BAB
14 “Kenapa ni honey? I tengok you ni dari tadi
asyik muncung je… Mulut tu dah boleh sangkut penyangkut baju dah,”tanya Syafiq
Rayyan kepada Maria.
“I sakit hati
tahu tak?”
“Entah… I tak
tahu… Bukannya I boleh nampak hati you…”
“You ni kannn…
Sengaja nak sakitkan lagi hati I ni kan?” kata Maria sambil menguis-nguis nasi
di dalam pinggan.
“Okey… I gurau
je...... Tell me what going on?”
“Tak ada
apa-apa…. Masalah perempuan…”
Maria naik
malas untuk berkongsi perasaan geram dihatinya terhadap Lisa bersama buah
hatinya. Nanti dia juga yang akan diberi nasihat. Jangan itulah… Jangan inilah…
“Honey, bila
you nak berhijrah?” tanya Syafiq Rayyan dengan penuh pengharapan.
“Berhijrah? Nak
berhijrah ke mana? Kan rumah family I dekat sini… Buat apa nak tinggal
jauh-jauh… Lainlah kalau kita dah kahwin…”
“Bukan tu
maksud I… Maybe you should wear a hijab.”
“Should I start wearing my hijab?”
“Well, wearing hijab, that would be a good
thing to do," kata Syafiq Rayyan dengan ikhlas.
“Leceh la….
Nanti nak kena seterikan tudung tu lagi… Nak melilitnya pun dah satu hal…
Tudung sekarang mahal macam sepasang baju… Baik beli baju....”
“Dah tudung
berjenama, memanglah mahal… Cuba tengok dekat kedai-kedai biasa, taklah mahal…
Alat solek bukan main banyak lagi.... Itu boleh pula kan? Tak mahal pula bagi
you…”
“Tengoklah
nanti,” kata Maria sambil tersenyum manis.
“Ok, kalau you
nak berhijab, I janji akan tanggung
segala kos tudung yang you beli… Ikutlah jenama apa pun. Saya belanja!” kata
Syafiq Rayyan dengan teruja. Tak sabar hatinya untuk melihat buah hatinya
menutup aurat dengan sempurna.
“Ok… You tolong doakan untuk I… Semoga menjadi wanita
muslimah yang you inginkan.”
Sudah
berkali-kali Syafiq Rayyan memujuknya agar bertudung. Namun, hatinya masih
berkeras untuk tidak melakukan kewajipan tersebut. Mungkin suatu hari nanti…
Irfan keluar
dari kereta dengan keadaan tergesa-gesa. Lisa ditinggalkan seorang diri di
dalam kereta. Melihat Irfan melakukannya seperti itu, perlahan-lahan Lisa membuka
pintu kereta. Ketika kakinya berpijak dihalaman rumah tersebut, hatinya cukup
terpesona. Rumah banglo mewah dua tinggat ini sungguh unik binaannya. Diserikan
pula dengan tanaman yang menghijau dan mempunyai pelbagai jenis pokok bunga.
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke pintu hadapan rumah. Lisa cuba meninjau ke
dalam tetapi tidak nampak kelibat seorang manusia pun.
Nak masuk, tapi
tak dipelawa. Lagi pun dia bukan kenal dengan Irfan dan rumah ini begitu besar
untuk dia terjah dengan begitu sahaja. Lisa mengambil keputusan untuk
melabuhkan punggungnya di kerusi taman berhampiran dengan pintu rumah. Dengan
keadaan cuaca redup sebegini, taman ini kelihatan sungguh indah.
“Masuklah,”
kata Irfan yang tiba-tiba muncul dihadapan pintu.
Lisa mula
menuruti langkah Irfan menuju ke bilik Puan Elinna. Pintu lif dibuka.
“Waahh… Dalam
rumah pun ada lif!” kata Lisa sedikit teruja.
Irfan tersenyum
mendengar kata-kata Lisa.
“Ini idea
papalah ni…. Dia cakap senang kalau siapa-siapa sakit, tak payah bersusah payah
turun naik tangga…. Tapi lain pula jadinya, orang sihat yang guna… Kalau nak
turun baru kami guna tangga…. Nak naik atas, kami guna lif….Hahaha….
Pemalaskan?”
“Boleh
dikatakan pemalas jugalah…”
Lisa tersenyum
lebar mendengar penjelasan Irfan. Nampak keramahan ketika Irfan berpewatakan
begini. Tidak seperti tadi, seram Lisa tengok.
Sesudah pintu
lif terbuka, Irfan mendepakan sebelah tangan memberi laluan agar Lisa keluar
dari lif terlebih dahulu.
“Wahh… Dah
ala-ala princess dah ni,” kata Lisa didalam hati. Malu pun ada bila
diperlakukan seperti itu.
Di bilik, Puan
Elinna sedang berbaring dikatil. Tuan Iskandar dan Iffa turut berada di dalam
bilik tersebut. Puan Elinna tersenyum memandang Lisa yang baru sahaja memasuki
biliknya.
“Cantik gadis
ini berpakaian seperti ini… Mereka berdua ni ada apa-apa ke?” bisik hati Puan
Elinna.
Lisa bersalaman
dengan Puan Elinna dan Iffa.
“Kenapa ni
puan? Macam mana boleh jadi macam ni...”
“Tak payah berpuan
dengan saya…. Panggil mak cik sudah,” kata Puan Elinna.
Lisa hanya
mengangguk.
“So, macam mana
boleh jadi macam ni mak cik?”
“Tadi mak cik
berkebun…. Tiba-tiba, mata ni rasa berpinar. Selepas tu keadaan nampak gelap...
Mak cik terus tak sedarkan diri selepas tu... Mungkin mak cik buat kerja bawah
terik matahari kut… Sebab tu jadi macam ni. Tapi sebelum ni tak pernah pun jadi
macam ni. Ini pun masih rasa pening-pening,” beritahu Puan Elinna sambil memicit kepalanya.
Irfan bertindak
mendekati mamanya. Tangannya ringan sahaja mengambil alih tugas tangan Puan
Elinna.
“Owhhh macam
tu… Mak cik sarapan tak sebelum buat kerja?”
“Mak cik puasa…
Tapi mak cik ada sahur tadi… Makan roti satu keping…”
“Mungkin sebab
ni mak cik pengsan. Tak cukup tenaga. Lagipun mak cik sahur roti satu
keping je…”
“Betullah tu
agaknya… Lagipun isteri pak cik ni buat kerja mengalahkan tauke ladang sayur…
Mencangkul, menggembur tanah, tanam pokok…. Sampai pengsan buat kerja,” sampuk
Tuan Iskandar.
“Habis tu,
abang bukan nak tolongggg...,” kata puan Elinna sambil menjeling suaminya.
“Saya tengok
matahari dah terpacak atas kepala macam tu pun saya rasa macam dah malas…
Ingatkan awak kuat… Hahahaha…”
Puan Elinna
hanya menjeling pada suaminya yang sengaja mentertawakannya. Masa muda-muda
dulu bukan main lagi bersemangat membanting tulang empat kerat walaupun
matahari dah terpacak atas kepala. Sekarang? Mentang-mentanglah dah jadi bos…
“Mak cik dah
makan belum?”
Minum air
kosong je tadi…”
“Ermmm… Kalau
macam tu mak cik makanlah dulu atau minum minuman manis… Buat tambah tenaga…
Haa... sebelum tu, mak cik ada penyakit kencing manis tak?”
“Alhamdulillah,
tak ada…”
“Baguslah kalau
macam tu…. Sekarang mak cik makan dululah…”
“Okay, Iffa
pergi buatkan,” kata Iffa sambil terus bangun dari tempat duduknya.
“Kamu berdua ni
dari mana? Dating yer?” tanya Puan
Elinna.
“Dating?” terkeluar pertanyaan tersebut
dari mulut Lisa. Kalaulah Puan Elinna tahu dia dan anaknya sebentar tadi
bagaikan sedang berperang.
“Mama mana tahu kami pergi dating?” sampuk
Irfan.
“Dah cik misi kita dah pakai cantik-cantik
macam ni….”
“Kami baru nak keluar ma… Tiba-tiba dapat call mama pengsan. Tu terus pecut balik
ke rumah ni.”
“Ye ke… Sejak
bila ni?.”
“Adalah,” kata
Irfan sambil menggaru dahinya yang tidak gatal.
“Tak beritahu
mama pun ya,” kata Puan Elinna gembira.
Lisa mencari
ruang untuk menyampuk. Menyampah dengan kelakuan Irfan. Penjelasan yang tidak
benar yang keluar dari mulut Irfan. Sama sekali tidak benar! Dia tak pernah
berniat untuk dating dengan lelaki
dihadapannya.
Irfan memandang
Lisa. Dia tahu Lisa geram dengan pengakuannya tadi. Oopss… Jelingan tajam
matanya. Irfan terus mengalihkan pandangan kepada mamanya yang masih
berkata-kata. Irfan mengangguk-angguk dan mengiakan kata-kata Puan Elinna.
“Mak cik
sebenarnya kami…”
“Sebenarnya kamu
berdua dah rapat masa pak cik tinggal di wad ya? Pak cik dah agak dah… Sebab
lepas Irfan kenal dengan nurse hari
tu dia terus jadi lain… Dah macam orang angau…” Belum sempat Lisa menghabiskan
ayatnya, Tuan Iskandar menyampuk.
“Aku angau??”
bisik Irfan di dalam hati. Papa ni agak-agaklah… Nanti perasan pula si minah
ni…” Baru nak mengenakan Lisa, dia juga dikenakan.
Lisa hilang
kata-kata. Lelaki ni angau?? Tapi kelakuannya sebentar tadi macam nak memburu
musuh!
“Oh ya…Panggil
saya Lisa…Tak payah bahasakan saya nurselah,” kata Lisa sambil tersenyum.
Sengaja dia mengubah topik dek kerana perasaan gementar melanda dirinya.
Kalaulah betul kata Tuan Iskandar.
“Bukan Natasya
ke?” tanya Tuan Iskandar.
“Itu nama saya semasa
bekerja… Nama penuh saya Lisa Amira Natasya binti…… Haa binti apa Encik Irfan?”
Lisa sengaja ingin menduga Irfan.
“Binti Abdul
Hamid,” jawab Irfan sambil tersenyum.
Terkejut Lisa
apabila Irfan mengetahui dia berbintikan siapa.
Puan Elinna
tersenyum melihat gelagat merpati dua sejoli dihadapannya. Hatinya sudah berbunga.
Nanti dapat menantulah dia tidak lama lagi.
“Amboi...
Panjangnya nama dia… Nice name,” puji
Puan Elinna sambil ketawa kecil.
“Makanan dah
sampai.” Iffa muncul sambil membawa dulang makanan.
Lega hati Lisa
melihat kehadiran Iffa. Moga-moga jangan diperpanjangkan lagi hal ini.
Tiba-tiba,
telefon pintar Lisa berbunyi. Panggilan itu dari emaknya iaitu ibu angkat yang
sudi menjaga dia dan adiknya ketika kecil.
“Maafkan saya…
Saya jawab panggilan dulu,” kata Lisa lalu beredar keluar dari bilik.
Tidak sampai 10
minit Lisa menamatkan perbualan. Tidak sedap beborak panjang-panjang di rumah
orang. Gembira sungguh hati Lisa, emak dan ayahnya mahu bertandang ke rumahnya
minggu hadapan. Senyuman manis melebar di wajahnya.
Kaki Lisa mula
melangkah masuk ke dalam bilik Puan Elinna yang tidak bertutup pintunya dari
tadi.
“Maafkan saya…
Saya rasa saya perlu balik sekarang. Sebabnya, emak saya nak datang ke rumah…”
“Aik? Bukan
minggu depan ke?” fikir Irfan. Sengaja dia mencuri dengar perbualan Lisa sebentar
tadi.
“Yalah… Terima
kasih Lisa,” kata Puan Elinna.
“Tak ada
apalah… Bukan saya ada buat apa-apa pun,” kata Lisa sambil bersalaman dengan
Puan Elinna dan Iffa.
Irfan menunggu
di dalam kereta. Lisa masih rancak berbual dengan papanya diluar rumah.
Bagaikan kenalan yang dah lama kenal. Irfan terlupa bahawa Lisalah yang menjaga
papanya dihospital dahulu.
Mata Irfan
memandang fail Lisa yang diletakkan disebelah. Ada sekeping kertas hijau pucuk
pisang yang terkeluar sedikit dari tempat penyimpanan yang menarik perhatian
Irfan. Kertas tersebut ditarik keluar.
Kertas tersebut
dibahagikan kepada tiga bahagian yang digaris sendiri oleh Lisa. Dibahagian
atas tertera <3 Lisa Sweet <3.
“Kebudak-budakanlah
dia ni… Macam budak sekolah menengah rendah,” kata Irfan sambil mengintai Lisa
diluar.
Perkara yang
disukai
1. Menanam pokok bunga.
2. Pelihara kucing dan hamster.
3. Dihadiahkan pokok bunga/ benih bunga.
4. Bergambar.
5. Bercuti di pulau-pulau.
6. Suasana yang penuh keceriaan.
Perkara/benda
yang tidak disukai
1. Asap rokok
2. Orang yang menganiai binatang.
3. Suasana sesak.
4. Orang yang mencuri mendengar perbualan
.
5. Orang-orang yang suka membuang sampah
merata-rata.
6. Gelang Getah.
7. Penyakut baju
Perkara yang
diingini
1. Menjadi model.
2. Melancong merentasi sempadan negara.
3. Dilamar secara mengejut. Hehehe...
Boleh ke?
4. Teman lelaki/ Suami yang kacak…
hehehe… Ada ke yang nak?
5. Sebuah rumah kecil ditepi pantai.
6. Sebuah
penempatan untuk kucing jalanan.
Irfan
cepat-cepat mencampakkan kertas tersebut
ke belakang apabila melihat Lisa sudah menghampiri kereta. Belum sempat
lagi dia membaca keseluruhan isi kertas tersebut. Irfan berpura-pura
menukar-nukar siaran radio ketika Lisa memasuki keretanya.
“Bukan ke
minggu depan emak kau nak datang? Gaya cakap macam nak datang hari ni… Duduklah
lama sikit rumah aku ni....”
“Awak dengar
perbualan saya tadi ya?”
“Mulalah tu nak
melenting,” kata Irfan sambil mengundurkan kereta.
Maka bermulalah lagi episod perang mereka
berdua.
Perlahan-lahan
Lisa mengangkat bagasinya ke tingkat atas. Beratnya tidak terkata. Setelah
tombol pintu biliknya dibuka, Lisa berlari menuju kearah katil. Badannya
dihempaskan di atas tilam empuk. Matanya dipejam serapat-rapatnya. Tiba-tiba
bayangan Irfan terlihat jelas diminda. Senyuman, kelakuan dan tutur bicara
Irfan berlegar-legar diminda. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga Lisa kata-kata yang diucapkan Irfan
sebentar tadi.
“Sudi tak kau
jadi teman wanita aku?” tanya Irfan serius.
“Hello…Perangai
macam ni nak jadi teman lelaki saya? Tak mungkin! Sama sekali tak mungkin!!”
“Apa? Ingat kau
bagus sangat?” Irfan mula naik angin.
“Eh, tentulah…
Ini Lisa Amira Natasya tau! Sekali senyum, berdarah hidung orang yang melihat!”
balas Lisa geram.
Irfan hanya mengertawakannya
tanpa henti.
Mungkin dia
fikir aku perasan.
“Ah,
lantaklah!”
Lisa membuka
matanya dan memandang kipas yang sedang ligat berpusing di dalam bilik. Lisa
mengetap bibir.
“Dia serius
ke?” bisik hati Lisa.
Lisa bingkas bangun dari katil. Terlupa yang dia belum lagi
menunaikan solat Zohor. Cepat-cepat dia mempersiapkan diri untuk solat. Malas
Lisa melayan perasaanya yang seakan mahu memberi ruang kepada Irfan untuk
mengenali dirinya lebih dekat.