Tipulah kalau aku kata aku tak rindu
Tipulah kalau aku kata aku tak sayang
Setelah lama berpisah
Kali ini, kita berpisah lagi.
Bukan kerana marah
Bukan kerana salah faham
Tapi, seakan hati menjauh.
Menjauh tanpa alasan bersulamkan rindu.
Bukan kerana tak sayang
Sejujurnya, sekian lama...
Kaulah yang kurindui
Kaulah yang kusuka.
Masihkah kau ingat aku?
Dari jauh, aku sampaikan salam rindu
Aku khabarkan kepada angin, bawalah rinduku padamu.
Aku khabarkan kepada pantai, bawalah harapanku kepadamu.
Kini, aku mengerti.
Usahlah rindu pada manusia
Kerana rindu pada manusia begitu menyakitkan
Sakit tidak terkata.
Rindulah kepada TUHAN
Kerana pasti DIA membalasnya dengan kasih dan sayangnya.
Hati tenang.
Hati damai.
Tiada lagi air mata.
Hapuskanlah air mata.
Hapuskanlah derita.
Senyumlah.
Kembalikan semangatmu yang dulu.