BAB 2Kereta BMW 5 series
dengan megahnya memasuki perkarangan banglo dua tingkat milik kepada usahawan
pertanian yang berjaya. Setelah keluar dari kereta, Irfan atau nama sebenarnya Tuan
Muhammad Harith Irfan bin Tuan Iskandar berniat
untuk mencuci kereta memandangkan hari ini hari minggu dan dia tidak kemana-mana.
Dengan bersemangat dia menyediakan alatan untuk mencuci.
Irfan lebih suka untuk
mencuci keretanya sendiri berbanding mengambil khidmat orang lain untuk mencuci
keretanya. Bagi Irfan, tidak perlulah membazirkan wang memandangkan dia mampu
untuk membuat perkara tersebut dengan sendiri. Selain itu, inilah salah satu
cara untuk menyihatkan badan.
“Mana pula mama
letakkan paip getah ni?” terbongkok-bongkok Irfan mencari paip getah yang
diletakkan Puan Elinna entah dimana.
“Laa... Dekat sini
rupanya mama letakkan paip getah ni… Agak-agak mama dah siram belum pokok bunga
ni? Tolong siramkanlah.... Mesti mama belum siram lagi ni… Kering je tanah.”
Irfan terus
menyemburkan air pada pokok-pokok bunga kepunyaan Puan Elinna. Bukan main
seronok lagi dia menyiram setiap pasu bunga yang tersusun rapi.
“Irfan!!! Apa yang
Irfan buat pada pokok mama tu? Sekarang pukul berapa?” jerit Puan Elinna dari
balkoni.
“Pukul 11.30 pagi ma…
Irfan tolong siramkan pokok mama ni… Hari ini cuaca panas… Petang nanti mesti
layu sebab kurang air,” jawab Irfan tersengih-sengih sambil meneruskan siraman.
Pasti Puan Elinna akan berterima kasih padanya.
“Ramalan cuaca kata,
hujan petang nanti. Dah dekat tengahari mana ada orang siram pokok Irfannn… Nanti
melecur daun pokok tuu…” Puan Elinna mengelengkan kepala.
Walaupun Irfan anak
kepada usahawan pertanian, tetapi Irfan tidak pernah mengambil tahu perihal
pertanian. Dia lebih minat kepada seni fotografi dan juga undang-undang.
“Irfan, sekarang tolong
hantar mama ke hospital… Mama nak pergi melawat papa. Sekarang dah nak masuk
waktu melawat. Pak Samad cuti hari ni.... Pak Samad ada hal untuk uruskan
perkahwinan anak perempuannya… Irfan tak ada hal lain kan?”
“Ok, ma.... Sebenarnya
Irfan nak basuh kereta. Tapi tak apalah
Irfan hantar mama dulu. Lagi pun dah
panas ni.” .
“Tau tak apa... Orang
basuh kereta pagi-pagi… Ni matahari dah terpacak atas kepala baru terhegeh-hegeh
nak basuh kereta. Nanti hitam anak mama yang seorang ni… Dah, cepat pergi mandi!
Pergi jogging bukan nak beritahu mama
pun.... Jogging dengan kekasih hati la tu,” usik Puan Elinna.
“Manalah ada gadis yang
nak dekat Irfan ni, ma… Ok, Irfan masuk mandi sekejap.” Pili air segera ditutup.
Ketika Irfan menukar
baju untuk mandi, dia membelek keadaan perutnya.
“Mak aiiiii!! Lebamm!
Patutlah senak semacam rasa perut aku ni… Perempuan ni, nanti kauu… Kalau aku
jumpa kau sekali lagi, nahaslah! Tahulah aku ajar kau!” Irfan menggenggam buku
tangannya. Geram sungguh rasanya. Dendam mula menjalar di dalam sanubarinya.
Setelah 15 minit
bersiap, jejaka yang mempunyai ketinggian 178 cm ini turun ke ruang tamu dengan memakai T-shirt kuning
hitam bersama jeans. Rambut disikat rapi dan haruman minyak wangi harum
semerbak.
“Amboi… Tauke minyak wangi
mana pulak ni yang datang,” sindir Puan Elinna.
Irfan hanya
tersengih-sengih.
Setelah mengunci pintu
rumah, Irfan terus menuju ke kereta.
“Irfan, tolong buka
bonet belakang. Mama nak letakkan barang.”
Irfan menuruti arahan
daripada mamanya.
“Irfan! Datang ke belakang
sekejap!”
“Kenapa, ma?”Irfan
segera melangkah ke bahagian belakang kereta.
“Mee goreng??”
terbeliak biji mata Irfan melihat mee goreng yang sudah mula mengering
tertampal di keretanya.
Irfan terus teringat
peristiwa pagi tadi. Irfan menggenggam tangan tanda geram. Dengan segera
Irfan mengambil gambar tersebut dengan
kamera telefon pintarnya. Dia mula terbayangkan mee goreng dan karipap yang
tertumpah pagi tadi. Pasti gadis tadi yang mencampakkan mee tersebut pada
keretanya. Tapi bila? Irfan tidak menyedari perkara tersebut.
“Jomlah mama… Nanti
habis pula waktu melawat,” ajak Irfan sambil memakai cemin mata hitam menampakkan
lagi ketampanan yang dimilikinya. Irfan berpura-pura tidak ambil kisah tentang
perkara tersebut. Sedangkah didalam hati, tuhan sahaja yang tahu bertapa geram
hatinya.
Kereta bergerak dengan berhati-hati
ketika keluar dari perkarangan rumah. Pintu pagar rumah yang tersegam indah
ditutup secara automatik.
“Irfan, kenapa dengan
kereta tu?” tanya Puan Elinna sedikit risau.
“Entahla mama… Irfan pun
tak tau.” Irfan cuba untuk merahsiakan kejadian pagi tadi.
Jika Irfan menceritakan
peristiwa tadi, sudah pastinya dia yang akan mendapat bebelan percuma daripada
mamanya. Ini disebabkan Puan Elinna juga begitu menyayangi haiwan tersebut.
Cuma dia sahaja yang tidak berapa suka dengan haiwan berbulu itu. Mengada-ngada!
Setelah setengah jam
perjalanan, mereka tiba di hospital yang menempatkan papa Irfan. Kelihatan
beberapa orang jururawat berjalan menuju haluan masing-masing. Tidak bekelip
mata Irfan memandang mereka. Tersengih-sengih seorang diri.
“Kalau la aku dapat girlfriend jururawat kan baik. Dahlah
comel-comel, lemah-lembut pula tu.... Bolehlah dia rawat perut aku yang lebam
ni,” bisik hati Irfan.
“Irfann! Apa yang
tersengih-sengih seorang diri tu. Jangan nak menggatal ya dekat sini… Ini
hospital bukannya pantai,” bebel Puan Elinna.
Dia tahu sangat
perangai anak terunanya itu. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah ulat bulu
naik daun. Itulah sampai sekarang membujang tak ada kekasih hati lagi. Bila
perempuan mengorat dia, langsung tak dilayannya. Katanya malas nak melayan
perempuan gedik. Tapi, kalau dia mengorat perempuan langsung tak dapat. Padan
muka!
Irfan menuruti langkah
Puan Elinna untuk ke bilik papanya. Sambil berjalan, sambil itulah dia tersenyum
kepada jururawat muda yang lalu berselisih dengannya.
“Mama, kalau macam ini
la kan, tiap-tiap hari pun Irfan boleh hantarkan mama jenguk papa.”
“Kenapa pula? Irfan tak
kerja ke?”
“Hehe.... Tak apalah
mama. Bukan lama pun nak hantarkan. Lagipun nurse-nurse
dekat sini cantik-cantiklah. Manalah tahu, Irfan dapat calon isteri,” kata
Irfan tersenyum lebar.
“Amboi!” satu cubitan
telah hinggap pada pinggang Irfan.
“Aduhhh!”
“Irfan ingat nurse-nurse tu nak layan Irfan ke? Tak ada masanya mereka
nak layan Irfan… Semuanya sibuk tau!”
Irfan hanya mencebikkan
mukanya. Tidak berkata apa-apa.
Pintu bilik Mawar 25
diketuk oleh Puan Elinna.
“Assalamualaikum,
abang,” ucap Puan Elinna sambil menjengukkan kepalanya ke dalam bilik.
“Irfan, papa kamu tak
adalah dalam bilik,” beritahu Puan Elinna sebaik sahaja melihat katil suaminya
kosong.
“Cuba mama lihat dalam toilet. Manalah tahu kalau papa ada
dekat dalam.”
Puan Elinna segera
melangkah ke arah bilik air. Tombol pintu dipulas tetapi Puan Elinna mendapati pintu
tersebut tidak berkunci. Kepala dijengukkan ke dalam.
“Irfan, papa kamu tak
ada dalam toiletni. Cuba Irfan tanya
jururawat di kaunter.”
“Owhh… Ok,mama,” kata
Irfan bersemangat.
“Irfannn, ingat di sini
bukan pantai tau.... Jangan nak menggatal,” pesan Puan Elinna sambil meletakkan
raga yang berisi makanan di atas meja yang disediakan.
“Mama ni… Irfan tak buat apa-apa pun lagi. ”
“Ya la tuu... Dah,
cepat!” kata Puan Elinna sambil membaiki letak duduk selendang di bahu.
“Minta-mintalah jururawat
cantik dekat kaunter tu.”
Dengan langkah yang
meyakinkan, Irfan melangkah ke kaunter. Loceng di kaunter dibunyikan disebabkan
tiada jururawat yang menunggu disitu.
“Ya, encik... Boleh
saya bantu?” tanya ketua jururawat.
“Nurse, boleh saya tahu pesakit bilik Mawar 25 ke mana?”
“Tuan Iskandar ke yang
encik maksudkan?”
“Ya, Tuan Iskandar... Papa
saya.”
“Buat masa ni, Tuan
Iskandar ke bilik X-ray untuk melihat keadaan tulang tangannnya. Jika sudah
bertambah baik, kemungkinan Tuan Iskandar akan discajdalam masa terdekat ini.”
“Lama lagi ke kami
perlu menunggu?”
“Tidak lama encik.
Mungkin dalam masa 20 minit lagi Tuan Iskandar
akan balik ke bilik. Itupun jika pesakit lain tidak ramai.”
“Owhh... Terima kasih nurse,” kata Irfan sambil melemparkan
senyuman.
“Sama-sama… Encik boleh
tunggu di dalam bilik pesakit dahulu.”
“Ok...,” kata Irfan
sambil berlalu pergi.
Pintu bilik Mawar 25
dibuka.
“Hah, Irfan.... Macam mana
papa kamu? Tahu tak dia ke mana?”
“Papa pergi X-ray, ma…
Dalam 20 minit lagi, baliklah tu,” jawab Irfan lemah.
“Ni kenapa pula anak
mama ni?”
“Tadi ketua jururawat yang
jawab pertanyaan Irfan. Melepas sahajalah....” Irfan membuat nada kecewa.
“Padan muka! Hahaha… Tahu
takut…” Puan Elinna ketawa kecil sebaik sahaja melihat air muka anak
terunanya .
Teringat peristiwa
Irfan semasa kecil. Semasa kecil bukan main takut Irfan dengan ketua jururawat.
Katanya, ketua jururawat garang. Mana
taknya, semasa kecil datang jururawat muda nak berikan suntikan, Irfan
main-main dan lari dari jururawat tersebut. Bila datang ketua jururawat, kena
marah sikit, terus dia diam tak terkata apa-apa. Tiba-tiba sahaja seluar yang
dipakai basah. Aduhai Si Irfan ni, terkencing
dalam seluar rupanya. Akhirnya dapatlah juga jururawat berkenaan menyuntik vaksin ke
badan Irfan. Sampai sekarang dia takut dengan ketua jururawat. Bukannya teruk sangat ketua jururawat tersebut
marah, mungkin disebabkan muka jururawat tersebut agak garang menyebabkan Irfan
terlalu takut dengannya.
“Mama, Irfan nak ke kafe
sekejap. Rasa dahaga pula tekak Irfan
ni. Mama nak ikut atau nak pesankan apa-apa?” tanya Irfan.
“Boleh juga. Mama nak
minta tolong Irfan belikan limau ais dua
bungkus. Mama satu, papa satu.”
“Ada apa-apa lagi yang
mama nak?”
“Itu sahajalah. Nanti
kalau mama nak apa-apa lagi, mama akan mesej Irfan.”
“Ok,ma… Irfan gerak
dulu.”
Puan Elinna tidak
berkata apa-apa. Dia hanya melemparkan senyuman pada anak terunanya itu.