Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Bab 29

Hujan sudah berhenti pada ketika itu. Hanya rintik-rintik gerimis sahaja menunggu waktu untuk berhenti. Walaupun keadaan basah berlopak air di mana-mana, taman tema itu tidak sunyi dengan suara pengunjungnya yang sedang bersuka-ria. Suasana sejuk tidak membantutkan niat mereka untuk menghiburkan hati masing-masing. Cahaya lampu pelbagai warna menerbitkan suasana ceria dan menarik untuk dikunjungi disamping pelbagai kemudahan permainan yang disediakan.

Rambutnya beralun-alun ditiup angin malam. Asyik sekali dia memerhatikan putaran Euro Wheel yang rata-ratanya dinaiki oleh pasangan kekasih mahupun suami isteri. Terdetik di hati mahu seperti itu dengan seseorang tapi, siapakah itu? Mengeluh dalam senyuman manisnya apabila mengenangkan itu. 

“Kau… teringin ke nak naik?” Kedengaran dingin suara menyapa dari sebelahnya. 

Rita tahu akan empunya suara lantas perlahan-lahan dia menoleh. Tidak menyangka akan menerima kunjungan Michael Angle di situ. Ralit juga lelaki itu memerhatikan Euro Wheel yang sedang berputar.

“Jangan buat lawak.” Sengaja suaranya dikuatkan disulami dengan tawa untuk melawan perasaan teruja dengan kedatangan lelaki itu. “By the way, how you know… I’m here?” soal Rita sambil menjongket kening, bibirnya tidak sengaja menguntum senyuman gembira. “Argh, cantikkan langit malam ni,” katanya lagi setelah Michael Angle senyap, ditunjuk ke arah langit malam dihiasi bintang-bintang berkerlipan setelah hujan.

“Nah,” katanya tanpa memandang Rita, dia memandang bintang berkerlipan di langit malam. Tangannya menghulurkan plastik yang berisi cinnamon roll dan ice Americano.

Rita memandang pelik sambil menyambut huluran itu sebelum ketawa ceria kerana tidak sangka lelaki dingin itu menemuinya untuk memberikan itu. Perasaannya begitu terharu.

Aroma cinnamon roll memikat seleranya. Pantas menyedut ice Americano yang dari tadi terbayang di minda. Sekali lagi, dia mencuri pandang lelaki itu. 

“Terima kasih.”

Wanita itu tanpa segan pilu memeluk Michael Angle. Tergamam Michael Angle, jantungnya berdegup kencang. Matanya tertutup beberapa saat, cuba meraih ketenangan supaya dapat mengawal perasaan gugup. Bunyi jarum jam berdetak di suatu ruangan kosong kedengaran di minda.

“Eh, kenapa menangis?” Kedengaran sayup-sayup suara Rita di telinga, spontan matanya terbuka.

Agak kasar dia menolak Rita dari pelukannya. 

“Kasarnya! Tadi bukan main mesra balas pelukan kita,” perli Rita sambil disertai tawa kecilnya.

Walaupun agak tersentap dengan sikap lelaki itu, Rita sedari dirinya juga terlebih batas.

Michael Angle tidak berkata apa-apa. Matanya tidak terlepas memandang Euro Wheel. Kuat hatinya untuk menaiki Euro Wheel.

“Jom naik Euro Wheel,” ada getar pada suaranya, Michael Angle malu-malu mengajak Rita. 

Rita yang sedang mengemaskan rambutnya agak tersentak kerana diajak oleh Michael Angle yang kerap mengelak untuk dekat dengan dirinya. 

“Serius ke ni?” Soal Rita untuk kepastian.

Melihat Michael Angle mengangguk dan mengukir senyuman mesra, Rita terlompat-lompat gembira. Rita bertambah terkejut kerana Michael Angle sendiri menghulurkan tangan kepadanya.

Tanpa segan, dengan gembiranya dia menyambut kerana sudah lama sekali dia menanti saat untuk bermesraan dengan lelaki yang bersikap dingin itu.


Aniq Zafran memandang Euro Wheel yang sedang berputar sambil menikmati cotton candy dibeli dari booth berdekatan.

“Haaa, mereka dah naik ke atas! Aku nampak muka kau begitu gembira sekali. Yalah, lama sangat kau tu berada dalam kemurungan. Kau saja tak perasan,” komen Aniq Zafran dengan begitu teruja melihat perkembangan terbaharu itu.

Dalam salah satu gelembung Euro Wheel, terlihat Michael Angle duduk di dalam bersama dengan Rita sedang menikmati permandangan malam di bandar. Dari atas, mereka melihat cahaya cantik daripada bangunan-bangunan tinggi di sekeliling.

“Baguslah kalau kau gembira. Aku hanya takut kau akan dimarahi selepas ni.”

Dari tadi ekor mata Aniq Zafran terperasankan kelibat hitam tidak jauh darinya sedang merenung tajam gelembung menempatkan Michael Angle dan Rita. Auranya terasa begitu negatif, Aniq Zafran dapat berasainya. 

“Cinta tiga segi yang unik. Awesome!”

Pada imaginasi Aniq Zafran, kelibat hitam itu jika diterjemahkan dalam bentuk manusia tentu sedang mengenggam penumbuk, mengetap gigi atas bawah, bernafas kuat turun naik akibat marah dan cemburu menjadi satu.

Cotton candy digigit lagi, sementara ada sisa masa, Aniq Zafran akan melihat sahaja pertunjukan seterusnya ala-ala seorang penonton di panggung wayang menyaksikan tayangan filem baru keluar.


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.