BAB 4Irfan memandu dengan
berhati-hati keluar dari perkarangan masjid. Alhamdulillah, Solat Fardu Zohor
telah selesai ditunaikan. Kelihatan jalanraya diluar tidak terlalu sesak dengan
kenderaan. Irfan menarik nafas lega. Dia kurang gemar memandu ketika jalanraya
sesak kerana ia agak merimaskan. Sinar mentari juga sudah kembali menyinar
garang.
Sesekali Irfan menukar
siaran radio di dalam kereta manakala Puan Elinna sibuk membalas mesej daripada
rakan-rakannya. Ketika terleka membalas mesej, tiba-tiba telefon yang dipegang
memberi amaran tentang kekurangan bateri.
“Irfan, mama nak pinjam handphonesekejap boleh? Mama nak call kawan mama sekejap.”
“Boleh, ma,” kata Irfan
sambil menghulur telefon pintarnya.
Radio di dalam kereta
diperlahankan.
Puan Elinna terus
mendail nombor rakannya itu. Setelah panggilan berjawab, Puan Elinna mula rancak
berbual. Pelbagai topik mereka bualkan. Dari topik kesihatan Tuan Iskandar sehinggalah
kepada topik bunga-bungaan. Mereka berkongsi pengalaman tentang pelbagai jenis pokok bunga.
Irfan tersenyum sendiri
mendengar topik perbualan mamanya. Selepas itu, Irfan berada didalam dunianya
sendiri. Mata diberi tumpuan kepada pemanduan tetapi sesekali dia terfikirkan
gadis yang menumbuknya pagi tadi. Lahir perasaan benci dan dendam terhadap
gadis tersebut. Senyuman sinis di ukir dibibir. Pelbagai rancangan jahat
bermain di dalam fikirannya kini untuk membalas dendam.
“Irfan, boleh tak Irfan
hantar mama ke Norriyah Harmony Nursery?
Kawan mama ni, dia cakap ada stok pokok bunga baru.... Namanya Bromeliad! Mama
teruja la Irfan!” kata Puan Elinna dengan muka teruja.
“Irfan?”
“Irfan?”
Puan Elinna segera
mencuit anaknya itu.
“Ya, ma.... Kenapa?”
“Irfan dengar tak apa
mama cakap tadi?”
“Laa… Irfan ingatkan mama masih berbual dengan rakan mama....”
“Mengelamunlah tu.”
“Oh ya, mama cakap apa
tadi?”
“Boleh tak Irfan hantar
mama ke Norriyah Harmony Nursery?
Kawan mama ni, dia cakap ada stok pokok bunga baru.... Namanya Bromeliad!”
“Nursery yang kita pergi minggu lepas tu ke ma?”
“Aah, nurserytu la.”
“Boleh je mama... Lagipun
Irfan tak ada kerja lain.”
Irfan faham sangat dengan
perangai mamanya itu. Puan Elinna memang terlalu taksub dengan pelbagai jenis
pokok bunga. Sudah berbagai jenis pokok bunga ditanam di halaman rumah. Kata
Puan Elinna, pokok mampu memberikan aura positif kepada pemiliknya apabila kita
mendekati atau melihat pokok-pokok
berkenaan. Pokok-pokok ini mampu menceriakan halaman rumah dan secara tidak
langsung, pokok-pokok bunga ini juga memberikan makanan pada serangga-serangga
lain seperti lebah dan rama-rama. Hati pun turut gembira apabila kita tutut
berkongsi anugerah yang diciptakan oleh Allah ini untuk setiap makhluk
ciptaanNya.
Kereta membuat pusingan
U untuk ke nursery yang ingin dituju. Kereta dipandu perlahan
agar tidak terlajak kerana nursery tersebut agak terlindung jalannya. Terdapat
beberapa buah kereta berada di pakir. Puan Elinna segera keluar dari kereta sebaik
sahaja kereta berhenti. Hatinya sudah tidak sabar untuk melihat pokok yang
dimaksudkan.
“Cepatlah Irfan. Mama
dah tak sabar ni. Nanti habis pula pokok tu.”
“Ok,ma....” Irfan hanya
tersenyum melihat gelagat ratu hatinya.
Nama Norriyah Harmony Nurserydiukir indah di
pintu gerbang masuk. Kunjungan tetamu ke nursery
tersebut disambut dengan deretan pokok bunga matahari yang berkembang mekar
dan indah. Alunan muzik lembut diperdengarkan di setiap sudut nurserytersebut. Sesekali angin bertiup
sepoi-sepoi bahasa dan menjadikan deretan pokok bunga matahari bergerak seperti
mengikuti alunan muzik yang diperdendangkan sambil dihiasi pula dengan
rama-rama yang beterbangan. Sungguh indah! Rimbunan pokok besar memberi naungan
kepada pokok-pokok kecil yang berada dibawahnya dan secara tidak langsung
menjadikan nurserytersebut redup dan
nyaman. Irfan kagum melihat keindahan nursery
ini.
Tanpa berlengah lagi, Puan
Elinna segera mencari sahabatnya itu. Di suatu sudut, kelihatan para pekerja
sibuk melayani pelanggan yang berkunjung ke nursery
tersebut. Pelbagai tip penjagaan pokok dijelaskan kepada pelanggan dan mereka begitu
ramah melayani setiap pertanyaan pelanggannya.
“Assalamualaikum, Nor.”
“Waalaikumussalam....
Eh,Elinna!” Puan Nor bersalaman dengan Puan Elinna.
“Nor, mananya pokok Bromeliad
tu? Tak sabar la nak tengok.”
“Amboi, baru call tadi terus sampai,”usik Puan Nor.
“Alaa, macam tak tahu
kan… Ini Elinna la, pantang ada pokok baru mestilah kena tengok....”
“Saya tahu sangat
perangai kamu ni. Jom ikut saya. Pokok-pokok tu masih dalam tempat simpanan.
Baru semalam stok sampai. Belum sempat lagi nak dileletakkan dekat depan tu.
Kamulah pelanggan pertama yang akan melihatnya.”
“Irfan, jom ke belakang,”
ajak Puan Nor mesra.
Mereka berjalan menuju
ke tempat simpanan pokok Bromeliad.
“Irfan, bolehlah pilih
mana-mana pokok yang berkenan. Nanti boleh dihadiahkan kepada buah hati,” usik
Puan Nor.
“Nor, anak saya ni tak
laku. Tak ada siapa pun yang nak…” Puan Elinna berterus-terang.
“Alah engkau ni Elinna,
anak punyakacakbergaya, tegap dan bijak tak kan tak ada yang nak kan?”
“Betul tu mak cik… Tak
ada siapa pun yang nak dekat saya ni.” Irfan mengaku secara jujur.
“Tak apa. Nanti dah
sampai masanya ketemu jugalah tu. Nanti, kalau dah ada calonnya, boleh la ke nurserymak cik untuk beli bunganya… Diskaun
30% untuk Irfan.”
“Ok, kalau macam tu, nanti
saya beli bunganya disinilah mak cik.
Saya ingat tu, diskaun 30%.... ”
“Ok, Irfan,” kata Puan
Nor sambil menepuk bahu Irfan.
“Haa, Elinna… Inilah
pokoknya…” Puan Nor mengangkat pasu yang berisi pokok Bromeliad.
“Wah, cantiknya! Banyak
pilihan warna. Merah, kuning, merah jambu! Warna pokok ni uniklah Nor... Macam
bercahaya! Berapa harga sepokok ni?”
“Yang ni antara RM35-45
sepokok. Bergantung pada saiznya.”
“Mahalnya Nor...”
“Alah, untuk sahabat
yang disayangi saya bagi RM 35 sepokok percuma pokok keladi merah ni. Pokok
keladi merah ni Nor jual RM 12 sepasu tau.”
“Kalau saya beli 2
pokok maknaya saya dapat 2 pasu pokok keladi ni lah ya?”
“Amboi, kalau percuma
laju je kan? Hahaha… Ya, percuma Elinna oi.... Apa-apa saja untuk engkau,” kata
Puan Nor sambil tersenyum mesra.
Irfan tersenyum melihat
gelagat dua sahabat karib tersebut. Eloklah tu, seorang penjual pokok bunga
hiasan, seorang lagi peminat dan pembeli pokok bunga hiasan.
“Kalau mama datang
selalu, habisla.... Semuanya mahu percuma!” bisik hati Irfan.
Setelah urusan
pembelian selesai, pokok-pokok yang dibeli dan dihadiahkan itu dimasukkan
kedalam kereta untuk diangkut pulang. Puan Elinna mengucapkan terima kasih pada
sahabatnya itu dan sempat memesan agar memberitahunya jika ada pokok jenis baru
yang sampai. Maka akan bertambah lagilah koleksi pokok hiasan Puan Elinna di
rumah.
“Mama ni kan, kalau
jumpa pokok bunga, langsung tak teringatkan papa ya?” kata Irfan sambil
membelokkan keretanya ke simpang kanan jalan.
“Yelah… Mama nak call
papa sekejaplah. Pinjam handphone
Irfan.”
Irfan menghulurkan
telefon yang diminta.
Puan Elinna segera
menalefon suaminya itu.
“Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu…” Deringan telefon
berbunyi.
“Eh, handphone papa kamulah Irfan! Mama
terambil!”
“Laa, macam mana boleh
jadi macam tu, ma?”
“Ini mesti mama
terkejut masa nursedatang bagi warning dekat papa tadi, tu terus handphone dimasukkan ke dalam beg mama
ni. Tak perasan pula tu handphonepapa
kamu...”
“Kalau macam tu, Irfan
hantar malam ni…”
“Eloklah tu. Kamu
temankan papa malam ni ya?”
“Tapi papa suruh jaga
mama kan?”
“Mama ni tak apa. Masih
sihat.... Mak Jah dengan Kak Kiah kan ada Irfan. Tak payah risau lah....”
“Oklah, ma. Irfan tak
ada hal. Lagipun Irfan masih cuti,” kata Irfan sambil tersenyum pada mamanya
itu.
“Itulah papa kamu tu,
mama nak tunggu dan jaga dia di hospital tak dibenarkannya.”
“Ma, jangan-jangan papa
ada skandal lain kut! Biar Irfan siasat malam ni,” usik Irfan.
“Eh,kamu ni… Tak baik
kata macam tu tau. Kalau papa kamu berani buat macam tu, mama merajuk 3 bulan!”
marah Puan Elinna.
“Wah, kalau Irfan jadi
papa, isteri merajuk sampai 3 bulan, baik cari yang baru! Hahaha....”
“Kamu ni ada-ada saja! Minta
dijauhkanlah semua benda tu,” kata Puan Elinna. Tak dapat dibayangkan apa akan
terjadi kepada perasaannya jika dia dimadukan. Nauzubillah…
Jam sudah menunjukan
pukul 4.00 petang. Irfan menggeliat malas
di atas katil empuk sambil matanya merenung ke luar jendela.
“Hurmmm… Patutlah sedap
sahaja tidur… Hujan rupanya. Dah pukul berapa ni ya?”
Irfan menoleh ke arah
jam di dinding.
“Apa? Pukul 8?” Matanya
diperluaskan.
Jam ditenung lagi.
Patutlah sudah pukul 8. Rupa-rupanya jam sudah kehabisan bateri. Irfan lupa
untuk menggantikannya dengan bateri baru.
“Mana handphoneni?” Telefon pintar dicari di atas
tilam. Kebiasaannya telefon tersebut ada sahaja terselit di bawah bantal. Kali
ini entah kenapa tidak ada pula.
“Laa… Dekat bawah rupanya.... Patutlah cari
tak jumpa.”
Irfan melihat skrin
telefon yang sudah berada di tangan.
“Oh, dah pukul 4.20
petang rupanya… Dah Asar belum ni?” Irfan menggaru kepalanya. Rasa malas untuk
bangun merajai segenap ruang tubuhnya kini. Alangkah nikmatnya kalau dapat
sambung tidur hujan-hujan sebegini.
Irfan terus meloncat
dari katil dan terus ke kamar mandi untuk membasuh muka. Selepas itu Irfan turun
ke bawah mencari Puan Elinna.
Dari jauh Irfan dapat
melihat Puan Elinna termenung panjang melihat titisan-titisan hujan yang
membasahi bumi sambil menikmati Teh O panas di ruang balkoni.
“Ma, amboi… Termenung panjang nampak.”
“Oh, Irfan… Dah bangun
dah… Ingatkan nak tidur sampai malam,”sindir
Puan Elinna.
“Ikutkan macam itulah
ma... Malas nak bangun. Tambahan lagi, hujan macam ni memang nyenyaklah tidur.
Tapi disebabkan nak temankan papa malam ini, maka tidur tu terpaksa dikorbankan.”
Irfan menarik kerusi untuk duduk.
“Apa anak mama ni! Petang-petang
orang dah tak tidur tau... Tak elok untuk otak tu....”
“Irfan tahu... Ma, dah
masuk waktur Asar belum ni?”
“Belum Asar lagi.
Sekejap lagilah tu.... Irfan nak bubur tak? Mama ambilkan.”
“Bubur? Bubur apa mama
masak?”
“Bubur jagung.”
“Sedapnya.... Tak apa
ma. Irfan ambil sendiri.”
“Iyalah.”
Irfan mula
mengatur langkah menuju ke dapur. Tudung
periuk yang berisi bubur jagung dibuka. Aroma harum daripada masakan tersebut
terus menusuk ke rongga hidung menyebabkan perutnya serta-merta terasa lapar. Dengan perasaan
yang tidar sabar, Irfan terus menyenduk bubur masuk ke dalam mangkuk. Sebiji
cawan kosong dicapai lalu dibawa bersama menuju ke balkoni.
Irfan mula menikmati
minum petangnya bersama Puan Elinna. Rasa bubur jagung buatan air tangan Puan
Elinna sungguh sedap. Rasa lemak manisnya sungguh sempurna. Irfan menikmati
bubur tersebut dengan penuh rasa nikmat.
“Irfan, kamu jadi ke
nak tunggu papa malam ni?”
“Jadi, ma.... Kenapa?”
“Kalau macam tu mama
isikan bubur jagung untuk papa kamu.”
“Ooo.... Bagus juga tu.
Papa mesti dah lapar. Lepas solat Asar nanti, Irfan bertolak ke sana. Takut
nanti kalau pergi lewat, waktu melawat dah habis. Maka, tak dapatlah Irfan nak
temankan papa malam ni.”
“Ya tak ya jugakan. Baik
Irfan bertolak cepat. Takutnya nanti, jalan sesak pula. Maklumlah waktu hujung
minggu begini.”
Ketika menikmati bubur,
Azan Asar telah berkumandang. Irfan cepat-cepat menghabiskan saki-baki buburnya
manakala Puan Elinna segera ke dapur untuk meletakkan bubur ke dalam bekas.
Setelah memunaikan
Solat Asar 4 rakaat, Irfan segera mengemas beberapa pakaian yang diperlukan
untuk menemani papanya. Sehelai tuala, sehelai baju, sehelai kain pelikat dan
kupiah diisi di dalam beg sandang. Kemudian, Irfan segera bergegas menuruni
anak tangga.
“Alamak! Ada satu
barang lagi tertinggal… Aduh, malasnya nak naik lagi.”
Irfan segera menaiki
anak tangga untuk berpatah balik ke biliknya. Pintu bilik di buka dan dia terus
menerpa ke dalam bilik air. Berus gigi dan ubat gigi terus dicapai dan dimasukkan
ke dalam beg sandang.
“Sabun? Nak ambil ke
tak? Ambil sabun papa sahajalah! Macam nak pergi tidur hotel pula aku ni,” gelak
Irfan dalam hati.
“Irfannn! Ooo… Irfan
dah siap belum?” jerit Puan Elinna dari tingkat bawah.
Irfan berlari anak
menuruni anak tangga setelah mendengar jeritan mamanya.
“Ha Irfan. Dah siap
pun. Selimut dah bawa?”
“Err… Selimut? Tak kan
nak bawa juga ma?”
“Mestilah.... Dalam
bilik papa kamu tu aircond. Mesti
sejuk.”
“Oh, tak apalah ma. Malas
dah nak naik. Lagi pun beg Irfan ni kecil je. Tak muat la,” jawab Irfan
tersengih-sengih.
“Oklah kalau kamu dah
kata macam tu… Ini buburnya.”
“Kenapa banyak sangat
ni ma? Sampai 3 bekas?”
“Satu untuk papa, satu
untuk Irfan dan satu lagi ni, yang bekas besar ni untuk jururawat yang bertugas. Kasihan mereka penat bekerja. Mama
sengaja masak lebih....”
“Ok, ma. Irfan pergi
dulu ya.” Irfan melangkah ke pintu utama.
Di luar sana, hujan
beransur reda. Sinar mentari senja sedikit menunjukkan wajah. Sinarannya
memberikan pesona yang cukup indah dengan percikan cahaya jingga di kaki langit.
Pokok-pokok ditaman kelihatan segar dan menghijau sehingga mampu melahirlah
suasana yang sungguh nyaman. Burung-burung pula berkicauan sepertinya
bergembira dengan pemergian hujan.
Irfan menuju ke arah
tempat letak kereta. Sebelum memulakan pemanduan dia melangkah ke bahagian belakang
untuk melihat keadaan belakang kereta kesayangan Tuan Iskandar. Dia menarik
nafas lega apabila sisa mee goreng tidak lagi melekat pada bahagian belakang
kereta. Sengaja dia meletakkan kereta diluar garaj kerana dia melihat awan
berarak mendung ketika dia pulang dari nursery
bunga tadi. Irfan tersenyum puas.
Pintu kereta dibuka
lalu bekalan buburnya diletakan disebelah tempat memandu di bahagian bawah
manakala beg sandangnya di letakkan di bahagian tempat duduk belakang. Irfan mula
mengundurkan kereta untuk berlalu keluar. Hon kereta dibunyikan bagi menandakan
pemergiannya kepada Puan Elinna. Lambaian Puan Elinna berakhir sebaik sahaja
kereta dipandu Irfan berlalu keluar daripada pintu pagar kediaman mereka.
Perjalanan Irfan
berjalan dengan lancar pada mulanya.
Lama kelamaan, jalanraya sedikit sesak apabila Irfan memasuki persimpangan
berhampiran pasaraya. Biasalah waktu hujung minggu begini, ramai orang keluar
membeli-belah. Jalanraya tetap bergerak walaupun pergerakannya seperti ulat
gonggok. Panjang aturan kenderaannya. Sesekali
beberapa buah motosikal mencelah-celah diantara kenderaan yang tersusun panjang.
Walaupun kecil dan tak berbumbung ia tetap gah di tengah-tengah deretan
kenderaan yang tak bergerak menunggu arahan daripada lampu isyarat.
Hujan yang masih renyai-renyai itu menjadikan
suasana di jalan nampak redup dan suram. Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk
terjadi, Irfan memasang siaran radio kegemarannya bagi menghindarkan rasa
mengantuk dan menjadikan matanya segar
dan terang seperti lampu sportlight
ketika memandu. Irfan, kalau dia mengantuk, matanya akan tertutup begitu
sahaja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Pernah suatu ketika, semasa dia berusia 16 tahun,
dia pernah tertidur di dalam tandas. Waktu itu dia menyertai kem motivasi yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dan semua pelajar dikehendaki menetap di kem
tersebut dan tidak dibenarkan pulang. Jadi, biasalah namanya pun kem motivasi,
mestilah pelajar-pelajar dikehendaki bangun seawal jam 5 pagi untuk solat
sunat. Selepas solat Subuh, Irfan ke tandas untuk mencuci mukanya manakala
semua pelajar lain bergegas untuk ke dewan makan dan seterusnya ke slot
ceramah. Namun, sesuatu terjadi kepada Irfan. Pada bayangan mata Irfan, lantai
bilik air itu seperti tilam empuk. Tanpa berlengah lagi, dia terus menyandar
pada dinding bilik air itu dan terus tertidur. Berita ketidakhadiran dia ke
slot ceramah mendapat perhatian guru yang bertugas. Irfan dicari di merata
tempat dan akhirnya dia dijumpai sedang nyenyak tidur di suatu tempat yang tak
pernah difikirkan orang untuk dijadikan tempat melelapkan mata. Apabila tersedar,
kelihatan ramai orang sedang mengerumuninya.
Selama 2 jam dia
tertidur disitu. Itupun sesudah dia terdengar suara-suara yang mengganggu lena tidurya
barulah dia terjaga dari lena yang sungguh indah. Kalau tidak, sampai Zohorlah
dia disitu. Sebagai denda, Irfan dikehendaki berikrar dihadapan kawan-kawanya
setiap kali slot ceramah bermula. Ikrar yang perlu dilafazkan ialah:
“Assalamualaikum. Saya Tuan
Muhammad Harith Irfan b. Tuan Iskandar
pelajar 4 Arif berjanji tidak akan tidur
lagi didalam tandas sesuka hati saya. Selain itu, saya menasihati kawan-kawan
saya atau sesiapa yang mendengar agar tidak mecontohi kelakuan saya yang tidak memberi
apa-apa manfaaf kepada diri kita sendiri… Sekian, terima kasih.”
Itulah bait-bait kata
yang masih diingatinya sehingga ke hari ini. Sepanjang berlangsungnya kem
tersebut, kawan-kawan selalu sahaja memperlinya dan Irfan terpaksa menahan
telinga mendengar ejekan kawan-kawan sebaya.
Setelah 30 minit kereta
merangkak di jalanraya, akhirnya sampai juga Irfan di hospital. Tanpa membuang
masa Irfan bergegas ke wad dimana papanya ditempatkan.
“Assalamualaikum,” ucap Irfan kepada staffnursedi kaunter.
“Waalaikummussalam,”
“Staffnurse, kalau boleh malam ini saya nak temankan papa saya.
Boleh saya dapatkan kad menunggu?”
“Boleh, encik. Tidak
ada masalah. Siapa nama papa encik dan boleh encik bagi kad pengenalan? Saya
ingin tuliskan nama pada kad.”
“Boleh,” kata Irfan
sambil mengambil dompetnya di dalam poket seluar jeans yang dipakai.
“Ini I/C saya. Nama
papa saya Tuan Iskandar bin Tuan Abdul
Malik.”
“Ok… Kalau macam tu
encik bagi saya masa 5 minit untuk saya uruskan hal ini.”
“Ok, kalau macam tu
saya ke bilik papa saya dululah,” kata Irfan sambil melemparkan senyuman.
“Boleh… Tiada masalah.”
Irfan melangkah laju menuju ke bilik Mawar 25.
Rasa rindu bertamu dihati. Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah papa yang
dikasihi. Pintu bilik dibuka. Kelihatan Tuan Iskandar sedang menunaikan solat
Asar. Lega hati Irfan kerana papanya masih berkemampuan untuk menunaikan
kewajiban sebagai seorang hamba di bumi Allah ini.
“Ya Allah Engkau
berikanlah kesembuhan kepada papaku ini. Berikanlah kesihatan yang baik untuk
papa dan panjangkanlah umurnya Ya Allah,” doa Irfan di dalam hati.
Irfan meletakkan
bekalan bubur di atas meja. Punggungnya segera dihempaskan diatas sofa empuk.
Irfan sudah berkira-kira untuk menyambung lenanya kembali. Mata sudah mulai kabur ditambah pula suhu yang
sejuk di dalam bilik. Suhu sejuk sebegini seolah-olah menyelubungi seluruh
tubuhnya agar lena dibuai mimpi di waktu senja begini.
Tuan Iskandar masih
lagi berdiri teguh di atas sejadah yang dibentangkan di atas permaidani, sesekali
terdengar Tuan Iskandar batuk.
Ketika menunggu papanya
selesai solat, Irfan kalah dengan matanya sendiri. Sudah sedaya upaya dia menghalang
matanya dari terlelap tetapi dia kecundang akhirnya dan apa yang pasti Irfan
telah memasuki alam lena yang sungguh indah.
“Irfann… Irfannn...,”
panggil Tuan Iskandar sambil menepuk bahu anak terunanya itu.
“Urmmm… Kenapa?” Bangun
Irfan dengan mata yang terkebil-kebil.
“Laa… Kenapa tidur
petang-petang macam ni? Ini kamu mengigau ke datang ke hospital ni? Lepas tu,
boleh pula tertidur dengan ternganga mulut tu.”
“Saya tertidurlah pa…
Tak sengaja. Mengantuk sangat ni.”
Tangan papanya dicium
lalu Irfan bergegas ke bilik air untuk membasuh mukanya.
“Ini kenapa datang
petang-petang macam ni?” tanya Tuan Iskandar sambil menjenguk ke dalam bilik
air yang tidak ditutup oleh Irfan.
“Malam ni, Irfan nak
temankan papa,” jawab Irfan sambil mengesat mukanya dengan tisu.
“Apa? Temankan papa?
Betul ke ni?” tanya Tuan Iskandar seperti tidak percaya.
Dia tahu Irfan memang
tidak sukakan suasana hospital. Jadi adalah agak mustahil dengan rela hati
Irfan mahu tidur di hospital.
“Betul papa. Masa
inilah anak papa ni dapat jaga papa,” jawab Irfan sambil duduk diatas sofa
berhadapan dengan Tuan Iskandar. Ini mama ada buatkan bubur jagung untuk papa.”
“Eh, banyaknya! Siapa
nak habiskan ni?”
“Alahai, terlupa… Yang
bekas lagi satu ni untuk staffnurse.”
“Haaa… Kalau macam tu
cepatlah bagi.”
“Yalah...” Irfan bangun
dari tempat duduknya dan mencapai bekas yang berisi bubur jagung.
“Tok tok tok.” kedengaran
pintu diketuk.
Tidak lama kemudian,
kelibat seorang jururawat muncul disebalik pintu.
“Assalamualaikum, maaf
mengganggu. Ini saya nak serahkan kad menunggu Encik Irfan yang dah ditulis
oleh kawan setugas saya.”
“Waalaikumussalam. Tidak
mengganggu pun,” jawab Tuan Iskandar.
“Ini kad menunggu dan
ini I/C encik,” kata staffnurseNatasya.
Irfan menyambut
pemberian yang dihulurkan. Tidak berkelip mata Irfan melihat orang yang sedang berhadapan
dengannya. Begitu juga dengan Jururawat Natasya. Dia seakan mahu segera berlari
meninggalkan bilik tersebut. Tetapi dia masih lagi perlu bersikap professional.
“Awak ni, macam saya
pernah lihatlah,” kata Irfan.
“Errr… Ya ke? Pelanduk
dua serupa kut.” Jururawat Natasya cuba berdolak-dalik. Hati mula berdebar.
Tiba-tiba sahaja terbayang peristiwa pagi tadi.
“Takkk… Awak ni, memang
saya pernah jumpalah…” Irfan mengecilkan matanya.
Jururawat Natasya sudah
mulai cuak. Terasa seakan darahnya sudah tidak mengalir.
“Dah, sudahlah tu....
Jururawat tu banyak kerja lagi nak buat.” Tuan Iskandar mencelah.
Irfan memandang wajah Jururawat Natasya dengan mimik muka tidak
puas hati. Dia memang pasti, inilah perempuan yang telah menumbuknya pagi tadi.
“Betul ni, kita tak
pernah berjumpa?”
“Betul, saya tak pernah
jumpa orang berwajah seperti encik dan rasanya kita tak pernah berjumpa pun,”
bohong Jururawat Natasya.
“Oh, oklah kalau macam
tu,” jawab Irfan dengan nada sedikit sangsi.
“Nah, ini bubur yang
Puan Elinna kirimkan untuk staffnurse.
Sengaja dia masakkan lebih. Tambahan lagi hujan-hujan macam ni, mesti
laparkan?” kata Irfan sambil menghulurkan bekas yang berisi bubur.
“Err, susah-susah saja…
Segan kami nak menerimanya...”
“Eh, ambillah... Tak
mengapa, kami ikhlas,” jawab Tuan Iskandar bersungguh-sungguh.
“Nah, ambil,” pelawa Irfan
sambil menghulurkan bekas tupperware merah
yang berbentuk hati.
Jururawat Natasya
perlahan-lahan menyambut tupperwareyang
dipegang Irfan.
“Cantik bekasnya...” tiba-tiba
terpacul ayat ini dimulutnya.
“Cantik lagi orang yang
memegang tupperwareni,” usik Irfan.
“Err... Terima kasihh…
Terima kasih untuk bubur ni.” Jururawat Natasya cepat-cepat memperbetulkan
maksud ayat yang disampaikan.
“Sama-sama,” jawab
Irfan sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, saya keluar
dahululah. Kalau ada apa-apa, boleh ke kaunter ya,” kata Jururawat Natasya
sambil melemparkan senyuman yang bersulamkan lesung pipit dipipinya.
Irfan terpana dengan
senyuman tersebut. Manisnya senyuman itu.
Pintu bilik dibuka dan
kelibat Jururawat Natasya hilang disebalik pintu.
“Papa, jom makan bubur.
Mari Irfan tolong letakkan dalam mangkuk.” Irfan segera menyembunyikan perasaan
yang baru sahaja menjengah dihati.
Ketika sedang menikmati
bubur, Irfan teringat untuk mengembalikan
handphone papanya yang secara tidak
sengaja diambil oleh Puan Elinna.
“Oh ya papa, ini mama
terambil handphone papa.” Irfan mengeluarkan
handphone dari beg sandang.
Tuan Iskandar menyambut
handphoneyang dihulurkan oleh Irfan
dengan tangan kanannya. Nasib baiklah tangan kanannya tidak cedera. Jika tangan
dominannya itu yang cedera tentu sukar untuk dia melakukan pergerakan.
Tuan Iskandar
mengerutkan dahi. Dia hairan, macam mana handphonenya
boleh berada dengan isterinya. Dia pun tidak perasan, handphone tidak berada bersamanya.
“Aik, macam mana mama
boleh terambil ni?”
“Entahlah pa… Mama
kata, dia terkejut semasa nursetegur
papa nak minum limau ais tengahari tadi… Terus mama termasukkan handphone papa dalam handbag.”
“Oh, macam tu ke…
Bahaya mama kamu ni… Silap-silap suatu hari nanti, dia pegang satu-satu barang,
dia termasukkan dalam beg dia pula… Tup tup tak pasal-pasal dituduh mencuri….
Padahal tak sedar pun tangan yang masukkannn… Hahahaha….”
“Hahahaha… Macam-macam
papa ni… Papa nak ke jadi macam tu?”
“Eh, janganlah… Nanti
orang tanya, isteri siapa tuuu?? Haaahh! Sudahhhh… Papa juga yang kena… Hahahaha…”
“Hahahahaha….”
Sambil-sambil ketawa, Tuan
Iskandar memasukkan handphonenya kedalam
poket baju yang dipakai. Dia menyambung kembali suapan bubur yang terhidang.
Dia mengerling pada Irfan, bukan main laju lagi anak terunanya makan. Mereka
berdua memang sukakan bubur jagung buatan air tangan Puan Elinna. Memang sedap!
“Pa, muka nurseyang tegur papa tu, garang ke pa? Sampai
mama terkejut macam tu… Hahahaha…”
“Eh, taklah… Cantik
orangnya… Nurseyang hulurkan kad
menunggu tadilah… Cantikkan?” sengaja Tuan Iskandar memancing anak terunanya.
“Uurmmm yang tu ke?
Bolehhhhlaaaa…. Taklah hodoh sangat sampai mama terkejut.... Hahaha....” Irfan
sengaja menyembunyikan perasaannya. Hatinya memang mengakui kecantikan nursetadi dan buktinya, dia telah
terpana dengan hentaman senyuman yang dilemparkan kepadanya.
“Elehhh… Ya lah tu…
Kamu sukakan nursetadikan?”
“Papa tambah lagi
buburnya.... Banyak lagi ni.” Sengaja dia mengubah topik perbualan. Irfan mula merasakan
pipi dan telinganya panas dek kerana menahan malu. Entah kenapa? Diusik papanya
dia menjadi seperti itu. Selama ini, tidak pernah pun terjadi seperti ini.
Irfan bertegas di dalam
hati, dia mesti menyiasat siapa jururawat tadi.
“Kalau betullah engkau
perempuan yang hadiahkan penumbuk pagi tadi, nahaslah kamu…” Tiba-tiba sahaja
bara api kian menyala di dalam hati.
Lisa atau Jururawat
Natasya membawa bubur yang dihadiahkan oleh keluarga pesakit ke pantri Wad
Mawar. Dia mempelawa rakan-rakan setugasnya untuk makan bersama. Sejurus diberi
tahu, mereka bergilir-gilir untuk ke pantri bagi menjamah bubur yang
dihadiahkan keluarga pesakit.
Lisa hanya menjamah
sesuap bubur disebabkan hatinya mula resah memikirkan jejaka tadi. Dia memang
cam, itulah lelaki yang dihadiahkan penumbuk olehnya pagi tadi. Lisa mengerling
jam di dinding. Jam sudah menunjukkan 6.40 petang. Masa 10 minit sudah berlalu.
Sudah menjadi kebiasaan Lisa untuk mengambil masa 10 minit bagi merehatkan diri
seketika.
Solat Asar sudah
ditunaikan awal-awal lagi memandangkan hari ini wad tidak sibuk seperti
semalam. Hari ini ramai pesakit telah discaj.
Lagi 2 jam 20 minit masa untuk Lisa menamatkan shiff petang ini.
Sebelum angka jam
menunjukkan 9 malam, Lisa akan segera menyelesaikan tugasannya di wad dan
segala laporan perawatan pesakit akan ditulis dengan kemas di dalam fail laporan
pesakit.
“Macam mana ni… Harap-harap,
dia tak perasannnn...,” kata Lisa sambil mengetap bibir.
Lisa mula membasuh
bekas tupperware dan mengelapnya sehingga
kering. Tupperware itu diletakkan di
atas meja makan buat sementara waktu. Lisa melangkah keluar dari pantri bagi
menyambung kembali tugasnya dan bekas itu akan dipulangkan sebentar nanti sejurus
Lisa selesai melakukan tugas.
“Syira, tak makan bubur
ke? Bubur masih ada dekat pantri tu. Saya dah letakkan bawah tudung saji… Nanti
kalau ada masa, bolehlah pergi makan,” tanya Lisa sambil memegang bahu rakan
setugasnya yang sedang kusyuk menulis laporan pesakit.
“Oh, saya nak habiskan
laporan ini dulu… Tinggal satu saja lagi... Nanti saya pergi makan… Baik betul
hati isteri pesakit tu kan Tasya?”
“Itulah Syira… Saya sebenarnya
segan nak mengambil bubur tu tadi… Tapi pesakit tu bersungguh-sungguh memberinya…
Kalau saya menolak, takut kecil hati pula pesakit tu,” jelas Lisa sambil
menyusun fail-fail pesakit.
“Betul juga tu.... Tak
apalah kita anggap sebagai rezeki kita… Mudah-mudahhan pesakit tu cepat sembuh.”
“Aminnn....” Lisa
mengaminkan kata-kata kawannya itu.
Sudah menjadi kebiasaan
bagi Lisa untuk membahasakan dirinya sebagai Natasya. Bukannya apa, di dalam
wad berkenaan sudah dua orang rakan setugasnya bernama Lisa. Jadi, dia mengambil
langkah mudah untuk senang orang mengingati namanya dan tidak tertukar dengan
Lisa yang lain terutamanya ketika mencop apa-apa laporan. Dia akan mencop
laporannya dengan nama Jururawat Natasya. Jika tiga orang menggunakan cop yang
bernama Lisa, maka akan banyak terjadi kekeliruan tentang Lisa yang mana satu.
Jam sudah menunjukkan
jam 8.30 malam. Lagi setengah jam, masa bertugas hendak tamat untuk hari
tersebut. Lisa sudah menyelesaikan segala kewajipan yang perlu dilakukannya.
Cuma dia perlu menunggu kehadiran rakan setugasnya yang bertugas pada shiff malam bagi melaporkan laporan perawatan
pesakit untuk perawatan selanjutnya.
Lisa mula teringatkan tupperware yang diletakkan di atas meja
pantri tadi. Memandangkan segala tugas sudah selesai, Lisa segera bergegas ke
pantri untuk mengambil tupperwareuntuk
dipulangkan kepada pemiliknya.
“Assalamualaikum,” ucap
Lisa ketika berada dimuka pintu bilik pesakit.
“Waalaikumussalam,”
jawab Irfan sambil bangun dari tempat duduknya di kerusi.
“Ini saya nak pulangkan
bekas tupperware tadi… Terima kasih… Sedap buburnya,” puji Lisa
sambil menghulurkan bekas kepada Irfan.
“Sama-sama....”
“Eh, kamu ini dari
pukul 2 tadikan? Tak pulang ke rumah lagi ke? Sudah malam macam ni masih belum
pulang?” tanya Tuan Iskandar kepada Lisa.
“Belum pulang. Pukul 9
malam baru habis waktu bertugas saya,” beritahu Lisa sambil mengerling kepada
transfusi Normal Saline yang
dialirkan pada Tuan Iskandar. Titisan transfusi berjalan dengan lancar tanpa
sekatan.
“Oh, macam tu… Mesti
penatkan?” tanya Tuan Iskandar.
“Alhamdulillah… Setakat
ini, tak adalah penat sangat,” jawab Lisa dengan mesra walaupun penatnya hanya
tuhan yang tahu.
Irfan segera mencari
helah bagi menyelidiki gadis tersebut. Lisa mula mahu mengatur langkah untuk
mengundur diri kerana dia mengandaikan kawan setugasnya yang bekerja pada shiff malam sudah tiba.
“Maafkan saya staffnurse… Macam mana ya saya nak
hilangkan lebam pada perut saya ni?” tanya Irfan sambil menyelak bajunya ke
atas bagi menampakkan kesan lebam pada perutnya.
Lisa memandang pada
perut Irfan.
“Alamak, macam mana ni?
Lebam pula perutnya… Tak sangka aku tumbuk sampai jadi macam tu… Kira powerjugalah tangan aku ni,” kata Lisa
di dalam hati sambil melihat buku lima tangannya.
“Err…” Lisa cepat-cepat
menyembunyikan tangannya. Lisa mengetap bibir dan rasa bersalah mula menjalar di dalam hati.
“Eh, Irfan.... Kenapa
dengan perut tu?” tanya Tuan Iskandar.
“Entahla pa… Tiba-tiba
sahaja ada kesan lebam macam ni,” jawab Irfan sambil mengerling ke arah Lisa.
Lisa membuat muka
selamba. Dia berlagak seperti tidak tahu menahu dalam hal ini. Dia dapat
merasakan Irfan masih tidak mengecaminya dan ini adalah salah satu taktik Irfan
untuk memerangkapnya.
“Encik rasa sakit tak
pada bahagian lebam tu?”
“Gila tak sakit!! Mestilah
sakit! Terutamanya semasa nak rukuk solat... Sakitttt!!” jawab Irfan sedikit
menggertak pada Lisa.
“Oh, kalau macam tu, encik
boleh buat demahan sejuklah. Demahan sejuk ini boleh melegakan kesakitan dan
mengurangkan lebam… Encik boleh letakkan ais dalam tuala, dan lepas itu boleh
terus buat demahan,” terang Lisa dengan serius.
“Mana pula saya nak
cari ais malam-malam ni. Cafébuka
lagi ke?” tanya Irfan.
“Saya boleh buatkan
kalau encik nak.”
“Really?”
“Yup!”
jawab Lisa sambil mengukir senyuman.
Aduh! Irfan terpana
lagi dengan senyuman tersebut.
“Kalau macam tu, saya
sediakan demahan itu dululah.”
“Ialah… Terima kasih…”
Lisa hanya mengangguk
dan dia terus mengatur langkah untuk keluar dari bilik tersebut. Lisa segera
pergi ke procedure room untuk menyediakan tuaman yang dikatakan tadi. Dia
harus cepat kerana ketika baru melangkah ke dalam procedure room, dia melihat rakan setugasnya yang bertugas pada shiff malam baru sahaja tiba. Dia perlu melaporkan
laporan sebelum pukul 9 agar perawatan pada pesakit dapat dijalankan tepat pada
waktu yang telah ditetapkan.
Setelah siap
menyediakan tuaman, rakan setugas Lisa mengajak untuk melaporkan laporan untuk
tugasan pada shiffmalam. Lisa
meletakkan dahulu tuaman tersebut di dalam kidney
dish dan diletakkan di dalam peti ais agar pack ice tidak cair.
Lisa melangkah ke
kaunter jururawat sambil menarik troli fail pesakit. Satu persatu fail diselak
dan dibacakan laporan untuk perawatan selanjutnya bagi pesakit Wad Mawar.
Di dalam bilik Mawar 25,
Irfan gelisah. Sesekali dia menjenguk ke luar pintu untuk mengintai Lisa.
“Eh, tadi dia kata nak
buatkan aku demahan… Ini kenapa pula dia boleh duduk melepak dekat kaunter
dengan nurse-nurselain?? Dia ni dah
permainkan aku ke?” Irfan sedikit gusar.
Irfan memandang kepada
Tuan Iskandar yang sudah melelapkan mata di katil. Irfan menjenguk ke luar
pintu sekali lagi. Dia melihat jam di dinding dan jarum jam hampir menunjukkan
pukul 9 malam. Irfan mula mengandaikan Lisa sengaja mengelakkan diri daripadanya.
Irfan melangkah malas
menuju ke arah sofa. Badannya dihempas di atas sofa empuk tersebut sambil
matanya memandang kearah televisyen yang sejak dari tadi terpasang. Setelah
beberapa minit, Irfan mendapati tiada siaran yang menarik untuk ditonton sebaik
sahaja siaran ditukar. Suis televisyen terus dimatikan. Irfan mula melangkah
meninggalkan tempat duduknya. Langsir tingkap di selak. Diluar sana, kelihatan
permandangan indah terbentang didepan mata dengan kerdipan lampu neon di jalan
raya. Menara KLCC dan Menara Kuala Lumpur tersergam indah dengan limpahan
cahaya lampu yang mewarnainya. Deretan kenderaan masih lagi menyusuri jalan
raya. Permandangan tersebut membuatkan Irfan terleka. Sesekali Irfan menggosok
perutnya yang terasa senak.
“Encik....” Kedengaran
suara lembut memanggilnya dari arah belakang.
Irfan berpaling ke belakang dan ternyata jururawat tadi tidak
mempermainkannya. Irfan tersenyum ke arah Lisa menyerlahkan lagi ketampanan
wajahnya.
“Ingatkan staffnurse sudah lupa. Lagi pun jam dah lebih dari pukul
9 kan? Belum pulang lagi?”
“Mana boleh lupa…. Ini
demahannya,” hulur Lisa kepada Irfan.
Irfan menyambut huluran
Lisa.
“Ini macam mana nak
guna ni?”
“Ambil demahan ni,
kemudian encik tuamkan pada tempat lebam tu. Ulang antara 5 sehingga 20 minit.
Jangan diletakkan terus menerus dekat bahagian lebam tu. Nanti tak pasal-pasal
membeku pula perut encik,” jelas Lisa sambil tersenyum.
“Ok.... Tak payah
berenciklah dengan saya… Just call me
Irfan.”
Lisa hanya tersenyum.
Bagi Lisa, lebih baik jika dia menggunakan panggilan formal. Jika orang itu
berpangkat haruslah memanggil orang tersebut dengan pangkat tersebut. Jika
tiada pangkat haruslah menggunakan perkataan Puan, Cik atau Encik. Ia nampak
lebih professional. Bukan perkataan pak cik, mak cik, adik atau abang. Inikan
hospital. Pesakit yang bertandang adalah klien yang perlu dihormati.
“Boleh saya tahu kenapa perut encik boleh
lebam sampai macam tu sekali?” Lisa cuba untuk menyelidiki kehebatan tumbukan
tangannya.
Irfan memandang ke arah
papanya. Irfan mengajak Lisa untuk bercakap di luar bilik kerana dia bimbang
perbualan mereka akan didengari oleh Tuan Iskandar. Mereka melangkah ke luar
pintu bilik.
“Sebenarnya, saya dah
ditumbuk oleh seorang perempuan pagi tadi. Staffnurse
kenal tak orang tu?” tanya Irfan separuh berbisik cuba untuk memerangkap
Lisa.
“Manalah saya kenal encik!”
jawab Lisa seperti memang tidak tahu menahu tentang hal ini.
Terdetik perasaan geram
di hati Irfan dengan gadis didepan matanya ini. Boleh dia buat muka selamba.
Mungkinkah bukan dia orangnya? Irfan tidak berapa cam tetapi pasti dia akan cam
setelah melihat sekali lagi gambar gadis yang telah diambil pagi tadi.
“Agak-agak staffnurse rosak tak buah pinggang
saya?” Irfan cuba lagi untuk menakuti gadis didepannya untuk melihat reaksi
yang bakal dipamerkan.
“Saya tak pasti pasal
itu. Kalau encik nak kepastian encik boleh buat medical check-up.”Sedikit perasaan gusar menyelubungi hati Lisa.
Bimbang jika pertanyaan Irfan itu betul-betul menjadi kenyataan.
“Hurmm... Oklah kalau
macam tu… Jam dah pukul 9.20 malam.
Staffnursetak nak pulang lagi?”
“Kalau encik dah tak
ada apa-apa, saya minta diri dahululah,” kata Lisa sambil melihat jam di
dinding.
“Ialah. Terima kasih Staffnurseee....,”ucap Irfan sambil
mengintai tag nama Lisa.
“StaffnurseNatasya...” Lisa segera
menyambung ayat tergantung Irfan.
“StaffnurseNatasya... Cantik nama tu. Terima kasih ya untuk tuaman
ni,” ucap Irfan sambil menunjukkan pack
iceyang dipegang.
“Sama-sama. Kalau macam
tu saya minta diri dahulu.”
Lisa melangkah dengan perasaan bersalah.
Rosakkah buah pinggang dia?
Irfan memandang pemergian Lisa dengan senyuman
yang semakin melebar di wajah. Setelah
Lisa hilang daripada pandangan, Irfan melangkah masuk ke ruangan bilik papanya.
Dia segera melakukan tuaman pada kesan lebam sebelum aisnya mula mencair.
Terasa selesa sekali dengan tuaman tersebut. Sesekali Irfan memandang kepada
papanya. Tuan Iskandar telah pun nyenyak tidur dengan diselimuti selimut yang
selesa. Irfan mula merasai kedinginan bilik tersebut. Alamak, dia tidak membawa
selimut!