Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Bab 37

Rita tersenyum bangga melihat kelibat para wartawan sedang bersedia membuat liputan di galeri pameran aksesori milik syarikatnya, Rita Jewellery. Sebentar lagi, majlis pelancaran koleksi gelang tangan terbaharu akan berlangsung. Hari yang akan menjadi satu lagi sejarah untuknya dalam bidang perekaan barangan kemas. Baru beberapa hari lepas dia melancarkan koleksi aksesori anting-anting.

Rita mencari nombor seseorang dalam kenalan telefon pintar. Dia tersenyum sinis menunggu panggilan bersambut. Tidak sabar untuk mendengar reaksi daripada musuhnya, siapa lagi kalau bukan Encik Kamal.

“Helo, Kamal. You mesti tak sangka I call you… kan? I have good news and I just want to share with you. Apa kata you click link live streaming yang I akan hantar sebentar lagi dekat Whatsapp you. I sangat gembira kalau-kalau you sudi menonton.”

“Apa yang serius sangat ni? You macam nak buat pengumuman sesuatu? You nak undurkan diri ke daripada bidang ni? I bangga dan gembira dengan berita ni!” Sambut Encik Kamal dengan ceria padahal hatinya sedang mengutuk Rita yang tiba-tiba sahaja menghubunginya dan merosakkan moodnya sahaja hari ini.

“Oh… oh! Kamal… you gembira terlalu awal dengan spekulasi merepek you ni! I harap you tak kena heart-attack or something else,” provok Rita, suka membuatkan Encik Kamal berang.

Itulah gunanya mereka bermusuh, boleh saling menyindir tanpa rasa bersalah. Nampak macam ramah tapi hakikat sebenarnya bertentangan sekali.

“I beat… no! Okey, jangan risau I akan tonton live streaming you nanti. I akan bersorak untuk hari persaraan you,” balas Encik Kamal dengan yakin.

Itu membuatkan Rita suka untuk menyindirnya.

“Jangan menyesal!” ugut Rita sebelum ketawa kecil.

“Cik Rita… stand-by in five minutes!” Pembantu peribadi Rita mencelah perbualan mereka.

Rita mengangguk tanda faham. Pembantu peribadi Rita berlalu pergi.

“Bye for now, Kamal. Enjoy the show and I apreciate your feedback,” kata Rita mengakhiri perbualan mereka.

Dengan penuh bangga, Rita memerhati setiap sudut galeri pameran. Matanya kemudian tertumpu pada aksesori gelang tangan dalam kotak pameran kaca.

“Kamal… I akan gunakan senjata you untuk jatuhkan you.”

Seseorang berselendang hitam dan berbaju kurung tradisional tidak bercorak menarik perhatian Rita. Dia tahu wanita itu tidak berada dalam senarai jemputannya memandangkan semua jemputan memakai pakaian elegan dan moden mengikut kod majlis yang ditetapkan.

Rita hanya menguntum senyuman manis tatkala wanita itu mengangkat gelas berisi lemon ais, mengajaknya untuk minum bersama.


Baru beberapa saat Aniq Zafran dan Hayati kembali ke tempat duduk masing-masing setelah selesai menikmati sarapan pagi, kedengaran pula jeritan penuh dengan kemarahan dari dalam bilik Encik Kamal. Masing-masing saling berpandangan kerana ketuanya mereka begitu jarang marah tetapi sekali marah… jangan cakap!

Paling parah lagi, kedengaran nama Aniq Zafran disebut dengan kuat oleh Encik Kamal. Semua mata terarah ke arah Aniq Zafran. Tersembur air mineral yang sedang diteguk apabila kedengaran namanya dipetik secara tiba-tiba lantas tersedak-sedak sampaikan terpaksa menepuk dada berulang kali untuk melegakannya.

Dengan tergopoh-gapah, Aniq Zafran meluru ke arah bilik Encik Kamal. Jika dia lambat ke bilik Encik Kamal, rasanya bertambah marah ketuanya itu. Apalah agaknya yang menyebabkan namanya tiba-tiba naik tu? 

“Apa kau buat ni?” Suara semacam petir kedengaran sebaik sahaja Aniq Zafran membuka pintu.

Gerun dia mendengarnya namun, walau apa terjadi dia harus masuk ke dalam bilik Encik Kamal. Bukan itu sahaja, fail kertas tebal selamat mendarat ke muka Aniq Zafran. Belum sempat mengadu kesakitan, Aniq Zafran sudah terpandangkan riak bengis Encik Kamal menunggu masa untuk meletup.

“Perkara penting macam tu pun boleh cuai ke?” tengking Encik Kamal dengan kuat.

“Per… perkara penting?” soal Aniq Zafran dengan hairan sambil berkerut dahi.

“Ini… ini… macam mana dokumen penting ni boleh jadi begini?”

Encik Kamal sambil menepuk meja dengan kuat untuk menarik perhatian Aniq Zafran seperti sedang termenung panjang memikirkan kesalahan diri.

Barulah matanya melirik ke arah atas meja. Berdenyut laju jantungnya, hampir meletus melihat fail lut sinar mengandungi butiran rekaan barangan kemas syarikat mereka yang akan dilancarkan pada bulan depan. Dia sudah berasa tidak sedap hati kerana berasakan permasalahan itu mesti berkaitan dengan perkara itu.

“Ini… baca ni! Macam mana si Rita ni boleh meniru rekaan kita? Belagak betul muka dia tadi!”

Kali ini Encik Kamal menunjukkan Tablet memaparkan berita pelancaran rekaan terbaru syarikat Rita. Pandangan Aniq Zafran seakan gelap mahu pitam ketika ini melihat kesemua rekaan terpapar merupakan rekaan dari syarikat mereka sendiri. Paling tragis, kebanyakannya merupakan hasil idea dirinya sendiri. Siaran langsung pula tu!

Terus Aniq Zafran terbayang wajah musuh ketatnya, Rita sedang menguntum senyuman sinis lalu ketawa terbahak-bahak kerana dapat mengalahkannya dalam rekaan barang kemas walaupun dengan terpaksa mencuri idea. 

“Aduh, macam pula dia boleh dapatkan idea ni? Alahai… aku terlupa itu Rita! Mencuri tu perkara biasa!” keluhnya.

Aniq Zafran menepuk dahi berulang kali apabila Encik Kamal memainkan siaran langsung yang sedang disiarkan di Youtube ketika ini.

“Macam mana apa! Ni mesti awak yang cuai! Awak pun tahu si Rita tu licik! Lagi satu, bukan ke saya dah pesan dekat sekuriti jangan bagi Rita atau sesiapa berkaitan dengan dia masuk ke dalam pejabat kita? Kenapa sampai sekarang saya masih nampak budak penghantar makanan tu masuk? Cuba awak jawab pertanyaan saya ni!”

“Penghantaran untuk Michael Angle dari Cik Rita!” laung seseorang dari luar membuatkan mereka berdua menjenguk secara spontan.

“Haaa, baru sebut! See!” Memuncak terus kemarahan Encik Kamal, menuding jari ke arah pekerja penghantaran yang sudah terpinga-pinga dibuatnya.

“Alahai!” rungut Aniq Zafran sampai tertutup mata tidak sanggup melihat wajah bengis Encik Kamal.

Encik Kamal mencekak pinggang, dia belum puas membebel.

“You stay back malam ni sampai siap design baru! Jangan ingat perkara ni main-main, pelancaran koleksi kita tak lama lagi awak tahu! Sudahlah hari tu saya dah cukup marah dengan design Michael Angle. Senang-senang sahaja plagiat design orang lain dan sekarang awak pula buat saya marah!” 

Tuk. Tuk. Pintu kaca terbuka luas diketuk kuat oleh seseorang. Terperanjat Encik Kamal melihat empunya tubuh yang baru disebut sudah berdiri tegak di hadapannya sampai tidak mampu untuk menelan liur.

“Excuse me, Encik Kamal sebut nama saya ke? Design saya yang digelar sebagai stupid tu? Reaksi encik masa tu begitu terperanjat macam… macam lihat hantu! Cuba encik bagitahu dari mana sebenarnya encik nampak rekaan itu seperti saya tiru di mana-mana? Atau, mengingatkan encik akan sesuatu seperti sedang berbuat jenayah besar? Kalau tak, kenapa encik nak marah?”

Encik Kamal terkedu disindir bertubi-tubi. Senyuman sinis terukir pada bibir Michael Angle, ingin sekali dia mencarik-carik koyak sehingga tidak sempurna lagi sifatnya. 

“Tajam menikam betul tu! Sakitnya tuh di sini,” sampuk Aniq Zafran dengan suara perlahan, terus mendapat jelingan Encik Kamal.

“Lagi satu, encik pernah mendengar karma? Apa yang kita buat akan terima balasan, tak begitu Kamal?” lanjut Michael Angle, menghilangkan panggilan hormat.

“Kau…” Kepala Encik Kamal terasa berat, wajahnya memerah padam apatah lagi setelah melihat Aniq Zafran siap menunjukkan jempol ke arah Michael Angle seperti bersetuju dengan kata-katanya.

“Benda dah jadi pun encik. Apa kata kalau saya mula perah otak dan cari idea baru. Masih sempat ni kalau ikut waktu sekarang. Tak perlulah saya stay back malam ni sebab saya pun ada kehidupan sendiri selepas waktu bekerja,” saran Aniq Zafran.

Aniq Zafran memandang Encik Kamal yang sudah terduduk di atas kerusi sambil memegang kepala.

‘Mesti sakit kepala fikir masalah tak habis-habis dari masa mata terpejam sampailah celik balik. Kesian.’

“Encik, saya boleh hantarkan air sejuk atau apa-apa sahaja kalau encik nak?” pelawa Aniq Zafran dengan pandangan mengandungi makna tersirat tersendiri.

“Tak perlu!” 

Aniq Zafran buat-buat mengeluh dan kecewa.

“Okey kalau macam tu, saya siapkan rekaan baru. Kecewa juga saya idea saya dicuri dengan begitu senang oleh Rita. Menyampahnya! Oh, ya! Encik pernah tak ada pengalaman macam ni masa muda-muda dulu?”

“Tak!” Laju Encik Kamal membalas sambil berkerut dahi. “Banyak cakap betul awak ni!”

Aniq Zafran memetik jari lalu meluru ke arah meja. “Oh, oh! Kalau tak jadi mangsa idea dicuri, mungkin boleh jadi sebagai si pencuri idea!”

Terus terbeliak besar mata Encik Kamal.

‘Bingo!’ 

Aniq Zafran tersenyum puas manakala Encik Kamal bagai sedang memilih apa-apa objek berdekatan yang boleh digunakan untuk mengetuk sang pekerja itu.


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.