dan ketua
jururawat bergegas ke arah datangnya suara itu untuk meninjau keadaan.
“Kamu jangan
sebarangan! Suami saya ni akan menjalani pembedahan sebentar lagi!! Kalau ada
apa-apa berlaku kepada suami saya, saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman
awak!! Faham tak jururawat bodohhh!!”
“Puan… Saya dah
buatkan benda yang betul. Tidak salah… Lagipun ini arahan daripada doktor dan
saya tidak lakukan apa-apa kesalahan pada suami puan,” kata Lisa tegas.
“Kenapa ni?”
tanya ketua jururawat sementara Dr.Haikal berada di sisi pesakit.
“Ini jururawat
bodoh catatkan waktu yang berlainan pada catatan gula dalam darah suami saya....”
Ketua jururawat
memeriksa catatan yang sudah dilakukan oleh Lisa.
“Ini kenapa? Sekarang
baru pukul 9.15 pagi tapi awak telah catatkan Counting Blood Sugar (CBS) pada
pukul 9.30 pagi?” tanya ketua jururawat tegas sambil matanya melirik ke arah
jam loceng milik pesakit.
“Sister, saya dah
catatkan waktu yang betul. Saya ikut jam saya dan waktu jam puan ini yang lewat
15 minit. Jam diluar pun sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Pesakit ini perlu
diperiksa CBS setiap setengah jam dan saya sudah melakukannya sejak dari pukul
7.30 pagi tadi. Mana mungkin saya terlewat atau terawal mengambil CBS pesakit
ni.” Lisa cuba mempertahankan diri apabila diperkatakan sebegitu oleh isteri
pesakit berkenaan. Pesakit tersebut hanya mendiamkan diri disebabkan lumpuh
namun isterinya dari mula dia bertugas sudah memaki hamun dirinya.
Ketua jururawat
melihat jam yang digantung pada bajunya. Ternyata jam sudah menunjukkan 9.35
pagi.
“Dr.Haikal,
sekarang sudah pukul berapa?” tanya Ketua Jururawat untuk kepastian.
“9.35 pagi sister...”
“Puan, maafkan
kami, jam puan telah lewat 15 minit. Jadi kami telah mengikut waktu yang betul…
Diharapkan puan akan memperbetulkan jam puan,” jelas ketua jururawat.
“Apa yang kau
tahu jururawat bodoh!! Sekolah pun monkey school… Dah silap cuba nak bela
dirikan?? Suami saya nak dibedah nanti! Perkara ni bukan boleh dibuat
main-main!!”
“Puan, gula
didalam darah suami puan di tahap yang normal iaitu di antara 3.5 - 5.5 mmol/L.
Puan jangan risau.... Kami sudah catatkan waktu dan keputusan yang betul,”
jelas Dr.Haikal.
“Aaarrggh!!! Saya
tidak kira, sekarang saya nak minta doktor lakukan pemeriksaan gula dalam darah
suami saya setiap 15 minit. Saya risau kalau tahap gula didalam darahnya akan
merosot.”
“Puan, jika kami
melakukan pemeriksaan setiap 15 minit ia akan menyakitkan suami puan… Tidak
perlu untuk kami lakukan pemeriksaan setiap 15 minit memandangkan untuk waktu
sekarang tahap gula didalam darah suami puan adalah didalam tahap yang normal
dan stabil… Cuma beberapa hari yang lepas sahaja tahap gula didalam darah suami
puan merosot dan berada di paras yang tidak normal dan berbahaya kepada beliau,”
jelas Dr.Haikal.
“Doktor saya nak
minta doktor berikan air gula kepada suami saya… Cepat masukkan ke dalam salur
darah dia!! Masukkan 4 botol air gula,” kata wanita berkenaan serius. Sambil menggaru
kepalanya yang kusut masai. Selama 4 hari dia menunggu suaminya disitu hanya
baju itulah yang dipakainya. Tidak bertukar ganti.
Dr.Haikal, ketua
jururawat dan Lisa saling berpandangan sesama sendiri. 4 pint Dextrose 10% diminta
oleh isteri pesakit untuk dimasukkan kedalam badan pesakit? Sekarang siapa
doktor ni?
“Puan, kadar gula
didalam darah suami puan ditahap yang normal dan....”
“Ini arahan!! Kau
apa tahu jururawat??!! Belajar pun bukan tinggi!!” isteri pesakit menyampuk
sebelum sempat Lisa menghabiskan ayat.
“Puan jangan
menghina kami… For your information jururawat
sekarang pun sudah belajar ditahap ijazah dan master. Kami bukan jururawat
zaman perang Jepun dan Komunis! Zaman sudah berubah puan… Buka mata, buka minda
bukannya sempitkan pemikiran tu…” ujar Lisa geram namun nada masih dapat
dikawal.
Isteri pesakit
masih tidak berpuas hati. 4 pint Dextrose 10% masih diminta untuk dimasukkan
kedalam badan suaminya. Sudah berapa kali Dr.Haikal cuba menjelaskan keadaan
jika air gula diberikan secara berlebihan ia akan membahayakan pesakit dan
boleh membawa maut. Hampir sahaja tercetus pergaduhan besar diantara Dr.Haikal
dan isteri pesakit.
“Puan, sekarang
siapa doktor ni?!” tanya Dr.Haikal tegas.
“Doktorlah
doktor!!” kuat nada suaranya.
“Jadi, kalau saya
doktor ikut arahan saya!! Bukan puan yang memberikan arahan kepada staf kami…
Kami akan lakukan yang terbaik untuk suami puan memandangkan ini sudah
tanggungjawab kami.” Nada Dr.Haikal sedikit menurun.
“Saya peduli
apa?Saya bayar bil hospital ni!!” wanita berkenaan masih tidak berpuas hati.
“Ya, memang puan
bayar… Tapi kami yang melakukan kerja dan perawatan. Sudah tugas kami
menyelamatkan nyawa pesakit disini dan bukannya membahayakan nyawa pesakit. Dan
lagi satu puan jangan cuba memaki hamun isteri saya,” tegas dan bersahaja nada
suara Dr.Haikal sambil jari telunjuknya menunding ke arah Lisa.
“Ini isteri
doktor? Oklah saya tidak akan memaki hamun isteri doktor....” wanita berkenaan
sedikit takut.
Berkerut dahi
Lisa. Sejak bila aku kahwin dengan Dr.Haikal?
Ketua jurururawat juga turut tersentap dengan kata-kata doktor muda
dihadapannya ini.
Masalah berjaya
diselesaikan secara baik dan berhemah. Dr.Haikal, Lisa dan Ketua jururawat
berpendapat mungkin isteri pesakit tersebut terlalu risau dan terlalu
melindungi suaminya. Mungkin wanita berkenaan juga mengalami tekanan emosi.
Bukan kali ini sahaja pasangan berkenaan berada di hospital ini, malah pada
minggu lepas dan minggu sebelum ini mereka sudah berada dihospital ini cuma
berlainan wad. Kali ini giliran Wad Mawar menerima kunjungan pesakit ini. Dari
cerita pengalaman jururawat yang menjaga suaminya sebelum ini, wanita berkenaan
suka mengarah doktor dan jururawat. Lagaknya seperti seorang doktor pakar.
Mungkinkah beliau doktor pakar yang sudah
bersara? Sebenarnya tidak.... Hehehe.... Setelah disiasat beliau bekerja
sebagai seorang peniaga dan tidak pernah terlibat dengan bidang kesihatan atau
perubatan… Sejak dari saat itu tutur bicaranya lembut sahaja dengan Lisa namun
dengan jururawat lain dia masih memaki hamun tanpa menghiraukan perasaan orang
lain. Takkanlah Dr.Haikal nak mengaku semua jururawat yang dimaki hamun wanita
berkenaan sebagai isterinya? Mungkin wanita berkenaan takut untuk memaki hamun
Lisa disebabkan bimbang kalau Dr.Haikal akan turut memarahinya.