BAB 29Syafiq Rayyan menghempaskan pintu kereta.
Nafas berat dilepaskan perlahan-lahan. Permandangan menghijau dihadapannya
sedikit pun tidak menenangkan perasaannya ketika ini.
“Kenapa ni sayang.... I tengok youni sejak balik dari London bulan lepas semacam sahaja.... Macam
ada yang tak kena. Cuba beritahu I…
Manalah tahu Iboleh bantu masalah you,” pujuk Maria sambil bersandar
bersebelahan dengan Syafiq Rayyan yang menyandar pada kereta.
“Entahlah… Fikiran Ikusut
sekarang.”
“Kenapa kusut? Beritahulah I....”
“Ok… Macam ni. Semasa I
ke London hari tu Iada jumpa
dengan kakak I....”
“Kakak? Bukan youanak
sulong ke?
“Ya, memang Ianak
sulong.... Anak sulong untuk mama and papa
I.Sebelum mama and papa Ikahwin,
mama Idah ada seorang anak perempuan
hasil perkahwinannya yang pertama. Suami pertama mama Ikemalangan semasa mama
Imengandungkan kakak I tu...”
“Youtak ada beritahu
Ipun tentang hal ni....”
“Ya ke? Rasanya macam dah beritahu....”
“Ok.... Straight to the
point. What is the problem?”tanya Maria.
“Kakak Idah ada
anak....” Syafiq Rayyan merenung Maria dengan muka tidak keruan.
“Wahh… Tahniahlah.... You
dah jadi uncle”Maria tidak
mengerti dengan pandangan mata Syafiq Rayyan. Bukankah Syafiq Rayyan patut gembira?
“Memanglah happy Idah
jadi uncle…Masalahnya sekarang, kakak
Itak tahu mana bapa budak tu....
Lepas kakak Imengandung bapanya
terus hilang.”
“Maksud you,kakak youterlanjur… Macam tu?” Maria cuba
mencari jawapan dari riak wajah Syafiq Rayyan.
“Tak.... Mereka berdua dah berkahwin. Tapi, disebabkan
permintaan kakak I, lelaki itu ceraikan kakak
I…Masa tu kakak Itak tahu dia dah mengandung!” jawab Syafiq Rayyan dengan riak
wajah kesal.
“Parents youtahu
tak?”
“Tak.... Kakak Ilangsung
tak beritahu. Dia berkahwin pun kakak Itak
beritahu family.... Ini pun secara
kebetulan Itahu disebabkan Ike sana tanpa pengetahuan kakak I.Pada mulanya kakak Itak mengaku itu anak dia… Tapi, bila
anak tu bangun dari tidur dan panggil kakak I
mum,kakak Itak dapat
berselindung lagi. Dan kalau younak
tahu, kakak Idapat pasangan kembar.
Lelaki dan perempuan!” Ada seulas senyuman terukir di wajah Syafiq Rayyan.
“Wahh… Seronoknya. Dah berapa tahun umur budak-budak tu?”
“6 tahun...”
“Ermm… Dah besar. Macam mana ya kakak youmembesarkan anak-anak tu seorang diri?”
“Kakak Imasih
belajar disana.... Itupun dia dah tangguhkan pelajarannya selama setahun. Tahun
ni dia akan graduated. Dan mungkin dia akan bekerja disana disebabkan
dia tidak mahu rahsia ini diketahui family.”
“Bekas suaminya orang sana ke?”
“Tak.... Orang kita. Orang Melayu...”
“Haa.... Kalau macam tu senanglah kita cari...”
“Masalahnya kakak Ilangsung
tak tahu pasal maklumat peribadi lelaki tersebut. Yang dia tahu lelaki itu
asalnya dari Kuala Lumpur dan ayah
lelaki tu turut mempunyai perniagaan yang sama dengan papa Iiaitu menguruskan pembinaan bangunan.”
“Susahlah macam tu.... Gambar lelaki tu ada kakak youbagi?”
“Tak adalah pula... Kakak I
tu langsung tidak mahu mencari bekas suaminya tu... Tidak tahulah sebab
apa.” Syafiq Rayyan hairan.
“Youada gambar
kakak you?”
“Ada... Sekejap Icari
dalam handphone Ini.”
Syafiq Rayyan mengeluarkan handphonenya. Gambar kakaknya dicari.
“Ini dia...” Telefon pintar bertukar tangan.
“Cantik kakak you...Nama
apa?”
“Fatin Natasya binti
Ahmad.”
“Dia disana ambil jurusan apa?”
“Mechanical Engeneering.”
“Hebat kakak you...”
Syafiq Rayyan hanya tersenyum. Walaupun kakaknya berlainan
ayah, Syafiq Rayyan amat menyayangi kakaknya itu. Jarak usia hanya satu tahun
menjadikan mereka begitu akrab. Kasihan kakaknya terpaksa menanggung bebanan
tersebut seorang diri. Siapalah lelaki tersebut? Syafiq Rayyan buntu.
Irfan memandang telefon Lisa yang sedang bingit mengeluarkan
bunyi. Irfan tidak dapat menahan ketawanya. Nada dering yang baru ditukar Irfan
sebentar tadi bakal membuatkan Lisa akan peka dengan panggilan yang bakal dibuat
nanti. Ini tidak, sampai 15 kali panggilan tidak dijawab. Pekak ke apa?
Setelah sekian lama, Irfan mula tidak senang duduk apabila beberapa
orang telah memandang ke arah meja yang didudukinya.
“Ini mesti mereka ingat handphone
aku ni... Ah, malunya! Dahlah nada dering lagu Doremon,” fikir Irfan.
“Lisa ni tak reti-reti ke nak bawa handphonepergi toilet?”
Irfan mengomel seorang diri sambil tangannya mencapai handphoneLisa yang diletakkan di atas meja.
“Dr.Haikal!” Irfan tersenyum sebaik sahaja melihat nama
Haikal terpapar pada skrin telefon pintar.
“Hello...
Assalamualaikum Dr.Haikal...”
“Waalaikumussalam... Siapa ni ya?”
“Ini Irfanlah... Lisa pergi tandas...”
“Oh, Irfan… Buat apa kau bersama Lisa?” Dr.Haikal sedikit
pelik. Bukankah Lisa ke Terengganu?
“Aku dan Lisa ada di Pulau Kapas sekarang ni... Bercuti…
Hahahaha…” Irfan mengusik.
“Bercuti? Pulau Kapas? Berdua?” Dr. Haikal bertanya dengan
nada sedikit panik.
“Ya...”
“Berdua?!” tanya Dr.Haikal separuh terkejut.
“Eh, bukan macam tu maksud aku... Maksud aku, aku memang ada
dekat Pulau Kapas ni... Tapi bukan berdualah... Ada lagi rakan-rakan lain...
Kenapa kau cemburu eaa?” Irfan cuba menduga Dr.Haikal.
“Eh, tak adalah... Kau dengan Lisa ada apa-apa ke?”
Irfan terdiam mendengar soalan itu. Memang dia sukakan Lisa...
Tapi entahlah, kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
“Eh, tak ada apalah...
Kawan sahaja... Haa, kau bila bertolak ke UK?”
Irfan cuba mengubah topik.
“Insya-Allah malam ni kalau tak ada apa-apa...”
“Semoga sampai dengan selamat... Sampai sana jangan lupa
orang sini... Eh, Lisa dah datang... Mati aku, aku angkat handphonedia... Oklah, nah aku bagi Lisa ni...” Irfan cepat-cepat
menyerahkan handphonekepada Lisa
setelah melihat gadis tersebut sepertinya tidak berpuas hati dengan tindakan
Irfan yang menggunakan handphonenya.
“Dr.Haikal...” kata Irfan sambil menghulurkan telefon pintar
kepada Lisa. Matanya ligat mencari kelibat staf yang lain. Tidak berani Irfan
merenung Lisa ketika ini kerana sudah pasti gadis ini tidak berpuas hati
kepadanya ketika ini.
Tanpa berlengah, Lisa menjawab panggilan Dr.Haikal.
“Mereka ni pergi pilih ikan atau tangkap ikan di laut ni?”
Irfan bosan menunggu kehadiran staf yang janjinya ingin memilih ikan tetapi
sampai sekarang belum muncul-muncul. Tak pasal-pasal kena mengadap monyet
sarkas atau singa betina ni. Menyampah!
Irfan beberapa kali menepuk telinga.
“Amboi, kau Lisa bukan main manja lagi kau bercakap dengan Dr.Haikal...
Tahi telinga keras aku ni macam dah nak meleleh ni!” ngomel Irfan seorang diri.
Sedikit cemburu bertamu dihati.
“Hah! Baru muncul! Kenapa lama sangat ni,” marah Irfan setelah
staf butik mamanya muncul.
“Maaflah Encik Irfan... Ikan baru dipunggah dari kapal...
Ikan segar-segar tau!” bohong Mimi. Padahal pada hakikatnya mereka sengaja
melambatkan masa. Sengaja mereka membiarkan Lisa dan Irfan berduaan sementara.
Harapnya hubungan mereka tidak sepeti kucing dan anjing lagi. Tetapi, apabila
melihat mereka dari jauh seperti ada yang tidak kena, barulah Mimi dan yang
lain memunculkan diri. Pening kepala mereka mengendalikan model yang tidak
sehaluan. Masing-masing ada angin tersendiri. Esok adalah hari terakhir sesi
pengambaran. Harapnya Irfan dan Lisa tidak bergaduh lagi seperti beberapa hari
ini.
“Ya, saya akan jaga pokok tu baik-baik... Insya-Allah,” kata
Lisa dengan senyuman di bibir.
“Hahaha... Ya... Hati-hati di sana... Nanti tak ada lagilah
orang kutip buah lada... Mesti pokok lada tu rindu...”
“Aduh!” Lisa menjerit setelah merasakan kakinya ditendang
dari bawah meja. Lisa memandang ke arah Irfan. Namun, bukan hanya Irfan seorang
di situ... Bila staf lain sampai? Lisa tidak perasan. Mereka memandang Lisa
dengan muka meluat.
“Pokok lada yang rindu atau kau yang rindu! Monyet sarkas pun
tanam lada? Patutlah boleh jadi singa betina,” sindir Irfan.
“Kenapa tu Lisa?” tanya Dr.Haikal.
“Tak ada apalah... Ini, kaki terpijak cengkerang siput,”
bohong Lisa. Ini semua Irfan punya pasal. Tak pasal-pasal rahsianya ke Pulau
Kapas terbongkar. Nasib baik Dr.Haikal tidak marah. Bimbang jika jejaka
kesukaannya cemburu.
Lisa tidak berpuas hati dan cuba menghadiahkan tendangan
hikmah pada kaki Irfan. Kali ini Irfan dapat mengelak. Tidak akan dia biarkan
kaki Lisa mendarat lagi pada kakinya buat kali yang kedua.
“Apa kamu berdua ni... Bergegar meja ni,” kata Daus yang
sejak dari tadi lagi melihat tingkah-laku mereka berdua. Irfan dan Lisa tidak
mempedulikan kata-kata Daus. Lisa cuba berkali-kali menendang ke arah kaki
Irfan. Meja bergegar? Ah, biarlah! Mujurlah makanan belum sampai.
“Lisa, kau berlatih kung fu ke?” tanya Daus tidak berpuas
hati. Pantang betul kalau ada orang bergaduh di meja makan.
“Ini lagi satu Irfan, perempuan mana engkau kutip ni?”
“Entahlah Daus... Rasanya Orang Asli Hutan Amazon kut...”
Berdesing telinga Lisa. Lisa harus mengawal perasaannya.
Bimbang kalau-kalau intonasi suaranya akan berubah ketika bercakap dengan Dr.Haikal.
Panggilan dari Dr.Haikal ditamatkan dengan baik. Pasti rindu akan bertamu
dihati Lisa apabila Dr.Haikal pergi ke luar negara.
“Haa... Dah habis bercakap? Sikit sahaja lagi tahi telinga
aku ni nak meleleh tau tak?”
“Ooo... Tahi telinga nak meleleh...” Lisa bangun dari tempat
duduknya.
Irfan kaget. Alamak!
Lisa cuba menghayun kakinya ke arah kaki Irfan. Entah macam
mana silap aturan langkahnya, kakinya terpijak skrit labuh yang dipakai. Tanpa
sengaja Lisa terjatuh dalam dakapan Irfan. Walaupun dalam situasi tersebut
sempat lagi kaki Lisa mencari sasarannya.
“Aduh!” secara automatik Irfan melepaskan Lisa. Kedengaran
seperti nangka busuk jatuh ke tanah.
“Aduhhh...” Lisa mengerang dilantai.
Irfan tidak mempedulikan Lisa. Sakit dikakinya lebih
diutamakan.
“Bangun Lisa...” Wanda cuba memapah Lisa bangun.
“Apalah kamu berdua ni... Tak malu ke? Semua orang dah
pandang kita ni,” kata Wanda perlahan.
“Jomlah kita cari kedai lain,” kata Irfan yang turut merasa
malu.
“Apanya... Makanan dah ditempah... Kena tunggulah... Boleh
tak kamu berdua ni matang sikit... Budak-budak pun tak bergaduh macam ni tau
tak,” nasihat Encik Fuad.
Irfan dan Lisa hanya diam di meja melayani sakit
masing-masing.
“Ini dia makanan yang dah ditempah sebentar tadi,” kata
pelayan dengan mesra.
Mereka memberi laluan kepada pelayan untuk menghidangkan
makanan di atas meja. Baunya sahaja sudah cukup menyelerakan.
“Maafkan saya... Boleh saya tahu siapa Encik Harith Irfan?” tanya
pelayan sambil memerhatikan wajah pelanggannya.
“Saya Harith Irfan,” jawab Irfan hairan.
“Ini saya ada kiriman daripada seseorang.” Pelayan tersebut
menghulurkan satu bungkusan dan sekeping kad.
“Terima kasih...” Irfan meneliti bungkusan tersebut.
“Sama-sama... Kalau tidak ada apa-apa saya minta diri dahulu...”
“Baiklah...”
“Wah... Ada peminat nampaknya,” kata Wanda
teruja. Setiap kali sesi pengambaran ada sahaja gadis-gadis yang menghantar kad
dan meminta nombor telefon. Untunglah orang kacak. Tapi Wanda hairan dalam
ramai-ramai perempuan tidak ada satu pun yang melekat dengan Irfan.
Lisa tidak ambil endah dengan bungkusan
yang diterima Irfan. Menu ikan pari bakar dihadapannya lebih menarik perhatian.
Perutnya yang kosong diisi semahu-mahunya.
“Lisa kau ni makan ingatlah sikit orang
belakang,” tegur Irfan apabila melihat hampir separuh ikan pari bakar tersebut
dikerjakan Lisa.
“Laa... Ingatkan orang tu tak nak makan...
Dah terima hadiah sampai lupa makanan atas meja...”
“Haa... Nak mula lagilah tu... Tak fahamlah
kamu berdua ni,” tegur Raizal yang sejak dari tadi menjadi pemerhati mereka.
“Ok-ok... Saya diam,” kata Lisa sambil
menjeling pada Irfan yang telah mula menikmati hidangan.
Tiada satu pun makanan yang dibazirkan.
Semuanya dihabiskan dengan licin. Hanya tulang sahaja yang tinggal. Mereka
selalu beringat membazir itu adalah amalan syaitan. Setelah kenyang mereka pulang ke bilik masing-masing untuk merehatkan
badan dan petang ini mereka akan keluar semula untuk beriadah bersama-sama.
Beriadah di tepi pantai adalah perkara
yang amat menyeronokkan. Petang semalam permainan bola tampar pantai menjadi
pilihan mereka. Untuk hari ini, mereka akan berjoggingdi tepi pantai dan seterusnya membina istana pasir. Semua
ini adalah aktiviti yang telah dirancangkan oleh Wanda.
“Lisa, tunggu sekejap,” panggil Irfan dari
belakang semasa perjalanan pulang ke bilik.
Lisa buat-buat tidak mendengar. Langkahnya
diteruskan.
“Lisa!”
“Lisa, Irfan panggil tu,” kata Mimi.
“Saya tahu... Tapi, malaslah nak layan...”
“Kita tinggalkan Lisa... Jom kita lari,”
bisik Mimi pada Wanda.
“Jom!” Mimi dan Wanda memulakan langkah
seribu.
Lisa terpinga-pinga.
“Mereka berdua ni kenapa... Sengaja nak
kenakan aku,” kata Lisa tidak puas hati.
“Huhhh... Lajunya kau jalan... Dahlah
jalan berpasir ni... Lenguh kaki nak mengejar kau. Dahlah kaki aku kau tendang
tadi,” kata Irfan sebaik sahaja berjaya melangkah beriringan dengan Lisa.
“Ingat awak sahaja yang sakit?”tanya Lisa.
“Habis tu kau tendang aku tu kenapa? Kalau
kau tak tendang mesti aku tak lepaskan kau tadi.” Irfan ketawa kecil.
“Ishh dia ni... Nak peluk-peluk orang pula...
Saya saman awak atas tuduhan gangguan seksual baru awak tahu!”
“Opps! Dah rezeki kan... Tiba-tiba sahaja
ada nangka busuk jatuh dari pokok,” usik Irfan sengaja menyakitkan hati Lisa.
“Semakin lama dekat dengan awak, semakin kaki saya ni tak dapat
dikawal! Sekarang ni, kalau awak nak tahu, kaki saya ni macam nak pijak-pijak
sahaja muka awak tu... Eeeiii!!” Lisa menunjukkan wajah geram.
“Woww! Takutnya aku!”
“Eh, saya tak ada masalah nak bertekak
dengan awak ni... Kenapa panggil saya tadi?”
“Saja,” jawab Irfan selamba.
“Saya balik tidur lagi baiklah dari
melayan awak ni.” Lisa terus meneruskan langkah yang telah terhenti seketika
tadi. Geram sungguh rasa hatinya. Kenapalah Irfan menyakitkan hatinya ketika
berada di pulau indah ini. Kenapa sebelum ini Irfan berkelakuan baik? Hampir-hampir
sahaja hati Lisa tergoda pada Irfan. Tapi mujurlah seri wajah Dr.Haikal yang
sangat menenangkan perasaan menahan jiwa Lisa untuk terus menyukai Irfan peguam
yang berpewatakan garang,belagak tetapi romantik.
“Dengarlah dulu apa aku nak cakap ni...”
“Apa!!!” jerit Lisa tidak puas hati.
“Engkau ni kan, kalau masa kau bercakap
dengan orang lain, lembut tutur bicaranya...
Cair hati mana-mana calon mak mentua tau tak? Tapi kalau kau dengan aku, macam
kau nak makan aku sahajakan?”
“Siapa yang mulakan dulu?”
“Kaulah siapa lagi? Yang engkau simbah air
sirap tu kenapa? Dahlah baju tu aku baru beli semata-mata nak datang ke pulau
ni... Ini tak pasal-pasal baju putih aku jadi warna merah!”
“Bukannya tak boleh basuh...Balasanlah tu...
Siapa suruh baca kertas saya!”
“Kan aku dah jelaskan hari tu,” kata Irfan
mengendurkan suaranya.
“Whatever!”
“Ok, aku minta maaf...” Irfan malas
bertekak dengan Lisa. Selalu Lisa sahaja yang nak menang!
“Maaf tak diterima,” jawab Lisa angkuh.
“Suka hati engkaulah... Yang penting aku
dah minta maaf... Malam ni kau kena temankan aku pergi satu tempat... Kau kena
temankan aku... Faham?!”
“Ah, tak kuasalah saya...”
“Kalau kau tak temankan aku malam ni,
tahulah aku nak buat macam mana nanti...”
“Whatever...”
Lisa memperlekehkan kata-kata Irfan.
“Suka hati engkaulah! Petang ni kita jumpa...”
Irfan menjentik tudung Lisa yang terkelepek ditiup angin lalu berlalu dari
situ.
“Temankan dia? Aduh... Ini yang malas ni...
Malam ni cerita kegemaran aku dah episod akhir...” Lisa runsing. Lisa melangkah perlahan-lahan sambil
melemparkan pandangannya ke lautan. Ah,cantiknya laut! Subhanallah...
Raizal, Daus, Encik Fuad, Jayjay, Wanda,
Mimi , Irfan dan Lisa berkumpul di tepian pantai. Sesekali ombak nakal mencuit
kaki-kaki mereka. Terpancar wajah kegembiraan di wajah mereka.
“Dah penat berlari?” tanya Wanda sebagai
pengarah program, kononnya.
“Penat!!”
“Ok... Bagus... Itu yang saya mahukan...
Sekarang ni, kita akan membina Istana Pasir. Peralatan telah saya sediakan...
Cuma, kamu perlu memilih pasangan. Iaitu hanya berdua...” Wanda menunjukkan
satu beg plastik hitam yang besar.
“Istana Pasir?! Wah, seronok tu!! Mimi
kita buat sama-sama,” kata Lisa teruja dan terus memilih pasangannya.
“Pasangan akan diundi... Ini kertasnya.
Mari ambil seorang satu kertas…” Wanda menujukkan kertas yang digulung kecil
ditapak tangannya.
“Alaa...” Lisa mengeluh hampa.
“Sekarang, sedia... Saya akan taburkan
kertas-kertas atas pasir ni,” jelas Wanda.
“Ok!” jawab mereka serentak.
“Sediaa... 1, 2,3!Rebut-rebut!!” Wanda
memberi laluan pada mereka.
Tanpa berlengah lagi mereka berkejar ke
arah kertas yang ditaburkan oleh Wanda. Kertas kecil dikutip salah seorang satu
kertas.
“Masing-masing dah dapat kertas
masing-masing?” tanya Wanda.
“Dah... Tapi kau,Wanda?”tanya Daus.
“Wandakan tukang buat kertas tu... Jadi,
Wanda tak boleh ambillah... Tapi, jangan risau... Wanda akan turut serta juga...”
“Bagus!” kata Mimi.
“Hahaha... Sekarang kita ada empat
kumpulan… Siapa yang dapat kertas Pulau Redang? Tampil ke depan...”
Encik Fuad dan Raizal berjalan keluar.
“Kita geng Encik Fuad!” kata Raizal teruja
begitu juga dengan Encik Fuad.
“Siapa dapat Pulau Perhentian?”
Lisa dengan gembiranya tampil ke hadapan.
“Eh, takkan Lisa seorang sahaja yang dapat
Pulau Perhentian? Rasanya Wanda ada buat dua kertas...” Wanda pelik setelah
beberapa minit tidak ada siapa yang keluar.
“Ok, senang sahaja kita nak tahu siapa
yang dapat Pulau Perhentian tu... Siapa yang dapat Pulau Tenggol sila ke
hadapan,” kata Wanda.
Daus dan Mimi tampil ke hadapan.
“Kita kalahkan mereka,” kata Daus
bersemangat. Mimi menyahut cabaran Daus.
“Alah... Kami mesti menang punya,” kata
Encik Fuad,yakin.
“Tak apa... Kita tengok nanti,” kata Mimi.
Kini hanya tinggal Irfan dan Jayjay.
Siapakah yang memiliki kertas Pulau Perhentian?
“Pulau Bidong?”
“Aku!!” jawab Jayjay sambil melompat.
“Tapi, siapa pasangan aku?” Tanya Jayjay
kembali setelah menyedari dia tidak berpasangan.
“Wandalah... Sengaja Wanda letakkan Pulau
Bidong tu satu kertas sahaja. Siapa-siapa yang ambil kertas yang ditulis Pulau
Bidong akan menjadi pasangan Wanda…”
“Ok... Cantik!” jawab Jayjay berpuas hati.
Kini, semua mata tertumpu pada Irfan yang
masam mencuka.
“Jadi, kini terbukti Irfan memiliki Pulau
Perhentian!!!” kata Wanda sedikit menjerit
melawan tiupan angin yang menenggelamkan suaranya.
Lisa hanya memandang Irfan dengan perasaan
geram.
“Kenapalah dia menjadi pasangan aku...
Nasib apalah ini,” kata Lisa tidak puas hati.
Irfan berjalan perlahan disisi Lisa. Irfan
hanya memandang Lisa sekilas sahaja. Irfan tahu Lisa sangat bencikannya. Irfan
malas bersuara.
Wanda tanpa berlengah lagi membahagikan
barang-barang keperluan untuk membina Istana Pasir secara telus dan adil.
Setiap pasangan mendapat jumlah dan jenis barangan yang sama. Mujurlah pihak
resort ada menyediakan barangan ini.
“Kita mulakan sekarang!” kata Wanda.
Pelan Istana Pasir dilukis secara rambang
di atas kertas. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik kecuali Lisa dan
Irfan. Tiada langsung lakaran dibuat. Irfan hanya mendiamkan diri dan Lisa
menjadi serba salah.
“Kenapa dengan awak ni... Mereka semua dah
nak mula buat istana... Kita? Lakaran pun belum buat lagi...”
Irfan tetap diam di atas pasir pantai.
Matanya merenung jauh ke tengah lautan.
“Ok, saya minta maaf atas kekasaran saya
terhadap awak... Puas hati?”
Irfan tetap mendiamkan diri tapi bibirnya
menguntum senyuman. Lega hati Lisa sebaik sahaja senyuman itu mekar di wajah
Irfan.
“Ok, kita nak mula dari mana?”tanya Irfan.
“Bentuk istana dulu, kemudian tembok
istana...” Lisa turut tersenyum. Mereka berpandangan.
“Ok, jom kita lakar dulu... Mana
kertasnya?”
Lisa menghulurkan kertas dan pensil kepada
Irfan. Semua idea yang ada di dalam fikiran mereka dicurahkan ke dalam bentuk
lakaran.
“Eh, kau tengok tu Raizal... Encik Irfan
dan Cik Lisa,” kata Encik Fuad.
“Mereka nampak macam rapatkan... Memang
sesuai sangatlah kalau mereka bersama... Tak bergaduh pula mereka kali ni...”
“Aaah kan... Tak bergaduh pula... Ini petanda
yang baik!Mesti pengambaran terakhir kita esok akan berjalan dengan lancar...”
“Betul tu... Harap-harap macam itulah...”
Raizal berharap.
“Raizal, sekejap ya… Saya nak tangkap
gambar kita semua... Awak teruskan pembinaan ni... Saya snapgambar sekejap...”
“Ok, Encik Fuad... Cepat tau...”
Foto kenangan diambil untuk diabadikan
sehingga akhir hayat. Detik kecerian ini pasti akan menggamit kembali ketika
menatap foto ini suatu hari nanti.
1 jam 15 minit telah pun berlalu...
Lisa dan Irfan menatap Istana Pasir yang
telah didirikan. Istana Pasir yang diberi nama Istana Kasih mencuri tumpuan
yang lain. Kemas pembinaannya. Setiap sisi mendapat sentuhan yang begitu teliti.
“Sebenarnya tiada pemenang pun untuk
aktiviti ini... Wanda sengaja lakukan untuk mengeratkan hubungan antara kita.
Cuba kita tengok Encik Irfan dan Cik Lisa... Tak bergaduh pun kali ni kan?
Nampaknya misi Wanda untuk memperbaiki hubungan kamu berdua berhasil!”
Lisa
dan Irfan hanya tersenyum malu. Kini, masanya untuk bergambar dengan istana
masing-masing sebagai kenangan. Di langit, matahari sudah mula merangkak menyembunyikan diri.
Deruan ombak yang memutih membadai persisiran pantai dan kicauan burung pulang
ke sarang menutup kisah kegembiraan mereka hari itu. Masa untuk Solat Fardu
Mahgrib akan tiba tidak berapa lama lagi. Allahuakbar... Damainya langitmu
Tuhan...
“Lisa, jangan lupa malam ni tau,” pesan
Irfan sebaik sahaja kaki Lisa melangkah menaiki tangga challet.
“Tengoklah nanti...” Lisa masih tidak
memberikan keputusan.
Wajah Irfan bertukar muram. Kalau ikutkan
hati mahu sahaja dia memaksa gadis ini tetapi memandangkan hubungan mereka
telah pun baik sebentar tadi, jadi Irfan tidak mahu memulakan pertengkaran
lagi.
“Baiklah... Tapi saya berharap sangat awak
dapat temankan saya...”
“Ini kenapa ni?” sapa Wanda sebaik sahaja tiba di chalet mereka.
“Ini, Irfan ajak Lisa keluar malam ni...
Tapi Lisa malaslah... Wanda tahukan hari ni cerita yang kita tengok semalam tu
dah episod akhir...”
“Aaah... Dah episod akhir... Rugilah Lisa
kalau tak tengok,”kata Wanda.
“Hantu drama betullah kamu berdua ni...”
“Tapi kan Lisa, kalau terlepas nak tengok,
Lisa tengok sahajalah dekat TONTON dalam internet tu,” cadang Wanda.
“Betul tu! Tak ada lagi alasan untuk kau
mengelak Lisa,” kata Irfan gembira.
“Wanda ni... Dia bagi cadangan macam ni
pula... Nak bagi alasan apa lagi ni,” kesal Lisa dengan cadangan Wanda.
“Ok, malam ni saya temankan...” Lisa terus
berlalu masuk ke dalam bilik.
Ikutkan malas Lisa melayan Irfan. Kalau
tak dilayan, bergaduh pula nanti.
Wanda tersenyum lebar.
“Encik Irfan ni ada-ada sahajakan... Kalau
nak mengorat Cik Lisa, janganlah sakitkan hati dia... Ini saya tengok Encik
Irfan macam sengaja nak sakitkan hati dia kan?
“Entahlah, saya rasa macam dah tabiat saya
bila berjumpa dengan Lisa mesti nak sakitkan hati dia dan bergaduh... Tapi awak
kata mengorat? Kena perbetulkan sikit ayat tu... Mana mungkin perempuan garang
macam tu saya nak mengorat! Huh...Ngeri tau tak?”
“Jangan kata macam tu... Cik Lisa tu baik
orangnya...”
“Memanglah dia baik, senyuman dia tu...
Siapa-siapa pun akan suka...Kalau siapa tak tengok kegarangan dia tu, pasti
tergoda tau tak... Kalau dah jadi bini, nauzubillah!”
“Habis tu orang dah sakitkan hati dia...”
“Kalau ya pun... Kawal-kawallah sikit...
Ini tengok, lebam kaki aku ni...” Irfan menunjukkan kesan lebam kesan daripada
sepakan Lisa tengahhari tadi.
“Dasyat!” Wanda ketawa terkekek-kekek...
“Ketawa pula dia... Sakit tau tak? Haa,
Wanda... Nanti tolong ingatkan Lisa tu... Nanti dia terbabas pula menonton
drama yang dah last episodetu...”
“Ya,” jawab Wanda malas.
“Oklah, dah Maghrib ni... Aku balik
dululah...” Irfan berlalu pergi dari hadapan chalet Lisa.
Dicelah pintu, Lisa nampak kesan lebam
yang ditunjukkan oleh Irfan kepada Wanda. Lisa bersimpati, namun simpati Lisa
tidak panjang apabila teringatkan Irfan mengata dia sebentar tadi.
“Entahlah,
aku rasa macam dah tabiat aku bila berjumpa dengan Lisa mesti nak sakitkan hati
dia dan bergaduh... Tapi kau kata mengorat? Kena perbetulkan sikit ayat tu...
Mana mungkin perempuan garang macam tu aku nak mengorat! Huh...Ngeri tau tak?”
“Kalau dah jadi bini, nauzubillah!”
“Kurang asam! Aku pun tak inginlah jadi
isteri kau...” bebel Lisa sambil tangan Lisa mencapai tuala mandi yang
tersangkut di rak. Tak sabar rasanya mahu memanjakan diri dengan air dan
wangian sabun.