BAB 6Sesudah selesai menunaikan
solat fardu Isyak, Lisa turun ke tingkat bawah untuk menikmati makan malam yang
dibeli sebelum pulang sebentar tadi. Mungkin agak lewat, tetapi itulah rutin
harian Lisa jika bekerja shiff pada sebelah petang. Hanya waktu ini yang
terluang untuk menikmati makan malam.
“Eh, kenapa dapur ni
macam ada orang guna? Seingat aku, tadi aku dah kemaskan dapur sebelum pergi
kerja.” Lisa mengerutkan dahi. Hairan sungguh.
“Jangan-jangannnn….
Huda sudah pulang! Baik aku tengok dekat bilik. Tapi, Si Tuah ni ke mana? Dari
tadi tak nampak Si Tuah ni...”
“Meeowww…. Meooowwww…”
Lisa cuba memanggil Si Tuah sambil berjalan menuju ke bilik Huda.
Dari bawah Lisa
mendengar suara kucing dari tingkat atas.
“Hah, itu mesti Tuah,”
kata Lisa gembira.
Sebaik sahaja pintu
bilik ditolak, kelihatan bilik Huda sudah diterangi cahaya lampu. Di atas katil
terdapat sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur.
“Ini mesti Huda tertidur ni sementara tunggu
aku balik. Kalau tak, mesti lampu bilik dah dipadamkannya.” Lisa tersenyum di
muka pintu melihat kepulangan sahabat baiknya itu.
Tanpa disedari, Tuah
melompat dari katil Huda dan menerpa kearah Lisa meminta untuk dibelai. Nasib
baiklah Huda juga sukakan kucing sepertinya. Kalau tidak, susah juga Lisa jika
rakan serumahnya tidak suka pada binatang comel dan manja ini. Sebelum ini mereka
ada juga merancang untuk membela haiwan
berkenaan. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan mereka berdua untuk mencari
binatang comel ini untuk dibela.
Lisa mengangkat Tuah
dan lampu bilik Huda dipadamkan. Tidak sampai hati Lisa mahu mengejutkan Huda.
Mungkin Huda penat menempuh perjalanan yang jauh berkhursus di Langkawi selama
seminggu.
Lisa melangkah turun ke
bawah untuk ke dapur bagi mengisi perutnya yang mula minta untuk diisi. Tuah
juga kelihatan agak lapar. Sebelum menjamah makanan, Lisa menggaulkan nasi
putih bersama ikan goreng terlebih dahulu untuk diberikan kepada Tuah.
“Ermmm.... Sedap rasa
nasi goreng ni… Kalau tiap-tiap hari dapat makan percuma kan best… Tapi segan
pula aku dengan Dr.Haikal ni,” ngomel Lisa seorang diri sambil meneruskan
suapan ke dalam mulut.
Fikiran Lisa terganggu
seketika apabila dia teringatkan perihal anak pesakitnya. Soalan yang
dilemparkan oleh jejaka tersebut membuatkan selera Lisa serta-merta terbantut.
Hatinya mula berdegup kencang sepertinya akan ada sesuatu yang bakal terjadi.
Tidak tahu kenapa hatinya berdegup kencang saat ini.
“Ya Allah, kenapa dengan
hatiku?” Lisa meletakkan tangannya di dada.
Di Wad Mawar, Irfan
tekun meneliti carta organisasi staf-staf di wad tersebut. Dia mencari staf
yang bernama Natasya. Setelah sekian lama meneliti, akhirnya terpampang gambar
jururawat Natasya di hadapan matanya. Gambar tersebut cepat-cepat ditutup
dengan tangan.
“Hah, ini pun dia
jururawat Natasya. Harap-harap dia tak ada tahi lalat di tepi mata. Aku harap
bukan dia!” Hati Irfan berkata dengan penuh harapan.
Gambar tersebut dibuka
perlahan-lahan.
“Alahai, ini mesti
gambar yang dah diedit supaya nampak lebih cun! Segala jerawat tak ada, inikan
pula tahi lalat kecil macam tu,” kata Irfan sambil membuka luas matanya agar
dapat melihat tahi lalat kecil tersebut.
Irfan agak kecewa
dengan gambar itu. Dia tidak mendapat jawapan yang pasti disebabkan gambar
tersebut telah di touch up.
“Ok, kalau macam tu,
aku akan tunggu esok. Tapi dia kerja shift
apa ya esok?”
Irfan ada tugasan yang
perlu di selesaikan di firma guaman esok. Tidak mungkin dia boleh menunggu pada
waktu pagi. Mungkin dia akan terus memecut balik ke rumah sewaktu Subuh esok.
Irfan mula teringat bahawa papanya mungkin akan discajlusa. Jadi, dia tidak mempunyai banyak masa untuk menyiasat
perihal jururawat Natasya.
Irfan berjalan
perlahan-lahan menuju ke kaunter jururawat. Pada sebelah malam tidak ramai
jururawat yang bertugas. Mungkin kerana di sebelah malam tidak banyak tugasan
yang perlu dilakukan berbanding di siang hari. Mereka nampak lebih tenang
bekerja.
“Perlu ke aku tanya
rakan setugasnya?” tanya Irfan pada diri sendiri.
“Tapi, apa alasan aku?”
Irfan berpatah balik ke
arah carta organisasi wad tersebut. Sepertinya kelu untuk lidahnya
bertanya.
“Haishhh… Kenapa dengan
aku ni. Tanya soalan macam ni pun takut?”
Irfan bukanlah penakut.
Dia merupakan seorang peguam yang berkaliber. Tetapi dalam hal yang menyebabkan
hati dan perasaan dia menjadi agak gelisah.
“Afni, tahu tak Natasya
kerja shiffapa esok?
“Dia kerja petang esok…
Sama shiftdengan Nur Ain. Mereka
berdua ni semuanya baik dan rajin. Seronoklah kerja dengan Natasya. Dahlah
cantik, rajin pula tu. Lesung pipitnya memang mengancam. Sebab tu cantik....”
“Ya, aku pun suka kerja
dengan Natasya. Sebab dia suka senyum. Bila aku penatkan, kalau tengok dia
senyum, hilang penat rasanya. Ada aura positif untuk rakan setugas,” jawab
Lina.
“Kalau macam tu kita
pun kena senyumlah,” kata Afni.
Perbualan jururawat di
dalam pantry itu telah didengari oleh
Irfan. Bibirnya mengukir senyuman
penuh makna.
“Yes, see you tomorrow, Natasya!Tunggu aku selepas aku habis kerja
esok! Nanti aku datang,” kata Irfan gembira.
Langkahnya terus diatur
ke kaunter jururawat.
“Maafkan saya. Boleh tak
saya nak minta selimut. Saya lupa bawalah, nurse,”
tanya Irfan.
“Boleh. Tunggu sekejap
ya. Saya ambilkan,” kata jururawat sambil bangun dari tempat duduknya.
Irfan hanya tersenyum.
Hatinya sudah berbunga-bunga untuk mengetahui siapakah jururawat Natasya.
Adakah dia gadis yang menumbuknya atau tidak? Semuanya akan terjawab esok!
“Ini dia selimutnya,
encik”
“Terima kasih, nurse”
“Sama-sama.”
Irfan terus berlalu
menuju ke bilik Mawar 25. Matanya sudah dirasakan agak mengantuk dan dia perlu
tidur agar dia dapat menumpukan perhatian pada kerjayanya pada keesokan hari.