BAB 38Lisa mengira detik enam petang di taman
mini miliknya. Lagi 10 minit jarum jam tangannya akan akan bergerak ke arah
angka itu. Pasti Irfan akan sampai tidak lama lagi. Jejaka ini amat menepati
masa. Sementara menunggu kelibat Irfan, Lisa meneliti sepohon pokok yang
dihadiahkan Dr.Haikal kepada Lisa.
“Lambatnya pertumbuhan pokok ni... Pokok
apa ni ya? Pokok Mawar ke ni?” Lisa cuba mencari jawapan untuk soalan yang
telah lama bersarang di dalam fikirannya.
Lisa meneliti satu persatu daun pokok yang
telah dimakan ulat. Hanya urat daun sahaja yang tinggal. Tunas yang baru tumbuh
juga kelihatan telah diserang oleh serangga tersebut . Disebabkan daun-daun
yang ada diserang ulat, Lisa tidak dapat mencari jawapan untuk persoalan yang
ada dalam fikirannya. Kesibukan Lisa sejak kebelakangan ini, membataskan
tumpuannya terhadap pokok yang ditanam.
Lisa bangun dari duduk. Kainnya dikibas
membuang rumput kering yang melekat dibawah kainnya. Dari kedudukan itu, Lisa
dapat melihat kedatangan kereta
Irfan dijalan yang lurus. Lisa mengerling jam ditangannya. Tepat enam petang!
Tanpa berlengah Lisa segera mengunci pintu rumah memandangkan Huda masih tidak
pulang dari tempat kerja. Huda ada memberitahunya semalam bahawa dia akan
pulang lewat pada hari ini.
“Hai!” kata Irfan selepas menutup pintu keretanya.
“Hai...”
“Dah lama tunggu?”
“Kan baru pukul enam ni... Janji pukul enam kan... So,
saya tak menunggulah,” kata Lisa sambil menutup pintu pagar rumahnya.
“Lisa, sekejap... Jangan kunci lagi pintu
tu,” kata Irfan sambil kakinya terus melangkah ke pintu sebelah kereta. Lisa
tidak jadi meneruskan niatnya.
Pintu kereta dibuka lalu bakul yang
dipenuhi dengan pokok-pokok kaktus kecil dikeluarkan. Irfan memperbetulkan
riben ditepi yang sedikit senget. Gubahan pokok kaktus ini ditempah khas oleh
Irfan daripada nurseri kawan baik Puan Elinna khas untuk Lisa.
“Nah, untuk kau...” Irfan menghulurkan
bakul yang bersaiz sederhana itu kepada Lisa.
“Wahh…Untuk saya?” Lisa sukakan pemberian
tersebut.
“Banyaknya koleksi kaktus… Eee...
Comelnyaa!” Lisa geram melihat kecomelan kaktus-kaktus kecil yang digubah indah
didalam bakul rotan.
Lisa melihat sekeping nota kecil terselit
didalam bakul tersebut.
“Kau
Ibarat Kaktus ”
“Apa? Saya ibarat kaktus?” Lisa tidak
senang dengan istilah tersebut.
Irfan menunjukkan jari agar Lisa
memusingkan kertas tersebut. Lisa melakukan apa yang disuruh.
Kaktus walaupun berduri,
Ia
juga akan mengeluarkan bunga,
Kau
walaupun sukar untuk ku hampiri,
Tetapi dalam hatiku putik cinta mula
berbunga. - Irfan
Lisa memandang Irfan. Lelaki itu berwajah
serius. Tiba-tiba ada bahang panas yang menyerbu ke arah mukannya. Lisa malu.
Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Mungkin sekarang dia berada di
awan-awangan. Apakah maksud Irfan? Adakah Irfan jatuh cinta pada dirinya?
“Kau ok tak ni?” Irfan tersengih dihadapan
muka Lisa.
“Err... Saya happysangat dapat hadiah ni... Dah lama tau saya nakkak koleksi
kaktus ni,” jawab Lisa cuba membendung perasaan diawan-awangan sebentar tadi.
“Kau faham tak apa yang aku tulis tu?”
Irfan tidak puas hati apabila jawapan lain yang keluar dari mulut Lisa.
“Faham...”
“Apa yang kau faham?”
“Ialahkan... Saya inikan garang... Tak
cantik… Suka sakitkan awak... Suka pukul awak… Sebab tu awak ibaratkan saya
macam kaktus!” jawab Lisa acuh tak acuh. Sebenarnya hatinya geram bila
diibaratkan seperti kaktus. Tak boleh ke ibaratkan dirinya seperti mawar.
Mawarkan berduri juga!
“Ayat yang last tu?” tanya Irfan tersengih-sengih.
“Ayat last?”
Lisa kembali melihat nota tersebut.
Kaktus walaupun berduri,
Ia juga akan mengeluarkan bunga,
Kau walaupun sukar untuk ku hampiri,
Tetapi dalam hatiku putik cinta mula
berbunga.
“Hati
awak dah kena serang kut!”
“Apa
yang serang?!”
“Duri kaktus! Dahlah saya masuk kedalam
letakkan kaktus comel ni! Terima kasih!! Saya suka sangat dengan hadiah ni!”
“Ok… Sama-sama...” Irfan senang hati.
Perjalanan kereta tidak selancar yang
diharapkan mereka berdua. Lebuh raya menuju ke Serdang kini sesak dengan
susunan kenderaan yang memanjang. Biasalah waktu kemucak begini jalan raya akan
sesak.
Irfan menoleh ke arah Lisa.
“Kau nak tahu tak apa maksud ayat yang aku
tulis tu?” tanya Irfan lembut.
Lisa teragak-agak untuk menjawab ya. Jika
dia mengatakan ya, Lisa bimbang dia akan terjerat dengan situasi ini. Lisa
hanya mendiamkan diri.
“Kau dengar tak apa yang aku tanya ni?”
“Dengar…”
“Habis tu kenapa tak jawab?”
Lisa masih mendiamkan diri. Situasi itu
tidak menyenangkan dirinya. Lisa takut dia akan terjerat dengan perasaan Irfan.
“Eh, Lisa kau jangan nak perasan boleh
tak? Manalah tahu lain maksud Irfan! Kau yang lebih-lebih ni,” detik hati Lisa.
“Aaah... Mungkin aku yang perasan kut!”
Lisa berbisik di dalam hati.
“Apa maksud kata-kata yang awak tulis tu...
Saya tak berapa nak faham,” kata Lisa perlahan sambil matanya terus dihalakan ke
arah jalan raya yang sesak. Telinganya seperti menidakkan untuk mendengar kata-kata
Irfan. Lisa takut jika Irfan mengatakan dia telah jatuh cinta pada dirinya!
Jika cinta Irfan muncul, Lisa bimbang cintanya terhadap Dr.Haikal yang tidak
berapa kukuh itu akan pudar disebalik tembok cinta Irfan.
“Betul nak tahu ni?”
“Eh, awak ni! Tadi tanya sangat tu kenapa!”
Lisa bengang.
“Woww! Bertenang okey... Bertenang… Memang
betullah kau ni kaktus! Tak boleh usik sikit! Nasib baiklah kaktus pun
berbunga… Boleh juga merawat hati yang terkena duri-duri tajammmm...” Irfan
menjegilkan matanya pada Lisa.
“Eh, dia ni… Apa kaitan dengan aku!” jerit
hati Lisa.
“Awak nak beritahu tak ni...” Lisa kembali
mengendurkan suaranya.
“Dah tak ada mood nak beritahu!”
“Tak nak beritahu sudahh… Kuatkan sikit
radio tu... Dengar radio lagi baiklah daripada mendengar kiasan awak yang entah
apa-apa tu...” Lisa lega apabila Irfan tidak jadi menjelaskan apakah maksud
kiasan yang ditulis.
“Hai, nasib engkaulah Irfan jatuh cinta
dengan dia ni...” Hati Irfan berkata-kata.
Irfan mengerling Lisa disebelah.
“Eh,dia ni... Buat muka selamba pula...
Aku sekeh kan!” getus hati Irfan geram.
Tiket pertunjukan air panjut muzikal telah
pun dibeli. Pertunjukan itu akan bermula pada jam 8.00 malam. Buat masa
sekarang, mereka berdua menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan oleh
Pusat Membeli-belah The Mines sementara menunggu jam 8.00 malam. Seusai
menunaikan solat Maghrib mereka berdua terus menuju ke Mines Wonderland iaitu tempat
dimana pertunjukkan air pancut berirama dipersembahkan.
Setelah beratur panjang, mereka berdua berjaya
memasuki tempat pertunjukkan. Para pengunjung yang lain kelihatan mencari
tempat yang sesuai untuk melihat pertunjukkan air panjut muzikal ini. Irfan dan
Lisa mengambil tempat ditengah-tengah orang ramai memandangkan mereka berdua merasakan
tempat itu adalah tempat yang strategik untuk melihat pertunjukkan ini.
“Saya tak pernah tengok benda ni depan
mata tau... Mesti seronok kan?” tanya Lisa sambil menunggu beberapa minit lagi
pertunjukkan akan bermula.
“Sangat-sangat seronok! Ini pun baru kali
kedua aku datang ke sini. Kali pertama, aku datang dengan Iffa. Itu pun dia
yang paksa aku temankan dia... Kalau tak, aku tak tahu ada tempat menarik macam
ni...”
“Nasib baik adik awak ajak... Kalau tak,
tak sampailah saya dekat sini...” Lisa ketawa kecil.
“Eh, dah nak mula ni… Tengok tu lampu
dalam air tu dah nyala,” kata Irfan. Lampu disekitar juga dimalapkan.
Seiringan selepas itu, air di dalam kolam
tegak berdiri setinggi 5 meter sebaik sahaja muzik pembukaan
dikumandangkan. Bunyi tepukan tangan
pengunjung mula gamat memenuhi ruang yang malap. Muzik yang tadinya perlahan
dikumandangkan kini diperkuatkan memenuhi ruang pertunjukkan. Perlahan-lahan
air pancut yang tadinya diterangi cahaya kilaun emas itu
bergerak mengikut lentok lagu yang lembut berkumandang. Cahaya yang menerangi
pancutan air juga bertukar warna berselang-seli mengikut rentak tarian air dan
muzik yang berkumandang. Kombinasi warna dan tarian air pancut yang
lemah-gemalai itu sungguh memukau dan sangat berseni. Rentak muzik yang
berbeza-beza menampilkan rentak tarian air pancut yang berbeza. Rentak muzik yang
lembut akan menampilkan tarian air yang lembut dan mengasyikkan manakala rentak
lagu yang rancak akan menampilkan rentak tarian air yang rancak dan bertenaga.
Penonton yang menonton bagaikan terpukau dengan keindahan seni yang
dipersembahkan di depan mata.
“Wah, cantik sangat! Kalau saya tengok
sepuluh kali pun mesti tak puas... Kita tengok sekali lagi boleh?” tanya Lisa
sebaik sahaja pertunjukkan selama 10 minit itu tamat.
“Boleh tu boleh... Tapi next time ok?”
“Laa... Kenapa?”
“Kita kan nak sambut kejayaan kau jadi
model kan? Jadi, kita kena pergilah dari sini...”
“Betul ke? Ingatkan awak bergurau sahaja
hari tu... Susah-susah sahaja...”
“Apa sahaja untuk kau!”
“Kalau macam itu jomlah kita pergi...”
Lisa bangun dari tempat duduk.
“Jom...”
“Baik pula dia ni pada aku... Hati-hati
Lisa… Lelaki bukannya semua boleh percaya...” Lisa memasang syak wasangka
terhadap Irfan. Tiba-tiba sahaja Irfan berkelakuan baik terhadap dirinya
semenjak pulang dari Terengganu. Lisa sendiri pun hairan. Tetapi kebaikan Irfan
itu seakan-akan memukau hatinya untuk lebih mengenali perwatakan jejaka ini.
Mereka berdua berjalan masuk kembali ke
dalam tempah membeli-belah The Mines. Sebelum sampai ke dalam Pusat
Membeli-belah The Mines mereka perlu menyusuri taman yang sungguh indah. Suasana
malam Mines Wonderland sungguh indah dengan limpahan cahaya lampu yang menarik.
Laluan berjalan kaki dilatari dengan cahaya-cahaya yang terang dan berwarna-warni.
Dari jauh dapat dilihat air pancut
utamanya yang juga kelihatan begitu klasik dengan dikelilingi kuda batu yang
memancutkan air.
“Wah,cantiknya bot tu! Siap ada party lagi tu,” kata Lisa sambil
menunjukkan bot yang menyusuri sungai kecil dibawah jambatan laluan mereka.
“Dah, kita jalan cepat sikit...” Irfan
tersenyum melihat mulut Lisa yang sudah sedikit ternganga. Terpegun agaknya.
“Cantiknya tempat ni awak!” Dekat dalam
sana tu ada lagi tempatnya...”
“Kalau nak masuk yang tu, kena beli tiket
lain... Kalau sempat nanti kita masuk ke dalam...”
“Ya ke ni?”
“Kalau sempat!” Irfan berkata sedikit
tegas. Dia takut Lisa memasang angan-angan untuk berkunjung ke dalam.
Kini, mereka telah pun sampai ke dalam
Pusat Membeli-belah The Mines. Irfan menarik lengan baju Lisa agar berjalan
sedikit pantas.
“Kita nak ke mana ni jalan laju-laju,”
tanya Lisa sambil menarik tangannya daripada terus ditarik Irfan.
Sesampai sahaja di sebuah kaunter kecil,
Irfan berhenti di situ.
“Kau duduk dulu, aku beratur sekejap,”
kata Irfan sambil menunjukkan bangku di dek kayu.
Lisa hanya menurut apa yang disuruh Irfan.
Lisa mengambil tempat di dek kayu. Suasana disekeliling dilihat Lisa dengan
penuh minat. Tempat membeli-belah itu boleh dikatan unik disebabkan didalamnya
terdapat sebuah laluan air yang menempatkan bot-bot yang membawa pengunjung
bersiar-siar. Laluan air ini kelihatan sedikit sibuk dengan perjalanan bot yang
keluar dan masuk mengambil penumpang.
Ketika terleka dengan suasana sekeliling,
tiba-tiba sahaja Irfan duduk bersebelahan
dengan Lisa sambil memegang tiket. Lisa memerhatikan wajah bersih Irfan yang
hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Irfan sendiri pun tidak sabar untuk
melihat apa yang telah ditempah dua hari lalu. Tiket yang ditulis Sunset Dining Cruiseditatap sekali
lagi.
“Tiket apa tu?”tanya Lisa.
“Tiket wayang,” jawab Irfan.
“Wayang? Sejak bila pula tiket wayang ada
dijual dekat bawah ni... Bukan dekat atas ke?” Lisa sedikit hairan. Walaupun
ini adalah pertama kalinya dia menjejakkan kakinya kesini, tetapi dia tahu
panggung wayang berada di tingkat atas iaitu berhampiran dengan laluan tempat
solatnya sebentar tadi.
“Ada, dia jual dekat sini... Persediaan
untuk pelanggan yang malas nak naik atas...”
“Ada ke macam tu?” Lisa cuba mengintai apa
yang ditulis di cermin kaca kaunter.
“Jom!” Irfan berdiri cuba menghalang apa
yang mahu dilihat Lisa.
“Nak pergi mana?”
“Kau tak lapar ke?”
“Eh, mestilah… Belum makan ni!” Lisa
tersengih-sengih.
“Jom ikut aku...” Irfan mula melangkah.
“Eh, awak! Kedai makan dekat sanalah...
KFC dengan Mc Donald pun dekat atas tu... Nak buat apa tepi air tu?” Lisa
hairan ada ke patut nak makan pergi tepi dek tu. Tadi katanya nak tengok
wayang.
“Ikut sahajalah...”
Lisa menghampiri Irfan yang berada di tepi
dek.
Setibanya Lisa di sisi Irfan, dari situ
Lisa dapat melihat sebuah bot yang dihias indah menghampiri mereka berdua.
“Awak, cantiknya bot tu,” puji Lisa. Dari
sini Lisa dapat melihat hiasan dalam bot yang dilengkapi langsir bewarna krim
bersalut benang keemasan dan juga sebuah meja makan. Seorang pelayan juga
berada di dalam bot tersebut.
“Kalau cantik, jom kita naik...” Irfan
mengenyitkan mata.
“Nah...” Irfan menunjukkan tiket yang
tertulis Sunset Dining Cruisekepada
Lisa.
Kemudian Irfan menunjukkan tulisan yang
tertera pada bot tersebut. Lisa memerhatikan apa yang ditunjukkan Irfan. Lisa
menekup mulutnya.
“Biar betul awak ni?” kata Lisa.
“Betullah…” Irfan tersenyum lebar. Irfan
tahu, Lisa menyukainya.
Sebaik sahaja bot Sunset Dining Cruiseberlabuh di tepi dek, pelayan di dalam segera
membuka pintu bot. Senyuman mesra dilemparkan kepada Irfan dan Lisa. Sebaik
sahaja tiket diserahkan, Irfan dan Lisa melangkah masuk ke dalam bot dengan
berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam air yang dipenuhi dengan ikan yang
besar-besar. Enjin bot juga dimatikan ketika menyusuri laluan ini agar tidak
mencederakan ikan-ikan yang dibela khas oleh pusat membeli-belah.
Suasana di dalam bot boleh dikatakan sangat
romantik dengan alunan muzik jazz yang dikumandangkan perlahan. Lampu yang menerangi keseluruhan bot berwarna keemasan menampilkan
susana yang cukup mewah. Satu set meja
makan juga disediakan ditengah-tengah bot beserta dengan alas meja yang cantik
dan kemas. Pelayan lelaki yang segak dengan uniformnya berkelakuan profesional
sambil menunjukkan meja yang disediakan. Irfan menarik kerusi untuk Lisa duduk.
Sebaik sahaja mereka mengambil tempat, bot perlahan-lahan meninggalkan dek.
Lisa menunjukkan muka yang sangat teruja. Dari laluan air ini mereka berdua
dapat melihat pengunjung sedang menjamu selera di kiri dan kanan pusat
membeli-belah. Ada juga beberapa mata yang memandang mereka berdua berada di
dalam bot yang sebegini cantik. Lisa mengalihkan pandangan matanya daripada
terus melihat diluar bot. Lisa terasa sedikit segan apabila ramai yang mula
memerhatikan mereka sebaik sahaja bot mereka melalui bawah terowong dimana
terdapat ramai pasangan kekasih yang melepak di situ. Lisa memandang Irfan yang
sejak dari tadi memerhatikan wajah Lisa yang teruja.
“Kenapa awak pandang saya?”
“Kenapa? Tak boleh?” Irfan memandang
keluar bot sambil tersenyum. Sunset
Dining Cruiseyang mereka naiki mula menderukan enjin sebaik sahaja
melepasi kawasan laluan air yang dipenuhi dengan ikan-ikan. Bot terus bergerak
membelah tasik yang luas. Tiupan angin mula menjengah masuk ke dalam ruang
makan. Terasa nyaman sekali. Walaupun berada ditengah-tengah tasik pada waktu
malam begini ia sedikit pun tidak membosankan. Aneka replika haiwan terutamanya swan putih yang berada di pinggir
tasik dihias indah dengan lampu sepertinya replika itu adalah berpuluh-puluh
patung kristal yang bergemerlapan.
Lisa dan Irfan berdiri di tepi bot sambil
menghadap tasik. Mereka berbual-bual dengan pelbagai cerita yang dikongsi
bersama-sama. Pelayan dan pemandu bot begitu memberikan privasi kepada mereka
berdua. Sementara Irfan dan Lisa berada di tepi bot, pelayan mengambil ruang
untuk menghidangkan makanan untuk mereka berdua setelah bot berhenti
ditengah-tengah tasik.
Irfan berjalan menuju kearah pelayan yang
berada didepan bot. Irfan mahu meminta sesuatu daripada pelayan itu.
“Maafkan saya, boleh saya minta kertas
lukisan yang saya telah tempahkan tu?” tanya Irfan perlahan tanpa didengari
Lisa yang masih berada di tepi bot melihat panorama indah di depan mata.
“Ya encik... Ini dia kertas lukisan dan
juga alatan melukis.” pelayan yang bertugas menghulurkan barang permintaan
Irfan.
“Water
colourni saya tak nak guna... Saya hanya nak gunakan pensil, pemadam dan
kertas ni sahaja...” Irfan memilih salah satu pensil yang disediakan.
“Baiklah encik... Silakan...”
Irfan membawa kertas lukisan yang diminta
tadi bersama dan duduk di sebuah meja kecil yang disediakan di hujung bot.
“Kertas apa tu?” tanya Lisa.
“Ini haa... Teringat pula anak pak cik aku
ada minta aku lukiskan lukisan untuk dia... Aku ni bukan pandai melukis pun...
Bila tengok angsa-angsa kristal ni, tiba-tiba datang ilham… Hahaha...” Irfan
mereka cerita. Padahal dia ada agenda tersendiri.
“Berapa tahun umur anak pak cik awak tu?”
“Err... 6 tahun! Budak-budak ni kalau kita
dah janji dengan dia, kalau tak tunaikan lagi selagi itulah dia menuntut apa
yang kita dah janjikan tu...”
“Betul tu… Apa yang awak nak lukis?” Lisa
duduk bersebelahan bangku Irfan sambil menatap kertas lukisan yang masih
kosong.
“Rasanya aku nak lukis angsa kristal tu
dengan ikan besar tu...” Irfan menunjukkan jari telunjuknya keluar.
“Ok juga tu...”
Irfan mula melakar objek yang berada di
depan matanya. Setiap lakaran dilakukan dengan penuh teliti. Irfan bukanlah
pakar dalam bab melukis begini, tetapi untuk lukisan asas dia masih mampu
lakukan itu dengan baik.
Irfan memerhatikan Lisa yang sedang asyik
menangkap gambar dengan kamera DSLR milik Irfan. Perlahan-lahan Irfan cuba
membuka mulut untuk meminta sesuatu daripada Lisa.
“Err... Lisa, boleh aku pinjam cincin kau
tu?
“Awak nak buat apa dengan cincin ni?”
“Aku nak terapkan bulatan ni...”
“Kenapa tak gunakan duit syiling sahaja?”
Lisa mendekati Irfan yang masih duduk menghadap kertas lukisan yang sudah
bercorak.
“Aku tak ada duit syilinglah...”
“Saya ada... Sekejap eh...” Lisa mula
melangkah ke meja makan untuk mengambil tas tanggannya yang diletakkan di
kerusi.
“Alamak... Apa aku nak kelentong ni… Aku
nakkan cincin kau tu Lisa…Macam mana aku nak ukur saiz cincin kau kalau kau tak
beri aku pinjam cincin kau tu,” kata Irfan perlahan.
“Nah, ini duit syilingnya...” Lisa
menghulurkan sekeping duit syiling 50 sen.
“Besar sangat ni…”
“10 sen boleh?”
“Kecil sangat…” Irfan pura-pura
menganggarkan saiz bulatan yang dimahukan.
“Itu sahaja yang saya ada...”
“Kalau macam itu, aku pinjam cincin kau
dululah...” Irfan memandang cincin yang tersarung kemas pada jari Lisa.
“Cincin ni?” Lisa memandang cincin yang
ada di jarinya.
“Bolehlah...”
“Ok... Tapi jangan hilangkan tau...” Lisa menanggalkan cincin yang berada di jarinya.
Irfan tersenyum puas. Akhirnya
rancangannya menjadi. Irfan menyambut huluran cincin yang di berikan Lisa. Saiz
cincin tersebut cuba dipadankan dengan saiz bulatan yang ingin dilakukan.
“Saiz ni sesuai...” Irfan menganggukkan
kepalanya perlahan-lahan berulang kali.
“Cantik juga lukisan awak ni,” puji Lisa
ikhlas.
“Aku rasa, kita dah boleh makan ni...
Nampaknya makanan dah disediakan tu...”
“Eh, tak nak habiskan ke lukisan tu dulu...”
“Nanti aku habiskan dekat rumah. Cincin ni
aku pinjam dulu tau!”
“Dekat rumah mesti dah ada duit
syilingkan?”
“Tapi, aku dah lukis satu bulatan dengan
cincin kau ni... Nanti kalau guna duit syiling tak sama saiz pula nanti...”
Irfan mulai risau. Jika Lisa tidak membenarkan dia meminjam cincin ini, maka
susahlah Irfan untuk mencari saiz cincin yang sesuai untuk Lisa.
“Ermmm... Macam tu pula… Oklah, saya bagi
awak pinjam. Tapi ingat, jangan hilangkan!”
“Ok, aku janji... Dahlah tu... Jom kita
makan. Nanti sejuk pula makanannya…” Irfan mula bangun dari tempat duduk sambil
menggulung kertas lukisannya. Cincin yang dipinjam daripada Lisa disimpan di
dalam sebuah bekas kecil lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Bekas
tersebut sudah dibawanya awal-awal lagi dari rumah. Akhirnya perancangannya
untuk mendapatkan cincin Lisa akhirnya berjaya. Nanti senanglah dia hendak
membeli cincin merisik untuk Lisa dan seterusnya cincin bertunang dan juga
berkahwin.
Ketika Lisa dan Irfan mula menduduki meja
makan, pelayan yang bertugas menghampiri meja lalu meminta keizinan untuk
menyalakan lilin pada kek yang di tulis
“Tahniah, Lisa...”.
“Terima kasih awak untuk semua ni... Saya happy
sangat malam ni...”
“Sama-sama...” Irfan tersenyum sambil
tangannya menyuakan makanan ke dalam mulutnya.