BAB 10 “Assalamualaikummm,ustazz...,”
tegur Huda kepada ustaz muda merangkap jiran sebelah rumahnya.
“Waalaikumussalamm....”
Ustaz Saiful hanya tersenyum. Huda yang baru sahaja hendak masuk
ke dalam kereta Volkwagen New Beetle biru muda metalik terpaksa membatalkan
niatnya itu sebaik sahaja melihat Ustaz Saiful. Laju sahaja kakinya berjalan
menghampiri pagar rumah.
“Ustaz buat apa tu?” Huda menjengukkan kepalanya ke pagar
sebelah.
“Tak payah panggil ustaz… Segan saya. Ilmu saya belum cukup
lagi....”
“Habis tu... Nak panggil apa? Abang Saiful?” usik Huda.
“Err.... Eh, mana boleh panggil abang… Kut-kut saya lebih
muda daripada awak ke?” kata Ustaz Saiful.
“Umur ustaz berapa?” tanya Huda.
“Baru saja masuk 26 tahun…” kata Ustaz Saiful. Hatinya berharap moga Huda lebih
tua darinya.
“Haaa… Kalau macam tu bolehlah saya panggil awak Abang Saiful…
Saya baru 23 tahun!” kata Huda sambil membetulkan rambutnya ditiup angin.
“Kalau macam tu, awak panggil saya Ustaz Saiful. Tak payah
berabanglah dengan saya. Saya bukannya abang awak kan?”
“Mungkin suatu hari nanti?” jawab Huda tanpa segan-silu.
Ustaz Saiful mengeleng-ngelengkan kepalanya. Kata-kata yang
berani. Setiap kali dia keluar rumah pasti gadis ini akan menyapanya. Tak nak
dilayan, tak elok juga. Kan berjirann....
“Nak ke mana tu?” tanya Ustaz Saiful mengubah topik.
“Macam biasalah… Nak ke butik… Kalau ustaz nak kahwin
datanglah ke butik pengantin saya. Mesti dapat diskaun. Kita kan jirann… Tapi,
kalau ustaz kahwin dengan saya, mesti saya bagi percuma,” kata Huda dengan muka
serius.
“Astaghfirullahalazim,”
ucap Ustaz Saiful.
Huda ketawa kecil melihat telatah ustaz muda tersebut.
Mukanya yang kelihatan bersih dan jujur itu telah memikat hati wanitanya. Huda bertekad
untuk menjadikan lelaki ini sebagai peneman hidupnya. Walaupun dia bukanlah sebaik
lelaki ini, tapi dia akan cuba memperbaikinya.
“Saya bergurau sahaja… Jangan ambil hati ya, abang… Oklah,
saya pergi kerja dulu ya…” Huda mengenyitkan mata.
Sudah menjadi kebiasaan Huda untuk pergi bekerja pada waktu
bila yang dia mahu. Sengaja dia mahu melihat para pekerjanya membuat kerja atau
tidak semasa ketiadaannya. Dia di rumah pun bukanlah bangun lewat. Pagi-pagi
beginilah ilhamnya datang untuk mereka design baju pengantin.
Ustaz Saiful hanya memandang pemergian Huda dengan pandangan
bersahaja. Hari ini dia tidak bekerja kerana cuti sakit. Entah kenapa beberapa
hari ini badannya selalu tidak sihat.
*********************************************************************
“Irfan, cuba tengok dalam laci tu… Ada barang apa-apa lagi
tak?” arah Tuan Iskandar.
“Baik, pa...”
Tuan Iskandar menyandar pada sofa. Senang hatinya apabila
Irfan datang tepat pada waktunya. Ada juga orang yang tolong kemaskan barang
untuk di bawa pulang. Bukan dia tidak boleh berkemas sendiri, tetapi dengan
keadaan tangan kirinnya yang disimen membataskan pergerakannya.
Dia bersyukur kerana masih lagi diberikan nyawa untuk hidup.
Selama 2 minggu dia berada di sini dan kini dia telah pun beransur pulih. Tidak
mengapalah hanya tangannya sahaja yang masih belum pulih sepenuhnya. Ini pun sudah
dikira cukup baik.
Tuan Iskandar meraba jahitan di kepalanya. Syukur
dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk beramal di muka
bumi ini.
“Terima kasih, Ya Allah…” Tanpa disedari, menitis jua air
mata kesyukurannya.
Rindu sungguh hatinya untuk bertemu dengan isteri tercinta.
Masih terngiang di telinga suara Puan Elinna meraung kepanikan ketika dia di
timpa kemalangan di hadapan rumah. Untuk seketika semuanya gelap dan kabur.
Yang tinggal hanyalah mimpi-mimpi yang menyelingkari pemandangan gelap selama 2
minggu. Tuan Iskandar meraup mukanya. Matanya dipejam… Dia bernazar untuk
membawa diri dan isterinya menunaikan umrah pada masa terdekat.
“Irfan, papa bernazar nak bawa mama kamu menunaikan umrah
dalam masa terdekat ni,” beritahu Tuan Iskandar sambil tersenyum kepada Irfan.
Irfan berpaling pada papanya.
“Insya-Allah, pa… Semoga papa dan mama dipanjangkan umur,”
kata Irfan sambil menutup zip beg pakaian.
“Aminn… Kalau papa
mati dulu, Irfan tolong tunaikannya ya…”
“Janganlah kata macam tu… Kita berdoalah semoga papa dan mama
dapat jejakkan kaki ke sana.”
“Mudah-mudahn, Irfan…” Tuan Iskandar tersenyum.
“Pa, ada apa-apa lagi yang nak dikemaskan?”
“Rasanya dah tak ada…Haa, beg kertas yang dekat almari sana
tu siapa punya?”
“Irfan punya, pa.”
“Bak sini, papa nak tengok.”
“Tak boleh, pa...,” kata Irfan
sambil menggaru kepalanya.
“Laa… Kenapa pula tak boleh?” tanya Tuan Iskandar sambil
bangun dari duduknya.
Perlahan-lahan Tuan Iskandar menapak ke arah beg kertas
ditempatkan. Tangannya laju sahaja membuka beg kertas tersebut.
“Wahhh… Hadiah! Untuk papa ke?”
“Errr… Bukan pa… Untuk seseorang.”
“Siapa?”
“Rahsia!” kata Irfan sambil senyum meleret.
“Dalam diam-diam ya…”
“Eh, tak adalah pa…”
Irfan sudah kalut apabila rahsianya diketahui Tuan Iskandar.
Aduh!! Nasib baik papanya tidak tahu siapakah gerangan yang akan menerima
hadiahnya.
“Pa, semuanya dah disiapkan. Bil pun Irfan dah uruskan.
Kalau macam tu jomlah kita gerak....”
“Tak nak jumpa siapa-siapa ke sebelum kita balik?” tanya Tuan
Iskandar.
“Tak ada,” jawab Irfan sambil mengangkat beg papanya.
“Hadiah ni?”
“Err… Papa ni… Nak kacau plan
la tu,” ngomel Irfan di dalam hati.
“Pa… Kali ni papa bagi peluang dekat Irfan eh?” Irfan mula
teringat papanya selalu menyakatnya ketika dia baru hendak memulakan sesi perkenalan di hadapan papanya.
“Sejak bila pula papa kacau peluang ni?”
“Selalu je,” jawab Irfan.
“Papa sengaja buat macam tu… Dah perempuan tu papa tak
berkenan…”
“Ok, kalau macam tu papa jangan buat macam tu lagi tau kali
ni… Kalau tak melepaslah Irfan… Irfan ni dah 26 tahun tau… Tinggal 2 tahun saja
lagi target Irfan nak berumah tangga. Cukup 28 tahun Irfan kena kahwin, pa…”
“Kamu yang letak target macam tu… Tu yang terbeban tu… Oklah
kali ni papa tak kacau daun…”
“Thanks, pa… Jom
kita gerak.”
Irfan melihat jam tangannya. Jam menunjukkan 1.30 petang.
Lagi 30 minit masa akan berganjak pukul 2 petang. Maknanya dia harus menunggu
30 minit lagi untuk menunggu Lisa menamatkan tugasnya.
“Terima kasih semua… Kalau kamu semua tiada entah apa dah
jadi pada pak cik ni. Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga pak cik selama
pak cik di sini,” ucap Tuan Iskandar ketika melintasi kaunter jururawat.
“Sama-sama… Sudah menjadi tanggungjawab kami. Apa pun sampai
di rumah nanti Tuan Iskandar haruslah jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat yang
telah kami bekalkan tu,” pesan jururawat di kaunter.
Irfan hanya tersenyum mendengar nasihat-nasihat yang
diberikan kepada papanya.
“Baiklah… Pak cik takkan lupa makan ubat. Pak cik pulang
dulu ya...”
“Ialah… Jaga diri baik-baik.”
Ketika Tuan Iskandar masih rancak berbual dengan jururawat,
Irfan mencari kelibat Lisa. Namun, tidak kelihatan. Irfan melihat whiteboarddi dinding Wad Mawar.
“Oh, dia jadi teamleader
hari ni. Memang betullah dia kerja pagi. Jadi, kereta tu memang confirmkereta dia… Ingatkan dia dah
tipu aku semalam… Nasib baik.”
Irfan menuruti langkah papanya melangkah keluar dari pintu
wad.
“Eh, kamu nak bagi hadiah ni bila?”
“Kita tunggu dalam kereta dululah, pa…”
“Berapa lama nak tunggu?”
“Mungkin dalam 20 minit macam tu lah pa...”
“Ok...”
Semua barang-barang kepunyaan Tuan Iskandar di masukkan ke
dalam bonet kereta. Kecuali beg kertas yang dipegang Tuan Iskandar. Bukan main
rajin lagi papanya memegang beg kertas itu. Macam dah tak nak dilepaskan. Kalaulah
Tuan Iskandar tahu apa isinya…
“Kereta kamu kenapa masuk bengkel? Bukan main seronok kamu guna
kereta papa,” tanya Tuan Iskandar sambil masuk ke dalam kereta.
“Papa tahu ke? Entahlah apa masalah kereta ni, pa.... Pagi
tadi baru keluar dari bengkel... Seminggu dekat sana...”
“Alahh… Macam papa tak tahu… Mama kamukan ada… Kamu langgar
benteng jalan kan?”
“Betullah tu, pa,” kata Irfan sambil melonggarkan tali
lehernya.
Kantoi juga dia dengan Tuan Iskandar. Gara-gara perempuan di
tepi jalan, dia hilang tumpuan ketika memasuki petak parking.
Sebelum papanya menyoal lebih panjang, dia harus memikirkan
jalan untuk mengelak pelbagai soalan yang akan menujah ke telinganya.
“Pa, nak air tak?” tanya Irfan sambil menjengukkan kepalanya
ke dalam kereta.
“Nak mengelaklah tu… Belikan papa apa-apa je. Tapi, cepat
sikit tau… Papa dah lapar ni,” terbayang di mata sudah pasti isteri
kesayangannya telah memasak lauk yang istimewa untuknya.
“Ya, pa… Papa cuma perlu berdoa agar pemilik hadiah ini
muncul secepatnya,” kata Irfan sambil tersenyum lebar kepada Tuan Iskandar.
Kereta dihidupkan dan penyaman udara juga diaktifkan. Aroma
minyak wangi kereta harum semerbak memenuhi ruang kereta. Terasa nyaman sekali.
Siaran radio Sempoi f.m juga dipasang
bagi mengelakkan papanya bosan. Irfan mengambil cermin mata hitamnya yang
diletakkan di ruang hadapan kereta. Dia melangkah keluar dari kereta
kesayangannya dengan mengenakan cermin mata hitam tersebut. Penampilannya
dengan baju kemeja bewarna kuning cair dan tali leher yang sepadan dengan warna
baju kerjanya nampak menyerlah apabila digayakan bersama kaca mata hitam. Di
bawah terik mentari jejaka ini menyerlahkan personaliti tersendiri.
“Beria-ria betul si Irfan ni… Tak pernah-pernah aku tengok
dia hadiahkan hadiah pada perempuan… Tapi perempuan ke? Kertas pembalutnya
hanyalah kertas kosong yang bewarna putih dan hitam… Biasanya kalau nak
dihadiahkan kepada perempuan mestilah ada bunga-bunga, riben-riben… Ni tak…
Kosong je…” Tuan Iskandar meniliti bungkusan yang dibuat Irfan.
“Takkan lelaki kut.... Mesti perempuan,” fikir Tuan Iskandar.
Tuan Iskandar mempunyai idea untuk mengubah penampilan
hadiah tersebut. Dia keluar dari kereta dan mengambil riben-riben yang menjadi
penghias bakul buah-buahan yang diberikan kepadanya ketika terlantar di
hospital dari bonet kereta. Ikatan riben dilakukan dengan teliti agar ia
kelihatan lebih anggun di mata sang gadis.
Ketika ini teringat kali pertama dia membalut hadiah buat
Puan Elinna. Hampir 5 kali kertas balutan dibuang begitu sahaja. Balutannya
tidak menjadi. Tersenyum Tuan Iskandar teringat kisah lama.
Kini, penampilan hadiah ini lebih menarik. Tuan Iskandar
menyimpan kembali hadiah tersebut ke dalam beg kertas. Nasib baiklah jarinya
masih cekap menyimpul riben walaupun keseluruham tapak tangannya telah dibalut
simen. Yang tidak dibalut hanyalah hujung jari-jarinya sahaja.
Bahang panas mentari menerjah masuk ke dalam ruang kereta
setelah Irfan membuka pintu. Irfan mengambil tempat duduknya di kerusi pemandu.
“Nah ini airnya, pa,” hulur Irfan setelah meletakkan straw
ke dalam botol.
“Terima kasihhh...”
Irfan melayan rentak lagu yang di mainkan di corong radio.
Sesekali air minumannya disedup. Mata Irfan mengerling ke arah jam. Jam
menunjukkan tepat pukul 2 petang.
“Lambatnya kawan kamu ni.”
“Kejap lagi kut pa… Dah pukul 2 ni…”
Dari pengamatan Tuan Iskandar, semestinya yang
ditunggu-tunggu Irfan adalah seorang jururawat. Tiada lain lagi. Ini kerana
setahu Tuan Iskandar, itu adalah waktu pulang jururawat yang bertugas seawal 7
pagi.
Tuan Iskandar melelapkan mata seketika.
Derap langkah Lisa diatur secepat mungkin. Terik mentari
bagai menyiat-nyiat kulit mukanya yang putih gebu itu. Hari ini dia ada appoimentdengan agen insyuran. Baju uniformnya juga sudah ditukar kepada pakaian lebih santai. Skrit
labuh merah jambu digayakan bersama-sama blouse
putih. Warna-warna ini menampakkan keayuan Lisa. Alunan langkah Lisa nampak
lebih meyakinkan dengan skrit labuh
tersebut. Sampai sahaja di kawasan tempat letak kereta, dia terpaku. Mulutnya
ternganga. Tidak sampai 5 saat bibir merah semulajadinya mengukir senyuman teruja.
Langkahnya diatur selaju yang mungkin.
Irfan di dalam kereta mulai kaget!
“Mak aii... Kenapa dengan minah ni? Dia dah nampak aku ke dalam
kereta ni? Tak mungkin! Inikan cermin hitam… Tak mungkin dia
nampak.”Cepat-cepat enjin kereta dimatikan. Lisa semakin hampir menuju ke arah Irfan dari
hadapan kereta.
Irfan memandang Tuan Iskandar di sebelah. Tuan Iskandar
masih memejamkan mata. Irfan mengamati wajah gadis tersebut. Ya, itu memang
jururawat yang ditunggu-tunggunya. Tapi kenapa tak beruniform?
Lisa memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada orang lain di
bawah teduhan pokok beringin ini kecuali kereta Lisa, Audi TT-RS Roadster merah
yang sudah menjadi kegilaan Lisa sejak ia dipasarkan dan beberapa buah kereta
lain. Lisa mengelilingi kereta tersebut. Terpampang wajah teruja di wajahnya.
“Eh, kereta siapa ni? Parking
sebelah kereta aku pula tu… Kereta doktor pakar ke ni? Tak mungkin… Kalau
doktor pakar punya mestilah dia parkingdi
tempat yang disediakan.”
Lisa mengeluarkan telefon Samsung Note II hadiah pemberian
Huda sempena hari lahirnya yang ke 23 tahun. Tudungnya diperbetulkan dengan
melihat melalui cermin kereta Audi TT-RS Roadster. Betul-betul bersebelah
tempat duduk Irfan. Irfan mengeluarkan telefon miliknya. Dia tidak melepaskan
peluang untuk saat yang mencuit hati ini. Gambar Lisa diambil secepatnya. Irfan
mula ketawa terkekek-kekek sejurus melihat reaksi spontan Lisa diluar. Tuan
Iskandar akhirnya membuka mata setelah mendengar anaknya ketawa.
“Kenapa ni?”
“Ssyyhhh…” Irfan menunjukkan isyarat senyap sambil jari
telunjuknya menunjuk ke arah Lisa di luar.
“Owhhh… Ok… ok… Cepatlah keluar,” kata Tuan Iskandar sambil
menghulurkan beg kertas kepada Irfan.
“Tunggu sekejap, pa… Kita tengok dulu apa yang nak
dibuatnya,” kata Irfan sambil mengambil beg kertas yang dihulurkan Tuan
Iskandar.
Setelah memastikan tiada orang berhampiran kawasan ini, Lisa
menangkap gambarnya sendiri bersama kereta pujaannya itu. Pelbagai posing dibuat. Maklumlah teringin menjadi
model tetapi masih tidak berkesempatan. Kali ini dia tidak akan melepaskan
peluang bergambar dengan kereta pujaannya.
Dari hadapan kereta, ke belakang dan ke sisi kereta Lisa
merakamkan kenangan manis bersama kereta idamannya.
“Belum puas lagi ke dia ambil gambar, pa?”Irfan mula letih
menunggu.
“Mana papa tahu... Tanyalah dia… Papa dah lemas ni… Oksigen
dalam kereta ni dah berkurang,” kata Tuan Iskandar sambil menahan ketawanya.
“Dah dah… Aku dah lambat ni…” Omel Lisa seorang diri.
Tiba-tiba sahaja enjin kereta pujaannya dihidupkan.
Lisa segera menoleh ke belakang sebaik sahaja terdengar
bunyi enjin. Irfan mula menurunkan cermin kereta.
“Hai!” Irfan menyapa.
Terbeliak mata Lisa.
“Apa?!”Melihat kehadiran pemilik kereta tersebut, darah
panas mula menyerbu ke muka Lisa. Perasaan malu menyelubungi dirinya. Tidak
tahu apa yang harus dilakukan. Saat ini bagaikan mahu sahaja disorot dirinya di
dalam beg yang di bawa. Kalaulah dia dapat mengecilkan diri…
Irfan hanya tersenyum sumbing. Pintu kereta dibuka dan dia mula
melangkah keluar. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Matanya dikenyitkan kepada
Lisa.
“Oh, my god!!Mamat
ni lagi!” kata Lisa terang-terangan.
“Dah puas bergambar ke cik adik oii… Boleh saya tengok?”
Lisa hanya tersengih-sengih. Saat itu dimana harus diletakkan
mukanya.
“Arhhh…. Lariiiiiiii...,” hati Lisa hebat menjerit.
“Err… Cantik kereta… Itu yang saya tumpang bergambar… Minta
maaf,” kata Lisa sambil membuat muka bersalah.
“Owh… Itu saya tahu… Kereta ni memang cantik. Tapi sesuai ke
kau bergambar dengan kereta ni?” kata Irfan sambil memandang Lisa dari atas ke
bawah.
“Amboiii…. Manisnya
bahasa,” kata Lisa tidak puas hati dengan kata-kata Irfan. Kita dah minta maaf,
dia mengutuk kita pula. Apa, ingat kau bergaya sangat? Dahlah badan macam king
kong! King kong versi manusia!
“Bak sini handphonekau
tu,” kata Irfan sambil merampas handphone
Lisa dari genggaman tangan Lisa.
Tuan Iskandar hanya mengelengkan kepala melihat kelakuan
anaknya. Patutlah perempuan lari bila Irfan sendiri cuba mengorat perempuan
tersebut. Kasar! Kena baca novel cinta banyak lagi Si Irfan ni.
“Awak nak buat apa?” tanya Lisa risau. Bimbang jika jejaka
dihadapannya ini memadamkan semua gambar yang diambil atau lebih dasyat dia
memusnahkan handphonemiliknya!
Lisa cuba merampas kembali handphone daripada Irfan. Namun, jejaka ini lebih pantas. Irfan
segera menyembunyikan dirinya ke dalam kereta dan menaikkan kembali cermin
tingkap.
Irfan mula menekan butang bluetoooth.Semua gambar yang diambil Lisa sebentar tadi dibluetoooth ke dalam telefon miliknya. Tuan
Iskandar hanya melihat gadis tersebut dari dalam kereta.
Kereta Irfan dikelilingi Lisa bagai singa betina mahu
menerkam mangsanya. Sesekali cermin kereta diketuk-ketuk. Irfan pun satu! Tak
pandai betul dalam bab-bab mengorat perempuan ni. Namun seperti yang dah
dijanjikan, Tuan Iskandar hanya mampu berdiam diri.
Irfan mula mendail nombor telefonnya pada handphoneLisa. Setelah pangilan masuk
ke dalam handphonemiliknya maka terteralah nombor yang tidak dikenali.
“Hah, dapat pun nombor kau,” kata Irfan sambil melihat Lisa diluar
yang masih lagi mengetuk-ngetuk pintu keretanya. Nombor tersebut disimpan
sebagai SINGA BETINA.
Irfan memadam panggilan yang telah dibuat pada handphoneLisa. Ini bagi mengelakkan Lisa
mengetahui bahawa dia telah mengambil nombor telefon tanpa keizinan Lisa. Boleh
kena saman ni!
“Perempuan ke apa ni?” Irfan hanya mengelengkan kepala sebaik
sahaja melihat kelakuan Lisa yang masih berkeras meminta dikembalikan handphone
miliknya.
Beberapa orang yang lalu-lalang mula memandang kearah
keretanya. Irfan mendengus kecil. Pintu kereta dibuka secepatnya dan tidak
semena-mena tolakan tersebut terkena pada badan Lisa sehinggakan Lisa hampir
terjatuh.
“Heiiii, apa ni!!!Main tolak-tolak!” kata Lisa cuba
mengimbangkan diri.
Irfan cepat-cepat memegang tangan Lisa bagi mengelakkan
gadis ini dari terjatuh.
“Itulah… Pakai lagi tumit tinggi macam tu,” sindir Irfan sambil
melepaskan tangannya.
“Kasut ni tak salah okey… Yang salah tu awak! Main tolak-tolak
macam tu memanglah jatuh,” kata Lisa sambil menendang kakinya ke arah kaki
Irfan.
“Aduhh!! Kasut kau tu tajam macam jarum tau tak!!!
Aduhh!!!Errhhh...,” kata Irfan sambil mengjengket-jengketkan kakinya.
“Baguslah… Ini menunjukkan kaki awak tu pain receptor masih berfungsi dengan baik,” kata Lisa sambil
bercekak pinggang. Gaya ala-ala mak nenek.
“Hahahahahahaha…” Tuan Iskandar mula ketawa besar sebaik
sahaja melihat drama swasta dihadapan matanya.
“Maafkan anak pak cik tu… Dia memang sengal sikit staffnurse…”
“What??Papa kata aku sengal depan budak
comot ni?” Irfan mengerling tajam pada papanya.
“Oppss… Sorry...,” kata Tuan Iskandar.
Lisa hanya tersengih-sengih…
Adakahhhhhh?? Semua kelakuannya yang menggila sebentar tadi dilihat oleh bekas
pesakitnya?
“Arhhh…Sudah semestinya!!!” Kali ini Lisa sudah tidak mampu
untuk mengangkat mukanya untuk memandang kedua-dua orang lelaki ini. Kali ini
malunya sudah berganda-ganda. Mahu sahaja dipecut kakinya lari dari situ.
Namun, kakinya kaku dari bertindak seperti mana yang difikirkan dikepalanya.
Terasa genangan air hangat mula bertakung dimatanya.
“Are you okay?”
tanya Irfan. Hairan gadis dihadapanya ini masih membisu. Tidak seperti tadi
kecoh memarahinya.
“Okay...,”jawab
Lisa sambil mengangkat mukanya. Tetapi secara tiba-tiba air matanya jatuh.
Inilah Lisa. Jika terlalu marah atau malu pasti air matanya
akan keluar. Inilah dikatakan tindakbalas semulajadinya untuk menangani emosi
yang tidak stabil.
“Alamak… Minah ni menangis,” gusar Irfan di dalam hati.
Lisa memandang ke belakang dan cepat-cepat dia menyeka air
matanya.
“Haishhh… Masa ini jugalah air mata ni nak keluar. Ini bukan
masa yang betul tau takkk?? Dahlah depan mamat berlagak bagus ni!!” ujar Lisa
geram.
“Hahahaha… Dia menangis… Macam budak kecillah kamu ni. Nah,
ini handphonenya… Tak mau
nangis-nangis tau… Nanti dah tak comelll… Alolololo…. Ciannnn diaaa… Alolololo...,”
kata Irfan seperti memujuk budak 3 tahun.
Lisa mengerling tajam ke arah Irfan. Kalau diikutkan hati
mahu sahaja dia membuat tendangan maut ketika ini. Handphonenya dirampas kasar dari tangan Irfan. Dengan sepantas
kilat, Lisa berlalu dari situ. Pintu keretanya cepat-cepat ditarik.
“Irfan!! Cepat-cepat!” kata Tuan Iskandar sambil
menghulurkan beg kertas kepada Irfan.
“Eh, perempuan! Tunggu!!!” jerit Irfan sambil mengambil beg
dari papanya.
Berdecut-decut Irfan berlari kearah Lisa menahan sakit di
kaki.
“Nah, ini hadiah untuk kau!” kata Irfan.
Lisa tidak mempedulikan kata-kata Irfan. Tali pinggang
keledarnya dipakai secepat yang mungkin. Suis keretanya dihidupkan serta-merta.
Irfan bertindak pantas. Cepat-cepat dia membuka pintu belakang
kereta.
“Fuhh… Tak kunci! Bahaya betul minah ni… Beg kertas yang
dipegang dicampakkan ke dalam kereta lalu pintu kereta ditutup secepatnya
apabila kereta sudah mula berundur dari petak parking.
“Nasib baik sempat bagi hadiah ni,” kata Irfan sambil
mengurut dadanya tanda lega.
Irfan kembali ke keretanya.
“Kamu ni, kalau ya pun nak bungkus hadiah bungkuslah dengan
kertas cantik sikit… Ini kertas hitam dan putih… Tak ada taste langsung! Tahulah kerja kamu ni glamour dengan warna hitam dan putih… Buat malu kaum lelaki saja…
Nasib baik papa tolong touch up
sikit.”
“Papa buat apa dengan hadiah tu?” risau jika papanya
merosakkan isi di dalam.
“Papa tambah riben… Nampak lawa sikit… Orang kata apa?
Berseri-seriii…”
“Hahaha… Thanks,pa…”
“Kalaulah papa tahu isi di dalamnya,” fikir Irfan. Irfan
mula tersenyum nakal.