Di
kebun, panas mentari begitu memeritkan kulit Pak Cik Mus. Topi jerami yang
dipakai sepertinya tidak memberi kesan untuk berlindung daripada cahaya
matahari yang terik. Perlahan-lahan Pak Cik Mus mengesat mukanya dengan tuala yang
diletakkan di bahu kanan. Keringat sudah membasahi baju putih yang dipakai.
Perlahan-lahan
cangkul dihayun ke tanah. Sedikit demi sedikit cangkul dihayun untuk membuat
batas. Batas yang dibuat khas untuk menanam pokok labu.
“Shuhhhhh…
Shuhhhhh…” Pak Cik Mus menghalau anak kucing bewarna Putih yang sibuk
menggeselkan badannya pada kaki Pak Cik Mus.
“Dari
mana pula datang anak kucing ni?? Shuhhhhh….” Pak Cik Mus cuba menepis anak
kucing ini dengan kakinya.
“Meeowwww!!!!!”
Tiba-tiba
Pak Cik Mus tercangkul ekor anak kucing itu!
“Ya
Allahhh!!” Pak Cik Mus terus berhenti daripada mencangkul tanah. Cangkulnya
terus dicampakkan ke tanah. Melilau Pak Cik
Mus mencari kelibat anak kucing tadi yang sudah tentunya menyembunyikan
diri menahan kesakitan.
“Kenapa,
ayah?” tanya Faisal sebaik sahaja keluar dari pintu rumah.
“Ayah
tercangkul ekor anak kucing… Cepat, tolong ayah carikan anak kucing tu…”
“Owhh..
Anak kucing warna putih tu ke, ayah?”
“Ya…
Anak kucing itulah…”
“Biarlah,
kucing tu… Kawan Faisal cakap ada orang buang anak kucing tu malam semalam
dekat tepi jalan tu… Ishhh.. Sekarang dah sampai rumah kita… Faisal tak sukalah
kucing…” Faisal memasamkan mukanya.
“Kasihan
anak kucing tu… Kita belalah dia… Lagipun anak kucing tu tengah sakit tu… Ayah
dah tercangkul ekornya… Nasib baik sikit sahaja…”
“Hah,
itupun anak kucing tu!” kata Pak Cik Mus sambil membongkokkan badannya masuk ke
bawah rumah. Perlahan-lahan tubuh kecil anak kucing itu diangkat.
“Alahai…
Kasihanya kamu…” Pak Cik Mus membelek kesan ekor yang terkena cangkul sebentar
tadi. Nasib baik sikit sahaja.
Seminggu
berlalu…
Hujung
ekor anak kucing sudah menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh lukanya. Mujur
kehilangan hujung ekornya tidak menyebabkan anak kucing ini mati. Anak kucing
itu diberikan nama, Puteh.
“Faisal…
Tolong berikan Puteh makan…” Mak Cik Esah menghulurkan bekas yang berisi ikan
kepada Faisal.
Dengan
perasaan benci, Faisal mencampakkan ikan itu kepada Si Puteh tanpa pengetahuan
ibunya. Habis ikan itu terkena pasir. Kalaulah ibunya tahu kelakuannya itu, sudah
pasti dia akan dimarahi.
Perlahan-lahan
Si Puteh mengambil ikan itu untuk di makan sambil matanya takut-takut memandang
Faisal.
“Apa
pandang-pandang?” Laju sahaja tangan Faisal menjentik telinga Si Puteh.
Lintang-pukang Si Puteh lari sambil membawa ikan dangan mulutnya.
“Faisal!
Kamu buat apa tu?” jerkah Pak Cik Mus.
“Tak
ada buat apa-apa,ayah,”jawab Faisal sambil matanya tertunduk ke tanah.
“Sini
kamu..”
Satu
jentikan hinggap di telinga Faisal.
“Sakit
tak?” tanya ayah Faisal.
“Sakit,
ayah…” Mata Faisal sudah berkaca menahan tangis.
“Tahu
pun sakit… Puteh pun sakit Faisal buat macam tu… Kita sebagai manusia, tidak
bolehlah menyakiti haiwan… Mereka pun mempunyai perasaan…”
“Baik
ayah… Faisal janji, Faisal tak buat lagi… Maafkan,Faisal.”
Beberapa
hari kemudian…
Faisal
seronok bermain air diluar rumah. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Dia begitu
bencikan Si Puteh. Kelmarin, kakinya sudah terpijak najis Si Puteh yang
dikambus di dalam tanah. Kebetulan ketika itu, dia tidak memakai selipar. Jadi,
habis kaki kirinya terkena najis. Hari ini, dia mahu kenakan Si Puteh!
Si
Puteh diletakkan di dalam sebuah sangkar. Lalu, air paip disemburkan ke dalam
sangkar tersebut. Si Puteh menggelupur
ketakutan dan mencari pintu untuk keluar sambil mengiau meminta pertolongan.
Faisal tidak mempedulikan ketakutan Si Puteh. Apa yang penting, dendamnya
terbalas.
“Baru
puas hati aku!” Faisal menutup pili air. Si Puteh dibiarkan di dalam sangkar
kesejukan. Kasihan Si Puteh.
“Esah…
Ooo… Esah…” Pak Cik Mus memanggil isterinya.
“Ya,
bang.. Ada apa?”
“Kenapa
anak kucing ni ada dalam sangkar?”
“Eh,
tak tahu pula saya… Saya menjahit dekat dalam rumah tadi… Ini mesti Faisal
punya kerja. Tadi dia mandi dekat luar…”
“Faisal…
Faisal… Nakal sungguh anak kita tu…” Pak Cik Mus mengelengkan kepala.
“Abang,
berikan kepada saya anak kucing tu…”
Pak
Mus membuka sangkar untuk mengambil Si Puteh.
“Nah…”
“Kasihan….
Menggigil…” Mak Cik Esah terus mengesat bulu Puteh dengan tuala kering.
Keesokkan
harinya…
Mak
Cik Esah risau di dapur. Anak kucing yang dibelanya tidak mahu makan walaupun
diberi ikan kegemarannya.
“Faisal…
Kenapa buat Puteh macam tu kelmarin?”
“Faisal
nak mandikan Puteh ni, ibu...” Faisal berbohong.
“Sekarang,
Puteh dah sakit tau… Kasihan dia tak lalu makan… Mesti Puteh demam ni…” Mak Cik
Esah membelai kepala Si Puteh yang duduk di atas ribanya.
“Ibu
ni… Puteh ni bukan anak ibu… Ibu jaga Puteh bukan main dengan penuh kasih
sayang… Kucing ni binatang sahaja ibu…”
“Sayang…
Dengar ibu cakap ni… Binatang pun ada perasaan tau… Kalau kita sayang dia, dia
pun akan sayangkan kita. Insya-Allah dia akan tolong kita suatu hari nanti…”
“Kucing
bukannya ada tangan macam kita ibu… Macam mana dia nak tolong kalau tak ada
tangan?”
Mak
Cik Esah tergelak kecil mendengar pertanyaan anaknya yang berusia 6 tahun itu.
Sudah
setahun berlalu…
Si
Puteh sudah pun membesar dengan sihat. Si Puteh menjadi kucing yang cergas dan
aktif. Faisal pula, dia telah masuk belajar di Darjah satu.
“Ibu…
Kasut Faisal hilang…” Faisal mencari sebelah kasutnya yang tiada di atas rak.
“Kamu
letak dimana?” tanya Pak Cik Mus yang
sudah berada di atas motosikal.
“Semalam,
Faisal letak disini.” Faisal menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Hairan sungguh! Kemana kasutnya menghilang?
“Cuba
cari elok-elok…” Mak Cik Esah berkata.
“Ini
pun kasut Faisal… Dekat bawah tangga tu… Puteh buat main…” kata Pak Cik Mus.
“Puteh
ni!! Tak habis-habis menyusahkan Faisal!”marah Faisal diawal pagi sambil
tangannya mengambil kasut tersebut.
Tiba-tiba
Si Puteh menekup tangan Faisal.
“Isshhhh…
Tepilahhh!!!” Terpelanting Si Puteh.
“Ayah!!!!
Ada anak ular dalam kasut Faisal!”
“Mana??”
Pak Cik Mus terus menongkat motosikalnya.
Kasut
Faisal dikuis dengan sebatang kayu. Anak ular yang diperkatakan keluar dari
kasut tersebut lalu menyembunyikan diri di sebalik rumput-rumput di tanah.
“Hah,
nasib baik Puteh jumpa ular tu… Kalau tak, mesti kaki kamu tu dipatuk ular.
Alhamdulillah, selamat kamu Faisal,”kata Mak Cik Esah sambil tersenyum penuh
makna.
Bermula
saat itu, Faisal tidak lagi memukul atau menyakiti Si Puteh. Malah, Si Puteh
kini menjadi haiwan kesayangannya. Betullah kata ibunya, jika kita berbuat baik
kepada binatang, insya-Allah dia akan menolong kita suatu
hari nanti. Si Puteh telah menyelamatkan nyawa Faisal dan Faisal akan mengenang
jasa Si Puteh itu.
“Terima
kasih, Puteh!” Faisal memeluk kucing kesayangannya.