BAB 1Kruuttt… Kruuutttt …...
“Haisshhh… Perut ni…
Masa ini jugalah dia nak minta diisi. Padahal baru sahaja tadi aku makan roti
dan susu,” kata Lisa sambil melihat jam di tangan. Jam menunjukkan pukul 9
pagi.
“Kuat betul metabolisma badan aku ni… Hurmm,tak
apalah… Selagi sihat mesti makan tetapi mestilah makan makanan yang berkhasiat.
Ingat tu Lisa… Kalau dah sakit tak boleh makan macam-macam dah,” kata Lisa
sambil mengesat peluh di dahi.
Pagi ini, Lisa begitu
bersemangat berjogging di tepi Tasik
Perdana. Katanya dia mahu mendapatkan bentuk badan yang ideal. Badan Lisa
tidaklah gemuk dan tidaklah terlalu kurus. Semuanya boleh dikatakan sempurna.
Mempunyai badan yang tinggi lampai, bentuk tubuh yang ramping dan wajah yang
cukup ayu. Itulah Lisa Amira Natasya binti Abdul Hamid.
Kaki Lisa bergerak laju
apabila matanya memandang sebuah gerai makanan di bawah sepohon pokok.
“Ermm… Banyaknya
makanan,” detik hati Lisa sebaik sahaja sampai di gerai tersebut.
“Adik nak makan apa? Mee
goreng, nasi goreng, nasi lemak, karipap… Macam-macam ada… Adik tengoklah apa-apa
yang berkenang di hati,” kata penjual tersebut dengan ramah.
“Kak,mee goreng satu.
Bungkus yer....”
“Errmm… Tambah karipap
10 biji.” Mata Lisa masih melihat makanan apa yang mahu dibelinya sambil jari
telunjuknya diletakkan dibirai bibir.
“Wah,dik banyaknya kamu makan karipap,” kata
penjual tersebut sambil tersenyum.
“Tak apa kak… Selagi sihat makanlah
sepuas-puasnya... Kuih kegemaran saya ni kak,” luah Lisa dengan ramah.
Ketika menunggu penjual tersebut membungkus
makanan yang dipesan olehnya, Lisa memandang seorang kanak-kanak di dalam
buaian.
“Comelnya budak ni,”
bisik hati Lisa.
“Nah, dik. Semuanya
RM5. Lain kali datang lagi.”
“Insya-Allah... Kalau
saya datang kawasan sini lagi, insya-Allah saya singgah. Kak,itu anak akak ke?
Comel… Berapa tahun tu?”
“Ya, anak akaklah tu… 1
tahun 3 bulan 5 hari.”
“Ooo… Oklah akak. Saya
pergi dulu.”
Peniaga tersebut cuma
tersenyum. Namun, senyuman tersebut tidak dibalas oleh Lisa. Cuma wajahnya kelihatan sedikit pilu. Lisa
terus beredar setelah menghulurkan sekeping wang RM5. Hatinya tiba-tiba berasa
begitu sayu dan sebak. Bagusnya seorang ibu. Sampaikan begitu teliti dia
mengetahui perkembangan setiap anaknya. Sampaikan hari peniaga tadi masih boleh
mengingati berapakah usia anaknya. 1 tahun 3 bulan 5 hari.
“Ibu, Lisa rindu sangat pada ibu… Rindu sangat-sangat…
Kenapa terlalu awal ibu tinggalkan Lisa?” rintih Lisa di dalam hati sambil air
matanya mula mengalir dengan begitu laju. Pandangannya menjadi kabur dengan
linangan air mata. Lisa berhenti di sebuah bangku sambil menghadap tasik bagi
menenangkan hati dan perasaanya yang begitu hebat merintih. Lisa melihat
karipap yang dibeli olehnya tadi. Terasa bertambah sebak. Rindu Lisa pada
karipap buatan air tangan ibunya kian menjadi-jadi. Lisa mengambil sebiji
karipap lalu disuapkan kedalam mulut bagi mengubati rindu kepada ibu tercinta. Terasa
begitu sukar untuk menelan karipap yang dikunyahnya. Perlahan-lahan Lisa menyeka
linangan air mata dengan tuala putih Good
Morningyang selalu dibawanya ketika berjogging.
Hembusan angin pagi membelai lembut wajah insan yang sedang
bersedih itu seolah-olah mahu memujuk hati insan ini. Sedikit sebanyak dapatlah
juga menenangkan hati Lisa yang sedang berduka diatas kehilangan ibu tercinta. Lisa
cuba untuk tabahkan hati. Walaupun sudah 16 tahun berlalu, kenangan bersama ibu
tersemat kukuh disanubari. Terbayang dimata Lisa ketika dia bangun pada waktu
pagi setiap hari minggu, pasti karipap kegemarannya akan terhidang di dapur.
“Ibu, buat apa tu?”
tanya Lisa.
“Masyaallahhh… Anak ibu
baru bangun ke? Solat Subuh tak pagi tadi?”
“Mestilah solat ibu…
Ibu kan cakap, kalau tak solat kita akan dapat dosa,” kata Lisa manja sambil
mencium pipi ibunya.
“Haa... Kalau dah tahu
tak apa… Cepat mandi! Ibu dah siapkan
karipap. Nanti Lisa makan tau… Nasi lemak pun ada… Ibu nak ke rumah Mak Cik Yan
nak melawat cucu barunya…”
“Ok ibu… Hati-hati tau...”
“Cepat mandi… Kerbau
lagi wangi tau daripada Lisa....”
“Alaaa… Ibu ni, kerbau
mana wangi... Wangi lagi anak ibu ni,” kata Lisa sambil mengangkat sebelah keningnya.
“Hahaha.... Yelah tu… Ibu
pergi dulu tau... Abah kamu dah tunggu tu.”
Lisa menuruti langkah
ibunya turun daripada tangga rumah. Abahnya bukan main kemas berpakaian.
Almaklumlah mahu pergi berjalan dengan si jantung hati.
“Abah, bawa motor tu
jangan merempit tau,” gurau Lisa
“Ibu kamu ni penakut
orangnya… Nak merempit macam mana Lisa oii… Buatnya pengsan ibu kau ni... Siapa
mahu menjawabnya… Hahaha....”
“Ialah tu abah... Ibu,
nanti pegang abah kuat-kuat tau… Nanti jatuh... Sukalah tu dapat berjalan dua
orang je.... Lisa ni, duduk dekat rumah, jaga Si Meon ni,” Lisa membuat muka
merajuk sambil tangannya mengelus lembut bulu kucing kesayangannya.
“Siapa suruh bangun
lewat.... Nanti jangan lupa tengok-tengokkan ikan keli abah dalam baldi tu... Buatnya
Si Meon curi,” pesan abahnya.
“Abah ni, Si Meon tu
tak makanlah ikan keli hidup… Dia pun takut,” jawab Lisa tersengih-sengih.
“Dah, kunci pintu tu…
Kami pergi dulu, ” risau juga meninggalkan anak kecil seusia 6 tahun seorang
diri dirumah. Kalau nak dibawa tak muat. Tapi nasib baiklah tempat yang ingin
dituju dekat sahaja.
Lisa melambai-lambai
tangan melihat pemergian kedua orang tuanya itu.
Ketika Lisa asyik
mengimbau kenangan lalu, tiba-tiba, Lisa terdengar suara seorang lelaki sedang
marahkan sesuatu. Lisa terus berpaling kearah suara tersebut. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki muda
sedang memukul seekor kucing dengan kejamnya.
Melihat keadaan
tersebut, Lisa terus memasukkan karipap yang tidak habis dimakannya tadi ke
dalam plastik dan bingkas bangun dari
bangku. Lisa dengan pantas meluru kearah lelaki tersebut dan kelihatan kucing
yang dipukul lelaki tersebut mengalami kecederaan di kepala. Dengan air
mata yang masih berbaki di pipi…
Yaaaaaaa…...
Dussshhhh!!! Satu tumbukan tangan yang hebat telah dilayangkan ke perut lelaki
tersebut. Makanan yang dibeli oleh Lisa tadi semuanya bertaburan ke tanah.
“Arrhhhh!!!” rintih
lelaki tersebut sambil membongkok dan menekan perutnya.
“Hei, perempuan gila!
Kamu siapa?!!!” jerkah lelaki tadi.
Lisa tidak menjawab pertanyaan itu. Lisa terus
mencari kucing yang telah dicederakan tadi. Setelah puas melihat ke sekeliling,
kucing tersebut masih tidak kelihatan. Lisa agak kecewa.
Kemudian, Lisa
membongkok untuk mengutip makanan yang
dibelinya tadi untuk dibuang ke dalam tong sampah tanpa menghiraukan lelaki itu.
Semasa membongkok, Lisa terpandang kucing yang dipukul tadi berada di bawah
sebuah kereta BMW 5 Series. Dengan pantas Lisa cuba mendapatkan kucing
tersebut. Namun,usahanya untuk mendapatkan kucing tersebut agak sukar.
“Hei, kamu! Tolong saya
dapatkan kucing ni! Sekarang!!!! Bukan tercegat
macam patung!!” marah Lisa pada lelaki tersebut.
“Arhhh… Aku peduli
apa!! Lantak kau la.... Tangkaplah sendiri!! Jangan nak babitkan aku dalam hal
ni!”
“Amboii… Cantiknya
bahasa… Nak kena penampar ke??” tanya Lisa geram.
“Hei, sedar sikit. Kamu
tu perempuan!”
“Perempuan ke… Lelaki
ke… Saya tak peduli! Sekarang tolong saya dapatkan kucing ni! Kalau tak, siap
kamu!” kata Lisa sambil menyising lengan bajunya.
Tidak semena-mena tiba-tiba
kucing tersebut telah keluar dari bawah kereta dan terus makan karipap yang
terjatuh tadi. Lapar agaknya. Kasihan.
Lisa terus mendapatkan kucing tersebut. Semasa
Lisa memegang kucing, lelaki tadi bertindak menangkap gambar Lisa bersama
kucing dengan kamera DSLR kepunyaannya.
“Kenapa kamu tangkap
gambar saya?!” tanya Lisa dengan lantang. Sekali lagi, gambar Lisa di ambil.
Berpinar mata Lisa apabila matanya terkena flash
daripada kamera tersebut.
“Nak tahu ke? Pertama,
kucing ni telah calarkan kereta aku! Kedua, kamu perempuan gila, wanita pertama
yang memberi penumbuk kepada aku. Disini, aku istiharkan, aku akan membalas
dendam untuk semua ini. Ingat tu!” kata lelaki tersebut seperti lagaknya
seorang samseng. Amaran yang diberikan membuatkan Lisa terkedu seketika. Marah
sungguh wajah lelaki yang sedang berhadapan dengannya kini.
Lelaki yang tidak
dikenali Lisa itu terus menghidupkan enjin kereta BMW 5 Series putih dan terus mengundur
ke belakang untuk berlalu dari tempat tersebut. Tanpa berlengah lagi, Lisa
mencapai mee goreng yang tertumpah tadi dan terus dibaling ke arah kereta
berkenaan. Mee goreng tersebut tepat terkena pada bahagian belakang kereta
tetapi kereta terus meluncur laju tanpa menghiraukan tindakan Lisa. Seolah-olah
tidak menyedari tindakan yang dilakukan oleh gadis ini. Lisa tersenyum sinis
apabila sasarannya mengena.
“Padan muka! Ingat
kereta kamu tu cantik sangat ke… Lelaki berlagak! Menyampah aku!!” kata Lisa
sambil menjelirkan lidah ke arah laluan kereta jejaka tadi.
Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di
telinga Lisa bahawa dia akan membalas dendam untuk semua ini.
“Disini, aku istiharkan, aku akan membalas
dendam untuk semua ini.”
“Ya Allah,Ya Tuhanku… Engkau jauhilah aku
daripada bertemu dengan lelaki ini lagi dan engkau lindungilah aku daripada
dendamnya. Engkau tukarkanlah dendam ini kepada pendamaian... Aminn...,” doa
Lisa di dalam hati.
“Kucing… Kasihan kamu…
Sakit tak ni? Nanti aku sapukan ubat.... Sekarang ni, kamu ikut aku balik rumah
ya,” kata Lisa seolah-olah memujuk kanak-kanak yang tercedera.
Lisa merupakan seorang
gadis yang penyayang dan dia begitu menyayangi haiwan serta menganggap haiwan
itu sahabatnya. Dia merasakan seolah-olah haiwan ini mampu memahami isi
hatinya.
Di rumah, Lisa segera
meneruskan kerja-kerja merawat kucing yang tercedera tadi. Setelah selesai
merawat, kucing tersebut diberi makan.
“Ishh…Kamu ni, makanlah
perlahan-lahan…Nanti tercekik pula…” Lisa tersenyum lebar melihat telatah Si
Comel.
“Comelnya kamu! Ermmm… Sekarang
ni saya mahu panggil kamu apa ya? Saya panggil kamu Tuahlah… Sebab kamu bertuah
bertemu dengan saya ketika kamu dipukul tadi.”
“Meeooww…”
“Hahaha… Kamu setuju ya
Tuah…”
Mata Lisa mengerling ke
arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.
“Ishh… Malasnya nak
memasak… Ni gara-gara kamulah lelaki berlagak! Kalau tak, tak perlulah aku
memasak hari ni!”
Lisa bergegas ke dapur
dan membiarkan Tuah diruang tamu. Lisa membuka peti sejuk. Dia meneliti barang yang ada dalam peti aisnya. Lisa mengeluarkan
lobak, kubis, lada dan ikan. Tiada idea yang keluar daripada otaknya untuk menu
masakan hari ini.
Setelah puas memikirkan
menu masakan untuk hari ini, akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk memasak
mee segera. Semangat untuk memasak telah hilang apabila tiba-tiba mindanya teringatkan peristiwa sebentar tadi.