BAB 46Lisa merenung setiap jenis pokok Mawar
yang menghiasi taman ibu mentuanya. Taman yang dilihat sangat kemas dan
teratur. Hati Lisa sangat merindui pokok-pokok bunganya yang sudah hampir tiga
bulan tidak dilawatinya. Kembang lagikah Mawar merah pemberian Dr.Haikal? Lisa
termenung seorang diri. Entah kenapa, dia rasa begitu bosan tinggal disini. Tuan
Iskandar tiada dirumah, Puan Elinna pun tiada dirumah. Masing-masing sibuk ke
tempat kerja. Abang iparnya pula telah kembali ke Australia. Lisa pula telah
berhenti kerja. Lisa berhenti disebabkan dia menyambung pelajaran ke peringkat
ijazah. Ini semua atas galakan Irfan. Katanya sambung belajar itu sangat bagus
dan dapat meningkatkan taraf diri. Mentang-mentanglah dia sibuk berulang alik
ke Australia. Dalam moodbelajarlah
katakan… Sampai Lisa pun berjangkit dengan mood
belajar Irfan.
Paip getah di atas tanah diambil Lisa.
Sudah tiba masanya untuk pokok-pokok ini disiram. Satu persatu pokok disiram
Lisa. Lisa leka melakukan hal itu.
Deruan kereta Puan Elinna yang memasuki
perkarangan banglo berjaya menguntum senyuman pada bibir Lisa. Akhirnya,
mamanya dah pulang. Adalah juga teman untuk berbual.
“Alahai, rajinnya menantu mama... Awal
hari ni balik? Kelas tak banyak ke?” tanya Puan Elinna ramah sambil menarik
kerusi taman untuk duduk.
“Tak banyak, ma... Satu kelas sahaja hari
ni... Itu pun pagi tadi...”
“Oh, ya ke... Eh, Irfan belum balik lagi?”
Puan Elinna hairan biasanya pada waktu begini Irfan sudah terpacak di hadapan
rumah. Ini keretanya pun tiada.
“Belum lagi, ma...” Lisa meneruskan
semburan air pada pokok dihadapannya. Hairan juga Lisa, agaknya kemanalah
suaminya pergi.
“Ayah kamu pun belum balik lagi ni...
Kemanalah ayah kamu pergi...” Puan
Elinna mengeluarkan telefon pintar dari tas tangannya.
“Tengahhari tadi papa ada balik ke rumah
sekejap... Katanya hari ini dia perlu ke Melaka. Ada hal kerja katanya. Mungkin
malam ini baru balik. Papa dah cuba call
mama... Tapi tak dapat...”
“Tadi mama offtelefon... Mama meeting...
Kalau macam tu kita makan luar hari nak tak? Dah lama mama tak makan malam
dekat luar...”
“Lisa dah masak ma,” kata Lisa sedikit
rasa bersalah. Kempunanlah mamanya nak makan di luar.
“Lisa dah masak... Kalau macam tu tak
apalah... Sebenarnya mama malas nak masak... Kalau menantu mama ni dah tolong
masakkan, mama makan sahajalah...” Puan Elinna tersenyum.
“Masak biasa-biasa sahaja ma... Tak
tahulah sedap ke tak...”
“Eh, mestilah sedap...”
Tiba-tiba hon kereta dibunyikan dari luar
pagar. Kereta meluncur perlahan masuk ke perkarangan rumah.
“Itu pun suami kamu Lisa,” kata Puan
Elinna sambil melihat menantunya yang masih menyiram pokok.
Lisa hanya tersenyum.
“Sayang, mari sini cepat,” panggil Irfan
setelah keluar dari kereta.
“Sekejap...” Lisa menutup pili air. Puan
Elinna juga turut melangkah menuju ke kereta Irfan. Apa hal dengan anaknya hari
ini.
“Dah bersedia belum?” tanya Irfan sebaik
sahaja Lisa menghampirinya.
“Bersedia apa?” Lisa hairan. Puan Elinna
lagilah hairan.
“Jom... Lisa, mama jom kita ke bonet
kereta sekarang...”
Mereka bertiga menapak ke belakang kereta dengan
hairan manakala Irfan sudah tidak sabar untuk menunjukkan apa yang dibeli untuk
isterinya.
“Inilah dia...” Irfan membuka bonet
kereta.
“Kaktus?!” Lisa dan Puan Elinna berkata
serentak.
“Ya, kaktus...” Irfan tersenyum di birai
bonet.
“Banyaknya... Membazirlah macam ni,” kata
Lisa kesal dengan keborosan suaminya. Namun, hatinya tetap suka dengan
pemberian pokok tersebut. Kalau Irfan hadiahkan rumput sekali pun, Lisa tetap
suka. Bukan kerana Irfan yang memberikannya, tetapi kerana dia memang cintakan
tumbuh-tumbuhan yang pelbagai bentuk dan jenis. Ciptaan Allah memang unik!
“Tak membazir pun... Ok, mulai esok, abang
dah tak nak tengok Lisa duduk termenung depan Pokok Bunga Mawar mama... Abang
nak tengok sayang perhatikan pokok-pokok kaktus yang abang belikan ni... Sebab
bunga kaktus ni kecil... Jadi, sayang kena perhatikan...” Sengaja Irfan membeli
kaktus ini sebegitu banyak. Sampai penuh bonet keretanya. Bukan Irfan tidak
tahu atas sebab apa Lisa menerima lamarannya. Disebabkan sikap dingin yang
dilakukan Lisa terhadapnya, Irfan mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada
Huda manalah tahu jika Lisa ada menceritakan sesuatu padanya. Rupa-rupanya atas
penjelasan Huda, perkahwinan mereka terjadi adalah disebabkan Lisa membuat
hajat antara Mawar dan Kaktus pokok mana
yang berbunga dahulu. Maka, lelaki itu akan menjadi pilihan Lisa. Irfan
tidak marah, tetapi bersyukur kerana Allah membungakan pokok kaktus yang
dihadiahkan kepada Lisa di saat Lisa membuat hajat itu. Inilah yang dinamakan
takdir yang sudah tersurat.
“Tapi, banyak sangat ni...”
“Dalam banyak-banyak kaktus ni, pasti ada
yang berbunga… Semoga sayang sedar, kaktus pun berbunga cantik... Cantik
daripada Mawar merah...”
Lisa merasakan sedikit kelainan daripada
ayat yang keluar dari mulut
Irfan. Entahlah Lisa rasakan Irfan sedikit menyindir. Apa salah Mawar merah?
“Mama, Antara Mawar danKaktus... Mama rasa siapa yang menang?”
“Antara Mawar danKaktus? Dua-dua pun boleh menang... Sebab dua-dua pokok berduri...
Masing-masing ada pertahanan diri... Tapi, Mawar lagi menyerlah kecantikannya,”
jelas Puan Elinna.
“Tapi, Mawar manja... Kaktus lasak...
Kaktus kalau tak disiram dua minggu pun masih bertahan hidup. Mawar? Kalau tak
siram dua hari pun dah layu… Jadi, kaktuslah yang menang... Kan sayang?” Irfan
mencuit bahu Lisa. Biar Lisa tahu, Kaktus pemberiannya lebih mampu bertahan
lama daripada Mawar.
Puan Elinna berfikir sejenak. Betul juga
kata-kata Irfan fikirnya.
“Betullah tu Irfan... Tak terfikir pula
mama sebelum ni... Tahu-tahulakan Mawarkan cantik... Mana-mana mata yang
memandang pasti akan tergoda dengan kecantikannya...”
“Cantik diluar tak semestinya dapat
bertahan lama kan ma?”
“Apa-apa sahajalah Irfan... Jom kita
angkat kaktus ni... Kita letak dekat sana...” Hairan betul Puan Elinna dengan
kiasan Irfan petang ini. Sebelum ini tidak pernah pun mengambil tahu hal-hal
pokok. Tiba-tiba hari ini muncul dengan kiasan-kiasan yang boleh dikatakan agak
bernas.
Puan Elinna berlalu daripada mereka berdua
dengan membawa pokok-pokok kaktus di suatu penjuru rumah.
“Sayang, begitulah cinta dan kasih abang
pada sayang... Kukuh bertahan walau apa pun rintangannya dan hubungan kita akan
sentiasa ceria seumpama cerianya kumbang melihat kaktus mekar di taman... Abang
berharap perkara ini akan terjadi...” Irfan berlalu meninggalkan Lisa disitu.
Kaktus dibawa dengan berhati-hati agar tangannya tidak tercucuk duri. Biarlah
isterinya memikirkan apa yang diperkatakan tadi. Dalam maksudnya. Kaktus ini
sebagai lambang cinta mereka.
Lisa faham apa yang dimaksudkan Irfan.
Tapi, hatinya masih tidak terbuka untuk Irfan. Sudah dicuba berkali-kali namun
dia gagal. Cintanya pada Dr.Haikal terlalu kuat. Dia tidak dapat membuang perasaan itu. Cinta yang hadir untuk
Irfan tidak berjaya menapak ke dalam hatinya.
Apabila cinta Irfan hadir ke dalam
hatinya, cintanya pada Dr.Haikal mampu membunuh perasaan itu. Cinta Irfan
diracun dalam hatinya sendiri. Walaupun hubungan mereka nampak baik, tetapi
mereka tidak dapat melihat dari hati ke hati. Maksudnya disini, Irfan masih
tidak dapat menembusi hati Lisa dan begitulah juga dengan Lisa. Tiada perasaan
sayang hadir dalam hatinya untuk Irfan.
Perlahan-lahan Lisa mengangkat kaktus
keluar dari bonet. Ada kaktus yang telah berbunga. Cantik sekali. Lisa
tersenyum melihat indahnya bunga kecil ini.
Irfan
mendengar dengan teliti perbualan Lisa melalui telefon. Tumpuannya untuk mengemas baju-baju untuk ke Australia esok
hari sedikit terganggu. Matanya dikerling ke bilik kecil yang berada di dalam
biliknya. Bilik yang dibuat Lisa sendiri dengan membuat dinding-dinding
daripada susunan almari. Disebalik almari itu ada sebuah katil bujang dan satu
meja kecil untuk Lisa mengulangkaji pelajaran. Selama tempoh mereka berkahwin,
walaupun mereka tinggal di dalam satu bilik, tetapi mereka tidak pernah tidur
sekatil. Ini adalah permintaan Lisa, Irfan terpaksa menghormatinya walaupun dia
adalah ketua untuk perkahwinan ini.
Perbualan
Lisa menarik perhatian Irfan untuk menapak ke bilik kecil Lisa. Lentok bahasa
Lisa yang lembut dan manja mencetuskan api cemburu di hati lelakinya.
“Ehemm...”
Irfan berdehem di muka pintu. Lisa yang duduk menghadap buku sedikit terkejut.
“Oklah awak... Saya ada kerja ni... Assignmentbelum siap lagi,” bohong
Lisa.
“Ok, buat elok-elok... Assalamualaikum..,”
kata Dr.Haikal melalui telefon.
“Waalaikumussalamm...” Lisa mengerling
kelibat Irfan di muka pintu yang masam mencuka air mukanya.
“Siapa tu? Bukan main cair lagi tahi
telinga abang mendengar perbualan sayang.”
“Awak, Dr.Haikal dah balik Malaysia!” Lisa
berkata teruja.
“Boleh tak sayang panggil abang, abang...
Kita kan dah kahwin tak payahlah berawak saya... Apa, Dr.Haikal dah balik?”
Irfan mengerutkan muka.
“Aaah... Dia dah balik... Semalam sampai...
Boleh tak saya jumpa dia?”
“Tak boleh!” Irfan berkata tegas.
“Tapi, dia nak jumpa...”
“Saya kata, tak boleh!”
“Tak kira, saya nak jumpa juga dengan dia!
Mesti dia nak tanya pasal Pokok Mawar yang dia hadiahkan kepada saya tu...”
Pokok Mawar? Pasti Dr.Haikal juga akan
bertanya tentang lamarannya pada Lisa. Hati Irfan resah. Esok dia dah nak
bertolak ke Australia. Siapa yang mampu memantau pergerakan isterinya?
“Sayang dah kahwin. Jadi, buatlah cara
orang yang dah berkahwin...”
“Saya nak rahsiakan perkahwinan kita
daripada pengetahuan Dr.Haikal. Jika betul niat Dr.Haikal mahu memperisterikan
saya, saya tak akan teragak-agak untuk minta cerai dengan awak.” Lisa membelek
buku dihadapannya. Malas lagi menatap wajah Irfan. Fikirannya hanya memikirkan Dr.Haikal.
Bagaikan sebilah pisau ditusuk ke hati
Irfan saat ini. Sanggup insan yang disayanginya berkata sebegitu. Apa yang
masih tak sempurna pada penglihatan Lisa tentang dirinya.
“Awak ingat, kawan-kawan awak tak akan
beritahu ke yang awak dah berkahwin?”
“Dr.Haikal dah tak kerja di hospital tu
lagi... Untuk tahun ni dia akan bekerja di pusat universiti untuk membuat
penyelidikan... Jadi, tak akan ada sesiapa yang boleh berjumpa dengan Dr.Haikal
dan membocorkan rahsia ini...”
“Saya tak akan sesekali ceraikan awak. Sayang
kena ingat tu... Abang sayang isteri abang lebih dari nyawa abang sendiri...
Sayang tanggungjawab abang yang Allah telah berikan. Abang tak akan sesekali
berpaling daripada tanggungjawab ini,” kata Irfan. Mujurlah hati Irfan masih
lagi mampu bersabar dengan kata-kata Lisa saat ini. Berani dia minta cerai
semata-mata mahu bersama Dr.Haikal. Sampai hati isterinya berkelakuan sebegitu
rupa. Hatinya bagaikan direntap setelah mendengar permintaan berani Lisa.
Lisa memasukkan earphonepada lubang telinganya. Lagu dipasang sekuat-kuatnya. Dia
tidak mahu hatinya cair mendengar ungkapan Irfan. Irfan memang baik pada
dirinya, tetapi hatinya untuk orang lain. Lisa tidak boleh menangkis perasaan
ini.
“Buruk sangatkah diri abang di mata
Sayang?” Irfan memandang Lisa dengan perasaan yang sedikit kecewa. Tiada respon
diberikan.
Lisa pura-pura kusyuk dengan buku dan
laptopnya. Irfan memandang isterinya dengan perasaan sayu. Kakinya menapak
perlahan-lahan kembali ke katilnya untuk mengemas baju-bajunya dengan mata yang
berair. Hatinya cukup terasa dengan kelakuan Lisa. Apa yang akan dilakukan Lisa
selama tempoh pemergiannya selama tiga bulan? Irfan keluar dari bilik, dia
menghubungi seseorang.
Keesokkan
harinya,
“Siapa tu?” tanya Lisa sebaik sahaja Irfan
habis berbual dengan seorang lelaki di luar pintu masuk KLIA. Sejak dari mula
Irfan berjumpa dengan lelaki itu, lelaki itu tidak henti-henti memandang Lisa.
“Oh, itu kawan abang, Nazri namanya...
Sepatutnya dia pun pergi Australia hari ni... Tapi disebabkan ada masalah,
terpaksalah dia tunda minggu depan,” bohong Irfan.
Sebenarnya lelaki yang dilihat Lisa adalah
lelaki yang diupahnya untuk memerhatikan setiap pergerakan Lisa diluar,
sepanjang Irfan tiada di sini. Lelaki ini diarahkan untuk melaporkan setiap
pergerakan Lisa setiap hari dengan menghantar gambar-gambar Lisa melalui e-mel.
“Kenapa awak tak perkenalkan kepada saya?”
“Nazri ada hal... Ini pun dia singgah
sekejap sahaja sebab nak serahkan dokumen ni... Abang kena tolong daftarkan dia
untuk slot kursus yang baru ni...”
“Ooo... Mama dengan papa mana ni?” Lisa
mencari kelibat mentuanya di dalam puluhan orang yang berada disekelilingnya.
“Tadi mama cakap nak pergi tandas... Papa
temankanlah tu kut... Jomlah kita duduk dekat sana dulu,” ajak Irfan sementara
menunggu mama dan papanya.
Serahan bagasi akan dilakukan sebentar
lagi selepas Puan Elinna dan Tuan Iskandar muncul seketika nanti. Memandangkan
mereka tiba awal di lapangan terbang, Irfan mengajak Lisa duduk terlebih dahulu
di tempat yang disediakan. Sebelum datang ke lapangan terbang, Irfan awal-awal
lagi telah check-insecara dalam
talian dirumah bagi mengelakkan kesesakan atau kejadian terlepas waktu check-in.Jadi, dia tidak akan
tergopoh-gapah setibanya di sini. Masa yang ada digunakan sebaiknya untuk
berbual dengan Lisa.
Irfan mengambil tempat di bangku yang
disediakan. Lisa duduk bersebelahan dengan Irfan.
“Sayang, nanti bila abang tak ada dekat
sini, sayang masih nak jumpa juga ke dengan Dr.Haikal?”
“Rasanya macam itulah... Saya minta izin
dengan awak tau... Sebab awak masih suami saya jadi saya minta izin dengan awak...”
“Kalau abang tak izinkan, sayang tetap
pergi jumpa kan?”
“Tepat sekali jangkaan awak!” Lisa tersenyum
melihat Irfan. Namun wajah sugul suaminya mematikan senyuman Lisa.
“Baiklah, abang izinkan isteri abang
berjumpa dengan Dr.Haikal. Kalau abang tak izinkan, sayang tetap pergi jugakan...
Disebabkan abang sayang pada isteri abang, abang tak nak isteri abang berdosa
dan mendapat kemurkaan Allah. Jadi, abang izinkan... Pergilah... Tapi, jaga
batas-batasnya. Ingat sayang tu masih isteri abang dan akan menjadi isteri
abang buat selama-lamanya.” Irfan tersenyum kelat memandang wajah Lisa. Dia
terpaksa mengizinkan walaupun hatinya agak berat untuk membenarkanya.
“Ya ke? Terima kasih, awak!” Lisa agak
terkejut dengan keizinan yang diberikan suaminya. Satu ciuman hinggap di pipi
Irfan. Terpana Irfan mendapat ciuman pertama daripada isterinya.
“Oppss! Maaf, saya tak sengaja... Saya
gembira sangat tadi...” Lisa rasa bersalah. Dek kerana terlalu teruja dengan
kebenaran yang diberikan Irfan, Lisa tidak berfikir panjang.
Irfan hanya tersenyum. Dia mengerti.
“Gembiralah awak kan? Dapat jumpa buah
hati?”
“Gembira tu memang ada... Tapi, saya rasa
berdebar sangat-sangat... Tentu Dr.Haikal akan tanya perihal lamarannya...” Lisa
tersenyum bahagia.
Pedih rasanya hati Irfan apabila Lisa
masih memikirkan perihal lamaran Dr.Haikal sedangkah sekarang Lisa telah
bergelar isteri kepadanya.
“Sayang, tiada ruang ke dalam hati sayang
untuk abang? Hurmm?” Irfan bertanya sebak. Tidak pasti sama ada sebak
disebabkan terguris dek kerana kata-kata Lisa atau sebak dek kerana hanya
tinggal beberapa minit sahaja lagi dia akan masuk ke dalam dan tidak akan
bertemu dengan isterinya berbulan lamanya.
Lisa terdiam apabila melihat wajah sedih
Irfan. Dia tidak berani berkata apa-apa lagi.
“Awak, papa dengan mama mana ni?” Lisa
bangun daripada duduknya cuba beralih topik.
Irfan menyeka air matanya yang menitis.
Dinginnya Lisa terhadap dirinya. Entah apa salahnya, Irfan pun tidak tahu.
“Haaa... Itu pun papa dengan mama.,”
tunjuk Lisa. Lisa menelan air liur sebaik sahaja melihat air mata Irfan tumpah.
“Awak, awak ok tak ni?” Lisa rasa
bersalah.
Irfan lekas bangun lalu menolak troli
menuju ke arah papa dan mamanya. Air mata yang mahu mengalir laju cuba
ditahannya.
“Papa, mama... Rasanya Irfan dah kena
masuk ni...” Irfan melihat jam tangannya yang menunjukkan tepat pukul 9.30
pagi.
“Dah nak masuk?” Puan Elinna melihat
jadual penerbangan yang terpapar di skrin.
Irfan mengangguk.
“Kalau macam tu marilah kita ke kaunter
serahan bagasi,” ajak Tuan Iskandar. Mereka memulakan langkah. Irfan berjalan
bersama papanya sementara Lisa ditinggalkan berjalan di belakang bersama Puan
Elinna. Irfan masih berkecil hati saat ini terhadap isterinya. Boleh isterinya
masih mengutarakan hal itu saat dia akan tinggalkan negara ini.
Setelah serahan bagasi dibuat tibalah masanya
untuk Irfan masuk ke dalam. Irfan bersalaman dengan Puan Elinna dan Tuan
Iskandar.
“Irfan, dekat sana tu nanti jaga diri...
Jangan nak menggatal... Ingat, awak tu dah kahwin.,” pesan Puan Elinna sambil
tersenyum melihat menantunya di sisi.
Irfan hanya tersenyum dan mengangguk.
Kalau boleh, nak sahaja Irfan tujukan ayat Puan Elinna ini kepada Lisa.
“Sayang, sebelum abang terlupa, dekat atas
almari tu ada bungkusan hadiah tau... Nanti tolong serahkan kepada Huda dan Ustaz
Saiful ya... Beritahu mereka, maaf abang tak dapat datang... Tapi, abang akan
doakan kebahagian mereka dari jauh... Semoga majlis berjalan dengan lancar...
Lagi dua bulan kan mereka nak kahwin?”
“Aahh... Lagi dua bulan... Ok, nanti saya
berikan.” Lisa bersalaman dengan Irfan. Kemas genggaman tangan Irfan seperti
tidak mahu berpisah dengannya. Kalau diikutkan hati Irfan, mahu sahaja dia
memeluk isterinya di sini. Tapi, perkara itu pasti tidak diizinkan Lisa. Irfan
faham sangat.
Pemergian Irfan ke Australia sedikit pun tidak
meninggalkan kesan di dalam hati Lisa. Hatinya begitu teruja untuk bertemu
dengan Dr.Haikal. Hatinya kini 90% telah berubah arah. Cinta Dr.Haikal yang
didamba sebelum ini kini bakal digenggaminya. Cinta yang berputik untuk Irfan,
Lisa rasakan ia telah diracun dengan cinta Dr.Haikal. Entah kenapa, hatinya
bagaikan disihir untuk terus mengejar cinta Dr.Haikal. Lisa tahu dia berdosa,
tapi perasaannya sepertinya tiada untuk Irfan ketika ini dan dia tidak boleh
menangkis perasaan itu.