BAB 3Diluar hospital,
kelihatan jururawat Natasya berlari anak bersama payung berwarna merah jambu
sedondon dengan baju uniformnya. Hujan yang turun lebat itu sedikit sebanyak
telah membasahi uniform yang dipakai.
Sesampai sahaja di
depan pintu hospital, jururawat Natasya terus menutup payung yang digunakan
lalu meletakkan payung tersebut di tempat yang disediakan. Selepas memberi
salam kepada pengawal keselamatan yang bertugas di situ, dia terus melangkah ke
dalam hospital sambil melihat jam yang digantung bersama tag namanya. Jam
menunjukkan 1.30 petang. Dia terus melangkah kearah lif untuk naik ke tingkat Wad Mawar. Dia harus
cepat agar sampai 15 minit lebih awal sebelum waktu bertugas iaitu pukul 2
petang. Setelah pintu lif terbuka, jururawat Natasya bersama-sama staf yang
lain terus melangkah masuk ke dalam lif. Angka lif terus bergerak. Jururawat
Natasya sentiasa peka dengan perubahan angka lif tersebut.
Sebelum melangkah ke
dalam wad, Jururawat Natasya membaiki tag namanya yang tertulis Jururawat
Natasya di depan cermin yang disediakan. Kelihatan tudungnya sedikit senget dan
dia terus memperbetulkan tudung yang dipakai agar nampak kemas. Cermin itu
dipandang dengan senyuman manis. Nafasnya ditarik lalu dihembuskan
perlahan-lahan agar aura positif dapat singgah ke dalam jiwanya.
“Selamat bertugas staffnurse (SN)Lisa Amira Natasya!” Dengan senyuman yang masih menguntum di bibir,
Lisa melangkah menuju ke Wad Mawar. Langkahnya nampak begitu bersemangat.
Senyuman yang terukir
telah memperlihatkan lesung pipit manis dipipinya. Secara tidak langsung, wajah
tersebut telah mempamerkan kecantikan semulajadi yang dimiliki. Itulah rutin
harian Lisa sebaik sahaja masuk bekerja. Cermin itu wajib dipandang setiap kali
mahu melangkah masuk ke dalam wad. Bagi Lisa, cara ini mampu meningkatkan
keyakinan dirinya untuk memulakan tugas pada hari itu. Betullah apa orang kata,
senyuman mampu memberikan satu impak semangat yang luar biasa. Segala aura
positif dengan serta-merta mampu meresap ke dalam jiwa untuk nampak lebih
berkeyakinan.
Tanpa Lisa ketahui,
setiap hari ada mata yang selalu mengintainya disebalik cermin tersebut.
Senyuman yang Lisa lemparkan pada cermin tersebut, telah menambat hati
seseorang di sebalik cermin. Tapi siapa? Lisa tidak mengetahuinya.
*****************************************************************
Irfan telah memasuki kafeteria
hospital yang agak lengang daripada orang ramai. Makanan yang dijual setiap
satu diperhatikan Irfan. Sesekali dia melihat telefon pintarnya, bimbang jika
mamanya ada menghantar mesej. Setelah melihat makanan yang ada disitu, tiada
apa yang berkenang dihati. Perutnya masih terasa kenyang. Irfan berjalan menuju
ke bahagian jualan air lalu Irfan memesan minuman yang diminta Puan Elinna dan
untuknya dia memesan teh panas.
Dalam beberapa minit sahaja,
minuman yang diminta siap dihidang. Bebola mata Irfan memerhati ke sekeliling
mencari tempat duduk yang sesuai. Penjuru kafe yang menghadap kolam ikan
menjadi pilihan Irfan kerana tempat tersebut tidak dipenuhi orang.
“Bismillahirahmanirrahim....”
Minuman di dalam cawan dihirup.
“Ermm, lega rasanya
tekak ni....”
Riak air kolam yang
agak kacau itu diperhatikan Irfan. Kelihatan Ikan Koi berenang ke sana ke mari
bersama rakan sejenisnya. Semuanya gemuk-gemuk belaka. Terleka sebentar Irfan
memandang pergerakan ikan comel itu. Air di atas meja kembali dihirup Irfan. Dia
termenung seketika memandang rintik-rintik hujan menghiasi cermin-cermin kafe
yang lut sinar.
Fikiran Irfan mula teringatkan
peristiwa pagi tadi. Album gambar di dalam telefon pintarnya dibuka.
“Mee goreng kau
lemparkan pada kereta aku?? Perempuan ni memang berani! Nanti kau, kau tak
kenal lagi siapa aku.... Berani pula dia tumbuk aku??” Hati Irfan mula terasa
panas.
“Moga hujan yang turun dah
mencuci kereta aku tu… Terima kasih Ya Allah....” Irfan memandang hujan lebat
diluar.
Telefon pintar yang
berdering mematikan lamunanya seketika.
Tertera di skrin
telefon pintarnya perkataan MY MUM.
“Assalamualaikum, ma.”
“Waalaikumussalam.
Irfan, papa dah balik ke bilik dah ni....”
“Ok,ma… Irfan pun dah
nak habis minum ni.”
“Yalah… Jangan lupa
limau ais mama tu tau.”
“Ya, ma.... Irfan dah
belikan ni.”
“Oklah Irfan...
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Irfan segera
menghabiskan baki minuman yang ada. Jam tangan dikerlingnya, nampaknya jam sudah
menunjukkan pukul 1.45 petang. Irfan bingkas bangun dan segera mengatur
langkah.
Setiba sahaja di bilik
Mawar 25, Irfan melihat mama dan papanya sedang rancak berbual. Nampak
kebahagian di wajah mereka. Hati Irfan begitu senang melihat suasana sebegitu.
“Papa, macam mana hari
ni? Sihat?” tanya Irfan sambil melemparkan senyuman pada papanya.
“Macam inilah Irfan…
Tapi hari ni papa rasa lebih baik daripada semalam,” kata Tuan Iskandar sambil
menepuk bahu anak terunanya.
Tanpa mereka sedari, Jururawat
Natasya sedang memerhatikan gelagat pesakitnya.
“Ma, Irfan dah belikan limau
ais ni. Ada dalam peti ais tu.”
“Bila? Mama tak perasan
pun Irfan letakkan dalam peti ais tu.”
“Macam mana nak
perasann… Dah berbual dengan kekasih hati. Kalau macam ni gayanya, pencuri
masuk pun tak sedar, ma… Hahahaha...,” ketawa Irfan.
“Perli mama la tu…
Irfan tak dapat pasangan lagi… Nanti dah dapat baru tahu...”
“Nah, ini airnya…”Sengaja
Irfan menukar topik.
“Owh, terima kasih…
Nah, ini untuk abang.” Puan Elinna menghulurkan air kepada suaminya.
“Oklah mama… Irfan nak
ke tandas sekejap ya. Papa, guna tandas sekejap ya.”
Setelah itu, Tuan
Iskandar terus minum air minuman kegemaranya
itu.
“Tok tok tokkk…” Kedengaran
pintu bilik diketuk. Jururawat cantik mula melangkah masuk ke dalam bilik Mawar
25.
“Maaf Tuan Iskandar,
tuan tidak dibenarkan minum air sejuk. Nanti batuk Tuan Iskandar lambat pulih.
Selain itu, makanan pedas dan berempah juga tidak dibenarkan makan buat masa
ini. Makanan-makanan ini semuanya akan menggalakkan batuk,”jelas jururawat
Natasya dengan nada tegas tetapi senyuman masih terukir di wajah.
“Eh, suami saya tak ada
masalah batuk nurse. Lagipun ini
minuman kegemaranya... Saya rasa tak salah kalau dia minum.” Puan Elinna
hairan, sejak bila suamiya batuk? Elok sahaja dia tengok.
“Maaf puan, tetapi didalam rekod kami, Tuan Iskandar
akan megalami batuk yang teruk, terutamanya pada waktu malam. Tidak salah untuk
minum jus limau ni, tapi seeloknya minumlah air limau suam. Ini kerana, air
suam dapat mencairkan kahak dan dapat melegakan batuk yang dialami,” terang Jururawat
Natasya.
“Yalah… Terima kasih ya
nurse.” Puan Elinna tersenyum mesra.
“Kalau macam tu saya
beredar dulu. Jika ada apa-apa pertanyaan boleh ke kaunter jururawat ya...”
Pintu bilik dibuka lalu
Jururawat Natasya melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Eh, awak ni!” marah Puan
Elinna sambil mencubit lengan suaminya.
“Kenapa?” tanya Tuan
Iskandar terkejut.
“Kenapa tak cakap awak
batuk?”
“Habis tu, minuman
kegemaran saya dah ada depan mata saya. Takkan saya nak tolak kan,” Tuan
Iskandar tersenyum nakal.
“Ermmm.... Kalau macam
tu tak bolehlah abang makan gulai kari saya. Mesti jururawat tu terhidu kari
sayakan? Sebab tu dia terus nasihatkan abang supaya tidak makan makanan pedas
dan berempah.”
“Patutlah saya bau kari...
Rupanya awak yang bawa....”
“Ingatkan nak makan
sama-sama dekat sini,” kata Puan Elinna.
“Tak apalah... Saya
berpantang. Bila sembuh nanti saya boleh makan lagi...”
“Kreeeeettttttttttttttttttt…”
Pintu tandas dibuka, maka keluarlah jejaka yang memasuki tandas tadi. Siapa
lagi? Irfanlah....
“Irfan lapar tak? Kalau
lapar, makanlah gulai kari mama ni.... Papa tak dapat makan. Papa batuk. Ini
pun minum limau ais dah kena warning.”
“Siapa warningpapa?”
“Nurse…”
“Nurse?Berani dia warningpapa.
Kenapa tak beritahu Irfan. Cantik tak?”
“Hurmmm… Dia dah mula
dahh… Dah, cepat! makan gulai kari mama ni.”
“Ok, sedap ni… Papa tak
kisahkan makan depan papa ni? Siap ada sambal belacan lagi...” Irfan
memerhatikan lauk yang baru di buka Puan Elinna.
“Papa, ok je...,” jawab
papanya sambil tersenyum.
Setelah selesai makan,
Irfan dan Puan Elinna bersalaman dengan Tuan Iskandar dan meminta diri untuk
pulang.
“Jaga diri ya, pa....
Malam nanti, kalau Irfan tak ada hal, Irfan akan temankan papa di wad ya?”
“Tak usahlah Irfan… Jaga
mama kamu ni di rumah… Kasihan mama kamu ni seorang diri. Papa tak apa, ada nurse yang tolong tengok-tengokkan.”
“Betul ni?”
“Betul...,” jawab Tuan
Iskandar sambil menahan batuk.
“Oklah, kami pulang
dulu.”
“Yalah.... Bawa kereta
tu hati-hati.”
“Ya, pa....”
Puan Elinna melambaikan
tangan kepada suaminya sebelum pintu di tutup. Sejurus selepas itu, kelibat
mereka hilang disebalik pintu tersebut. Kini, tinggallah Tuan Iskandar di dalam
bilik tersebut seorang diri. Masa ini digunakan untuk menunaikan Solat Fardu
Zohor.
Sementara itu,
jururawat yang bertugas sibuk melakukan tugas masing-masing. Pada masa yang
sama, kemunculan doktor muda yang segak dengan kot putihnya sedikit sebanyak
telah mencuri pandangan jururawat di wad tersebut. Doktor muda ini mengenakan
baju kemeja bewarna hijau lumut dan bertali leher hitam. Rambutnya disikat rapi
dengan membuat belahan tepi. Stetoskop dibiarkan berjuntai di bahunya. Senyuman
tidak lekang terukir dibibir.
“Selamat petang, nurse,” sapa Dr.Haikal kepada stafnya.
“Selamat petang,doktor....
Amboi, Doktor Haikal bukan main ceria hari ni,” usik ketua jururawat.
“Hahaha... Biasa-biasa
sahaja... Macam mana pesakit saya hari ni? Ada sebarang masalah tak?” perbualan
mula serius.
“Setakat ini, tiada pesakit
yang semakin teruk masalahnya. Semua pesakit menunjukkan perubahan yang
positif. Perawatan hari ini dijalankankan sepertimana yang telah dirancangkan.”
“Oh, ya doktor... Pesakit
bilik Mawar 20 iaitu En. Fazil bin Mamat bernombor pendaftaran Mw 3421 098 telah
dirancangkan untuk menerima 2 pint packed
cellhari ini.Tetapi apa yang
menjadi masalahnya, dia mengalami ketidakserasian dengan blood transfusiondimana suhu badannya meningkat secara mendadak dan
kami dengan segera telah menghentikan tranfusi darah ini,” jelas ketua
jururawat.
“Can
I read the report?”
“Sure,
doctor.”
Fail laporan pesakit
bertukar tangan. Dr. Haikal mula membaca apa yang sudah dicatatkan.
“Baiklah, saya akan ke
biliknya sekarang untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.”
“StaffnurseNatasya, sila ikut Dr.Haikal untuk membuat rondaan
pemeriksaan pada pesakit,” arah ketua jururawat.
“Baiklah, sister.”
Maka bermulalah sesi
rondaan di dalam wad tersebut. Semua pesakit ditanya kesihatan semasa dan
rancangan perawatan diubah mengikut keperluan rawatan yang diperlukan oleh
pesakit.