BAB 11 “Assalamualaikummmm…
Assalamualaikummmm… Ustazzz…. Oooo ustazzz,” panggil Huda dari pagar sebelah.
“Waalaikumussalammm… Huda… Ada apa petang-petang ni?”
“Ini saya ada buatkan sup ayam… Tak tahulah sedap ke tidak
ustaz,” kata Huda sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang turut diisi dengan
nasi putih dan sambal belacan.
“Terima kasihh… Susah-susah sahaja,” kata Ustaz Saiful. Tadi entah kenapa tiba-tiba sahaja
dia pitam diluar pagar rumah ketika ingin keluar ke klinik berdekatan. Nasib
baiklah ketika itu Huda baru pulang dari butiknya. Huda jugalah yang bersusah
payah menghantarnya ke klinik.
“Tak susah pun... Oklah ustaz moga cepat sembuh… Saya masuk
ke dalam dululah,” kata Huda.
“Ok, terima kasih…”
“Sama-sama,” jawab Huda sambil tersenyum manis.
Sebaik sahaja menutup pintu rumah, Huda melompat kegirangan.
“Akhirnya ada juga sesuatu yang boleh aku bantu lelaki
kesukaan aku.” Huda senyum meleret.
Badannya dihempaskan ke atas sofa. Bibirnya mengukir
senyuman yang sangat bahagia. Huda mula berangan-angan dapat mendirikan rumah
tangga bersama Ustaz Saiful. Sejak dari dulu lagi dia sudah suka pada ustaz
muda tersebut. Cuma dia agak malu untuk menegur Ustaz Saiful. Ialahkan, Ustaz
Saiful pun sepertinya menjaga pandangan matanya. Tutur bicaranya juga disusun
dengan teratur dan sopan. Sudah tentu dia mahukan isteri yang alim dan menjaga
agama. Huda pula, bukanlah wanita yang mempunyai ciri-ciri yang dimahukan oleh
seorang yang baik fahaman agamanya. Mengikut pemerhatian Huda, Ustaz Saiful
masih belum berpunya. Selama 3 tahun berjiran dengan lelaki tersebut, tidak
pernah seorang perempuan pun yang datang ke rumahnya melainkan ibunya. Huda juga tidak pernah melihat Ustaz Saiful
keluar dengan mana-mana perempuan.
“Ya Allah, Engkau jadikanlah Ustaz Saiful sebelah rumah aku
ni sebagai suami aku. Jodohkanlah kami Ya Allah… Ya Allah, sesungguhnya aku
suka dia. Suka yang teramat sangat. Bantu aku Ya Allahh… Bantu aku Ya
Allah…Aminnn....” Doa Huda penuh pengharapan.
“Aaaaaaaaaaaaa!!!”
Huda bingkas bangun daripada pembaringan sebaik sahaja terkejut
mendengar jeritan seseorang. Dalam sekelip mata mucul kelibat Lisa yang sudah
berlari menuju ke arahnya.
“Hei, kenapa dengan kau ni Lisa? Macam orang tak siuman
saja?”
Lisa duduk bersebelahan dengan Huda.
“Kau tahu takk...,” kata Lisa sambil membulatkan matanya
pada Huda.
“Mana aku tahu… Kau tiba-tiba masuk... Dahlah tak beri
salam… Ni apa kes ni? Semacam aje aku tengok kau ni Lisa.”
“Aku jumpa dengan mamat tu lagi!! Dia dah malukan aku kali
ni sampaikan aku tak tahu nak letak muka aku ni! Malu tau takkk!!!” jerit Lisa
sambil memegang tangan Huda.
“Ok… Ok… Relaxs ok…
Cuba cerita baik-baik…”
Lisa mula bercerita tentang perihal yang berlaku sebentar
tadi. Begitu terperinci Lisa bercerita.
“So, kau jumpa tak
dengan agen insyuran tu?” bimbang Huda
kalau Lisa tidak berjumpa dengan agen insyuran tersebut.
“Gila engkau kalau aku tak jumpa… Dahlah hari ni saja aku
dapat jumpa dengan agen tu. Kau pun tau kan, masa agen tu ada, aku pula ada
hal… Kalau tak jumpa kali ni susahlah nak jumpa… Nasib baik tak terlambat tau…
Ni gara-gara mamat tu la… Eeeee… Geram aku tahu takk!!” marah Lisa sambil
menghempas-hempas bantal kecil.
“Kau pun satu… Kenapa boleh tak perasan ada orang dalam
kereta tu? Dua orang lagi tu!”
“Aku dah teruja! Macam kau tak tahu aku kalau dah teruja…
Lagipun cermin tu gelaplah....”
“Kelakarlah kamu ni Lisa,” kata Huda.
Lisa mengerling pada Huda.
“Aaah kan… Kalau difikirkan balik, aku yang cari pasal… Tapi
tak apalah... At leastaku dah hadiahkan tendangan
hikmat pada mamat tu… Berbalas jugalah malu aku tu kannn...”
“Engkau ni kan… Silap-silap kena saman tahu tak… Dahlah hari
tu kau tumbuk dia… Hari ni? Kau tendang
dia! Esok? Lusa? Minggu depan? Bulan depan? Tahulah kamu belajar taekwando…
Tapi kau ni dah salah guna ilmu tauu takk…” Huda menjegilkan matanya.
Lisa hanya tersengih-sengih.
“Nak buat macam mana… Takdir...,” kata Lisa sambil
mendepakan kedua belah tangannya.
“Banyaklah kamu punya takdir… Buatnya dia balas dendam macam
apa yang pernah dia cakap dulu tu… Macam mana? Baru kau tahu…”
“Aku rasa tak… Aku dah buat macam kau kata tu…”
“Kau goda dia dengan lesung pipit kau tu?”
“Rasanya macam tulah…”
“Kau buat macam tu ke Lisa? Biar betul?”
“Eh, tak adalah… Sebabnya… Aku rasa dia ada hadiahkan
sesuatu untuk aku…”
“Apa pula boleh rasa-rasa…Betul-betullah…”
“Jap eh…. Aku tengok dalam kereta,” Lisa segera bangun dari
duduknya.
Kedua-dua gadis tersebut mula berlari ke arah kereta. Riuh
rendah dibuatnya.
“Eh, cepatlah… Aku dah tak sabar ni,” kata Huda.
Lisa kelam-kabut membuka pintu belakang. Beg kertas biru
laut itu diambilnya.
“Jangan-jangan bom,” teka Lisa sambil mengintai ke dalam beg
kertas.
“Logiklah sikit Lisa…. Takkan bom… Tu kes jenayah tau tak…
Cepatlah,” kata Huda sambil menolak Lisa masuk ke dalam rumah.
“Ada dua hadiahlah Huda… Nah kau ambil satu. Aku yang putih
kau yang hitam…”
“Cantik juga riben hadiah ni Lisa... Kau bukalah… Inikan
hadiah kau… Aku tumpang tengok saja…”
Lisa dengan hati yang berdebar-debar membuka balutan hadiah
yang bewarna putih. Satu persatu pelekat dibuka.
“Lisa, kalau aku kan… Aku koyakkan semua kertas ni. Cepat
sikit...,” cadang Huda.
“Eh, kau ni…Sabarlah…”
Sekeping kertas jatuh
ke lantai setelah pembalut hadiah tersebut dibuka sepenuhnya. Lisa mengambil kertas
tersebut. Ternyata kertas tersebut merupakan satu nota kecil untuk dirinya.
Hai,
Khas buat jururawat yang sentiasa tersenyum
manis….
Terima kasih kerana tolong jagakan papa saya dan menjadi jururawat yang
baik untuk pesakit anda. Teruskan tersenyum kerana senyuman anda penawar kepada
mata yang melihat.
Ikhlas dari,
Anak Pesakit
Bibir Lisa menguntum senyuman dan hatinya sedikit terusik
dengan kata-kata yang tertulis pada kertas kecil yang bewarna ungu itu. Matanya
memerhati kotak ditangannya lalu digoncang-goncangkan.
“Apa yang dia tulis? Boleh aku baca?” tanya Huda.
Lisa menghulurkan nota kecil tersebut kepada Huda.
“Cepatlah buka...,” desak Huda sambil membaca nota kecil
tersebut.
Dengan cermat Lisa mengeluarkan barang dari kotak. Sebuah lampu
tidur berbunga dan berdaun kristal kini berada di depan matanya. Cantik!
“Hai, tak tidur
malamlah cik misi kita ni malam ni…. Lampu kristal lagi!”
Lisa hanya tersenyum. Tak sangka ada juga orang yang sudi memberinya
hadiah. Tapi, kenapa dia yang diberikan hadiah? Sepatutnya kakitangan yang lain
juga diberi hadiah… Lisa melupakan
persoalan tersebut. Matanya kini melirik kearah bungkusan yang bewarna hitam.
Tangannya cepat-cepat mencapai bungkusan hitam tersebut. Ternyata ada satu
lubang kecil pada bungkusan hitam tersebut.
“Romantiknya ayat dia Lisa. Peminat engkau la ni… Diam-diam
kau mengorat anak pesakit yer?”
“Exuse me… Bukan I ok… Mamat tu yang lebih-lebih...,” kata
Lisa sambil membuka balutan yang bewarna hitam.
Lisa merasakan ada sesuatu yang bergerak di dalam bungkusan
hitam yang dipegangnya. Tangan Lisa berhenti seketika daripada terus membuka
balutan tersebut.
“Wehh… Kenapa aku rasa macam ada benda bergerak dalam kotak
ni?” Lisa menghulurkan kotak tersebut kepada Huda.
“Mana ada...,” kata
Huda sambil menggoncangkan kotak tersebut.
“Tak ada eh?” tanya Lisa untuk kepastian.
“Tak ada....” Huda memberi keyakinan.
Lisa mengambil kembali kotak tersebut daripada Huda.
“Bismillahirrahmanirrahimmm...,” ucap Lisa sambil membuka kotak
tersebut.
“Eeeee!!!” Dek kerana terkejut, kotak tersebut secara
spontan dicampakkan ke lantai. Secara automatik Lisa melompat ke atas meja.
Huda yang melihat reaksi Lisa juga turut serta dengan kelakuan Lisa.
“Kenapa? Kenapa?” tanya Huda panik.
“Katak!!! Dalam kotak tu ada katak! Besar tau takkkk!Aku dah
cakap tadi kotak tu ada benda bergerak-gerak... Kau tak percaya… Eeee...,” kata
Lisa kegelian melihat sepasang katak dihadapannya.
“Eeeeee…. Tolonggg! Tolongggg! Tolongggg!” jerit Huda.
“Tak ada siapalah yang nak tolong… Kau tolonglah buangkan
katak tu Huda!!”
“Kaulah Lisa… Tu kan hadiah kau!!”
“Apa jenis mamatlah bagi hadiah katak!” marah Lisa menahan
geli.
“Hah, tu apa benda tu?” tanya Huda sambil melangkah turun
dari sofa lalu mencapai bungkusan plastik yang diperkatakan. Selepas mencapai
plastik tersebut, Huda cepat-cepat melompat ke atas sofa.
“Cengkerik Lisaaa!” jerit Huda setelah membuka bungkusan plastik
tersebut.
Melihat kehadiran cengkerik-cengkerik tersebut, maka
bertambah histerialah mereka berdua. Terpekik terlolong kegelian.
“Huda!!! Katak tu dah melompat!!! Gemuknya! Katak apa ni??”
Melihat kemunculan katak besar tersebut, bertambah hebat
Huda menjerit.
“Kenapa ni?” Tiba-tiba muncul suara seorang lelaki.
Mereka berpaling kearah suara lelaki yang hadir entah dari
mana. Tanpa berlengah-lengah lagi kedua-dua gadis tersebut meluru ke arah Ustaz
Saiful. Sebatang kayu dipegang oleh Ustaz Saiful.
“Katak!” jawab Lisa sambil menunding jari ke arah katak yang
kini berada di bawah meja kopinya.
“Astaghfirullahaladzim… Saya ingatkan pencuri tadi…. Katak
rupanya. Hahaha....” Ustaz Saiful tergelak kecil.
“Kuat ke kami jerit ustaz?” tanya Huda.
“Kuatlah juga. Bila saya intai ke rumah kamu, pintu rumah
terbuka. Lepas tu dengar orang minta tolong… Ingatkan pencuri masuk… Itu yang saya
bawa kayu ni” kata Ustaz Saiful sambil menunjukkan kayu yang dipegang.
Huda dan Lisa hanya mampu tersengih. Malu juga rasanya. Tapi
nak buat macam mana, dah katak tu memang digeli oleh mereka berdua. Ustaz
Saiful cuba mendekati katak tersebut. Katak tersebut ditolak perlahan-lahan
dengan kayu yang dibawa agar dia melompat keluar. Namun, usahanya gagal. Katak
tersebut lansung tidak berganjak.
“Hah, katak ni tak mahu
keluarlah. Nampaknya kamu berdua kena belalah katak ni... Boleh tak?” gurau Ustaz
Saiful.
“Nak bela si gemuk ni? Eh, mana berani ustaz….” jawab Huda
kegelian.
Ustaz Saiful tertawa kecil mendengar jawapan daripada Huda.
Matanya sepet sedikit apabila ketawa tetapi tetap kacak.
“Ustaz! Cengkerik atas kepala tu!” beritahu Lisa setelah
melihat serangga tersebut menghinggapi kepala ustaz yang tidak berkupiah.
Dengan selamba Ustaz Saiful menepis-nepis serangga tersebut
manakala Lisa dan Huda sudah mempamerkan muka kegelian.
“Siaplah kamu nanti mamat poyo!” marah Lisa di dalam hati.
“Katak ni kalau dia berbunyi sedap didengar tau. Biasanya
dekat-dekat kampung adalah katak ni. Tapi jarang boleh jumpa. Ini mesti mahal
katak ni. Macam mana dia boleh sampai ke sini ni?” tanya Ustaz Saiful.
“Saya pun asal dari kampung ustaz… Tapi tak pernah saya
tengok katak ni dekat kampung… Macam mana dia boleh sampai ke sini, ustaz tanya
Lisa! Dialah puncanya.” Huda menunjukkan jarinya ke arah Lisa.
“Errr…. Macam mana nak cakap entah… Ermm… Katak ni ada orang
hadiahkann…” jawab Lisa dengan muka agak kesal.
“Orang hadiahkan?” tanya Ustaz Saiful kehairanan.
“Ya,orang hadiahkan…”
“Ini kes ancaman atau hanya sekadar untuk mengusik?”tanya Ustaz
Saiful lagi dengan muka serius.
“Tak pastilah ustaz… Ini ancaman atau sekadar bergurau…”
“Kalau ancaman kena buat report
polislah sebelum perkara lebih teruk berlaku. Sebabnya, inikan binatang selalu orang
geli dan takut. Buatnya si penerima ada penyakit jantung dan terkejut, boleh
bawa maut ni… Tapi kamu berdua tak sakit jantungkan?”
Lisa dan Huda hanya mengeleng-ngelengkan kepala.
“Ada nota apa-apa tak yang dia bagi?” tanya Ustaz Saiful.
“Tak pasti ustaz. Sebabnya untuk hadiah pertama dia ada bagi satu nota kecil,” beritahu Lisa sambil
menunjukkan nota kecil yang sudah terjatuh di bawah meja.
Ustaz Saiful memandang nota dilantai.
“Boleh saya baca?”
“Boleh, bacalah ustaz,” kata Lisa.
Ustaz Saiful hanya tersenyum sesudah membaca nota tersebut.
“Kata-kata yang mampu mengusik perasaan kaum Hawa,”fikir
Ustaz Saiful. Nota tersebut diletakkan kembali.
“Mungkin katak ni pun ada nota,” kata Ustaz Saiful.
“Cuba ustaz tengok bawah kotak tu,” arah Huda.
Setelah mengangkat kotak yang diperkatakan Huda, sekeping
kertas ungu bersama tulisan kelihatan. Ustaz Saiful mengambil nota tersebut
lalu menghulurkannya kepada Lisa.
“Eh, bacalah kuat-kuat Lisa....” Huda cuba mengintai tulisan
ditangan Lisa.
Hai,
Suka
tak dengan binatang comel ni ?
Aku dah belikan makanan dia sekali
tau. Jangan lupa bagi makan! Kalau dah habis, pandai-pandailah kau to upkan… Bagi
dia lagi gemuk tau!
Ikhlas dari,
Mangsa
Penumbuk
Ustaz Saiful dan Huda merenung Lisa dengan penuh tanda
tanya. Mangsa penumbuk? Melihat dia ditenung seperti itu, Lisa hanya mampu
mengelip-ngelipkan mata.
“Ni mesti sebab dia nak balas dendam ni… Sebab tu dia
hadiahkan binatang ni Lisa!” kata Huda sambil menepuk kuat bahu Lisa.
Lisa hanya menunjukkan muka resah.
“So, macam mana ni Huda?” tanya Lisa buntu.
“Macam mana lagi… Buang jelah hadiah pelik kau ni,” kata
Huda sambil berpeluk tubuh.
“Rasanya tak perlu buang kut Huda,” sampuk Ustaz Saiful.
“Habis tu??” mereka berdua serentak bertanya.
“Apa kata kamu bela! Susah nak dapatkan katak ni tau… Bunyi
dia sedap didengar terutamanya bila tiba waktu hujan. Nampak lebih semulajadi
taman depan rumah kamu tu… Bayangkan, di waktu malam katak menyanyi-nyanyi dan
cengkerik memanggil-manggil diantara satu sama lain. Terasa berada di desa…Unik
kan?” kata Ustaz Saiful sambil mengangkat keningnya.
Huda hanya tersenyum. Sudah itu kata pujaan hatinya, dia
sanggup untuk membela katak gemuk itu… Berani kerana cinta! Kononnya dia mahu
menjadi wanita yang mendengar kata…
“Ok, kami bela!” jawab Huda dengan penuh yakin.
“What??” terbeliak
mata Lisa mendengar keputusan Huda.
“Betul juga kata Ustaz Saiful tu Lisa… Kita bela eh?”
Lisa hanya mendiamkan diri.
“Cuup! Aku tak nak bagi makan binatang ni tau.... Kau yang
kena uruskan semuanya… Apa-apa pun tempat tinggal katak ni mesti bersih dan tak
berbau… Kau kena janji tu...”
“Insya-Allah… Selagi aku masih terdaya,” kata Huda
bersemangat.
“Amboii… Bukan main lagi yer… Selagi terdaya… Tak terdaya
pun kau kena uruskan katak ni tau!” “
“Sepatutnya kau kena berterima kasih dengan aku tau.... Inikan
hadiah kau… Aku tolong jagakan saja…Hahahaha…”
Lisa mengetapkan bibirnya. Lupa pula itu hadiahnya.
“Yelah… Terima kasih.”
Di dalam hati, rasanya mahu dihempuk Si Huda ni. Tadi bukan
main lagi geli dengan binatang ni… Sekarang dia pula beria-ria nak bela si
gemuk ni. Pelik bin ajaib!