BAB 15Irfan mula bersiap-siap
untuk mencuci keretanya dipagi Sabtu. Seawal 7 pagi lagi dia telah memulakan
kerja-kerja pembersihan. Matahari pun masih tidak muncul sepenuhnya. Sengaja
dia memulakan kerja awal-awal pagi begini. Bukannya apa, Irfan tahu sekarang
ini cahaya matahari akan perit mengenai
kulit walaupun seawal 9 pagi. Penipisan lapisan ozon sudah agak kronik agaknya.
Keretanya nampak
tidak terurus. Selama sebulan dia tidak pedulikan keretanya. Sibuk memanjang.
Segala sampah-sarap di dalam kereta dikeluarkan.
“Sejak bila aku
jadi pengotor macam ni? Betul ke aku ni? Banyaknya sampah,” ngomel Irfan
seorang diri.
“Nasib baik aku
tak ada bawa mana-mana perempuan… Kalau tak, malu aku…”
“Lisa? Bukan perempuan
ke?” bisik hati Irfan.
“Alahh… Yang tu
dah 3 minggu yang lepas… Kereta masih dalam keadaan terkawal.” Irfan senyum
seorang diri.
Irfan meneruskan
kerja-kerja pembersihan di dalam kereta. Tangannya mencapai sekeping kertas
hijau pucuk pisang dan dimasukkan ke dalam plastik sampah.
“Ok, dalam dah
siap… Cuci keretalah pula,” kata Irfan sambil menyanyi kecil.
Setelah 1 jam
segala kerja pembersihan, pengemasan dan pencucian telah siap dikerjakan.
Plastik sampah yang diletakkan di bangku taman tadi dibuka dan sampah-sampah
yang dikeluarkan tadi di teliti semula. Bimbang jika terbuang benda penting dan
masih berguna. Satu persatu diteliti Irfan lalu dia terpandangkan kertas hijau
pucuk pisang. Kertas tersebut dikeluarkan dan dibaca.
“Ya Allah... Nasib
baik aku tengok balik sampah-sampah ni.” Irfan teruja menatap kertas tersebut.
Senyuman lebar
terukir dibibir Irfan. Meleret senyumannya sehingga ke tempat pembuangan sampah
di diluar pintu rumahnya. Kertas tersebut ditatap sekali lagi dan kali ini dia
berjaya menghabiskan pembacaannya.
“Patutlah dia
marah hari tu.... Rupanya dia tak suka orang curi dengar perbualannya...” Irfan
tersengih apabila teringatkan telatah gadis ini tempoh hari.
Dr.Haikal memandu
kereta dengan perlahan untuk beratur keluar dari pintu pagar hospital. Pandangan
mata Dr.Haikal sesekali beralih ke arah perhentian bas yang terletak diluar
pagar hospital. Dr.Haikal pasti orang yang diperhatikannya itu merupakan staf
yang bekerja bersamanya di wad. Selepas melepasi pagar hospital, Dr.Haikal
memberhentikan kereta Honda Civicnya berhadapan dengan perhentian bas. Hon
dibunyikan. Lisa kelihatan terpinga-pinga.
“Siapa pula
ni?” Lisa memandang ke kiri dan kanan.
Ternyata hanya dirinya disitu.
Cermin kereta
diturunkan.
“Natasya! Nak
pergi ke mana?” tanya Dr.Haikal.
Lega hatinya
apabila pemilik kereta dihadapanya kini dikenali. Lisa bangun dari tempat duduk
dan menghampiri kereta Dr.Haikal.
“Saya nak balik
rumah… Tunggu bas atau teksi,” kata Lisa sambil tersenyum.
“Rumah awak dekat
mana?”
“Jalan Tasik
Perdana, doktor,”jawab Lisa.
“Oh, yer ke?
Rumah teres dua tingkat tu ke?”
“Aahh… Rumah
teres tulah…”
Dr.Haikal menepuk
dahinya. Dia segera membuka pintu keretanya dari dalam.
“Masuklah… Saya
hantarkan...”
“Eh, tak apalah Dr.Haikal…
Bas dah datang tu,” kata Lisa sambil menunjukkan bas yang masih lagi merangkak
dijalan raya.
“Mana bas?” Dr.Haikal
memusingkan badannya ke belakang
“Eh, cepatlah
Natasya. Nanti bas nak berhenti dekat sini… Saya hantar percuma, bas berbayar,”
kata Dr.Haikal sejurus melihat sekumpulan pelajar jururawat menahan bas
tersebut.
Pintu kereta
ditolak lagi bagi meluaskan bukaan.
“Masuklah....”
Melihat
kesungguhan Dr.Haikal, tidak sampai hati Lisa ingin menolak pelawaan tersebut.
Tanpa berlengah lagi dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta Dr.Haikal. Dr.Haikal
tersenyum.
“Haaa… Macam itulah…
Orang dah nak tolong hantarkan, terimalah,” kata Dr.Haikal.
Lisa turut
tersenyum sambil menutup pintu kereta. Kereta Dr.Haikal terus memasuki jalan
raya bagi memberi ruang kepada bas yang mahu mengambil penumpang.
“Doktor tak kerja
ke hari ni?” tanya Lisa hairan. Kebiasaannya pada waktu macam ni doktor-doktor
masih tidak pulang.
“Tak… Saya off day hari ni.... Ni pun datang
sebab nak pulangkan buku dekat library hospital… Lupa nak hantar semalam. Bila
tengok tarikh, hari ni juga nak kena pulangkan. Lewat pulangkan nanti dia caj.”
“Owhh... Rajin
doktor...”
“Nak pandai
kenalah rajin kan… Kereta awak mana?”
“Kereta saya
masuk hospital.”
“Bengkel?” tanya Dr.Haikal
untuk kepastian.
Lisa mengangguk.
“Kenapa boleh
masuk hospital kereta awak tu, Natasya?”
“Patah kaki,”
jawab Lisa separuh gelak.
“Patah kaki??
Maksudnya?”
“Semalam kawan
saya pinjam.... Entah macam mana tayar belakang kereta tu termasuk dalam
longkang… Terkehel tayar sebelah kanan. Tu yang bawa jumpa doktor tu…”
“Pandai awak
berkias yer… Pergi kerja macam mana?”
“Kawan saya
tolong hantarkan… Dah dia dah rosakkan kereta saya, jadi dia kena hantar saya
kerjalah… Cuma balik dia tak dapat tolong sebab dia pun kerja…”
“Ooo yela kan...
Dia pun kerja... Rumah tu awak tinggal blok mana?”
“Blok A doktor…
Betul-betul menghadap tasik…”
“Blok A?? No
rumah?”
“Ya, Blok A…
Kenapa doktor nak tahu?”
“Kan saya nak
hantarkan awak ni,” jawab Dr.Haikal.
“Oh,ya.... Lupa
pula saya. Blok A no 3A Perdana…”
Dr.Haikal menepuk
stereng kereta. Wajahnya kelihatan terlalu teruja.
“Soooooo…. Kita jiranlah Natasya!!”
“Maksud doktor?”
tanya Lisa hairan. Dahinya dikerutkan.
“Rumah saya pun
dekat Jalan Perdana… Blok B no 3B Perdana….”
Lisa menggerakkan
jari telunjuknya seperti mahu meneka sesuatu.
“Maksud doktor,
doktor tinggal di belakang rumah sayalah? Macam tu?”Lisa turut teruja.
Dr.Haikal
menganggukkan kepalanya dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya terburai ketawa
mereka. Tak sangka rupanya mereka selama ini adalah jiran dekat.
“Nanti bolehlah
saya minta lada yang awak tanam tu… Bukan main lebat lagi pokok tu berbuah.
Kadang-kadang rasa juga nak pergi minta sebabnya lada dekat rumah saya tu
selalu kehabisan stok. Tapi tak kenal pula siapa tuan punya pokok.... Segan!”
“Doktor nampak
pokok lada saya?”
“Eh, nampaklah…
Tapi tuan punya lada saya tak nampak…”
“Hahaha… Datanglah
minta… Saya boleh beri… Kalau doktor nak ambil sahaja… Tapi jangan lompat pagar
sudah…”
“Awak ingat saya
apa? Nak skodeng awak?’
“Manalah tahu
kannn.... Hahahaha... Taklah, maksud saya kalau jiran-jiran nampak tak ke ada
cerita yang kurang enak didengar.”
“Ya, saya faham…
Tinggal berapa orang dalam rumah tu?”
“Dua orang…”
“Tak mahal ke
bayar sewa kongsi dua orang?”
“Sebenarnya rumah
tu bapa kawan saya punya. Dia bagi kami tinggal secara percuma. Dia minta saya
temankan anak dia. Sebabnya dia tak percayakan orang lain untuk tinggal dengan
kawan saya tu… Kami dah kenal lama… Dah macam adik beradik.”
“Untunglah macam
tu… Seronok je duit tu boleh buat shopping kan?”
“Biasa-biasa saja
doktor… Gaji saya ni taklah semahal dan setinggi doktor…”
“Gaji tinggi pun
tak guna Natasya… Banyak benda nak kena bayar… Bayar rumah, bayar kereta,
bil-bil lain lagi.”
“Betullah orang
cakap kan… Besar periuk maka besarlah keraknya….”
“Maksudnya?”
“Gaji besar,
makin banyaklah kita nak beli, pakai dan akhirnya duit masih tak cukup dan
terus berhutang…”
“Amboi… Sindir
saya ke?” kata Dr.Haikal sambil memberikan tumpuan kepada pemanduan.
“Doktor terasa
ke? Maaflah saya tak bermaksud macam tu… Peringatan untuk diri sendiri juga
tu…”
“Betul juga kata
awak tu… Jangan jadikan kita ni hamba duit sudah…”
“Betul-betul...”
Selepas 20 minit
pemanduan, mereka tiba dihadapan rumah Lisa. Dr.Haikal terpegun melihat
sekeliling rumah. Cermin kereta diturunkan.
“Ada masa juga
dia tanam pokok-pokok ni… Banyak pula tu… Dahlah subur-subur, bunga pun
lebat-lebat,” puji Dr.Haikal di dalam hati.
“Terima kasih
doktor,” kata Lisa sambil melambai-lambaikan tangannya.
“Eh, bila masa
pula dia keluar… Tiba-tiba dah ada depan pintu pagar rumah…”Dr.Haikal tersedar
daripada ralit memerhatikan laman rumah Lisa.
“Ya,sama-sama.”Cepat-cepat Dr.Haikal membalas
ucapan terima kasih daripada jururawatnya. Ternyata dia tadi sudah terleka
melihat permandangan taman di rumah Lisa. Untunglah rumah Lisa menghadap tasik
kerana ia menjanjikan suasana yang nyaman dek kerana kehadiran angin dari tasik
datang menyerikan suasana.
Jam telah menunjukkan
5.30 petang. Aroma sambal udang memenuhi ruang dapur Lisa. Menu untuk makan
malam hari ini ikan singgang, sambal belacan dan sambal udang. Lisa tidak sabar
menunggu kepulangan Huda. Hari ini merupakan giliran Lisa memasak disebabkan
dia berada dirumah disebelah petang. Mengingatkan dia masih belum menunaikan
Solat Asar, Lisa segera menunaikan kewajipan tersebut.
Tidak lama
kemudian, Huda pulang dari butik pengantinnya. Peti ais terus dibuka dan air
sejuk dari peti ais terus dituangkan di dalam gelas lalu diteguknya.
“Lisa masak apa
hari ni?” Huda membuka periuk dan kuali di atas dapur.
“Ikan Singgang
Terengganu!!”
“Sambal udang!
Banyak pula dia masak hari ni…”
“Lisa buat tak
sambal belacan ni?” Cepat-cepat dia memeriksa peti ais.
“Wahhhh… Nasib
baik ada sambal belacan…. Sambal belacan kau Lisa memang terbaik!!”
Huda sudah tidak
sabar untuk makan. Dia sudah berkira-kira untuk naik ke atas untuk mandi dan solat. Selepas tu
bolehlah makan!
“Assalamualaikummm…
Natasyaaa! Assalamualaikummmm....” Kedengaran suara lelaki memberi salam dari
arah belakang rumah.
“Siapa ni? Tak
pernah nampak pun,” kata Huda sambil mengintai di celah tingkap.
“Assalamualaikummmmm….”
“Waalaikumussalam…
Ya, kenapa?”
“Natasya ada?”
“Natasya? Tak
ada…”
“Tapi, saya
hantarkan dia tadi… Rumah inilah…”
“Natasyaa?” Huda
mengerutkan dahinya.
“Owhhh… Lisaaa...”
“Lisa?” tanya Dr.Haikal
kembali.
“Ya… Lisa Amira
Natasya,” jawab Huda.
“Owh, ok… Dia
ada?”
Belum sempat Huda
memanggil Lisa, Lisa telah pun muncul.
“Eh, Dr.Haikal! Ya,
kenapa?”
“Saya nak minta
lada… Lada saya belum sempat beli lagi,” kata Dr.Haikal sambil menggaru
telinganya.
“Owh… Bolehhh…
Sekejap eh…”
Lisa mengambil
gunting dan selepas itu dia membuka pintu pagar rumah.
“Ambillah doktor
nak banyak mana,” kata Lisa sambil menghulurkan gunting kepada Dr.Haikal.
“Gunting ni nak
buat apa? Saya boleh petik dengan tangan saja…”
“Eh, tak boleh
doktor… Pokok pun nak kena berlembut macam kita berlembut dengan pesakit… Kalau
petik macam tu saja, takut rosak batang
pokok ni… Bunga-bunga akan gugur. Jadi, kita guna gunting. Kita gunting tangkai
buah lada ni saja. Senang! Ditanggung beres…”
“Ok… Baiklah tuan
empunya lada,” kata Dr.Haikal malu-malu.
Huda hanya
memerhatikan gelagat kawan baiknya itu dengan pemuda kacak dihadapannya dari
pintu dapur.
“Sejak bila
mereka berkenalan? Laju Lisa dari aku.... Ustaz sebelah rumah ni pun aku belum
dapat lagi, dia dah boleh kenal dengan pemuda ni… Wahhh… Wahhh…. Lisa… Lisaa…
Kau tak bagi tahu aku pun kan? Siap nanti,” kata Huda di dalam hati. Gembira
pun ada, selama ni kawan dia ni tak pernah nak berteman lelaki.
“Ok, terima kasih
Natasya…”
“Sama-sama…”
“Eh, sekejap....
Tadi kenapa kawan awak tu tak kenal bila saya sebut nama Natasya?” tanya Dr.Haikal
sambil memandang Huda.
Huda hanya
mendiamkan diri. Bagaikan terkena renjatan elektrik apabila jejaka tersebut
memandangnya.
“Aduh,
kacaknya!!”
“Sebabnya, orang
biasanya panggil saya Lisa.... Cuma dekat hospital orang panggil saya Natasya.
Sebabnya dekat wad tu kan dah ramai nama Lisa,” jelas Lisa.
“Oooo… Kalau macam
tu saya panggil awak Lisalah… Ok, thanks Lisa,” kata Dr.Haikal sambil menghulurkan
gunting pada Lisa.
“Boleh… Tak ada
masalah,” jawab Lisa sambil tersenyum manis.
“Eh, sekejap
doktor… Saya ada buatkan sambal udang… Doktor makan tak?”
“Makan…” Baik
berterus-terang kata Dr.Haikal di dalam hati.
“Saya isikan dalam
bekas sekejap ya… Tunggu tau,” kata Lisa sambil berlalu masuk ke dapur.
“Hai, saya Haikal…
Doktor ditempat Lisa bekerja… Nama awak?” Sengaja Dr.Haikal menegur rakan Lisa.
Dari tadi dia asyik memerhatikan mereka macam nak diserangnya.
“Hai, saya Huda…
Rakan serumah Lisa… Owh, doktor.... Tinggal dekat mana?”
“Belakang ni je,”
kata Dr.Haikal sambil menunjukkan arah rumahnya.
“Selama ni tak
pernah pula nampak doktor berbual dengan Lisa?”
“Ya… Saya pun
baru tahu tadi selepas hantarkan Lisa... Rupa-rupanya kami jirann…”
“Itulah,
masyarakat sekarang… Jiran sebelah, hadapan, belakang pun tak tahu siapa… Sibuk
katakann…”
“ Itulah… Kronik
dah penyakit kita ni… Masing-masing buat hal sendiri…” jawab Dr.Haikal.
“Ini sambal
udangnya doktor… Tak tahulah sedap ke tidak,” hulur Lisa kepada Dr.Haikal.
“Pasti sedap
doktor,” sampuk Huda.
“Terima kasih
sekali lagi,” kata Dr.Haikal.
“Sama-sama…”
Selepas Dr.Haikal
memasuki rumahnya, pintu dapur segera ditutup Huda.
“Amboi Lisa… Siap
bagi sambal udang lagi,” usik Huda.
“Alahhh… Kau apa
kurangnya… Siap bagi sup ayam dekat ustaz sebelah rumah… Aku lainlah… Dia rakan
sekerja… Doktor hospital aku,” kata Lisa menyindir.
“Kau mana tahu
pasal sup ayam tu?”
“Ustaz cakap… Dia
tanya, siapa yang masakkan… Aku jawablah kau… Dia puji, tak sangka sedap betul!
Ingatkan orang yang suka melawa macam kau ni tak tahu masak… Licin dia makan!”
“Biar betul!!
Betul ke ni??” Huda teruja.
“Betul… Tak kan
aku nak tipu… Suka tak?”
“Eh, mestilah
suka…. Tak sia-sia aku masakkan sup ayam… Selama ni tak ada orang pun puji
masakan aku…”
“Tipulah tak ada
orang puji… Akukan selalu puji,” kata Lisa sambil membasuh gelas di dalam
sinki.
“Kau? Kutuk
adalah…” Huda mencebik.
“Bukan kutuk…
Tapi penambahbaikkan…”
“Yelah tu…”
“Dah, cepat
mandi… Perut dah lapar ni,” kata Lisa.
Hati Huda kembang
setaman dek kerana terlalu gembira apabila ustaz kesukaannya menyukai
masakkannya.