BAB 12Senang hati Irfan apabila melihat Puan Elinna kembali ceria.
Selama ini mamanya sentiasa runsing ketika papanya berada di hospital. Irfan
bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. Mama dan papa begitu
menyayangi antara satu sama lain. Seingat Irfan, jodoh mereka ditentukan oleh
kedua orang tua mereka. Alhamdulillah… Kekal dan bahagia sehingga kini. Jarang
sekali mereka bergaduh. Papanya pula seorang yang romantik. Ada sahaja hadiah
kejutan untuk Puan Elinna. Melihat
kebahagiaan mereka, hati Irfan teruja untuk mencari siapalah Hawa yang sudah
ditentukan untuknya.
Dahulu kehidupan mereka sekeluarga bukanlah senang seperti
ini. Masih ingat difikiran Irfan, mereka sekeluarga hanya makan nasi putih
bersama telur goreng dan kicap selama seminggu. Itupun telur ayam kampung yang
di bela di reban. Makan mereka tidaklah mewah seperti sekarang. Berkat
peninggalan tanah pusaka orang tua Puan Elinna dan Tuan Iskandar, kehidupan
mereka berubah. Papa berani mengambil risiko untuk meminjam wang dengan bank
untuk mengusahakan tanah pusaka tersebut. Pelbagai jenis sayuran ditanam. Semakin
hari ia semakin maju dan papa berjaya membeli beberapa bidang tanah lagi. Kata
orang pertanian juga sebuah perniagaan. Kalau kena caranya, ia menguntungkan!
Irfan memandang rumah dan kereta-keretanya dari sudut meja
taman. Dia sangat bersyukur kerana Allah merahmati dan murahkan rezeki mereka
sekeluarga. Irfan memandang ke langit. Kelihatan mentari senja sudah merangkak
untuk beradu. Cahaya keperangan memenuhi ruang langit. Burung-burung juga sudah
beterbangan pulang ke sarang. Tidak lama lagi Azan Mahgrib akan berkumandang. Irfan
bangun dari duduknya . Hari ini Irfan bercadang untuk solat berjemaah di surau
berdekatan.
Lisa memandang lampu kristal yang diletakkan bersebelahan
katilnya. Daun-daun kristal memancarkan kerdipan cahaya yang memukau. Lisa
tersenyum sendiri melihat cahaya yang disimbah keluar melalui kaca kristal.
Lampu yang berbentuk pokok bonsai itu begitu menawan hati.
Sebelum ini, Lisa memang bercadang untuk meletakkan sebuah lampu
tidur bersebelahan katilnya. Tak sangka ada juga orang hadiahkan lampu yang
begitu cantik ini kepadanya. Macam tahu-tahu sahaja apa yang dihajati. Lisa
berbaring di katil dan matanya mula merenung ke arah lampu kristal.
Memori pertemuan
dengan jejaka tersebut diimbau kembali. Terasa sakit hati pun ada. Tetapi
apabila terpandangkan lampu kristal bersebelahannya, hati Lisa menjadi tenang
kembali. Kepala Tuah dibelai lembut. Kucing ini semakin membesar dan aktif.
“Kalau tak kerana kamu Tuah, aku takkan jumpa dengan mamat
berlagak bagus tu,” kata Lisa sambil menjentik telinga Tuah.
Tuah hanya mendiamkan diri. Tahu agaknya tuannya
marahkannya.
“Kasihan kamu Tuah… Sakit ya? Tapi apa nama dia yer? Iylias?
Irqram? Lupalah… Rasanya ada pernah dengar nama mamat ni,” kata Lisa sambil
menggosok-gosok telinga Tuah.
Lisa bangun dari pembaringan. Beg kertas bekas hadiah tadi diambilnya
untuk disimpan di dalam laci. Tanpa disedari sepucuk surat terjatuh dari beg
tersebut. Lisa kembali berbaring dikatil. Hajatnya mahu melelapkan matanya.
Esok, dia dan beberapa rakan setugas yang lain akan berkhursus di luar hospital
selama 2 minggu.
“Mana Tuah ni?”kata Lisa sambil mencari kelibat Tuah. Sejak
Tuah berada dirumahnya, Tuah selalu tidur bersama Lisa.
“Eh, kamu main kertas apa ni Tuah?” kata Lisa apabila
melihat Tuah menikus dengan kertas dilantai.
Lisa segera mencapai kertas tersebut dan ternyata ia adalah
sepucuk surat yang lengkap bersampul.
“Kad jemputan kahwin ke?” tanya Lisa sambil membelek-belek
permukaan luar surat.
Lisa cepat-cepat membuka sampul surat tersebut. Tekaan Lisa
meleset. Surat tersebut bukanlah kad jemputan kahwin yang Lisa letakkan di
dalam kotak kecil bersebelahan katilnya.
Lipatan kertas dibuka perlahan-lahan oleh Lisa. Tulisan
tangan itu sepertinya pernah dilihat. Cantik dan tersusun kemas. Mata Lisa meneliti
bait-bait kata yang dilayangkan di atas kertas putih tersebut.
Assalamualaikum,
Khas untuk Lisa Amira Natasya…
Perkenalkan saya, Tuan Muhammad Harith Irfan ....
Dah kenalkan hari tu? Ok, untuk menjimatkan masa, terus-terang aku
katakan aku memang tidak berpuas hati dengan
perempuan yang memberi penumbuk pada perut aku beberapa hari yang lepas. Aku akan cari dia sampai ke lubang cacing!
Tapi aku syak kaulah perempuan tu! Ya
tak? Bukan syak, tapi aku dah yakin! Cuma aku nak tunggu pengakuan tu keluar
sendiri dari mulut kau… Dan aku nak kau mohon maaf dengan aku. Tapi, aku tak
akan maafkan kau dengan mudah!
Sila hubungi aku ditalian yang tertera
pada kad nama aku pada pukul 11.00 malam ni. Kalau kau tak hubungi nombor ni
(berdiam diri), aku akan anggap kau
memang perempuan tersebut. Jika bukan kau perempuan tu, kau kena hubungi aku untuk
memperjelaskan hal sebenar. Faham?
Harap maklum.
Yang benar,
Mangsa penumbuk
“Surat ugutan ke apa ni?” kata Lisa risau. Cepat-cepat Lisa mencari
kad nama yang di maksudkan. Beg kertas yang disimpan tadi diselongkar. Kad nama
yang dimaksudkan ditemui.
Telefon pintarnya segera dicapai. Tidak senang duduk Lisa
ketika ini. Surat ditangannya dibaca berulang-kali.
Di rumah, Irfan duduk di meja kerjanya. Gambar-gambar yang
diambil dari handphoneLisa siang
tadi telah dimasukkan ke dalam laptop.
Satu persatu gambar-gambar tersebut dipaparkan diskrin laptopnya.
Irfan menggosok-gosok
kumis di pipi. Senyuman bersulamkan lesung pipit itu sedikit mengusik kedamaian
hati lelakinya. Tahi lalat kecil jelas kelihatan dihujung mata gadis di
depannya.
“Cantik...,” kata Irfan perlahan.
Tiba-tiba, Irfan teringatkan hadiah yang diberikan kepada
Lisa. Kali ini Irfan sudah tidak mampu untuk menahan gelaknya. Rasa geli
hatinya dihamburkan keluar begitu sahaja. Tidak dapat dibayangkan muka gadis
tersebut apabila terkejut.
“Maaflah… Aku dah cari yang plastik… Tapi tak ada.... Dah
banyak kedai akucari... Nampaknya
kau tak ada rezeki nak dapatkan yang plastik. So,akubagi kauyang
original. Harap kautak kisah!”
kata Irfan sambil ketawa terkekek-kekek.
Mata Irfan mula melirik ke arah jam di skrin laptopnya. Jam kini menunjukkan pukul
11.00 malam. Irfan mencapai handphonenya.
Bersedia untuk menjawab sebarang panggilan. Jari Irfan mula mengetuk meja mengikut
rentak lagu yang dipasang sambil matanya menatap wajah Lisa di skrin laptop yang dipasang.
15 minit telah pun berlalu…
“Yeahh… Nampaknya dia dah mengaku dialah perempuan tu!
Senang kerja aku!” kata Irfan sambil menutup skrin laptopnya.
Meja dikemaskan. Irfan sudah bercadang untuk melelapkan
mata. Ketika kakinya baru hendak melangkah ke dalam bilik air, handphonenya berbunyi. Dengan sepantas
kilat Irfan berlari mengambil handphonenya
di atas meja. Tertera di skrin, SINGA BETINA.
Irfan tersenyum sinis. Minah ni masih tak nak mengaku…...
“Assalamualaikum,” kata Irfan.
“Waalaikumussalam…”Sayup-sayup kedengaran suara.
“Siapa ni?” Irfan pura-pura bertanya.
Lisa sudah menggeletar untuk menjawab pertanyaan jejaka
tersebut. Suara lelakinya terasa melekat di lubang telinganya. Huh! Panggilan
dimatikan Lisa.
“Kenapa dengan aku ni? Terasa menggeletar semacam! Macam
pesakit Parkinson!” kata Lisa sambil menekup mukanya dengan bantal.
Irfan tidak berpuas hati. Lisa dihubungi kembali.
Lisa memandang handphonenya
yang sedang berbunyi. Tanpa berlengah, tangannya menekan punat untuk menjawab
panggilan tersebut.
“Oh, maaf.... Talian terputus tadi.... Mungkin linetak elok,” bohong Lisa.
“Siapa ni?” tanya Irfan lagi. Geli hatinya. Dia tahu Lisa
agak kalut untuk menjawab pertanyaannya tadi. Sebab itulah talian diputuskan.
Gaya percakapan orang berbohong diketahui Irfan. Maklumlah, diakan peguam…
“Saya, Lisa.”
“Lisa mana ya?”
“Err… StaffnurseNatasya…”
“Oh, yang bergambar dengan kereta aku tu kan?”
Lisa hanya mendiamkan diri. Rasanya mahu sahaja dia menendang-nendang
lelaki yang sedang bercakap dengannya. Sengaja nak malukan aku!
“Macam inilah encik… Saya nak berterus-terang…”
“Wahh... Berita seronok ni… Dia nak mengaku ke? Dia tak
faham ke isi surat aku tu? Kan dah ditulis jika dia perempuan penumbuk tu, dia
hanya perlu mendiamkan diri…” kata Irfan didalam hati.
Kali ini Irfan hanya mendiamkan diri. Sabar menanti
ayat-ayat yang bakal keluar dari gadis tersebut.
“Sebenarnya…. Err…. Sebenarnya saya bukan perempuan yang
encik cari tu! Saya tak pernah menumbuk siapa-siapa!” bohong Lisa. Kononnya
mahu berselindung daripada kesalahan yang dilakukannya. Bimbang jika jejaka
tersebut akan mengenakannya lagi.
“Hmmm… Masih tak nak mengaku… Keras kepala juga perempuan ni
yer!” kata Irfan di dalam hati.
“Bukan ke surat tu ditulis mesti call pada pukul 11.00 malam? Ini dah lewat 20 minit?”
“Jam saya baru pukul 11.05 minit,” bohong Lisa lagi.
Kali ini Irfan mengalah. Mungkin jamnya silap. Teringat
peristiwa dia diketawakan setiausahanya disebabkan tersalah melihat jam.
“Ok, kalau macam tu aku nak jumpa dengan kau!” kata Irfan.
Lisa bagaikan terkena renjatan elektrik sebaik sahaja mendengar
permintaan Irfan. Tidak sanggup lagi dia mahu berhadapan dengan jejaka
tersebut. Malunya tentang peristiwa siang tadi masih lagi berbaki. Jika mereka
bertemu, bimbang jika dia terpaksa mengaku kesalahannya dan menjadikan dirinya
dalam bahaya dengan dendam lelaki tersebut.
“Maaf encik… Saya sibuk dan tiada masa… Assalamualaikum...,”
kata Lisa dan terus mematikan penggilan.
“Hello? Hello?” kata Irfan.
“Tak apa, kita pasti bertemu lagi.” Irfan menggenggam telefon pintarnya.
“Alamak!! Macam mana ni… Dia nak jumpa!!” kata Lisa sambil
menggigit kuku jarinya.
“Alahhh… Tak payahlah jumpa… Kalau dia nak jumpa, tak payahlah
pergi… Itu pun susah?” kata Lisa seorang diri.
Lisa hanya tersenyum kelat. Sedikit gusar bertandang
dihatinya. Bimbang jika lelaki tersebut akan mengotakan janjinya untuk membalas
dendam. Almaklumlah dia kan perempuan. Kalau jadi apa-apakan susah… Kawan
lelaki pun tak ada, apatah lagi teman lelaki untuk menolong. Semoga Allah
melindunginya kali ini.
Dalam kesamaran cahaya di dalam bilik, Lisa menarik selimut
menutupi badannya. Mata dipejam dalam kesukaran. Apa pun dia harus tidur kerana
seawal 7 pagi esok dia harus berada di tempat berkursus iaitu di Hotel Pakma
Merah.